Jakarta-Bandung, Indonesia
Tue, 9 February 2016
Kami telah meminta bapak yang jaga Citi Residence carikan taxi untuk kami ke Gambir Train station pukul 4pagi. Actually tak jauh pun Citi Residence dengan train station tapi kalau nak jalan kaki boleh tahan juga lah jauhnya dengan backpack lagi. So, the best way & demi keselamatan kami semua, better amik je taxi pukul 4pagi tu. Tahu-tahu esok paginya, taxi bertukar menjadi big taxi. Kiranya MPV yang boleh memuatkan kami semua lah. Kata pakcik, lagi senang kalu naik besar macam ni, boleh bawa semua. Saya tak kisah pun pakcik, asalkan pakcik dapatkan transport ni pun saya dah cukup bersyukur. Tak sampai 15min kami dah sampai Gambir train station, Jakarta. Driver charge kami IDR50K + IDR4K parking fee.
Sampai-sampai je kami terus cari Musolla dulu sebah Suboh agak awal disini 4.45pagi, so, masih sempat lagi before nak boarding. Padahal masa tu annoucement train to Bandung akan mula bergerak pada pukul 5pagi dah kedengaran. Hahaha. Alhamdulillah, sempat je walaupun train kami pukul 5. Bergegas jugalah lepas dah habis solat subuh tu.
Kami amik train paling awal sebab perjalanan nak sampai ke Bandung 3jam. Kalau kami naik next train at 7am, lagi lambat lah sampai. Lagipun kami nak tour Bandung hari ni, so, kalau boleh gerak lagi awal lagi bagus. Awal pagi pun macet agak kurang. Kami pilih koc executive dengan price IDR100K. Actually, harga ticket less than IDR100k tapi sebab kami minta agent yang bawa kami ke Papandayan book kan, so, dia charge admin fee dalam IDR7500.
Untuk jadual train & online booking, boleh refer kat
http://www.kereta-api.co.id/
|
Direction |
|
Kami kena naik level yang paling atas sekali untuk train ke Bandung |
|
Seawal pagi kami dah mula bergerak |
Kondisi dalam kelas executive ni memang agak selesa. Ada aircond & seat yang agak selesa. Ada plug untuk charge battery laptop & handphone. Kalau tidur dalam train sepanjang perjalanan pun tak rasa jauhnya perjalanan. Tahu-tahu dah sampai, kan kak Fad. Punya selesa dan tak terganggu. Yang lalu lalang pun cuma, orang check ticket & pramugari or pramugara yang hantar makanan & minuman. Makanan ada disediakan diatas train ni tapi tak free ya. Cuma tak perlu ke cafe pun nak membeli sebab nanti dia akan datang tanya sorang-sorang siap bawa pilihana makanan yang ada lagi. Air order dulu & akan dihantar kemudian. Dan boleh makan dulu, bayar kemudian juga. Memandangkan aku agak lapar pagi tu dan perjalanan kami jauh lagi, terpengaruh jugalah membeli. Masa tu tak tanye pun harga makanan tu berapa. Tahu-tahu dia datang kasi tau, total 2 nasi goreng & 2 kopi susu, IDR77K. Errkk... mahal juga.
|
Inside Argo Parahyangan Koc Executive |
|
Terpengaruh juga nak makan, biasa-biasa saja rasanya |
Aku boleh tidur hanya setengah jam selepas train mula bergerak. Fad dah lama dibuai mimpi. Tak tahu apa cerita yang lain, tidur juga ke, tengok TV ke or melayan view di luar tingkap. Amy & Eein duduk dihadapan selang satu dari seat aku & Thirah tercampak jauh kebelakang. Tak sampai setengah jam tidur, terjaga balik dan aku perasan Eein & Thirah dah takde, ke cafe lah tu. Aku pun ajak Amy sekali ke cafe join yang lain, saja nak jalan-jalan nak tengok kondisi dalam train. Rata-rata orang kat dalam koc executive ni semua dah tidur masa kami sibuk jalan-jalan. Masa sampai kat cafe, takde orang pun, hanya kami & para pekerja yang bertugas saja. Lama juga kami duduk kat sini, sampai dah tinggal satu train station lagi nak sampai Bandung baru ingat nak balik ke tempat asal.
|
Sunrise |
|
cafe dalam train |
Bila dah sampai pertengahan perjalanan dari Jakarta ke Bandung tu nanti, barulah nampak view cantik kat luar. Tu yang buat kami stay lama kat cafe sebab dari cafe tingkap dia agak luas sikit nak tengok view. Kalau nak tengok view highway dari dalam train, amik side belah kanan dari Jakarta ke Bandung.
|
Hari tu 1st day kami dari Jakarta ke Garut nampak train dari highway tu |
|
Awesome view |
|
Sawah padi terbentang luas |
|
Saujana mata memandang |
Kami sampai sharp at 8.30am di Bandung Train station. Dan supir kami di Bandung sudah sedia menanti ketibaan kami. Aku masih menggunakan khidmat
Hayukka Bandoeng disebabkan reputasi yang sangat memuaskan pada trip ke bandung 2 tahun lepas. Affordable price & boleh bawa kami ke mana saja di area Bandung seperti yang telah dirancang.
|
Heading to North exit |
|
Bandung Railway station |
|
Bandung Train station dari luar |
Tour Bandung kami bermula seawal 9 pagi. Jom kita ke Rumah Pesona dulu.
To be continued...
Stunning view! Terasa sangat sejuk :)
ReplyDeleteNonton film free
ticket train ke bandung beli siap2 dr Malaysia ke?nnt sampai sane kene amek ticket dlu ke sehari before?
ReplyDeleteHi, sy minta tolong agent yg kami guna untuk trip ke Papandayan yg uruskan pembelian ticket sbb ada prob. masa try nk beli online.
DeleteMohon email pd sy.. khalina_ali@yahoo.com..
ReplyDeleteSy bercadang ke Jakarta - Bandung pada 6/10/2018..
Hai , boleh saya dapatkan contact guide tour untuk ke Bandung tu tak?
ReplyDeleteHai, senang tak dpt taxi jam 4 am? dan banyak tak orang lalu lalang di sekitar jalan?
ReplyDelete