Pages

Wednesday, February 17, 2016

Papandayan Tour Part 6: From Pondok Saladah to Pos 2... End of Tour

Papandayan Mountain, Garut, west Java, Indonesia
Sunday, 7 Feb 2016


Continue from Papandayan Tour Part 5: From Edelweiss to Pondok Saladah 


Kami meneruskan perjalanan meninggalkan campsite area Pondok Saladah. Perjalanan seterusnya menuju kembali ke Pos 2 melalui trail menurun yang tidak berapa nak terjal. Ada certain trek agak berbatu & ada certain trek tanah merah yang agak licin. Dan tak perlu nak pressure sangat nak turun. Memang agak ramai orang masa kami nak turun tu & ada masa macam sesak pun ada sebab bertembung dengan orang yang nak naik. Sabar jelah. Anyway, permulaan nak turun, view memang masih cantik di atas ni. Boleh lihat Puncak papandayan dan juga Hutan Mati.


Kalau lalu trail Pondok Saladah - Pos 2 boleh tengok Hutan Mati dari sini

Ade green pool disitu, katanya sukar untuk sampai ke situ

Ini juga adalah penyebab kesesakan lalulintas di sini, hahaha, tapi memang ramai betul, boleh dikatakan dari pondok saladah nak sampai ke Pos 2 memang ada saja motosikal yang akan lalu lalang & kami terpaksa memberi laluan. Tapi memang diakui trail disini memang agak sesuai untuk aktiviti motocross

Jangan ingat kat jalan raya je boleh jam, panjat gunung pun boleh jam tau kalau dah ramai sangat orang, tambahan pula sekarang tengah liburan di Indonesia

On the way nak turun, makin ramai pulak orang yang baru nak naik, dasyat lah orang kat sini memang gunung berapi tempat liburan ya barangkali

Perjalanan turun dari Pondok Saladah menuju Pos 2

Kami tiba di Pos 2 sebelum pukul 2pm. Anggaran perjalan turun kami dari Pondon Saladah tadi lebih kurang 1 jam juga termasuk short rest in between. Kami rehat sebentar di Pos 2 sambil menikmati Hot Tea. Dah serik nak minta kopi dia. Bukan tak sedap tapi sebab kat sini memang style dia buat kopi tak tapis. Dengan hampas-hmapas masuk tekak, adoi. Maybe, orang kat sini dah biasa kot. And jangan lupa minta kurang gula sebab nanti konfem manis tak ingat. 


Dah sampai di Pos 2 semula, haruslah bergambar semula bersama disini

Tak lama lepas tu, tiba-tiba hujan lebat pulak. Nasiblah kami dah sampai di Pos 2. Ada jugalah tempat nak berteduh. Kesian mereka-mereka yang baru sampai, terpaksa berhimpit-himpit nak dapatkan tempat berteduh. Lama jugalah kami duduk kat Pondok Istirehat di Pos 2 ni. Dalam 30minit jugalah. Lepas 2.30pm hujan macam dah reda sikit & kami mula turun ke bawah setelah mendapat kebenaran Pak Asep. Hujan masih turun tapi kami teruskan juga sebab dah lambat rasanya. Sepatutnya petang ni kami akan bertolak ke Bogor untuk aktiviti esoknya.


Terperangkap dalah Hujan lebat di Pos 2... kami sempat berkenalan dengan #pendakicantik dari Indonesia ;-) except yang paling kanan tu ya, hahaha

Inilah rupa trek permulaan pagi tadi menuju ke Pos 2

We ended the tour around 2.30pm and returned back to Pak Asep Homestay.

We’re so happy & thanks to Pak Asep & Neng for the great tour. Wish could repeat again next time.



Other attraction at Papandayan

Menurut Pak Asep, di Papandayan terdapat sebuah tempat yang bernama Tegal Panjang. Tempat ini merupakan savanna yang sangat indah. Namun para pendaki tidak dibenarkan mengunjungi tempat ini kecuali mendapat kebenaran khas dan disertai dengan guide yang berpengalaman dari penduduk setempat. So, if you plan to include savanna part of your trip to Papandayan, boleh menggunakan khidmat Pak Asep. Pak Asep siap ajak kami datang lagi dan berkhemah di sini. I is teruja.


Tegal Panjang di Papandayan (pic credit to Safwan)

Kesimpulanya, Papandayan merupakan wisata gunung yang komplit sebab merangkumi semua yang harus ada padanya. Bermula dari sunrise yang indah, kawah Papandayan & danau baru yang unik, Hutan mati yang memukau, Tegal Alun (lapangan Edelweiss yang luar biasa luas), Pondok Saladah (campsite), savanna & Puncak Papandayan dimana pendaki dapat melihat dari kejauhan betapa luasnya Tegal Alun, Pondok Saladah di balik bukit, dan Kawah Papandayan tepat di bawah tebing.


1 comment:

  1. Assalamualaikum! Saya baca tentang Papandayan Tour dan teringin nak ke sana. Semua tempat cantik cantik, even Hutan Mati tu pun cantik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...