Pages

Sunday, March 11, 2018

Kashmir Winter Trip 2018: Shikara Ride at Dal Lake

Dal Lake, Srinagar
Sunday, 11 Feb 2018


Hari ini merupakan hari kedua kami di Srinagar, Kashmir. Memandangkan trip ke Gulmarg sudah bertukar ke hari pertama, so, today’s trip will be sightseeing around Srinagar.

Srinagar merupakan bandar terbesar dan “summer capital” of Jammu & Kashmir. Bandar ini terkenal dengan kecantikan semulajadinya, beautiful Mughal gardens, waterfronts and houseboats. Also known for traditional Kashmiri handicrafts and dried fruits. Srinagar juga merupakan bandar paling utara di India dengan lebih dari 1 juta orang penduduk. 


Morning at Dal Lake

Pagi ni kami akan ber “shikara”. Shikara ni refer to smaller row boat yang diperbuat daripada kayu & terdapat di Dal Lake & other nearby lakes too. Kebiasaanya boat ini akan membawa pelancong tour sekitar Dal Lake. Kalau dah sampai ke Srinagar & stay di Houseboat, adalah menjadi kemestian Shikara Ride ini. Memandangkan kami stay di Houseboat, so, Shikara akan terus ambil kami dari lokasi Houseboat kami. Shikara ni agak cantik sikit compare to Normal Boat sebab dia ada tempat duduk khas yang di alas dengan Carpet & bumbung. 


Pengangkutan utama di Dal Lake

Masih awal pagi

Hari ni tour di Dal Lake

Shikara Ride at Dal Lake already included in our package. But, normally, it will cost you around Rs 1200 per boat & boleh naik 4 orang sekali. Usually, it will be a two hours ride which is enough, tapi kalau tak membeli-belah sangat maybe less than 2hrs dah habis tour. 


Tak muat nak duduk sekali 4 orang

Happy Time

Boleh enjoy view yang sangat cantik dari Dal Lake dengan menaiki Shikara sebab boatman akan bawa kita pusing sekitar Dal Lake. Tapi hari ni cuaca agak kelabu sikit. So, view pun biasa-biasa saja.

Shikara Ride akan lalu floating market juga. Macam Floating market kat Thailand tu tapi tak meriah macam kat sanalah. Sini, barang-barang jualan dia pun macam tak menarik hati sangat. Kehadiran kami di Floating Market ni menarik perhatian orang disitu sebab tak banyak pun tourist yang ber “shikara” pagi tu. Kalau ada pun local people yang ke hulu hilir bawa hal masing-masing. Tapi kami tak berhenti dimana-mana pun sebab tahu dah konsep barang jualan kat Floating market ni biasanya lebih mahal daripada harga di luar. 


Tengah bargain for affordable price

Antara kraftangan yang dijual

Tapi nanti korang akan dihampiri oleh beberapa orang yang datang menjual barang-barang seperti souvenir, Saffron, bag, kain & macam-macam lagilah. Dan kami tak terkecuali juga jadi mangsa. Aku ni pun satu hal, Asif dah kasi amaran awal-awal JANGAn beli Saffron kalau ada orang jual masa naik Shikara tapi aku ni beli juga sebab tertipu dengan demonstrasi original saffron. Patutlah boleh kasi harga murah gila. Ciss, tak original rupanya. Nasib baik beli satu saja. Lesson learnt, jangan beli Saffron masa naik Shikara sebab tak original. Macam mana kami tahu tak original sebab Asif demo sekali lagi sewaktu di Houseboat. Kalau original, kau test color dia dengan air banyak kali pun, the color still ada walaupun Saffron tu dah dibersihkan. Dan boleh rasa Saffron tu sendiri bila pegang yang original & bukan original. Kalau original, boleh rasa structure nya lebih lembut compare to non-original. Lagi scary sebab dapat tahu yang non-original guna rumput kering & disalut dengan artificial color.

Dah dengar cerita dari Asif baru tahu, susah nak pelihara Saffron ni rupanya patutlah harga dia mahal. Ohh, standard price for original saffron di Kashmir ni boleh dapat sekitar Rs250 to Rs300 per gram. 


Di Dal Lake pun tetap berkawal juga

Floating market at Dal Lake

Happy bila dengar kami cerita pasal dia

The sweet little girl

Shikara Ride thru the Floating Market

Dal Lake Floating Market

Row Row Row your boat

Mata pencarian sebahagian mereka di sini

Compare to other floating market, here is more peaceful

We ended the tour less than 2 hrs. Kalau ikutkan kami banyak masa lagi tapi sebab kami tak berhenti singgah di mana-mana untuk membeli, so, tour with Shikara pun jadi pendeklah sebab hanya pusing sekitar floating market & akan patah balik semula ke Houseboat kami. Bagi aku, tour kat Dal Lake with Shikara ni cukuplah setakat sightseeing & enjoy the view around the Lake. Kalau nak membeli tu, baik fikir 2X sebab harga yang lebih murah boleh didapati diluar kawasan Dal Lake. Contohnya Shikara Boat yang dibeli Thirah boleh dapat jauh lebih murah kat souvenier shop di luar compare yang ada kat Dal Lake ni & lebih better quality sebab ukiran kayu. Kalau nak beli Saffron pun, fikirlah 10X sebab harga murah sangat & macam tak logik walaupun dia siap buat demo macam real Saffron.

Kami pulang semula ke Houseboat sementara menunggu Owais, driver kami, sampai di jetty untuk tour kami yang seterusnya di Srinagar.

To be continued...

1 comment:

  1. salah satu tempat yang saya teringin nak pergi
    cantiknya pemandangan sana
    harap2 berpeluang sampai ke sini
    amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...