Pages

Thursday, January 4, 2018

Annapurna Expedition Day 4: Ghorepani to Chulie Part 1

Monday, 04 Dec 2017

Trek: Ghorepani to Chulie
Estimated Time: About 7-8hrs
Elevation: 2860m to 2524m

After heavy breakfast at Sunny Hotel Ghorepani, kami kembali berkemas di bilik masing-masing & bersiap-siap untuk memulakan perjalanan ke Chulie. Hari ini perjalanan dianggarkan sekitar 7-8 jam (pace group kami). Kalau pace yang tak layan view sangat & stop ambik gambar mungkin boleh sampai lagi cepat. Bak kata Uncle, orang Malaysia ni lambat kadang-kadang bukan apa tapi sebab berhenti tangkap gambar je dah lama, kalau ambik satu je takpe tapi macam-macam gaya... lepas tu kalau tak jadi, ambik lagi, ambik lagi... sampai puas hati lah. Kalau mat salleh ni, satu je dah cukup lepas tu terus jalan. Hahaha. Memang ada kebenaran kata-kata Uncle tu tapi nak buat macam mana, kat tempat kami mana nak dapat view macam ni. Dan bukan senang kami nak sampai sini.

Setiap kali bermula, kami tak bergerak sekali, normally siapa yang agak slow, guide akan suruh gerak dulu. Tak pun, siapa yang ready dulu, guide akan suruh gerak dulu. And itulah rutin kami setiap kali pun. At the end, kami akan jumpa juga bila dah tengah trekking tu nanti.

Permulaan trek, kita akan mula mendaki tangga yang panjang & slowly makin tinggi. Tapi selepas tu, wow, bagaikan lukisan alam yang terbentang indah dihadapan mata. Subhanallah. Same view maca kita dapat lihat di Poon Hill Cuma from the other side. Dan sepanjang perjalanan selama 2 jam juga kami dapat lihat view yang indah ini sehinggalah hilang dari pandangan. Hilang pun sebab trek seterusnya kami dah mula masuk ke dalam hutan.


Permulaan Trail from Ghoreapni until the first viewpoint

Kita akan sampai di first view point after about 30min walk. Malas nak cakap banyak, biar gambar di bawah yang berbicara.


First viewpoint on the way to Tandapani

Gila tak rindu

On the way to next viewpoint tapi view kat belakang tu je dah WOW


Next view point (kalau perasan kat puncak sebelah kiri yang ada tower paling atas tu lah Poon Hill)

To the last view point... yang paling cantik

Subhanallah... Tak sampai viewpoint paling atas pun dah cantik kat sini

Aksi terbaik dari trip leader kami

Bye...Bye... Annapurna Range view... see u again in 3 days time

Next trek masuk hutan pula

Selepas lebih kurang 2 jam, kita akan masuk ke trek berhutan. Masa ni kami dah kurang bergambar dah & mula bergerak lebih pantas sikit daripada mula-mula tadi. Or else malam lah kami sampai sebab tadi dari Ghorepani pun kami dah bergerak agak lambat. Aku dah perasan kerisauan dua orang guide kami, Ram & Raju. Perasan mereka selalu berborak sesama sendiri, agaknya tengah plan yang terbaik untuk kami. Kalau kami berhenti lama sikit pun dia akan hint. Tapi yang aku perasan memang kami tak banyak berhenti sangat pun. Kalau berhenti pun hanya nak ambil gambar saja & berehat sebentar. Sebab kita orang kalau boleh pun tak nak sampai malam.

Cuaca masa kami trekking ni tak berapa nak sejuk sangat walaupun kami berada di ketinggian  above 2500m. Alhamdulillah, cuaca pun tak panas tapi agak berangin sekali-sekala tu. Tapi make sure standby dengan jacket jugalah. Jangan bagi barang-barang penting untuk porter bawa. Kalau boleh bawa sendiri. Kalau laju macam Uncle Bad, memang takde masalah sebab dia sentiasa saing dengan Geng Porter. Tapi kalau yang selalu jadi sweeper kat belakang macam kami-kami ni, baik pasti kan keperluan seperti personal medicine, jacket, poncho, headlamp, air & energy food etc. dibawa dengan backpack sendiri. Porter ni jalan memang sentiasa ke hadapan lebih daripada peserta, so, silalah standby. In case of emergency, at least dah ada dalam backpack sendiri.


Trek to heading to Chulie

Masuk Hutan

Passed thru few guesthouses

After the Fall

Kami sampai the next guesthouse for lunch around 1.30pm. Sampai-sampai saja terus kami solat dulu sementara nak tunggu makan. Kami perlu bergerak pantas sebab nak elak sampai lambat di Guesthouse di Chulie. Kalau ikutkan memang tak larat dah sebab dari pukul 4 pagi tadi kami tak rehat tapi nak buat macam mana, plan harus diteruskan. Lunch hari ni berbeza sikit dengan hari sebelum ni. Kali ni kami dihidangkan dengan curry style Nepali. Nampak macam sedap tapi seriously aku tak boleh masuk. Memang jauh sekali dengan rasa curry yang aku pernah rasa. Orang lain makan rilex je tapi aku sempat jamah nasi 2-3 sudu je itu pun nasib baik ada serunding. Uncle nampak dah risau sebab aku tak lalu makan. So, nak sedapkan hati dia aku makan roti yang aku bawa dari Malaysia kat depan dia. Hahaha. Uncle saya ok je bukan tak selera tapi curry tu memang ntah apa-apa rasa dia, I cannot go.Kak Ju & Fad pun makan tak habis. Aku perasan sepanjang kami trekking, the guides & trip leader akan monitor apa saja yang korang buat, baik dari segi makan mahupun stamina. So, sila jaga semu benda ni or else dia tak bagi korang proceed.


Next stop for lunch

Curry style Gurung... memang tak boleh masuk kat tekak ni, lain dari yang lain rasanya

Seriously memang berat gila, Ya Allah macam mana lah porter kami gagah bawa untuk 8 hari trekking, respect

Mungkin nak kena kaki kurus macam Jiban ni baru mampu nak angkat kot, hahaha, Anyway this is our second time trip together, dah makin handsome sekarang

After lunch & solat, kami memulakan perjalanan menuju Chulie semula. Another 3-4hrs estimated time to reach Chulie. Kami mula bergerak dalam pukul 2.30pm. Dah agak lewat tapi kami kena teruskan juga walaupun memang sampai malam juga ni bila tengok sebahagian dari kami yang tak boleh bergerak dengan laju.


Let's continue the journey

To be continued...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...