Pages

Wednesday, December 31, 2014

2014 melabuhkan tirainya


Tak terasa hari ni merupakan hari terakhir kita di tahun 2014. Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu. Terlalu banyak kenangan indah sepanjang tahun ni dan tidak kurang juga ujian untuk meningkatkan keimanan diri.

Aku rasa, tahun ni merupakan tahun aku paling rancak travel.

Alhamdulillah, Allah buka pintu rezeki nak buat umrah bersama-sama ayah & emak. Kenangan yang paling berharga dan pembukaan yang berkat untuk tahun 2014. InsyAllah, kalau ada rezeki, memang nak ke sini lagi.




Lepas tu, sambung balik bercuti di Hong Kong. At that time, memang sangat busy sebab bidding stage tengah rancak. But what to do? Aku mengambil langkah berani bercuti without my lead approval. Lepas tu, Family trip to Bandung on May. Sambung end on May ke Surabaya pulak. Initilal plan nak ke Semeru, tersekat dek kehilangan seorang hiker sehari sebelum trip kami. So, pendakian di tutup sehingga mangsa ditemui semula. Kecewa tapi plan berubah dan kami masih menikmati keindahan diluar jangkaan. Trip besama-sama GGK memang sesuatu yang sentiasa diluar jangkaan keseronokan nya.

Hujung bulan Sept department trip ke Langkawi. Thanks Cik Fad sudi jadi rakan travel saya masa ni. And middle october ke Seoul & Jeju… penutup tirai jalan-jalan this year. It was awesome trip & I wish to be there again. Alhamdulillah, Allah swt kurniakan rezeki untuk aku berjalan-jalan tahun ini.

Tapi tak semuanya indah belaka, buat pertama kali nya dalam sejarah company aku buat kejutan December ni juga… retrenchment or more precisely MSS. Ekonomi O&G semakin tenat disebabkan harga minyak dunia yang semakin jatuh. Buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa sajalah semoga Allah swt permudahkan segalanya & nasib aku masih terbela.

Macam-macam berlaku Sepanjang 2014, rasanya tak tekira banyak nya dugaan yang Allah swt turunkan nak menguji sejauh mana keimanan umat akhir zaman ini.

Penghujung Dec 2014 ni sahaja, kita dikejutkan dengan berbagai-bagai ujian yang datang bertimpa-timpa. Selepas banjir besar di pantai timur yang seolah-olah tsunami effect & ke arah selatan juga, masih dalam kategori berjaga-jaga juga menanti gelombang yang seterusnya.

MH370 yang sehingga kini masih belum diketahui nasib & penghujung kisahnya.

MH17 yang dah terbukti ditembak jatuh masih belum berupaya menuntut keadilan.

Belum pun redha kisah menyayat hati kisah pesawat MAS hilang & ditembak jatuh, terkini, pesawat AA QZ8501 pulak yang dah di sah kan semalam jatuh disekitar Laut Jawa. Kapal masih belum ditemui lagi tapi penemuan mayat mangsa yang terapung di laut Jawa kuat mengatakan kapal menjunam masuk ke dasar laut. Technically, memang flight operated by Indonesia tapi tempiasnya masih terasa. Ya Allah ujian apakah ini.

Jenayah seolah-olah semakin rancak rentaknya. Manusia semakin berani dan tak heran dengan dosa.

Ya, Allah swt sedang cuba menyampaikan sesuatu kepada kita makhlukNya. Dunia semakin uzur & akhirat semakin mendekati. Marilah sama-sama berdoa semoga Allah swt ampun kan dosa-dosa kita. 




Last word… goodbye to all our sorrows and tears, bad and bitter memories. But, let the good things, sweet memories remain with us forever and ever…. We’ll miss you so much 2014

May Allah bless and protect us all throught this challenging years…

InsyAllah...
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...