Pokhara, Nepal
Saturday, 02 Nov 2017
Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ni merupakan hari pertama kami akan mula mendaki. Kali ni debaran tak sekuat trip yang lepas. Maybe, because this is my second trip. So, dah tahu flow nya macam mana.Kerisauan aku cuma unexpected weather for this time journey. Aku aware yang trip kami ni baru nak early winter. Tak adalah berharap sangat nak main snow kali ni tapi hanya berharap satu saja, kami berjaya sampai & selamat pergi pulang. InsyAllah.
Ya Allah semoga kau permudahkan lah segalanya. Kau jadikan yang baik-baik saja mengiringi perjalanan kami kali ni.
Alhamdulillah, pagi tu breakfast di Pokhara Eco Resort sungguh memuaskan. Kenyang sungguh walaupun nampak simple saja. Rasanya dah hari ketiga di Nepal tapi aku tak ada masalah nak hadam makanan kat sini. Dan antara menu yang paling aku suka is kentang masalla. Kat sini kalau dalam menu dia tak panggil kentang masallah tapi fried potato.
|
Simple breakfast before the trip to Nayapul |
Seawal 6.30 pagi, kami sudah mula berkumpul & membuat persiapan terakhir sebelum bergerak dari Hotel. As usual,barang-barang kami yang tak diperlukan sepanjang pendakian i.e. persalinan after return from ABC, perlu di pack dalam bag lain & akan dikumpulkan di satu tempat untuk ditinggalkan di Hotel. Kami akan kembali semula selepas 8 hari di Hotel yang sama. So, tak perlu nak bawa semua barang. Kesian porter. Try to make your bag as light as possible. Don't put unnecessary things.
|
Line up for ABC & Poon Hill Expedition Dec, 2017 |
|
Bacaan doa semoga sebelum memulakan perjalanan kami |
|
The team for the 11 days journey |
|
Dah macam ada sambutan pulak sebelum berangkat |
Kalau dulu nak ke starting point Kyumi kami naik Jeep tapi kali ni naik public bus pula. Banyak betul kelainan dalam trip kali ni. Patutlah kami gerak agak lambat, tunggu bas datang rupanya. Satu bas tu saja penuh dengan kami & peralatan pendakian kami. Ada juga penumpang lain bersama kami masa tu. Perjalanan kami bermula seawal 8am dari Pokhara Eco Resort.
|
Naik public bus nak ke starting point pendakian kami, Nayapul |
|
Bas ni penuh dengan rombongan kami saja |
Perjalanan menuju Nayapul memakan masa hampir 1 jam lebih juga. Memang agak lama. Boleh tidur dulu lah nak tunggu sampai. tapi rugilah kalau first time sampai sini sebab sepanjang perjalanan nak menuju Nayapul akan dihidangkan dengan view Annapurna Range yang sangat awesome. So, take your time & enjoy the view. Bagi aku itulah daya tarikan utama di sini. Kalau dulu kami naik Jeep boleh lah nak berhenti kat favourite spot ambil gambar tapi sekarang tengok dari dalam bus sajalah. Padahal tak heran dah sebab this is not your first time. Kalau tak jakun juga tu.
|
View Annapurna Range sepanjang perjalanan menuju Nayapul |
Kami sampai di Nayapul dalam 9.30am macam tu. Tempat yang sama kami pernah berhenti dulu. Dulu kami berhenti sekejap saja sebab nak tunggu guide kami report kat Tourist Checkpost. Lepas tu barulah kami mula bergerak menuju ke Kyumi. Tapi kali ni, di sini lah permulaan kami sebab kami akan mendaki Poon Hill terlebih dahulu. Kami memulakan pendakian pada pukul 10.20am.
Bismilllahirrahmanirrahim...
|
Dah sampai di starting point Nayapul |
|
Beautiful River at Nayapul |
|
Bridge ni tak meriah dah macam dulu |
|
Route for our 8 days journey |
To be continued...
belon tu dapat sorg satu ke?
ReplyDelete