Pages

Wednesday, December 20, 2017

Annapurna Expedition Day 1: Kathmandu to Pokhara

Thamel, Kathmandu
Friday, 1st December 2017


Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yang sangat panjang kami akan berada di atas jalan raya. Yes, travel from Thamel, Kathmandu to Pokhara. Anggaran masa 7-8jam. Kalau traffic lagi teruk, maka, lagi lamalah korang duduk kat atas jalan. Nasib baik kami dah buat persedian awal untuk menghadapi 7 jam bakal membosankan.

Tak banyak nak kemas pagi ni sebab malam tadi kami dah siap pack barang yang nak ditinggalkan di Hotel Dream City. Nak trekking for next day, kita fikirkan masa kat Pokhara nanti lah pulak ya.

Pagi tu masa nak turun for breakfast, dah riuh rendah bunyi kat bawah. Ohh, rupanya ahli rombongan yang tiba malam tadi dah siap bangun awal for breakfast & semua pun dah bersiap-sedia nak ke Pokhara city. Tak banyak yang kami bualkan lagi, baru kenal beberapa orang sahaja. Al-maklum baru first time kenalkan, kenalah cover sikit excited tu.


Dapat kenal member baru hari ni... Kak Bad

Breakfast

Pagi tu after a simple breakfast, kami memulakan perjalanan menuju Pokhara. Kami tak perlu lagi nak angkut bagpack yang berat berkilo-kilo tu ke stesen bus macam first trip dulu sebab trip kali ni Ganesh provide chattered Van untuk ke Pokhara from Kathmandu. Barulah best sikit. Tapi one thing, aku & Fad lupa besar kali ni, tak bawa microphone, hahaha. Kami bergerak dari Kathmandu lebih kurang pukul 7.30pg. 


Morning Thamel

Kali ni kami naik chattered van ke Pokhara

Bismilllahirrahmanirrahim…let's the journey begin.

Kami mula-mula berkenalan masa first time bersama dalam Van menuju ke Pokhara. Thanks Abang Syuk kerana pantas memulakan bicara. Kami kan akan bersama-sama selama 11 hari, so, mengenali antara satu sama lain amat penting bagi mengeratkan silaturrahim. Ingatkan nak tahu nama saja, rupanya lebih dari itu. Asal mana, kerja mana & soalan mencabar yang lain juga. Tapi paling mencabar bila Uncle Bad tanya soalan pernah naik G7 tak? Errkkk. Serious aku ingat masa dia tanya aku tu dia dah pernah naik, rupanya tak pernah sampai pun lagi. Tapi yang menjadi tanda tanya, kenapa dia kerap juga tanya soalan yang sama kat Fad, hahaha.

Tapi kami lebih serius mengenali hati budi (chewah, hahaha) & character masing-masing hanyalah sepanjang kami trekking 8hari diPoonhill & ABC. Masa tu lah baru tahu, kami ni somehow related juga. Abg Syuk & wife kak Ju, Mat Lan, Kak Bad & Edwar merupakan ex-UIAM student rupanya. Kami tahu pun masa kat Teahouse Ghorepani. Masa tu lah, masuk nama Kak Syu yang terlebih dahulu kenal dengan geng latepackers UIA ni. Seronok sangat dengar cerita orang otai dulu-dulu pergi hiking. 


RnR pertama

Accident lori masuk longkang otw to Pokhara

Pemandangan kelabu sepanjang jalan disana adalah perkara normal

RnR ke-2 kami... Rombongan dari Malaysia
 
Lunch... ambil banyak mana pun NPR400, menyesal amik skit, huhuhu

Sempat singgah tepi jalan beli limau

Ingat dah dah ada 3G boleh layan kan sepanjang tapi one thing aku lupa jalan nak menuju Pokhara ni penuh berliku, so, memang nak tak nak paksa jugalah tidur sebab nak elakkan mual & pening. Fuhh, nasib baiklah van kami ni banyak buat perhentian sepanjang jalan, so, boleh lah nak recover body yang tak berapa sedap duduk lama-lama kat dalam Van tu. Tapi aku tahu, orang yang duduk belakang lah yang paling kesian sekali especially bila lalu kat jalan yang tak rata.

Kami tiba di Pokhara around 4pm. So, after solat & short rest kami mula bergerak menuju Pokhara Lake. Tapi view kali ni tak macam dulu sebab masa kami sampai cuaca sedikit mendung.


Bilik kami di Pokhara Eco Resort... Selesa, luas & best

Boleh nampak Machapucharre & Annapurna Range from Level 4 Pokhara Eco Resort

First time makan bersama cukup korum, Alhamdulillah

Carbo Loading... Mutton Beriani lagi

Malam tu after dinner, kami sambung shopping outdoor gears kat Pokhara pulak. Compare toThamel, Pokhara is more relax kalau nak shopping. Tak macam Thamel yang berhabuk sana-sini & sedikit huru-hara. Cuma price kat Pokhara ni mahal sikit dari Thamel. Anyway, kalau korang ada skill bargain, tak jadi masalah kot. Tapi tengok jugalah ada juga yang keras hati tak kasi. So, ikut nasib jugalah. Kami hanya shopping barang keperluan untuk didbawa trekking ke ABC nanti. Uncle tiba-tiba advise suruh bawa Thermos sebab dia advise minum extra hot water. Katanya perlu nanti bila nak trekking from Duerali-MBC-ABC sebab cuaca sejuk, so, bagus kalau ada hot water to warm the body during trekking.

Ohh untuk kali ni, kami tak perlu pass backpack kami untuk porter bawa tapi Third Eye Adv dah sediakan duffle bag yang besar untuk kami letakkan barang-barang kami. So, the best way kalau pakaian, jacket & electrical item tu better put in dry bag. Memang lah dia cakap duffle bag tu waterproof tapi tak yakin bila tengok zip dia. Since, aku tak tak ada dry bag yang besar malam tu juga aku, Fad & Nir cari sampai jumpa. Kami dapat harga serendah NPR500 untuk size XL about 22L. Berbalaoi walaupun aku harap dapat yang size lagi besar macam Fad. Tapi sebab satu je yang available for XXL, aku & Nir pasrah dengan XL size saja.Tapi sebab aku dah ada yang 20L punya , so, cukup lah untuk kelengkapan trekking for 8 days.

Total damage malam ni saja nak NPR4000. Northface Waterproof Jacket, Thermos & DryBag...cukup lah untuk malam ni saja. Nanti balik kalau ada budget lebih boleh difikirkan yang lain pulak. Ada juga plan tu, hehehe. 

Kami pulang ke Hotel setelah cukup kelengkapan yang perlu ada. Balik nak kena kemas lagi untuk barang nak pass ke porter, yang nak bawa sendiri & yang nak ditinggalkan juga di Hotel. Untuk barang nak pass ke porter sumbat je semua dalam dry bag and masukkan dalam duffle. Besar duffle bag tu, so, pandai-pandai lah adjust nak muat masuk semua barang. Kalau tak cukup juga barangan untuk 2 pax, huish, tak tahulah apa yang korang bawa banyak sangat tu.

Ok, nitezzz.

To be continued...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...