Pages

Saturday, December 30, 2017

Annapurna Expedition Day 3: Ghorepani

Ghorepani, Nepal
Sunday, 03 Dec 2017

Elevation: 2860m ASL

Continue from previous Annapurna Expedition Day 3: Ulleri to Ghorepani 

Finally, we're here after 2 days trekking from Nayapul & Ulleri. Dari pintu gerbang Ghorepani tadi, kena jalan lagi lebih kurang 20min nak sampai ke Sunny Hotel yang terletak betul-betul facing Annapurna Range view. Dan lebih bertuah lagi, kami semua dapat bilik yang betul-betul dapat tengok this so called one the best viewpoint in the world. Memang terbaik lah arrangment kali ni. Aku rasa macam berbaloi susah payah naik tangga yang bertingkat-tingkat tu bila dah dapat view yang boleh jadi once in a lifetime juga dapat tengok, Allah knows better.

Ghorepani merupakan tempat perhentian sebelum kita boleh tengok sunrise at Poon Hill on the next day. So, kena stay one night juga kat area sini. Banyak guesthouse/hotel yang terdapat di Ghorepani ni tapi kalau boleh sila stay kat area yang facing Annapurna Range. Barulah berbaloi.


Undeniable

We're here in the one of the best view point in the world

Awesome view seen from our Room at Sunny Hotel

Awesome view seen from our Room

Dhaulagiri (middle & the highest) seen from Ghorepani

Sunset seen from Guesthouse at Ghorepani

Tak banyak aktiviti yang kami boleh buat menjelang malam di Ghorepani selain ambil gambar & berborak sakan di meja makan. Nak guna Wifi, asyik disconnecting je sebab dah ramai sangat users, so, tak jadi guna. Sudahnya buatlah hal sendiri. Aku rasa malam ni kami berbual agak lama juga sebab kami sampai awal & banyak masa sementara nak tunggu dinner. Borak punya borak barulah tahu group yang kami follow ni rupanya ex-UIAM juga & terkenal dengan group Latepackers UIA. Serious aku tak tahu kewujudan latepackers ni walaupun aku ex-UIAM juga, hahaha. Katanya sehingga ke hari ini, Latepackers ni masih wujud cuma dah bertukar ahli saja. Nampak sangat dulu tak kenal gunung.

Tapi seriously memang sejuk gila malam tu kat Ghorepani. And this time, I have no choice other than sleep inside the sleeping bag. Barulah first time nak guna walaupun dah 2 hari trekking. Itu pun sebab dah tak tahan sejuk sangat. Aku tengok jam baru 4degC. Tak sure lah actual berapa agaknya. Rasa tak sampai negative lagi tapi sebab angin kuat yang buat sejuk kat Ghorepani agak luar biasa. Aku sempat memanaskan badan dulu dengan traditional heater yang terletak di Dining Hall sementara nak tunggu dinner kami ready. Bagus juga lah ada heater ni. Sesiapan pun boleh guna. Tapi nak kena berebut jugalah guna sebab orang akan keep tengok kalau ada available space nak duduk.


Antara aktiviti kami menjelang malam di Ghorepani... panas kan badan, ini pun kena siapa cepat dia dapat

Dinner malam tu... Noodle Soup & Poon Bread (same as Gurung cuma kat sini known as Poon)

Walaupun jarak antara Poon Hill dengan Sunny Hotel kami lebih kurang 1.5hrs but still kami kena bangun awal juga nak tengok sunrise kat atas. Tak sabar rasanya. Berdebar juga sebab takut sejuk melampau kat atas. Dah lah trip kali ni aku tak bawa down jacket. Macam mana boleh lupa pun aku tak pasti. Alhamdulillah, nyenyak tidur walaupun dalam kesejukan. 


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...