Tue, 9 February 2016
Ini bukan lah kali pertama aku ke Bandung. First time, May 2014 bersama family. Tapi kali ni nak kelainan sikit aku pilih naik train dari Jakarta nak ke Bandung. Bila lagi kan nak rasa naik train kat Indonesia ni.
Kalau amik trip tour Bandung saja, aku boleh dapat IDR370K untuk 12hrs
tour with Hayukka Bandoeng tapi sebab kami nak tour Bandung dan minta supir yang sama hantar
kami semula ke Jakarta Airport, so, harga lain sikit. Total IDR1 juta
untuk 12hrs tour & back to Jakarta Airport. Service sangat bagus
& puas hati.
Aku memang dah plan pun di Bandung kami akan banyak habiskan masa dengan shopping, so, aku minta supir sent kami straight away ke Jakarta Airport after pusing-pusing Bandung. Confirmlah lah kalau dah berbondong-bondong, memang taklah nak naik train sampai ke Jakarta balik. Sebab dah memang dah agak dah, tak mungkin dari Bandung hanya dengan tangan kosong kalau dah kata nak ke Rumah Pesona, Pasar Baru, Toko Tiga & Kartika Sari. Actually semua dah ada dalam kepala ni nak beli apa, hahaha.
Rumah Pesona
Bagi aku ni juga antara tempat wajib nak cari kain yang agak kualiti & cantik. Dan paling banyak pilihan. Dan sebab banyak sangat pilihanlah aku jadi tak tentu arah sekejap. Last-last rembat 3 pasang juga. Ok, done for baju raya this year, hahaha. Tapi Amy lah paling win antara kami semua.
Rumah Pesona |
Boleh rambang mata bila dah masuk dalam ni |
Pilih jangan tak pilih |
Pasar Baru
Memandangkan kami dah banyak shopping kain di Rumah Pesona, so, kami singgah pasar baru pun tak lama. Tujuan cuma nak beli telekung sahaja. So, dah dapat apa yang dihajati, terus balik. Kalau pusing, mahu lupa niat asal nanti. Tapi kalau first time datang Bandung, make sure round lah satu Pasar Baru ni. Macam-macam ada. Dulu first time datang sini, 2 hari ulang alik ke sini saja. Penggemar kain lace, this is the besst place nak shopping. Bagi aku cukuplah skali tu buat sebab sudahnya jadi perhiasan dalam almari saja.
Butik Eiger, Berghaus & Rei
Masa sampai Butik Eiger ni takde sale sangat pun. Kalau ada pun mesti barang-barang yang tak menepati citarasa & tak ada size. Fad & Thirah tertarik dengan dry bag Eiger sebab nak yang jenis macam aku punya juga, finally beli juga, lepas dah buat servey kat kedai outdoor lain. Harga headlamp murah juga kat sini. Nak dijadikan alasan, lens headlamp aku sekarang dah hilang. So, membeli jugalah, hahaha.
Butik Rei terletak bertentangan dengan Butik Eiger saja. Konon-konon nak pergi tengok dry bag and kalau ada nak compare price dengan Eiger tapi last-last sangkut kat benda lain pulak. Inilah masalahnya kalau masuk kedai outdoor, lepas tu ada sale pulak & paling penting ada size & color yang menarik hati. Arrghh, tertewas juga di Butik Rei. Aku memang tak patut datang ke sini.
Butik Outdoor checked!
Lunch @ Belacan
Kedai Belacan ni suggest by our driver. Tapi memang best makanan kat sini. Especially Ikan bakar dia. Price pun affordable. Dan paling penting ada live band yang hiburkan kami. Siap boleh request lagu lagi tau. Ajak nyanyi sekali juga tu, nasib baik lah, aku masih boleh bertahan. Kalau tak mahu lagi lama kami kat situ, hahahah. Anyway, lagu Judika tu memang best lah.
Lunch kami di Kedai Belacan |
Balas dendam... makan best hari ni |
Lunch sedap sambil layan live band yang mantap checked!
Gramedia
Ni pun salah satu tempat wajib pergi kat Bandung kalau korang adalah Ulat Buku atau lebih tepat lagi penggemar novel & karya dari seberang. Teruja jugalah bila dah masuk sini. Macam-macam jenis genre & bahan bacaan yang terdapat ke sini. Ada yang tak beli datang baca pun ada. Mula-mula ingat nak tengok jer teman kekakaks ni membeli, sudahnya membeli juga.
Kami di Gramedia juga |
Gramedia checked!
Toko Tiga
Kalau nak dapat jeans yang murah & original brand datang ke Toko Tiga. Anyway, takde lah murah sangat pun tapi kiranya dibawah harga pasaranlah. Terdapat aneka jeans original terkenal seperti Levis, Lee, Lois, Wrangler etc. Selain jeans, Toko Tiga ini juga turut menjual kemeja, khakis, topi, dompet, dan aneka produk lain juga. Last time pergi aku beli 1 jean & 1 Khakis saja. Kali ni berjaya beli 3 sebab kebetulan ada 30% diskaun on top of normal price.
Tapi ada juga aku terbaca kat forum orang cakap bukan original pun. Aku pun tak pasti kesahihahnya tapi aku sangat suka dengan Jeans Lois yang aku beli 2 tahun lepas, sampai sekarang aku suka pakai lagi sebab kualiti dia. Itu saja. tak tahu lah pendapat orang lain. Dan sebab aku suka & selesa, kali ni datang aku terus rembat 2 pasang. Hajat di hati nak beli Levis tapi kaki I tak cukup slim, hehehe.
Toko Tiga |
Macam-macam jeans jenama terkenal ada dijual disni |
Seterusnya, kami berehat solat dulu sebelum aktiviti seterusnya di Masjid Raya Bandung. Aku rasa ni lah antara trip aku paling banyak singgah solat di Masjid. Boleh dikatakan dari first day kami sampai lagi. Alhamdulillah.
Sempat singgah solat di Masjid Raya Bandung |
Selesai menunaikan solat, kami pun sambung aktiviti di Bandung lagi. Kalau ikutkan list, cuma tinggal Kartika sari saja yang belum kami pergi. And this is a must. Nasib baiklah Kartika Sari tutup pukul 8pm, so, masih sempat lagi lah sebelum ditutup.
Kartika Sari
Cawangan Kartika Sari kat bandung ni sahaja tak terkira banyaknya. Di Bandung sahaja ada 7 cawangan, so, kalau pusing kat mana-mana area kat Bandung city ni, memang confirmlah akan jumpa Kartika Sari. Dan bagi aku adalah kemestian bagi sesiapa saja yang ke Bandung, harus mencuba brownies di Kartika Sari ni. I really recommended Chocolate cheese brownies bakar & Kek Pisang Salai Cheese dia, terbaik. Dan disebabkan kelazatan Kek Pisang Salai Cheese Kartika Sari lah, belum sempat sampai Malaysia dah habis kat Jakarta Airport, hahaha. Brownies kukus pun ada, cuma tak lama tahan compare to yang Bakar punya. Kalau yang bakar boleh bertahan sehingga 7hari tapi kalau kukus dalam 4 hari macam tu saja. Depend juga, kalau letak dalam fridge maybe boleh tahan lama lagi tapi rasa mungkin dah tak seberapa. So, kalau plan nak beli bawa balik, sila beli masa hari nak balik tu, so that, bertahan lama lah sikit.
Tapi satu je aku nak komplen kat sini, staff dia tak mesra pelanggan sangat kat cawangan yang kami pergi ni.
Salah satu outlet kartika sari di Kota Bandung |
Brownies Bakar |
Kalau brownies kukus, akan diletak dalam kotak seperti di atas |
Pisang Salai Cheese juga adalah kemestian untuk dibeli juga |
Ada tarikan lain juga di sini |
Kami bertolak dari Bandung sekitar pukul 7.00pm. On the way, singgah di RnR dulu untuk dinner before proceed to Jakarta Airport. Another 3hrs to Jakarta. Dan memang sepanjang jalan, kami semua tidur tak ingat. Tahu-tahu dah sampai Airport. Dan supir kami sampai lagi awal dari yang dijangkakan. Kami sampai sebelum pukul 10pm. Alhamdulillah.
Ada sesuatu yang menarik di Jakarta Airport ni. Mula-mula kami memang ingat nak singgah Musolla solat sahaja tapi bila sampai saja Musolla kat sini siap ada tempat letak lunggage & ada orang siap jagakan. Dan kami tak perlu risau dengan beg kami yang ada kat trolley sebab kami diarahkan untuk letak trolley disatu sudut yang ada disitu. Orang yang jaga barang tu siap tanya kami flight pukul berapa. Aku pun tak pasti kenapa dia tanya, barangkali dia fikir kami nak tidur situ & takur terlajak kot. Anyway, kami dibenarkan untuk tidur disini sementara tunggu flight awal pagi. Dapat jugalah kami baring sebentar sementara tunggu 4.40am flight back to Malaysia.
Ada sesuatu yang menarik di Jakarta Airport ni. Mula-mula kami memang ingat nak singgah Musolla solat sahaja tapi bila sampai saja Musolla kat sini siap ada tempat letak lunggage & ada orang siap jagakan. Dan kami tak perlu risau dengan beg kami yang ada kat trolley sebab kami diarahkan untuk letak trolley disatu sudut yang ada disitu. Orang yang jaga barang tu siap tanya kami flight pukul berapa. Aku pun tak pasti kenapa dia tanya, barangkali dia fikir kami nak tidur situ & takur terlajak kot. Anyway, kami dibenarkan untuk tidur disini sementara tunggu flight awal pagi. Dapat jugalah kami baring sebentar sementara tunggu 4.40am flight back to Malaysia.
The End...