Pages

Sunday, March 19, 2017

Siem Reap Day 3: Cambodian Cultural Village

Siem Reap, Cambodia
Saturday, 11 Feb 2017


Mustafa suggest kami beli Cultural Village entrance ticket in advance di Fast Air Ticket. Macam agent jugalah. Kalau beli kat sini, driver yang bawa kami ke Cultural Village ni pon dapat masuk sekali for free. Same price juga kalau beli kat Cultural Village, USD15. Kiranya, Mustafa join kami juga lah. Dan dia bukan saja-saja join kami tapi sebagai guide, runner & translator for every show yang ada kat sini. Semua show kat sini dalam bahasa khmer, no translation. So, bila ada Mustafa, takde lah apa yang kami tengok tu sia-sia. Ada kefahaman jugalah.

Cultural village ni sangat besar. Semua lokasi for every show pun berbeza. Kalau tak sebabkan kami ada guide, boleh jadi ambik masa juga nak cari tempat show. Bayangkan first show kami di Mini-theater, terletak paling jauh among other location. Nak berjalan pun boleh tahan jauh. Kalau lambat, memang takde tempat lah jawabnya. Seats are limited. Luckily, kami ada Mustafa yang sentiasa ada to make sure kami dapat hot seats. Boleh kata for every show, dia akan jadi runner untuk ke semua location and make sure kami dapat seat yang best & strategik. Tak tahu plak driver tuk tuk kami cum tour guide for certain attraction kat Siem Reap ni.

Tips: Sila sampai awal for every show untuk dapat seat yang best. Since, every show jauh nak kena berjalan. Sila keluar awal before show habis.


Show ada banyak tapi setiap satu show sekali je sehari, no repeat. So, memang rasa tak berbaloi juga kalau beli tapi bila sampai seat dah penuh & kena berdiri pulak tu. Mahu hangin juga tapi nasib kami baik sbab mustapha sukarela jadi runner kami untuk setiap show, so, memang ada sajelah seat yang special untuk kami berdua, hahaha. 

Show yang special ada hari jumaat, sabtu & ahad saja. Most of the show akan start after 2pm. Kalau hari lain show biasa-biasa sahaja. So, plan your trip kalau nak enjoy tengok show kat cultural village ni. 


Show of the day

Kami sampai lambat untuk first show sebab sampai pun dah 2.30pm. But we managed to get proper seat. Show ni more to musical. Biasa-biasa je show dia tapi pasal cinta terhalang, hahaha. Show belum habis lagi tapi kami dah blah sebab ramai yang dah mula bangun nak bergerak ke next show to wedding ceremony. Tapi macam biasalah kami lenggang mak limah sebab Mustafa dah berlari ke sana dulu nak dapatkan seat untuk kami.


Our first show... Charming of Phahum

Next show is Khmer wedding ceremony. Show ni kat atas rumah tradisional & hanya 30min. Show ni pasal wedding orang khmer. Macam orang melayu kahwin jugalah siap ada tok kadi bagai. Nanti pengerusi majlis akan pilih 2 orang penonton jadi mak & bapak pengantin. So, nasiblah sapa yang kena.


Tengoklah crowd yang ramai

Khmer Wedding ceremony sedang berlansung

Pengantin

Show yang ketiga is Happy Chinese New Year. Antara show yang menarik kat sini sebab banyak persembahan akrobatik. Show Happy CNY only Fri-Sun. Hebat juga persembahan dia orang ni. Tuak mengecewakan.


Antara show yang menarik

Hebat

Next show, choosing fiance. Also 30min show & agak menarik. Show ni pun akan pilih salah sorang penonton lelaki untuk jadi pengantin pilihan si gadis. Dan si gadis sendiri yang akan pilih lelaki yang dia berkenan juga. So, nasib lah sapa yang lucky tu. Finally, uncle baju purple yang jadi pilhan hati. Mula-mula tu ok & sporting lagi tapi bila suruh tukar pakai pakaian traditional, terus Uncle tu reject. Lama jugalah kami tunggu pengantin lelaki nak keluar, finally, ada seorang lelaki muda yang offer nak ganti that uncle. Bagi aku, memang lagi sepadan lah. Mana tak nya Uncle tu tak nak, pakaian tak cukup kain, hahaha. Seganlah dia kot. Nasib baiklah, ada substitue, muda & boleh tahan pulak tu.


Tengoklah ramai nya manusia

Calon-calon menantu

Dara yang menjadi pujaan hati 3 jejaka

Last-last uncle ni yang menjadi pilihan si gadis

Bapa Mertua & substitute Bridegroom

Pengantin & ibunya

Antara pelakon utama. Dia ni boleh katakan semua show dia ada.

Show yang seterusnya pada pukul 6pm. By the time kami sampai di Khmer Village, dah gelap pun. Nama pun "drum of success dancing", so, show dia memang main drum dan diiringi dengan pertunjukan lawan-lawan juga. Scary you sebab pakai pedang betul. Siap keluar api bagai.


Drum of success dancing show

Our last show for today was "The Greatest King Jayavarman 7". Show yang paling lama & paling last kat Cultural village ni. And paling best among others. Sebab banyak kisah yang cuba disampaikan dalam 1 jam show. Basically, kisah King Jayavarman 7 & kehebatannya membina empayar yang kuat suatu masa dahulu. Nanti akan ada satu part tu, rakyat berkerjasama membina Angkor Wat selepas kejayaan merampas semula kuasa dari kerajaan Champa. Setiap kisah yang berlaku dalam persembahan "The Greatest King Jayavarman 7" akan diceritakan semula oleh Mustafa sebab dia je faham apa yang dia orang cakap. Kalau takde Mustafa, barangkali kami pun blur juga nak fahamkan apa yang cuba disampaikan. Anyway, nice show for closing.


Sila pilih seat yang ada kipas kat belakang tu sebab panas kat sini

The show is begin

The King Jayavarman 7 & Queen

Siap bertukang lagi

Dah siap pun

Show berakhir

Show dah habis haruslah bergambar

Dengan barisan pelakon utama

Bolah tahan lama juga spend masa dalam cultural village ni sebab banyak show nak kena pi. Kalau tak, rugi pulak nanti. And show lain-lain pulak tu. Show kat sini memang lain-lain daripada yang lain sikit tapi most of the show banyak pasal Cambodian cultural & history. Tapi bagi aku show yang paling best is the Greatest King Jayavarman 7, Happy Chinese New Year & Choosing Fiance.

Last show berakhir pada pukul 8mlm. After that, kami terus pulang ke Angkor Orchid hotel nak pick-up backpack. Kami sempat tumpang solat juga kat Hotel yang sama. Dia siap bagi kami masuk bilik khas nak solat. Alhamdulillah. Lepas tu kami terus ke Stesen Bus yang berhampiran. Malam ni kami akan bertolak ke Phnom Penh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...