Pages

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Raikan Cinta... Huz & Hisham


Tanah Merah, Kelantan
16-17 Nov 2013




Alhamdulillah, finally, our GGK member Huziana a.k.a kak Burn dah bertemu dengan pilihan hati nye, Hisham. Aku pun, for the first time kenal suami Huz.

First time knowing her, it was about 3 years back on 2009. That time, kami mula-mula kenal sebab nak training for Mount Kinabalu (first mountain I started to conquer… hahaha). Banyak kisah selanjutnya bersama Cik… oppps Pn Huz selepas itu. Knowing her as a soft spoken person, tak banyak cakap and pandai bakar ayam BBQ… hahaha… pengalaman sepanjang mengenali hati budi Huz. Tapi kami ada minat yang sama i.e. hiking & treasure hunt. Emmhhh... Lepas ni susah lah nak cari geng memburu harta karun dah.

Anyway, lets enjoy some of Her wedding photos on Her big day.


Solemnization...


Saat-saat mendebarkan nak lafaz "Aku terima Nikah nye"

Tenang & Sabar menanti... dalam hati hanya Allah yang tahu
 
Alhamdulillah...Halal untuk si Dia :-)

Bersama Huz & Husband selepas diijabkabulkan

Tanda dua hati menjadi satu


Wedding Day...


Aura Raja Sehari

Hantaran buah ni memang banyak betuk kenangan nye... boleh jadi kenangan paling manis buat Cik Amy kita, hehehe... sorry

Colorful Macaron... Hantaran untuk si dia

Saat-saat menunggu Pengantin Lelaki

Raja Sehari... So sweet

GGK Bersama Raja Sehari

Pengantin lelaki macam terpaksa je buat candid... hehehe

Tahniah Huz, Finally you found your truly love... 
& finally senyuman yang manis dari pengantin lelaki ;-)

May Allah bless your wedding and happily ever after.


Expecting other GGK member pulak after this... hehehe. Who's next???


Sunday, December 11, 2011

Wedding lagi ...

Rumah Pengantin pompuan
Ahad, 11 Dec 2011

Jeram, Selangor

Sekarang ni memang musim kan… cuti sekolah je orang sibuk nak kahwin… orang kahwin je mesti time cuti sekolah. Kenapa ek?? Salah satu reason yang aku pasti sebab nak bagi senang kat sedara mara nak datang tolong ke apa yang patut… sebab cuti sekolah kan… takde lah nak pikir anak nak sekolah ke apa. Lebih2 lagi kalu sedara mara tu yang jenis tinggal jauh-jauh. Reason lain aku tak sure plak. Pada aku tak menjadi masalah pon orang nak buat cuti sekolah ke apa sebab… kalau takde aral melintang memang panjang je langkah aku… Insyallah aku akan datang… lebih2 lagi kalau best fren kan. Tapi kalau dah cuti sekolah… paham2 jelah semua pon berebut2 nak buat date yang cun, so, tu memang menjadi masalah pada aku sebab nye…kalau ramai sangat buat on the same date, memang aku terpaksa pilih mana yang terbaek… atau lebih tepat lagi sapa yang jemput dulu or sape yang aku lebih rapat or other reason yang lebih boleh diterima akal untuk aku memilih… kenapa aku kena attend wedding dia tapi bukan yang lain?

Last week aku ada 2 wedding aku kena attend… luckily not on the same day. Tapi yang Sabtu tu aku tak dapat pergi sebab nye… aku sevice keter jer dah nak pukul 12, pastu plus sakit perut dari semalam nye tak OK lagi… last2 aku cancel. Sorry Ada, aku memang nak datang sangat... lagi lah ko cakap ko buat garden wedding kat Taman Botani... lagi lah aku teruja nak tengok. Walaupun aku baru kenal jer dengan Cikgu aerobic aku ni tapi dia ni memang sangat baik dan cute and she always keep remind me to attend her wedding.

Alhamdulillah, Ahad aku gagah kan juga diri untuk ke Jeram datang wedding ex-collegue MMC atau lebih dekat lagi ex-jiran MMC aku. Sebab nye... yang belah Penang, aku rasa agak mustahil aku nak datang. Soon, dengar citer nak join Aker juga... hehehe.

Anyway congrats to Razak and Diana on your wedding. May Allah bless both of your forever and happily ever after.



Although no longer with MMC... we still promise each other to meet at the same time




Tahniah Razak on your wedding




Photo with Razak and new wife


Sunday, November 20, 2011

Congrats Julie

20 November 2011
Taman Markisa
Endau, Johor



Tahniah Julie... Our next GGK member wedding
20.11.2011... Nice date to remember
Alhamdulillah... Finally you found your truly love



Selamat Pengantin Baru



May Allah bless both of you and your marriage, everlasting and happily ever after

Ameen



Seri Raja Sehari




Inai di tangan




Hantaran Blackberry curve... kelass gitu




Kenangan with pengantin... sorry Kay, ini yang terbaek yg aku ada




With Best compliment from all of Us




After this… I really gonna miss you during hiking… kena cari partner baru plak… hehehe
Next GGK member???

Monday, June 6, 2011

Wedding of the Week


Dewi Haryani
4th June 2011
Dewan Majlis Perbandaran Nilai

It happened last saturday. Actually aku memang tak plan nak pergi pun tapi dek ajakan Gojes, aku tertewas. Dia ni memang pandai lah pujuk aku. Kadang2 tak sampai hati aku tengok... kesian pun ade. Tapi slalu nyer mana2 wedding yang aku rase aku boleh pergi aku akan gagah kan diri juga nak pergi. Yelah kalau dalam Islam pun, jemputan kahwin ini dah menjadi perkara fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:



"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin,

maka hendaklah dia menghadirinya."


Aku sampai majlis Dewi agak awal dalam pukul 11.30a.m macam tu sebabnye Fad ade kelas Fardu Haji yang perlu dihadiri nyer... (hehehe skema nyer ayat). Apa tak nyer, dari rumah aku cuma setengan jam jer. Faham2 lah dah sampai awal, memang tak ramai lah para hadirin yg datang lagi, apatah lagi nak jumpa raja sehari, Dewi. Tengok kad balik, huish bersanding pukul 2 petang, time ni kelas Fad pun dah start. So, memang tak sempat. Ok lah tu asal kan cukup syarat datang & jumpa family pengantin.

Tak ramai orang MMC yang aku nampak. Yang ade pun cuma Kak Afzan piping n family, Ustazah Hashimah n Kakak Ipar Dewi, Kak Salbina secretary process department. Budak2 process yang lain aku tak nampak pun. Maybe semua pun nak datang time pengantin bersanding kot... logik jer. Gambar pengantin lagi lah aku tak dapat amik tapi aku sempat capture pelamin pengantin yang sangat vogue. Nice combination of colors.

Anyway congrats to Dewi & Husband.





Cantik nyer pelamin Raja Sehari ni





Kak Ayu & Abg Zul
5th June 2011
Dewan Sirim, Shah Alam


This wedding just happened yesterday. Dua hari berturut-turut yea. Yg best nyer masa kami sampai jer, kompang baru dipalu... pengantin tengah berarak nak masuk dewan. Sempat juga kita orang seiring sejalan walaupun kat belakang jer... hehehe.

Tema kat belah pompuan nie... ala2 Inggeris skit... pakai kot & gaun. Dua2 pun nampak cute sangat dengan dress & coat masing-masing.

Aku agak terkilan juga sebab pengantin boleh ter 'missed' nak singgah kat our table. Sempat lambai tangan ala2 Miss World jer. Emmmhh... sungguh aku tak faham. Kalau jauh lagi takpe lah juga, ni, dah depan mata jer boleh buat macam ni kat kami. Yang lain2 pun aku nampak macam terkilan juga. Last2 , kita orang pun keluar, menyampah you... nasib baik aku termakan pujuk rayu Kay nak masuk balik amik gambar, kalau tak memang trus blah jer. Para hadirin pun tak lah ramai mana pun, boleh jer nak singgah sekejap. Emmmhh... whatever la pengantin.

Tak ramai orang MMC yg aku nampak. Aku, Fad, Julie n Kak Yati jelah kot. Geng2 SBM pun tak ramai yang aku kenal ada datang. Tapi pelamin memang awesome lah, nampak kecik tapi exclusive.

Apa pun tahniah lah kepada kedua mempelai. Selamat melayari alam perkahwinan. Hope this will be the happy ending forever. Ameen.




Gambar wajib dengan pengantin



Pelamin yang cute



Pengantin lelaki memang serius jer... mahal betul senyuman yer



GGK yang sentiase maintain



Ni anak Azli Salih yea


Tuesday, March 15, 2011

Gunung Senyum \(^_^)/

Felda Jengka 25
Gunung Senyum


Actually aku tak plan pun nak pergi kahwin ofismate aku si Jijoe nie, yelah, takde lah mesra sangat pun tapi memandang kan kenal lah juga.... ade juga lah kann buat project skali... and yang paling berjaya ajak aku gi kan kan kan... Gojes. Beria-ia benor ngajak aku... siap tolong pass kan wedding card lagi kata nyer tolong wakilkan. Aku pun termakan juga lah pujuk rayu si Gojes ni. Ok juga lah kot takde plan pun Ahad lepas... kalau tak memang aku gi Broga lah jawab nyer. Thanks Gojes for tumpang kan keter MyVi and jadi driver kami pergi n balik. Memang macho lah ko bawa keter. Aku rase aku kena paksa Gojes masuk MK Land Green Hunt.... jadi the first driver and aku boleh jadi jurupandu arah, Huzz peserta 3 and yg ke-4 masih lagi terbuka yea... anyone volunteer.

Kita orang convoy 4 kereta mula2 but then jadi 5 plak masa kat Highway... Ferrari Khairul join skali. We arrived at Jijoe In-law's house around 1 pm... itupun selepas round satu Felda Jengka 5 jalan-jalan makan angin (cari jalan ke rumah pengantin). And masa tue memang seriously panas terik giler. Mase tu juga aku rase dah mandi satu badan dah dengan peluh....fuhh. Tapi yang menarik nyer masa on the way nak ke Jijoe's wedding... aku terpukau pada satu Gunung yang obviously boleh nampak sejibik terjelepuk terletak cantikk jer facing Felda Jengka. Inilah Gunung Senyum... I was there about 7 years ago... still kt UIA masa tu. And I really missed that moment. Tak boleh jadi nie nanti nak kena selongkar balik album yang lama2 dulu...sebab nyer aku yang byk jadi model untuk Ixus Bestfren aku 'Aiffah.

We spend about 1 hour at Jijoe's House, snap a few photos & lepas tu kita orang pun balik. Tapi biasa lah kita orang kan dah alang-alang passed by Signboard Gunung Senyum... rugilah plak kan tak pergi... walaupun hanye sekadar nak amik gambar je and cuci mata. And mula2 ingat kami2 jer yang nak pergi tapi the other four cars pun follow juga... hehehe. Layan sangat ye kerenah kami nie... alah cuma 16km jer pun nak masuk ke dalam from Main road. Rugi lah kan kalu datang semata-mata nak gi kenduri jer.

Layann... few photos I managed to capture before my PEN battery kong.

Lesson learnt from this trip...next time bawa battery extra yea.


Gunung Senyum

Congrats to Jijoe... finally you found your truly love


My Lucky Number


Mula-mula plan nak amik gambar kat sini tapi memandang kan ader 3 keter kt belakang tengah follow....emmmhhh terpakso den batalkan niat murni den tu


Subhanallah cantik nyer


Nasib baik pakai baju kurung kalu takkk... memang tak fikir panjang dah

Dalam juga yea tasek ni


Nice view but unpleasent smell


Awesome


Layan juga but Carefull while crossing the bridge


Read this first before nak start any activity here



Aweks MMC


Macam-macam activity boleh buat kat sini nie... segala macam kaedah... and aku dah pun merasai nyer masa zaman mude2 remaja dulu (^_^)


Ayu nyer ke Hutan Lipur... tak pernah dibuat aku

Monday, December 6, 2010

Intrument Team Wedding

Last month n previous month jer…3 org engineer kt department aku dah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah, aku as a friend tumpang gembira juga ke atas jodoh masing-masing…finally korang semua dah found your truly love. Insyallah it will last forever…Ameen.

Yusof Mazlan…
Senior aku ni… before dia gi Jabung kt Indon. Dia ni lah jiran aku yg paling sporting & paling banyak ajar aku pasal instrument. Buat keje dengan dia nie memang byk belajar lah. Nampak je pendiam tapi kalu bab2 gossip nie boleh tahan juga…masa zaman2 ade Kamarul, Intan Masayu, Firdaus n yang sewaktu dengan nyer lah. Tup-tup balik.... sekian lama tak balik KL....kahwin. Anyway dia pun mmg dah layak sgt pun kahwin...duit dah banyak.

Yusof n Aida

Sekitar Majlis kahwin Yusof Mazlan
http://theartsoul.blogspot.com/2010/11/ayda-eusof.html


Khairul Azmi
Kawan aku yang paling kecoh kt Instrument. And geng aku yg paling kamcing kt instrument. Dia memang rajin skit….rajin amik tahu hal orang…hihihi. Kalau dia ni takde, memang takde lagi lah rakan gossip aku dah. Hopefully, lepas dah kahwin nie berubah lah skit yea En Khairul….be a good husband…mcm yang ko slalu citer kt aku tu lah…Suami yg Solih. Walaupun ko pernah cakap ko macam tak bersedia lagi tapi aku rase lepas kahwin ni…adelah rahmat nyer tu. Insyallah.


Khairul n Azeanty

Outdoor Photoshoot Khairul n Yan


Lizah
Aku takde lah very close to Her tapi we can get along very well. Maybe sebab tempat jauh yg jadi penghalang kot. Lepas dah kahwin nie…sempat gak lah dia luah kan perasaan dia kat aku…mcm serius ye bunyi nyer yea. Takde apa pun cuma dia citer yang life single is much happier than married….sebab apa? Cos bila dah kahwin ko bukan fikir diri ko sorang jer tapi ko kena fikir kan diri orang lain juga n benda2 lain juga…aku pun tak tanye lah benda2 lain tue…sebab aku rase aku dah dengar the same thing almost from all kawan2 aku yg dah kahwin. Semua pun cakap the same thing. Aku rase normal lah mcm tu…tapi aku masih tak faham…why we always hoping for something better even though currently we already had much better and appreciable.

Lizah n Husband

Tapi apa pun.... yg dapat aku simpul kan kat sini….at least korang dah complete one of the sunnah…that’s the most important part.

Tapi ade yang menarik perhatian aku mase kt Umah Lizah...wedding card one of her Fren...creative sungguh. Cek pun boleh jadi creative Idea yea....I'm Impressed. Macam-macam...



Creative gak Couple nie

Sunday, June 20, 2010

My Besfren's Happy Day

It’s been a long time since the last day I updated my blog…wow, quite a long time…emmhh no time or I was just so busy with my work n other activities. Definitely, since I came back from KK…every weekend I got an invitation. Wedding n engagement, all my besfriend. But, pergi mana yang sempat je lah.

Last week, aku attend Mariam’s wed kt Kota Bharu. Kind of excited juga lah cos aku pun x pernah gi Kelate…so this is my first time. Since, ade orang arrange charter bus gi wedding & she’s kind of hoping me to go, aku pun layan je lah. Besfren aku kt Miri ni…hihihi. Amik aku balik ofis, teman aku gi hiking, play badminton, jogging n ronda2 cari makan…memang hobi Mariam ni. Tapi aku memang enjoy, at least my life in Miri was full with enjoyable activities. Thanks mariam for being such a wonderful friend in Miri.

Wida’s engagement juga aku sempat attend, it was 2 weeks ago. A week after I returned from KK. Since, she’s my accidentally besfren kt Miri n willing to accompany me in all my activities in Miri, rase macan tak patut plak aku tak attend even though it was only an engagement. Actually aku memang baik dengan dia mase kat UIA nie cuma bila mase dah lepas graduate, semua pun bawa haluan masing-masing. But, what a small world, jumpa balik kt Miri nie. Dia pulak yang jumpa aku dulu. I miss the moment we spent last time in Miri. Bila lah agak nyer aku nk ke sana lagi yea.

Ohh yea….Aku datang kenduri wida agak awal juga lah about 11am macam tu and she’s still touch up. Wow, tak pernah aku nmpk dia make up before this…this is first time. She looks so lovely. Kawan2 dia ade mase tu cuma aku n one of her coursemate mase kt UIA. Yang lain wida cakap dia suruh datang lambat sikit, reason nyer…dah kahwin & yang single2 ni saje je dia suruh datang awal…teman kan dia….hahaha, ade-ade aje makcik ni nak kena kan aku.

To Mariam n Wahida…I’m happy for both of you. Lastly, you’ve have found your true n lovely match. Mmmm….jealous nyer. Wish I could be part of your club soon….hihihi.

Just wanna share some photos of Mariam’s Wed n Wida’s engagement.


Wida n Wary

Mariam n Me...sama theme lah pulak

Mariam n Her Husband Muhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...