Pages

Sunday, February 14, 2016

Papandayan Tour Part 4: Hutan Mati

Papandayan Mountain, Garut, west Java, Indonesia
Sunday, 7 Feb 2016


Continue from Papandayan Tour Part 3: Kawah Papandayan & Danau Baru

Kalau nak ke Hutan Mati, ada dua cara samada short trail dimana trail lebih mencanak tapi dekat or trail yang panjang dimana lebih relax. Kalau amik trail yang panjang, akan sampai ke Pondok Saladah dulu, campsite area, edelweiss & baru Hutan Mati. Macam kami, amik short trail ke Hutan Mati dulu. Lepas tu baru lalu Edelweiss & Pondok Saladah. And follow the long path on the way back. So, sama je. Akan lalu semua juga.

Untuk menuju Tegal Alun pula, pendaki harus berjalan menanjak melintasi hutan dari kawasan Hutan Mati. Sekitar satu jam perjalanan dari Hutan Mati, akan tiba di lapangan Edelweiss yang luar biasa luas. Itulah Tegal Alun. Tapi kami tak sempat ke sini pun. Kami cuma enjoy edelweiss on the way menuju Pondok Saladah. Jalur pendakian dari Pondok Saladah ke Tegal Alun dikatakan boleh tahan juga sebab jalurnya berbatu & agak mencanak.


Trek menuju Hutan Mati dari Pos 2

Spoil betul abang kat belakang tu, boleh plak dia lalu kat sigboard hutan mati masa kami tengah amik gambo, emhhh

Say no to smoking, hahaha
 
Tengoklah tu bersusun orang nak naik Hutan Mati. Boleh bayangkan berapa ramai orang kat atas tu dah

Walaupun matahari makin naik, perjalanan tetap diteruskan juga

Awan biru mengiringi perjalanan kami

Step mencanak menuju Hutan Mati

View dari atas area Hutan Mati

Hutan Mati merupakan antara lokasi menarik yang terletak di gunung Papandayan Garut. Terletak pada ketinggian 2665 mdpl, lokasinya tidak jauh dari camping ground Pondok Saladah dan terletak tepat di atas Kawah Papandayan yang telah dilalui untuk menuju ke sini.

Hutan Mati Papandayan terkenal kerana keindahannya pemandangannya. Disinilah berdirinya pohon-pohon kayu yang sudah mati terbakar akibat letusan gunung Papandayan pada tahun 2002. Jika tengok balik koleksi gambar yang aku dah capture, sekilas pandang seakan-akan tempat yang angker dan menyeramkan. Tapi in realiti, deretan kayu yang telah mati itu lah yang menghasilkan panorama alam yang menakjubkan. Sehingga menajdikan tarikan seluruh pencinta alam untuk datang ke sini termasuklah kami, hehehe. 


Mencari arah yang tak pasti

The Dead Forest (Hutan Mati) is an area filled with dead trees.
 
Saranghae

Hutan Mati tapi tidah hati para pendaki

Credit to Pak Asep for this pic

Kukuh kayu ni lagi

Lama juga kami spend kat Hutan Mati ni. Rasa tak puas jer menatap keajaiban di sini walaupun hanya sekadar pokok kayu yang dah mati. Selepas ini kami akan menyusul laluan menuju Edelweiss dan seterusnya ke Pondok Saladah, campsite for para pendaki.


To be continued...


3 comments:

  1. Mohon ATL bergambar dgn warna tudung lain dlm next trip. Ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. macam pernah perasan band indonesia buat music video kat hutan mati ni. ke ala2 gini ntah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...