Friday, 10 Feb 2017
After Bayon, kami terus ke destinasi terakhir di Angkor Complex for today, Phnom Bakheng. Actually, main purpose kami ke sini pun sebab nak tengok sunset. Kata Mustafa, kat atas Phnom Bakheng antara spot yang cantik for sunset. Kami pun ok jer without knowing yang kami kena hiking bukit nak sampai ke sini, hahaha. Mula-mula ingat tak tinggi mana pun tapi hakikatnya, boleh tahan tinggi jugalah. Bukanlah tak biasa panjat manjat ni tapi sebab dah petang & kami dah banyak consume energy pagi sampai tengahari tadi & dengan panas lit lit lagi, so, panjat bukit at this rate, is not the best option. Tapi sebab kami dah halfway masa tu, proceed jugalah. Lebih menyayat hati, sewaktu kami sampai kat atas tu, queue nak naik ke temple, panjang giler... errrkkk. Tak tahu pulak kena queue kat sini sebab temple lain takde waiting time pun nak masuk. Arrgghhh, buang tenaga betul lah naik. Kami tanye dekat sorang staff yang jaga queue nak masuk tu katanya, nak kena tunggu 2 jam lagi, baru boleh naik atas, fuhh. Kata dia lagi, normally pukul 2pm visitor dah start naik kat sini for sunset. What? Kiranya kami ni dah kira lambat padahal masa tu belum pukul 5pm lagi. Masa tu baru terfikir, better lagi lah tengok sunrise kat Angkor Wat. Tak perlu nak queue, cuma kena berebut nak masuk front row jelah. Ingat Angkor Wat tu dah dasyat rupanya kat sini lagi dasyat, siap ada waiting time lagi. At last, kami stay jugalah kat atas bukit tu tapi dekat another viewpoint for sunset. Maybe not the best spot tapi boleh lah nak nampak juga dari takde. Ramai yang dah sampai kat atas ni pun decide tunggu kat viewpoint yang kami stay tu, kecewa juga barangkali.
Kena trekking sikit nak sampai ke Phnom Bakheng |
Trekking dari bawah nak sampai ke atas puncak bukit ni, lebih kurang 30min juga dengan pace kami yang dah penat ni. Tapi kalau fit 20min jer dah boleh sampai.
Alhamdulillah, sunset hari ni secantik yang semalam juga. Bolat. Aku rasa unik sungguh sunset kat Cambodia ni. Sepanjang 3 hari kami kat sini, sunset di Cambodia memang terbaik & tak mengecewakan. Kami turun semula selepas dah berjaya capture the moment. Maybe not the best tapi boleh lah kan dari takde. Takde lah rasa kau mendaki bukit sia-sia, hahaha.
Sunset seen from Phnom Bakheng |
Kat viewpoint ni, memang tak boleh nak dapat clear view lah sebab banyak pokok |
Inilah nasib kalo space limited tapi orang ramai |
Captured otw turun from Phnom Bakheng |
Captured from 1st viewpoint |
Dah tak bulat lagi dah... nite |
Ohh, masa otw nak turun bawah tu kami disapa seorang gadis manis dari Malaysia. Hajar namanya. Dia baru sampai dari Vietnam malam tadi, malam ni pulak nak ke Bangkok. Fuhh, traveller tegar sungguh. Sebenarnya dia tak plan pun nak travel solo tapi sebab takde kawan, dia terjah juga. Teringat kata-kata Hajar masa tu, “Saya ada post kat FB BBM group pasal trip saya ni, ajak sapa yang nak join, ada juga yg PM tepi tapi sebab saya tak comel kot, takde orang yang minat nak jom... blah blah blah”. Aduh, sedih pulak dengar ayat dia. Kalau tak fikirkan dia nak ke Bangkok malam tu nak je ajak dia join kami tour lagi. Anyway, nice knowing you. Kagum tengok keberanian gadis melayu bertudung travel solo ni. I wisk I could do the same one day. InsyAllah. Perbualan kami terhenti bila Mustafa datang menyapa kami. Dan Hajar pula terus berlalu mencari van yang bawa dia ke sini.
Dari Phnom Bakheng, kami terus balik ke Hotel after a hectic trip for today. Tapi bukan nya balik terus pun. Kami ke Night market lagi, hahaha. Sebab semalam tak banyak tempat kami cover, so, hari ni langkah panjang sikit lah. Tapi sebab penat tak ingat, jadinya tak lama pun kami berjalan.
Esok plan waktu pagi pun masih kabur lagi, tak tahu samada nak ke Tonle Sap ke tak. USD15 kalau nak pi situ. Ongkos tak banyak lagi ni. Petang kami akan ke Cultural village... another USD15. And boleh jadi sampai malam juga kami kat situ sebab show dia sampai pukul 7mlm. Apa-apa pun kita tengok apa yang jadi esok.
To be continued...
cantik sang bulan..
ReplyDelete