Pages

Sunday, February 21, 2016

Jakarta Tour

Jakarta, Indonesia
Mon, 8 February 2016


Sepatutnya hari ni kami berada di Bogor tapi atas suggestion driver kami yang katanya nak sampai ke Bogor agak lambat sebab kami dah gerak lambat dari garut, so, dia suggest kami bermalam saja di Cikarang & keesokannya mula bergerak ke Jakarta yang katanya sudah dekat sahaja. Ohh untuk hotel di Bogor, memang kami tak buat booking awal sebab tour agent untuk trip Papandayan cakap kami boleh walk-in saja sebab banyak je budget guesthouse disana nanti. Dan dia sendiri cakap driver akan arrange untuk kami. Tapi bila plan dah bertukar ni, agak hura-hara jugalah sebab kami terpaksa cari hotel kat tempat lain pulak. Dan disebabkan Cikarang terletak di kawasan perindustrian, harga per night of cos lah lagi mahal. Kalau sebelum ni aku budget sorang dalam IDR100K per night untuk Hotel di Bogor tapi terpaksa bayar lebih sebab kami dah tukar plan & ini semua disebabkan driver kami yang sengal tu. Dan dia pulak suggest hotel kawan yang dia kenal & kami agreed. Mana tahu, bilik yang dia suggest tu cuma katil untuk sorang & dia boleh plak suggest kami tidor kat bawah. Masa tu lah baru nak angkut tilam & bantal bagai, memang angin lah. So, paksa dia cari hotel lain malam tu juga. End up kami tidur di Hotel 3 bintang, Sartika. Mahal sikit tapi berbaloi dengan harga. Settled.

Jakarta ni tak banyak pun tempat menarik tapi sebab kami nak habiskan masa untuk hari ni that’s why kami cuba jugalah cari tempat yang boleh bunuh masa kami. Yang pasti kami tak kan ke Mangga dua mahupun Tanah Abang sebab plan nak ke Bandung esoknya.

Permulaan di Jakarta hari ini, kami ke Train station Jakarta Kota dahulu sebab nak ambil train ticket yang telah di book lebih awal thru online. Tapi bukan kami yang book, minta jasa baik Pesona Indo tolong book kan sebab kami ada problem masa buat online booking. Tak tahu kenapa tapi setiap kali nak buat payment mesti failed. Tapi kalau minta agent ni book kan nanti ada admin charge dalam RM2 per tix.


 Kami ke station Jakarta dulu untuk amik ticket train ke Bandung yang telah di book lebih awal

Print ticket for tomorrow's trip to Bandung

Jakarta Train Station

Dah dapat ticket, kami terus bergerak ke Kota Tua. Tak jauh pun sebab kami ke train station yang berhampiran. Ramai giler orang masa ni, al maklum, liburan di Jakarta. Kami kecewa sebab semua muzium di Kota Tua tutup pulak hari ni. Paling tak puas hati sebab supir kami cakap dia lupa tutup hari ni. Macam mana lah kau yang bawa kami ke sini boleh tak tahu Muzium memang tutup hari ni.So, kami cari alternatif jalan-jalan sajalah disekitarnya. Panas tak hingat masa ni. Lepas jalan-jalan sekejap kami patah balik ke tempat parking sebab tak tahan sangat dah panas ditambah pula dengan orang yang terlalu ramai. Masa ni supir kami hilang entah ke mana. So, by the time kami tunggu dia, kami food hunt dulu di sekitarnya.


Welcome to Kota Tua

Ini orang betul ya

Nak pastikan yang memang takde benda kat bawah orang tu, hehehe

Street Food Hunt

Lepas saja Kota Tua, kami terus plan nak jalan-jalan cari makan saja. Kecewa sebab banyak sangat tempat yang kami nak pergi tutup hari ni. Sudahnya aku survey mana nak cari pisang cheese paling best kat Jakarta ni, hahaha. Teringin punya pasal kan. And kami berjaya ke sini dengan inisiatif kami sendiri tapi of cos lah dengan bantuan WAZE. Nak harapkan supir kami, semua tak tahu.


Santai-santai di Suwe Ora Jamu

Apa yang bestnya Suwe Ora Jamu ni selain jamunya, of cos lah side dish nya. Macam-macam ada di sini tapi kami lebih tertarik nak makan pisang cheese sahaja. Dan kami tak makan pun jamu kat sini, hahaha. Best juga, and I really like that menu pisang cheese dia.


Menu yang best disini, Pisang Goreng Krispi & Pisang Goreng Garang

Trip kami diteruskan lagi ke Monas, short form for Monumen Nasional.


Jakarta City

Jakarta ni tak banyak jauh berbeza dengan Kuala Lumpur pun. Dengan bangunan pencakar langit, shopping mall yang gah & macet yang sememangnya sinonim dengan kedua-dua bandar tersebut. Like KL, Jakarta also is the capital city of Indonesia. 


Kami sempat lalu dihadapan tempat bomb di Jakarta yang berlaku pada 14 January yang lepas. Masa ni kelihatan, keadaan sudah terkawal.

The National Monument (Indonesian: Monumen Nasional, abbreviated Monas) is a 132 m (433 ft) tower in the centre of Merdeka Square, Central Jakarta, symbolizing the fight for Indonesia. It is the national monument of the Republic of Indonesia, built to commemorate the struggle for Indonesian independence. (source)


MONAS ditutup hari ni

Kami kecewa lagi. MONAS pun ditutup juga hari ni. Sudahnya kami ke Masjid Istiqlal yang dikatakan masjid yang terbesar di Indonesia & Asia Tenggara. Cari ketenangan sikit dengan apa yang dah berlaku hari ni.


Masjid Istiqlal was built to commemorate Indonesian independence and named "Istiqlal", an Arabic word for "independence"

Selepas menunaikan solat di Masjid Istiqlal, kami terus menuju ke Guesthouse kami Citi Residence yang telah di book lebih awal. Lokasi terletak di Jalan Hayam Wuruk Gajah Mada, berhampiran dengan Gambir Train Station. Tour hari ni belum habis lagi tapi kami cuma nak check-in sahaja dulu. After check-in, kami keluar semula, nak cari makan best-best.

Berbalik kepada cerita mula-mula tadi. macam mana lah aku boleh follow supir kami tukar plan tour ke Jakarta instead of Bogor. Masa tu terfikir aku agak kurang tegas untuk trip santai kali ni. Kalau setakat macet tu, kat mana-mana kat Indonesia ni pun memang sama je macet dia. Dia guna alasan macet & kami akan sampai midnight di Bogor pun, itu bukan masalah aku sebab bukan kami yang bawa kereta pun. Yang kami tahu dah sampai tak kisah lah sampai esok pagi sekali pun sebab itu dah termasuk dalam perjanjian. Tapi bila aku check balik dengan tour agent dia cakap harga dia charge still sama sebab dia kira per day aku pakai driver, masa ni lah rasa macam rugi sebab driver banyak sangat alasan setiap kali kami nak pergi ke sesuatu attraction. Macam mana kau boleh kata semua tempat yang kami nak pergi kau tak tahu & asyik kasi alasan macet dan jauh. Padahal Jakarta tak macet sangat pun masa tu. Angin juga masa tu sebab setiap kali dia nak pergi ke sesuatu tempat tu, barulah dia mula nak guna WAZE. Kalau jauh sikit, macam-macam alasan lain lagi dia kasi. Hairan macam mana kau boleh kasi driver yang lansung tak faham selok belok jalan kat Jakarta ni. Sampai nak cari money changer & tempat makan best pun kami yang terpaksa WAZE kan untuk dia. Sebab memanjang tak tahu.

Dan apa yang aku paling tak boleh blah, bos dia Pesona Indo ni lansung tak nak bertanggunjawah selepas apa yang berlaku siap cakap itu bukan kami punya tanggungjawab sebab kakak nak hire driver saja without guide. Tapi driver kami tu, kerja dengan kau and kau juga yang suggest driver tu kat kami. Boleh pulak kau guna alasan tu. Bagi aku kenapa perlu ada guide kalau tempat-tempat yang kami pergi tu kalau boleh buat aktiviti sendiri tanpa memerlukan guide. Dan driver lansung tak familiar dengan tempat-tempat attraction kat Jakarta. Huh.

Mana tahu dapat supir pemalas & keanak-anak kan. Kemuncak kemarahan aku tak dapat dibendung bila, dia mempertikaikan setiap kali kena bayar parking fee setiap kali kami berhenti dan cari tempat makan. Dia cakap “kena bayar lagi” setiap kali tu buat aku panas jer sebab kami semua boleh dengar kot apa yang ko cakap tu. Dengan buat muka sekali pulak tu & siap melawan cakap aku lagi bila aku surah patah balik sebab ada one of us yang tertinggal sesuatu di Restoran Nasi Padang. Dan supir guna alasan bodoh lagi, macet kalau nak patah balik. Aku bayar kau untuk 12jam tu tak kiralah macet ke tidak kau kena cukupkan masa tu juga.

Bila dah habis trip for today, aku cakap kat dia berapa kena bayar parking fee tu (sebab dia asyik ulang cakap nak kena bayar tu & ini, menyampah pulak rasanya), dia macam buat-buat terkejut sebab itu sudah termasuk dalam bayaran katanya. Haaa, dah tahu tu kenapa kau bising-bising dengan kami. And I is cukup pantang. Kau dah kira cukup baik sebab aku skip tak pergi banyak tempat. Dan sebab kami tak suka dengan attitude driver tu, padan muka kau tak dapat tip. Lain kali jangan buat hal kalau nak dapat tip.

Kadang-kadang tu terfikir juga tak semua trip tu akan berakhir dengan kebahagian. Aku kecewa untuk hari ni saja. Hari lain still OK & best.

Kami pulang ke Hotel dengan sikit kecewa dengan apa yang dah terjadi hari ni. Anyway, small matter & I just can't wait for tomorrow's trip, train ride to Bandung.


To be continued...



5 comments:

  1. panjangnya ketidakbahagiaan kau itu.

    Pisang goreng garang tu ada apa? Rasa garang tak lepas makan...

    pikir sesaat, garang la jgk tu lepas baca perenggan ketidakbahagiaan itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kau tak tengok lagi karangan aku & Eein kepada Pesona Indo... nak feedback sangat kann

      Eh silap, pisang garang jer :-|
      Lempeng pisang yang lembut dihidang dengan dengan keju & coklat ceres ;-)

      Mungkin juga lah lepas makan pisang garang, terus jadi garang tiba-tiba, hahaha

      Delete
  2. Thanks for share! tidak tengok ke museum fatahillah ?

    Download film free

    ReplyDelete
  3. if you want to go to Bogor simply take the commuter line train (KTM/LRT) to Bogor.

    ReplyDelete
  4. if you want to go to Bogor simply take the commuter line train (KTM/LRT) to Bogor from Jakarta Kota Station, it cost about RM 2 sahaje with duration approx 45 minits, seneng je.
    Bogor hawa sejuk, banyak makanan berlainan, ada kebun raya (botanical garden) if you naik sikit ke arah puncak lebih sejuk lagi banyak villa di sana yg korang bisa rent for a night.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...