Pages

Tuesday, March 6, 2018

Kashmir Winter Trip 2018: Houseboat at Dal Lake

Dal Lake, Srinagar Kashmir
Sat, 10 Feb 2018


For accomodation di Kashmir, kami telah memilih Houseboat di Dal Lake untuk penginapan selama 5H4M. Kalau nak stay di Houseboat di Dal Lake ni, kenalah naik boat setiap hari sebab Houseboat ni terletak kat tengah lake & salah satu cara nak sampai ke sini dengan menaiki Boat. Tapi tak perlu risau sebab kalau book Houseboat kat sini, normally dah termasuk dengan boat pergi & balik. Since, aku guna package from Highland Travels, so, penginapan di Houseboat dah termasuk sekali dalam Package kami. Pada mulanya, aku ingat nak buat semua sendiri tapi bila busy sangat dengan kerja terus aku fikir nak guna agent saja. Lagipun aku tak banyak reference, semua bergantung kepada tips traveller yang dah pernah sampai ke sini. Contact Agent kat Kashmir ni pun recommended by Lead Engineer aku yang dah pernah sampai ke sini last year. So, bila buat survey, Highland Travels ni yang paling murah & ok compare to other 4 agents.


Houseboat kami di Dal Lake

Ada satu lagi option for Houseboat di kashmir ni terletak di Nigeen Lake. Also considered part of the Dal lake and it is connected via a narrow strait. Katanya, Houseboat di Nigeen Lake much better than the Dal Lake and lokasinya juga lebih sunyi & peaceful. Ada juga buat survey tapi price dia memang mahal dari Houseboat di Dal Lake. Price for Houseboat disini pun ada kelas yang tersendiri. So, kalau lagi mewah houseboat tu, lagi mahal lah harganya. Tapi sebab budget aku tak mewah, so, redha jelah dengan apa yang kami dapat. Anyway, selesa & ok je. Lagipun kami nak stay untuk tidur je. Setiap hari pun kami akan keluar awal pagi & balik dah nak malam. Winter season pun balik lambat kan, lepas tu naik boat malam-malam dengan angin sepoi-sepoi bahasa, kau rasa.

Package untuk 5H4M di Kashmir: 7300 Rs (≈RM453) per Person

Itinerary:
Day 1: Delhi-Srinagar (Srinagar Sightseeing & Shikara Ride)
Day 2: Srinagar- Gulmarg-Srinagar: (2 Hrs Drive)
Day 3: Srinagar-Sonmarg-Srinagar (3 Hrs Drive)
Day 4: Srinagar-Pahalgam-Srinagar (3 hours each way)
Day 5: Srinagar-Delhi

Tour Inclusion
  1. 5D4N Houseboat Accommodation with Breakfast and Dinner (Veg & Non-Veg Food) Halal Food
  2. DBL Bed Rooms Per/Night
  3. Car For as per your itinerary for all sight seeing
  4. Driver allowance, Fuel, Parking, Taxes, state taxes
  5. Delhi & Srinagar Airport pick up drop as per your Itinerary
  6. Driver Accomodation, Meals, Fuel, Parking, Taxes, State Taxes
  7. One Shikara Ride
  8. Full Day Trip Local sightseen, Gulmarg & Sonmarg
  9. Special Welcome Drink on Arrival Delhi & Srinagar
  10. Old City & Lake walk in Srinagar

Not Included
- Monument Entry Fees
- Personal Expenses
- Tip
- Gondola & Pony Ride
- Any flights tickets

Kalau nak pakai package di atas, boleh direct contact dengan Mr Noor untuk complete arrangment

Noor M Gagroo
Highland Travels
N-29, Middle Circle
Cannought Place, New Delhi - 110001
P: +91-11-23318236 / 41523395
M: +91-9810650105

Kalau nak arrange sendiri, boleh contact no. dibawah for Houseboat Booking & driver

For  New Chez Henry Houseboat, boleh contact number di bawah
Ghulam Qadir Khan: 094190-61253, 0194-2501052
Asif: 099064-79385

Kalau nak hire driver saja boleh contact, Owais: +91 99067 25577

Kalau nak rasa tinggal bersama local people & merasai hidup masyarakat di sini, boleh lah consider stay dengan local people di Kashmir ni or Famili Owais, driver kami. According to Owais, harga akan jadi lebih murah. Nak masak sendiri pun boleh.


Houseboat at Dal Lake

Kena naik boat pun everytime nak keluar ke Srinagar

Inilah boat yang akan membawa kami pergi & balik



Pada mulanya, aku request 1 night di Pahalgam tapi bila Mr Noor tengok itinerary aku yang agak tight, so, dia suggest stay kat Houseboat saja sebab macam tak sempat nak ke tempat lain pula nanti. Lagipun kami pergi ni musim winter, halangan utama adalah jalan raya ketika heavy snow, itu pun nak kena fikirkan juga walaupun kami tak target ada heavy snowfall masa tu.

Kalau nak book Houseboat dekat Dal Lake ni kena check harga yang dia offer tu termasuk apa. Kalau datang winter tu, check to make sure ada heater, Electric Blanket, Hot water etc. And check price dah termasuk sekali ke tak, sebelum nak confirm booking.


Ruang Tamu yang luas & cantik

Sistem Pemanas Tradisional di Ruang Tamu

Houseboat di Dal Lake tidak menggunakan heating system macam kat guesthouse or hotel di negara 4 musim yang lain. Mereka gunakan pemanas tradisional yang pakai kayu api, gasoline dan diletakkan di ruang tamu & bilik. Kalau malam dia akan bakar kayu api tu 2X kat bilik & 1X kat ruang tamu. Tapi faham-faham lah, lama mana saja kayu api tu tahan kan. So, as an alternative kami diberi hot water bag untuk digunakan semasa tidur. 3 bag kongsi untuk 2 orang. Selimut yang kami dapat boleh tahan tebal sebab ada 3 layer. Kalau dah masuk masuk dalam selimut tu memang malas nak gerak badan dah sebab berat. Alhamdulillah, I survived for 4 nights at Dal Lake walaupun suhu di bawah paras beku, grrr.


Tempat rehat & bacaan

Perabot antik yang masih ada nilai seni

Dinner kami di Hari Pertama sampai di Houseboat

Tempat makan

Bilik Tidur with traditional heating system

Houseboat yang kami duduk ni guna air mineral untuk masak & minum for 5 days stay kami kat Kashmir. Tapi, kami tak diberitahu in advance yang mineral air ni tak termasuk lagi dalam kos boat house, so, kena bayar separate. Dah last day kami nak balik baru dia orang ni cakap. Hangin juga masa tu, tak pasal-pasal pakcik Ghulam kena marah, hahaha. 16 botol 1.5L = Rs480. Tiba-tiba jadi 16 botol, macam mana dia kira pun aku tak pasti. Aku tak kisah sebenarnya dia nak guna mineral water untuk minum & masak, maybe for hygiene, but still kena lah kasi tahu lebih awal.

Standby juga tips nak bayar kepada tukang masak & penjaga boat house. Yang ni boleh pulak dia minta masa kami tengah dinner last night. Memang lah tak paksa tapi kami seolah-olah dipaksa untuk faham apa yang cuba disampaikan. Ingat kena kasi kat Adel & Asif saja, rupanya orang dibelakang tabir pun kena kasi tips juga, hahaha. Macam-macam. Kami shared 2000 Rs jugalah nak bayar tip.


Adel si penjaga houseboat kami

Uncle Ghulam yang sentiasa concern pasal Food at Houseboat

Tapi memang best duduk dalam houseboat ni. Semua keperluan kami sepanjang stay di Houseboat dijaga dengan rapi & baik sekali oleh 2 handsome man houseboat kami, Asif & Adel. Aku rasa, Adel ni pangkat dia rendah sikit dari Asif, so, memang dia sajalah yang buat macam-macam most of the time pun. Tanya bila nak makan, hidupkan kayu api, hidang kan makanan, prepare Hot water & macam-macam lagi lah. Terasa dilayan bagaikan puteri & secure sangat bila dia orang yang jaga kami, hahaha. Minta & tanya apa saja korang nak, sedaya upaya mereka akan buat & cuba. Asif ni kadang-kadang saja ada sebab dia manage 3 houseboat at the same time. Tak ada masalah bahasa di sini sebab both of them speak English very well. Ohh ada lagi sorang ketua kepada Asif & Adel ni, Uncle Gulam. Dia hanya akan datang selepas kami makan & akan beritahu menu for next day breakfast & Dinner. And soalan wajib pun setiap kali...” How’s the Food?” Hahaha, Rasanya masih terngiang-ngiang sehingga kini suara uncle ni sebab persis Amrish Puri, the legendary Bollywood Actor yang selalu bawa watak Antagonis. Dia akan make sure kami naik boat dengan selamat setiap pagi juga & ada masa dia yang akan hantar & pickup kami selain Adel & Asif.


Itu saja nak share pasal Houseboat.

7 comments:

  1. wehhh mmg bagaikan puteri la tempat tido tempat makan ekslusif... best ah!

    ReplyDelete
  2. Salam sis... nak tanya your pengalaman coz 7 of us heading to delhi-Kashmir-Agra-Jaipur.
    how big is your travelling luggage to india n type.
    how is the experience of moving yr luggage from land to houseboat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luggage depend lah,kalo winter memang size bag besar sikit sbb nak bawa baju tebal.
      I bawa trolley bag for kashmir & backpack for delhi-agra-jaipur.
      From land to houseboat, bawa naik boat lah. Ok je.

      Delete
  3. Salam sis nak tanya, mcamana nak contact nbr tu? By call, whatsapp, sms or ada fb /ig?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba whassap dulu ke? I dapat contact no. tu from their business card. Driver kami Owais tu boleh tolong cari kan houseboat jg in case u nak guna service dia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...