Pages

Sunday, December 24, 2017

Annapurna Expedition Day 2: Nayapul to Ulleri

Nayapul - Ulleri, Nepal
Saturday, 02 Nov 2017


Kami memulakan perjalanan menuju Ulleri kira-kira 10.08am (waktu Nepal) from Nayapul. Perjalanan masih leisure lagi sepanjang menuju first stop. Laluan kami dimulai dengan melalui kawasan penduduk disini, guesthouse/teahouse, shops and houses. About 10min walk baru lah kami mula masuk kawasan off road. Cuaca agak panas untuk permulaan ini. Dah start lambat, memang lah. Tak perlu nak pakai tebal sangat untuk permulaan ni sebab cuaca agak panas.


The Beginning

Permulaan banyak lalu kawasan perumahan

Our first stop after about 40min

Tengah layan view

Kena turun pulak nak ke kampung bawah tu

Nice view

Laluan menuju Ulleri tu banyak local yang jual limau. So, boleh lah beli beberapa nak buat bekalan masa trekking. Bagi aku memang agak helpful untuk kekal hydrate. Sebaiknya kalau nak beli, beli masa kat bawah lagi sebab nanti kalau makin tinggi makin mahal lah harganya. Kalau nak lagi murah minta guide yang tolong belikan. Aku ingat lagi Raju mula-mula nak belanja kami tapi kami mana cukup satu biji, sudahnya kami suruh dia belikan lebih banyak nak buat stock basah tekak masa berjalan. Bestnya lah trekking macam ni kan, on the way nak sampai tempat yang dituju pun macam-macam boleh membeli. Cuma nak kena standby duit sajalah.


Raju tengah tawar limau untuk kami

Actually sekarang di Nepal tengah busy dengan kempen pilihanraya. So, kat mana-mana boleh nampak suasana pilihanraya tu. Kami yang tengah mendaki ni pun boleh rasa jugalah suasana tu sebab on the way kami mendaki pun ada juga jeep yang lalu lalang tengah campaign untuk calon pilihan mereka. Tak salah aku, waktu kami mendaki tu juga, pilihanaraya bakal berlansung. Samapai atas gunung lah berkempen.


Ada juga jeep keluar masuk tengah kempen pilihanraya

Proceed to Ghorepani route

Kami mula berhenti rehat for our first lunch at first guesthouse on our first day around 1pm. Menu lunch untuk first day trekking ni Nasi goreng telur. Air minuman boleh order ikut menu yang ada. Tak berasa sangat pun tapi aku boleh habiskan separuh jugalah sebab portion dia banyak sangat. Aku tak diet pun masa trekking ni tapi bila tak kena dengan tekak, memang tak boleh nak paksa.


Our first lunch on first day at Mamta Guesthouse

Nasi Goreng Telur

Perjalanan diteruskan after solat & lunch. Hari ni target kami sampai ke Ulleri. So, estimated time another 2-3hrs lagi dari perhentian kami for lunch. After the bridge, kami akan mula melalui laluan tangga yang dianggarkan lebih kurang 3500 anak tangga untuk sampai ke Ulleri. Jangan pula pergi kira berapa steps nak sampai ke Ulleri, nanti stress pulak. Just walk & enjoy the view along the way. Ohh, masa dah mula naik tangga nak ke Ulleri ni lah Fad dah mula cramp, agak kritikal jugalah. Bila semua method dah tak jalan, kami siap beli air panas & garam sebab nak elakkan cramp lagi. Tapi take time juga lah.


Next route

The beginning of 3500 steps to Ulleri

Tak perlu kiralah betul ke tak 3500 steps, just enjoy the walk & view

Short rest on the way

Met with this cuties on the way to Ulleri

Say Hi... malu-malu pulak

Kalau ada yang tak larat tu jangan risau, ada pony service available

Step by Step

Dah sampai Ulleri, I guest this is the end of 3500 steps

Alhamdulillah, selamat sampai di Ulleri around 5.30pm. Masa aku sampai tu pun dah nak gelap. Masa aku sampai, Edwar & Ikmal pun baru sampai. Yang lain masih dibelakang. Aku tersampai awal pun sebab ikut Ramji jalan dulu. Inilah akibat kalau follow orang yang laju jalan. Automatically, aku pun akan laju juga, hahaha.Kami akan bermalam di Purnima Guesthouse yang terletak paling hujung di Ulleri ni & mengadap view yang Annapurna. Tak ada lah nampak penuh tapi boleh lah kan, ada juga view. Alhamdulillah, semua selamat sampai by 6pm. 


On the way heading to our guesthouse

Our accomodation at Purnima Guesthouse (pic taken on the next day)

Bilik kat Purnima Guesthouse di Ulleri ni ada private bathroom. So, tak perlu share. Since aku sampai awal sempat lah mandi hot shower sebab water heater dia yang powered by Solar tu masih berfungsi. Tapi kalau dah malam, memang melepas lah. So, nak tak nak kalau nak mandi juga kena mandi air sejuk lah. Bilik pun luas & selesa. Port nak charge battery & other electrical item pun ada juga. So, sila bawa siap-siap adapter. Kat sini plug kat each teahouse pun berbeza juga. Ada yang pakai 3-pin & ada juga yang pakai 2-pin. Yang 2-pin socket pun ada 2 jenis, hahaha. Tak standardize betul. Since plug available kat bilik, so, tak ada lah charge yang dikenakan. Cuma kalau nak guna WIFI tu, masih kena charge NPR150. Aku tak beli pun sebab Fad dah tahu password dia masa Ramji masukkan kat phone dia. Pantas Kak Fad. Last-last aku & Nir dapat internet free, hahaha. Tactic yang sama juga kami gunakan kat beberapa teahouse tapi tak semua bernasib baik. Macam kat Chulie, aku & fad dah beli dulu, Nir dapat tahu password lepas tu. Kat Deurali, aku & Nir dah beli dulu, Fad punye tak boleh connecting, so, dia tak bayar tapi 3 password dah masuk kat phone dia, so, bila orang lain tak guna automatically dia dapat, cheh.

Untuk malam pertama ni, aku tak guna lagi sleeping bag untuk tidur sebab katil dia dah ada selimut tebal. Memang sejuk tapi masih terkawal lagi.

To be continued...


1 comment:

  1. stress aku tgk Nir guna dua tongkat naik tangga... mungkin aku juga pun begitu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...