Pages

Tuesday, March 14, 2017

Siem Reap Day 2: Lunch @ Muslim Family Restaurant

Siem Reap, Cambodia
Friday, 10 Feb 2017


Dari Ta Prohm, kami menuju ke pekan Siem Reap untuk lunch di Muslim Family Restaurant. Nak cuba makan kat sini pulak hari ni. Muslim Family Restaurant terletak just opposite to the Siem Reap Backpacker Restaurant. Waiter yang layan kami adalah orang Malaysia yang kerja kat sini.

Kali ni sebab dah penat sangat & lapar gila, order makan pun lupa diri. Kami order Tomyam, Omelette, Daging masak Chili & again, order lagi daging lembu naik bukit. Compare to semalam, kedai ni a bit pricey. Kat sini, air tak dapat free macam kedai semalam. Overall, makanan dia ok & best.

Total damage USD22. Sila jangan convert. Gila overbudget dah. 


Kali ni dia masak-masak sebelah kami saja, simple je menu dia tapi best

Beef Climbing Mountain

Menu lunch kami

Masa makan kat sini, kami jumpa Solo traveller lagi. Gadis melayu. Lupa nama dia dah. Dia spend 5 hari kat sini tapi trip dia memang lain dari yang lain sebab dia tak berminat nak pi Angkor Wat. Malas dan tak suka ramai orang katanya. Tempat-tempat yang dia pergi pun mostly bukan dalam list kami juga, hahaha. Hairan jugalah sebab datang Siem Reap tapi tak ke Angkor Wat which bagi aku, a MUST visit place kalau ke sini. Betul lah rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Tapi yang best dia boleh dapat Tuk Tuk USD13/day.

Perut pun dah kenyang, hati dah senang, balik hotel dulu... mandi, solat, tido kejap dulu & pukul 3pm, Mustafa datang pick-up kami balik nak sambung Angkor Tour ke Bayon Temple pulak. Kira sempoi juga trip kami ni, siap balik rehat-rehat dulu, petang sambung jalan-jalan lagi. Kali ni tak sure Mustafa lalu mana tapi kami sampai memang agak cepat juga. 


To be continued...
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...