Pages

Wednesday, March 21, 2018

Kashmir Winter Trip 2018: First Snowfall in Srinagar in 2018

Srinagar-Sonamarg, Kashmir
Mon, 12 Feb 2018


Malam tadi sejuk tak berapa nak keras dekat Houseboat. Tapi bangun saja pagi ni, Subhanallah, kami dikejutkan dengan snow fall bila Thirah mula menjerit selepas buka tingkap bilik kami. Semalam cuaca kat Srinagar tak nampak pun tanda-tanda hari ini salji nak turun di Srinagar. Apa lagi, kami bergegas keluar dari Houseboat sebab nak tengok Dal Lake yang sudah pun ditimpa hujan salji. Tak sangka pulak hari ke-3 kami di Kashmir, salji pertama untuk tahun 2018 turun di Srinagar. Menurut cerita penjaga houseboat kami, dah lama salji tak turun di Srinagar. Kiranya, Rahmat untuk kami dapat juga merasai Salji di Srinagar tanpa perlu ke kawasan tanah tinggi. Agak lebat juga snow pagi tu. Walau apa pun terjadi, plan kami tetap berjalan juga. Samada sampai ke destinasi atau pun tidak sajalah dalam keadaan heavy snow sekarang ni. 


Snowfall in Srinagar today

Breakfast hari ketiga kami di Houseboat

First snowfall in Srinagar in 2018

Sewaktu kami sampai di jetty, Owais dah setia menunggu kami. Dan kami diberitahu pertukaran plan untuk hari ini memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan. Menurut Owais, kalau kami ke Pahalgam hari ini dengan keadaan snow yang lebat macam ni, memang tak dapat buat apa-apa nanti sebab jalan confirm dah penuh dengan salji & perjalanan akan jadi lebih lama dari biasa. Kalau cuaca ok pun, nak 3 jam juga sampai, inikan pulak heavy snow fall. So, kami tukar plan ke Sonamarg.
 

Tak target lansung snow nak turun hari ni

Semalam jalan clear lagi tapi hari ni dah penuh dengan snow

Kalau dibiarkan lama ni boleh jadi ais, hahaha

We're ready for today's journey

On the way to Sonamarg

Sonamarg lagi dekat dengan Srinagar compare to Pahalgam. Lebih kurang 2 jam. Tapi sebab heavy snowfall hari ini, jalan jadi sesak sikit dengan kenderaan yang keluar masuk. Tapi jangan risau sebab ada snow-cutter machine yang akan clearkan snow dari Srinagar road ke Sonamarg. Agak effective juga machine ni sebab jalan yang penuh dengan snow boleh clear bila dia lalu.


Snow cutter machine clears the road after heavy snowfall
 
Road from Srinagar to Sonamarg

Road from Srinagar to Sonamarg during winter

Another route to somewhere

Trafffic jam on the way to Sonamarg

View on the way to Sonamarg

Winter wonderland

Highway on the way to Sonamarg

Kami singgah berhenti untuk coffee & toilet break on the way to Sonamarg. Rasa tak sanggup nak keluar lama-lama sebab sejuk mencengkam. Turun pun sebab nak ke Toilet. Toilet kat Kashmir ni agak mengecewakan jugalah. Sebab kat mana-mana pun rasanya tak ada yang betul-betul bersih kecuali kat Houseboat & hotel. Bau tak perlu ceritalah kalau dah nama pun tak bersih. Tapi air memang ada. Itu saja yang aku rasa tak best. Sebab aku ni kalau sejuk, memang masalah sikit, asyik singgah toilet je. Kami tak minum pun, singgah beli Lays saja sebab perut dah kelaparan. Kat sini ada jual kelengkapan winter juga & harga dia sangat murah. Aku tak beli apa-apa pun. Tengok yang lain membeli saja.


Almost there

Disebabkan keadaan cuaca yang tak mengizinkan, kereta kami tak boleh dibawa masuk lebih dalam lagi ke Sonamarg. So, Owais suggest supaya kami hire local car untuk sampai ke destinasi kami. Actually, aku pernah baca juga pasal ni, dimana travel car will not have access to reach the main attraction kat sini which is Thajiwas Glacier. You need to hire either pony or local car to reach there. Owais cuba berbincang dengan kawan dia untuk mendapat price terbaik untuk kami. Pada mulanya, dia letak 5000Rs per car tapi kami tak bersetuju sebab far from our budget for Sonamarg. So, negotiate lagi sampai lah kami dapat price 3000Rs. Kami agreed walaupun tak sepenuh hati. Masa tu kami hanya ada 10min untuk fikir sebelum kawan dia sampai. Aku fikir masa tu sebab kami dah dekat nak sampai pun & bukannya senang nak sampai sini, so, dah alang-alang tu baik teruskan saja. Tapi Owais tak paksa kami pun, dia siap kasi cadangan kat kami, tak perlu pergi kalau tak nak sebab kat tempat kami stop tu pun dah banyak snow yang kami boleh enjoy. Kami tak beri kata persetujuan sebab dengan keadaan snowfall yang agak heavy sekarang, boleh jadi keadaan disebelah sana boleh jadi lagi teruk walaupun kami ada local car yang akan membawa kami ke sana.

Sementara tunggu kawan Owais sampai, kami pun pulun lah main snow kat luar kereta. Biasalah orang jakun. Kat Malaysia, mana mungkin ada kan. So, take your time & enjoy the beautiful moment. Tak berapa lama lepas tu, Owais datang kat kami semula & suggest tak perlu ke Sonamarg sebab dia rasa macam snow lagi heavy kat sana. Risau yang kami tak boleh nak buat aktiviti apa-apa pun nanti. Rugi pulak. Emmhhh, aku pun dah fikir macam tu. Kami pun setuju & teruskan aktiviti kami bermain snow ditepi jalan menuju Sonamarg. Tak lama lepas tu, datang kereta lain juga dengan pelancong dari Malaysia, pun berhenti tepi jalan & enjoy the snow.


Sampai di sini saja perjalanan kami due to heavy snow
 
Sonamarg kalau diterjemahkan bermaksud “Meadow of Gold”, adalah stesen bukit di daerah Ganderbal di India, juga dalam wilayah Jammu dan Kashmir. Di situ letaknya glasier Himalaya yang tersohor di Lembah Kashmir i.e. Glasiar Kolhoi dan Glasiar Machoi, di kemuncak 5,000 meter. Destinasi popular ini berkedudukan pada altitude 2,800 meter dari paras laut. Di sinilah lokasi penggambaran filem Hindi ‘pecah panggung’ Bajrangi Bhaijaan arahan Kabir Khan, lakonan Salman Khan, Kareena Kapoor serta pelakon kanak-kanak, Harshaali Malhotra (Munni). Antara babak akhir filem itu dikatakan dilakukan dikawasan Pergunungan bersalji di Sonamarg yang dikenali sebagai Thajiwas Glacier. Bukan rezeki kami hari ini nak sampai ke Thajiwas Glacier dengan keadaan snow yang lebat macam ni. Takpelah, mungkin rezeki kami dalam edisi travel yang lain. Barangkali road trip Leh Ladakh, Eh.


Hairan agak nya tengok kami main-main snow tengah snow lebat

Happy Time

Bestnya walaupun sejuk sangat




Haruslah letak gambar poyo satu kan

Kami berhenti seketika untuk lunch break & solat di pekan Sonamarg. Nak beku dah rasanya masa ni. Sejuk gila. Pekan yang kami berhenti ni pun dah sarat dengan salji yang turun tak berhentil. Jalan pun dah penuh dengan snow.

Hari ni, kami lunch simple saja sebab mengenangkan menu dinner kami malam ni. Bukanlah masakan Kashmir pun tapi menu yang kami request sendiri sebab tak boleh nak masuk dengan masakan kashmir yang dah 2 hari kami kena makan tu. Semua masakan pun dia nak rempahkan termasuklah sayur. Kalau sehari dua tu, kira ok lagi tapi dah nak masuk hari ketiga ni, rasanya macam tak boleh blah dah. So, malam tadi sewaktu Uncle Ghulam tanya menu breakfast untuk hari ini, terus kami kasi cadangan untuk menu dinner juga. So, kami hanya minta dia goreng ayam tu saja instead of masak kuah berempah. Itu pun nak kena explain juga kat dia macam mana nak buat & masak sebab dia pun tak berapa nak faham. Nasib baik kami tak minta dia masak sup. Yelah, masyarakat kat sini dah biasa dengan cara masakan mereka yang kalau boleh pun semua nak dirempahkan.

For today’s lunch, kami hanya order Paneer Butter Masala & Roti Naan biasa. Opps, kami tak order nasi hari ni. Kedai yang kami singgah ni, biasa-biasa saja, menu pun tak banyak. Tak salah aku Nasi Beriani pun tak ada, sebab tu kami tak order.


On the way back to Srinagar

Selepas lunch break, kami meneruskan perjalanan semula pulang ke Srinagar. On the way, Owais ada berhentikan kami di satu tempat untuk bergambar. Lawa juga view dari sini. Berhenti sekejap je sebab snow masih turun & cuaca pun tengah sejuk yang amat.


The winter wonderland

Kami berhenti di suatu tempat untuk menikmati view yang menarik

Mesti lagi cantik kalau season lain

Mountain View

Setibanya di Srinagar, kami tak terus pulang ke Houseboat tapi Owais bawa kami melawat Masjid Jamia Srinagar. Masjid Jamia merupakan masjid terbesar di Kashmir Valley & mencerminkan gaya senibina Indo-Saracenic.


Jamia Mosque Srinagar

Masjid Jamia Srinagar ini terletak di Nowhatta , di tengah kota lama Srinagar. Masjid ini dibina oleh Sultan Sikandar pada tahun 1400 Masihi. Kemudian, anakandanya Sultan Sikandar, Zain-ul-Abidin memperbesarkan lagi saiz masjid. Senibinanya mempunyai persamaan dengan Buddhist pagodas and is constructed in Persian style.


Salji turun agak lebat sewaktu kami tiba di sini

Sampai kat sini saja lawatan kami sebab tak sanggup nak sampai ke sebelah sana

Ada taman yang cantik kat tengah Masjid Jamia Srinagar ni

Inside Jamia Mosque

Ada kedai-kedai di luar Masjid Jamia

Kawasan luar Masjid

Lawatan ke Masjid Jamia Srinagar merupakan penutup untuk perjalanan hari ketiga di Kashmir. Selepas ni, kami akan pulang ke Houseboat di Dal Lake.

Hari ni, kami dah call Houseboat siap-siap 20min sebelum kami sampai. Kalau tak call awal-awal nanti lama pulak menunggu. So, by the time kami sampai, Uncle Ghulam & Adel Dah menanti.

Malam ni, dinner kami berbeza dari malam yang sebelumnya sebab kami request menu sendiri. Tapi agak kecewa sebab Ayam goreng yang dihidangkan tak banyak seperti selalu. Aduih, dah lah kami makan simple je lunch tadi, dinner malam ni boleh pulak dia kurangkan quantity ayam goreng. Takkan lah kami nak makan kuah dal tu banyak-banyak. Dah lah kami punya excited nak dinner malam ni sebab masing-masing tengah lapar gila. Kadang-kadang aku hairan betul dengan orang disini. Bila kami dah minta tukar menu tu maksudnya kami nak ikut selera kami lah, tak perlu lah dikurangkan kuantiti ayam tu. Aku macam tak boleh terima alasan dia kurangkan ayam tu sebab kami tak habis makan 2 hari ni yang jadi penyebab dia orang tak masak banyak. Nasi putih pun dia kurangkan separuh. Boleh pulak kau fikir macam tu. Patutnya tanya lah kami dulu. Kami tak boleh nak request lebih ayam lagi dah sebab tukang masak dah rehat. So, memandangkan kami tak kenyang lagi, kami minta Adel masakkan maggi yang kami bawa dari Malaysia.


Dinner kami hari ke-3, sampai hati Uncle Ghulam kurang kan Ayam dengan alasan dah 2 hari kami tak habis makan, separuh tau dia kurangkan

To be continued...


2 comments:

  1. yg brealfast tu, sebelah roti dan telur tu apa namanya?

    Adeq tu tak sejuk ke? korang yg lain semua jacket winter, adeq pakai jaket tu je... sejuknyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti biasa je tu tp rupa je yg pelik.

      Adeq ada pki few layer juga tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...