Pages

Monday, March 5, 2018

Kashmir Winter Trip 2018: Gulmarg

Gulmarg, Kashmir
Saturday, 10 Feb 2018


Gulmarg ni terletak dikawasan tanah pergunungan. So, perjalanan nak sampai ke sini pun akan melalui kawasan tanah tinggi. Sebelum kami sampai, driver akan stop kat satu kedai di area di mana kami akan pickup guide & boleh sewa peralatan yang diperlukan untuk aktiviti di Gulmarg. Basically, tempat nak sewa boot, jacket etc. Peralatan ski semua tu boleh disewa kat Gulmarg nanti saja. Kami agreed nak sewa Boot saja tapi jadi complicated sebab ramai sangat yang approach kami untuk sewa benda lain juga. Sampai satu tahap nak bergaduh jugalah. At last, kami akur juga sewa jacket yang buruk tu dengan alasan yang boleh diterima, tak nak kotorkan jacket kami yang cantik tu. Sebab kami sendiri pun tak tahu keadaan kat tempat skiing tu macam mana, betul ke kotor (tapi serioulsy memang kena scam lah). Total sewa semua 200Rs per pax. Itu tak termasuk harga package lagi. Harga package yang ditawarkan pada mulanya USD50. Mak aii, ini macam dah kira nak pow kami ni. Tapi aku memang tak lah nak redo. So, aku letak harga rendah based on budget yang aku buat tapi dia tak agreed. Dia letak harga tinggi sikit, so, aku tawar lagi sampai satu tahap aku cakap tak nak baru dia turun kan sikit and kami agreed. Final price, 2700Rs inlcuded Gondola Ride (up to Phase 1 only), Sledge pergi & balik & Skiing. Ini harga package saja, belum masuk lagi tips nak kasi kat orang yang tarik sledge kau & ajar korang skiing. Aku kalau ikutkan memang tak nak kasi tip sebab itu dah masuk dalam package yang kami bayar tapi yang lain baik hati, so, aku follow sajalah. So, total lost kat Gulmarg saja for snow aktiviti is 3150Rs, which is dah overbudget. Walaupun orang cakap, Ski kat Gulmarg ni antara yang termurah kat dunia tapi sebab aku first time, so, aku tak boleh lah nak compare. Tapi next time kalau ada yang nak merasa buat aktiviti semua tu kat sini, sila keras hati sikit masa nak nego tu. Macam kami sebab dah guna agent, so, automatically kami akan diberi guide & uruskan semua tu, in which aku rasa tak perlu sangat pun perkhidmatan dia. Better korang sewa boot & untuk aktiviti sledge, skiing & snow jet ski etc. semua tu sila nego sendiri masa kat Gulmarg Phase 1 nanti.


Jalan menuju Gulmarg

Sampai je di Gulmarg, kedatangan kami di sambut dengan ramai local people yang standby nak offer kami naik sledge & buat aktivity lain juga. Tapi since kami dah ada guide, so, semua dah standby kat satu area. To be honest, tak perlu naik sledge ni pun tak apa nak sampai ke Gondola tapi sebab masa tu aku ingat macam nak try juga naik benda ni, so, aku akur jugalah. Bila dah naik tu, rasa macam... pemalasnya aku ni, hahaha. Dah macam gaya tarik upih kelapa tu. Boleh tahan juga lenguh kaki ni sebab nak kena maintain position macam tu saja. Rasanya lebih baik jalan kaki nak sampai ke Gondolo. Bukan jauh pun jarak dari tempat parking nak ke Gondola, adalah dalam 1km dengan jalan TAR yang proper, in which bagi aku aku baik jalan kaki saja. Naik sledge tu pulak kat sebelah tempat berjalan kaki. Kalau ada option, boleh cuba turun dari phase 1 ke bawah naik sledge, mungkin lebih happening sebab turun dari Gunung, hahaha. 

Tips: 
  • Sila consider jalan kaki saja dari parking space nak ke Gondola sebab jarak hanya 1km++. About 15-20min walk.
  • Sila nego untuk semua aktiviti snow kat Gulmarg ni. Normally, dia orang akan letak price yang mahal tapi jangan redho pulak. Sila keras hati & nego sampai dia agree to price yang korang nak. Tapi make sure, make sense lah juga kan masa nego tu. Meaning, dah survey & korang boleh dapat price yang sekian-sekian.
  • Kalau boleh, avoid using guide sebab macam tak perlu pun. Sebab dia orang ni kalau boleh nak paksa korang ikut cakap dia. Aku rasa macam agak annoying juga lah.
  • Sila standby duit kecil for tips.

However, kalau korang tak ada masalah dengan budget and don't mind spending your money, sila abaikan tips di atas.

Tapi aku amat berpuas hati dengan service orang yang ajar main ski kat sini. Kami dapat sorang satu instructor yang ajar kami main. So, memang enjoy lah. And dia ajar pun memang bersungguh. Itu yang buat aku terhibur & enjoy dengan pakcik-pakcik ni. Walaupun I was first timer tapi tak sangka best rupanya skiing ni. Since kami dah sampai lambat, so, tak boleh lah nak spend lama sangat. Dalam 1jam je lah. Lepas tu kami jalan-jalan kat Gulmarg phase 1 area tu bergambar & main snow. Around 4pm, kami dapat annoucement suruh standby nak turun. Ada limit juga nak buat aktiviti di Gulmarg ni. So, next time kalau nak enjoy puas-puas & berbaloi bayar mahal, silalah datang seawal pagi. Kami memang tak ada option lah sebab datang dari Airport terus ke sini.



Naik Sledge from parking to Gondola
 
Ingatkan sampai Gondola, rupanya half way saja, terpaksa jalan kaki lagi

Accomodation at Gulmarg

Kalau ada budget, boleh lah bermalam Gulmarg

Jalan menuju Gulmarg Gondola Station

Gondola

Gondola down from Phase 1

Kalau Phase 2 naik sampai puncak gunung tu

Gulmarg Phase 1

Me at Gulmarg Phase 1 Area

Gulmarg Phase 1 Area

Kalau professional Skier, normally akan naik sampai Phase 2 & skiing down from there

Antara aktiviti yang boleh buat kat Phase 1 ni, skiing

Tapi aku amat berpuas hati dengan service orang yang ajar main ski kat sini. Kami dapat sorang satu instructor yang ajar kami main. So, memang enjoy lah. And dia ajar pun memang bersungguh. Itu yang buat aku terhibur & enjoy dengan pakcik-pakcik ni. Walaupun I was first timer tapi tak sangka best rupanya skiing ni. Since kami dah sampai lambat, so, tak boleh lah nak spend lama sangat. Dalam 1jam je lah. Lepas tu kami jalan-jalan kat Gulmarg phase 1 area tu bergambar & main snow. Around 4pm, kami dapat annoucement suruh standby nak turun. Ada limit juga nak buat aktiviti di Gulmarg ni. So, next time kalau nak enjoy puas-puas & berbaloi bayar mahal, silalah datang seawal pagi. Kami memang tak ada option lah sebab datang dari Airport terus ke sini.

Every trip new jacket

Apa lah yang kelakar sangat tu

Testing IphoneX Potrait Mode

Skiing area for beginner

Nice weather for snow activities

Aktiviti di Gulmarg ni bergantung sepenuhnya kepada cuaca. Let say, hujan or heavy snow, memang Gulmarg akan ditutup terus kepada Pelancong. Nasib baiklah kami dapat ramalan cuaca lebih awal supaya bertukar plan ke Gulmarg on 1st day sebab driver kami dapat tahu ramalan cuaca tak ok untuk the next day and after. Or else tak dapatlah nak merasa bermain ski di Gulmarg.

Ohh, 3 hari selepas kami balik dari Kashmir tapi masih di Jaipur, India, kami dikejutkan dengan tragedy Avalanche yang berlaku di Gulmarg. Seorang pelancong Rusia terbunuh disebabkan runtuhan salji (Avalanche) yang melanda Gulmarg resort pada hari Jumaat, 16 Feb 2018. Dan 4 pelancong dilaporkan berjaya diselamatkan. Sebenarnya, kami dapat tahu pasal ni pun dari member kat Malaysia. Syukur sangat kejadian tak berlaku sewaktu kami di sana.


Gulmarg view from Phase 1

Best sangat lepak kat Phase 1 ni

Around 4pm macam tu, kami dah mula bergerak balik. Turun Gondola, jalan kaki sikit & again naik sledge nak sampai ke tempat parking. And our driver, Owais already waited for us. Guide kami pun join sama sampai ke Tanmarg. Kami berhenti di Tanmarg on the way turun from Gulmarg for lunch break. Dah nak pukul 5ptg pun masa tu.


Matahari pun nak tenggelam dah

Jomlah balik

The end for today's trip at Gulmarg

Balik semula ke Parking

Viewpoint cantik on the way turun dari Gulmarg

Viewpoint to see the Himalaya Mountain Range

Late Lunch at this Restraunt otw turun dari Gulmarg

Tanmarg Town

Sewaktu kami sampai di Srinagar, hari pun dah gelap. Tapi kami tak terus balik ke Houseboat, singgah dulu dekat Art & Craft Bazaar. Mula-mula ingat nak cuci mata saja tapi bila dah tengok koleksi Silk Saree dia terus akak teruja, hahaha. Lupa yang kami baru hari pertama saja disini. Tapi orang cakap kalau dah berkenan tu lebih baik beli terus kan, yelah, mana tahu, tak boleh dapat design yang dah berkenan & sama lagi kat tempat lain. So, ikut kata hati, aku beli jugalah selepas dah bargain bersusah payah. Kami hanya dapat 1900rs/6mtr. Aku beli 2 pasang sebab takut tak cukup budget pulak nanti. Padahal hari pertama saja dah swipe CC, hahaha. Lepas tu, aku dah bagi warning kat Owais, next time jangan bawa kami kat tempat macam ni lagi. Sebelum tu, Owais dah cakap tak perlu beli pun, masuk & tengok saja pun dah dapat minum Kashmiri Kahwa, hahaha. Tapi nak buat macam mana, akak tak kuat iman bab-bab macam ni. Ohh, kat sini kalau follow agent memang driver akan bawa ke tempat shopping tertentu yang telah ditetapakan oleh government kashmir. Kalau tak, lesen driver boleh ditarik balik.


Art & Craft Bazaar

Kashmiri Saree Silk, INR1900/6mtr

Inside Art & Craft Bazaar

Masa kami sampai di Jetty Dal Lake, jam dah nak hampir pukul 8mlm. Assistant kepada Mr Noor, Mr Abdullah sudah sedia menanti kami dengan 2 assistants houseboat. Kiranya nak menyambut kedatangan kami. Masa tu lah aku baru tahu yang, ibu kepada Mr Noor baru meninggal semalam & keadaan jadi tak terurus sikit berikutan kejadian yang tak dijangkan ini. Sebab selama ni aku berhubung dengan Noor saja mana tahu last minute orang lain pula yang take over & banyak benda dia tak tahu & terlepas pandang. So, aku yang terpaksa remind dia untuk setiap aktiviti kami di kashmir seperti yang dah dipersetujui.

Nak ke Houseboat di Dal Lake ni kena naik boat yang dah disediakan khas. So, inilah rutin kami setiap hari selama 5hari di Kashmir untuk setiap aktiviti outside the houseboat. Kami stay di New Chez Henry Houseboat.


To be continued...



3 comments:

  1. Saya baru balik dari Kashmir minggu lepas. Banyak juga last minute tips yang saya dapat dari blog ni. Terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya plan memang takmo hire guide whatsoever di Gulmarg nanti. Jacket/Boot pun plan pakai yg ada. Cuma nak tanya:
    1) Better beli tiket online siap2 or beli dia kaunter je nanti? Panjang tak Q utk beli tiket?
    2) Teringin nak merasa sledge ��. Agak2 ada tak org offer servis turun dari Phase 1 ke bawah...? Or ada tak spot menarik utk merasa sledge.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...