Pages

Showing posts with label Running. Show all posts
Showing posts with label Running. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

Copthorne Run 2016: The Adventure Across Farmland

Copthorne Hotel, Brinchang, Cameron Highlands
Sunday, 24 July 2016
Starting time: 7.30am


Again for this year, aku join Copthorne Run. Rasanya lepas ni dah macam jadi aktivity tahunan ke Cameron Highland. As usual, hos kami untuk this year, the one and only, Cikgu Bungolale. Thank you so much didi kerana sudi tumpangkan kami gadis semasa di kuarters Cikgu Lemoi. Jasa baik didi hanya Allah yang dapat membalasnya.

Ok, back to main story.

Compare to last year 2015, sambutan tahun ini sungguh memberansangkan. Aku rasa last year lagi leisure sikit sebab tak berapa nak ramai runners. Tapi kali ni, sambutan memang agak diluar jangkaan. Tahniah organizer. Keep it up to increase the runners for next year event. Tak sangka pulak musim raya lagi pun tapi ramai yang willing nak datang ke Cameron Highland. Aku ingat lagi ada satu group veteran dari Singapore “Active Seniors” yang sanggup turun Cameron semata-mata nak join this Fun Run. Memang active uncles & aunties, really respect your spirit to keep fit.


Hanya bertiga saja kali ni

Anyway, although it was just Fun Run but we were really having fun, hahaha. Tak perlu nak push to the limit nak kejar masa bagai. Just enjoy the run & having fun. Bukan senang nak masuk kebun bunga & sayur yang cantik kat Cameron Highland ni, so, better take this chances once a year. Selain daripada menyihatkan badan, kita juga dapat melihat keindahan the other side of cameron Highland.

Cuma yang tak best kali ni, trek agak sedikit mencabar. Kali ni route memang berbeza sikit compare to last year. Kalau last year cuma 7km saja tapi untuk tahun ni organizer up sikit to 11km. And almost 10km offroad. Trek memang seriously agak bahaya kali ni sebab kami terpaksa lalu jalan yang agak licin. Tersilap step memang boleh jatuh & cedera. And ramai juga lah yang injured walaupun hanya minor. Aku dalam berhati-hati nak elak licin pun, jatuh juga. Masa tu, aku tak boleh nak imagine kalu Eein join kami lari sekali. Mahu haru biru juga.


Train Run Copthorne 2016


Mereka pun hairan apsal ramai sangat orang kat kebun pagi-pagi buta ni

Sambil lari sambil melihat kehijauan alam semesta

Ada potential jadi bunting untuk next event

Lalu ladang bunga matahari

Mesti lagi cantik trail ni kalau bunga-bunga dah kembang

Laluan kebun sayur yang fresh

Antara view yang ohsem di sepanjang trail run ni

Masuk hutan

Antara trail yang licin & agak berbahaya

Maybe organizer should setup new safe route for next year running event. Suppose to be Fun Run, so, tak best pulak kan kalau bertukar menjadi scary run to runners especially yang newbies to trail run. Tak semua route ada staff yang bertugas masa kami lari last week, so, memang kena pandai-pandai sendiri nak survive on certain slippery trail.


Direction to guide you

Laluan lecak pun kami redah

Ada juga yang baik hati tolong susunkan batu nak kasi kami lalu

Route ni pun terpaksa ada runner yang standby kat bawah nak warning orang yang turun dari atas sebab trek licin. Tersilap langkah boleh masuk terus dalam lubang.

Masuk ladang sayur lagi
 
Jauh lagi ni

Naik bukit pulak

Turun bukit

Next route after 2nd water station

After 2nd water station, kami follow route yang sama seperti tahun lepas. So, dah boleh imagine lah route macam mana. Dan route yang sama kami akan lalu ladang bunga, strawberry, sayur yang fresh.


Larian dalam kebun sayur

Full Bloom... cantiknya

Kalau tahun lepas kami takde chance lansung nak tengok bunga yang tengah full bloom tapi kali ni rezeki kami dapat tengok ladang bunga yang cantik. Tak sangka pulak boleh masuk nak amik gamba. Ohh, this is allowed during the running event only. So, kena join Copthorne Run baru boleh tengok keindahan ladang sayur & bunga di Brinchang ni. 


Sapa sangka join trail run akan bertemu bunga-bunga cinta

Lihatlah dunia

Another 1km to go

Penyeksaan terakhir

Antara laluan trail run Copthorne Run ni adalah perkampungan yang pernah digunakan untuk penggambaran filem The Journey
  
Antara yang best kali ni lucky draw tapi yang jadi tak best sebab orang yang tak stay sampai pukul 12 pun dapat juga lucky prize except for the grand prize 123. To me, unfair to runners yang sanggup tunggu lama sebab nak try nasib. Tahu-tahu orang yang dah balik awal juga yang dapat. Patutnya ignore saja orang yang dah balik. Emmhhh. So, next time please consider runners yang willing to stay longer just for the lucky draw. Appreciate sikit their effort. 

Aku tak tahu lah dengan kondisi trail sekarang akan menyebabkan certain runners give-up nak join for next year. But, I do hope orgnanizer to find more suitable & safety route to be followed by runners. Kata Fun Run kan, so, tak best pulak kalau ada accident disebabkan trail yang agak berbahaya. Agak kecewa juga bila ada certain route yang agak risky & licin, tak ada sorang pun marsyal or volunteers yang berjaga. End up ramai juga lah yang injured. So, bergantung pada runners yang lalu lalang sajalah untuk minta bantuan. So, please improve safety. 


Lepas ni ada reason harus nak datang cameron selalu ;-) hahaha

Done 11km Trail Run



Jumpa lagi on next year 2017 event... jangan lupa 
(Eh, apa aku buat kat situ... should I claim for royalty, emmhhh)

Till then...


Tuesday, April 12, 2016

My first Night Run 2016

Quensbay, Penang
saturday, 2 April 2016


Kejadian berlaku kira-kira seminggu lebih yang sudah tapi disebabkan busy je memanjang, baru la ni ada masa nak update aktiviti terkini. Tak banyak yang boleh diperkatakan sebab cuaca pun agak kurang mengizinkan sekarang ni, so, aktiviti outdoor pun aku rasa patut dikurangkan juga. Training memang training sebab kami ada misi penting hujang bulan depan tapi bila mengenangkan banyak kes yang diluar jangkaan berlaku lately, rasanya better slowdown dulu aktiviti outdoor.

Tak terfikir pun nak join larian malam di Penang sebab dah lama tak lari jauh tapi bila mengenangkan takut tak cukup training before nak ke Semeru, so, aku sambut jugalah cabaran 12km AIA women's Night Run. Penyebab lain aku nak join sebab Kak Fad join walaupun Fun Run tapi bagi aku sudah cukup untuk kasi semangat kakak buat comeback. Tapi mana tahu di hari kejadian, kakak Fad tak lari pulak,walaupun sudah dijangkakan, hahahah. Anyway, aku, Eein & Cikgu Nisa tetap teruskan juga.


Pencapaian malam tu walaupun tak seberapa pantas (Apps: Runkeeper)
 
Maybe boleh improve timing kalau aku makan something before running. Tak pasal-pasal perut masuk angin time lari, tak pernah happened before this & this is my first time. Dan sebab tulah aku banyak berhenti kasi rest kat perut aku. Ini semua sebab makan macam-macam before running event lepas tu perut meragam, hahaha. Lesson learnt, jangan makan macam-macam sangat kalau nak lari selepas itu, kalau tak perut binasa.

Agak kurang setuju dengan flag off timing kali ni sebab penganjur kasi laluan kepada Fun Run dulu followed by 12 km & 21km, jarak setengah jam every category. Apalah cerita yang lari 21km tu. Orang semua dah habis balik, dia orang pun tak habis larian lagi agaknya, hahaha.

Tapi memang mencabar larian kali ni sebab cuaca panas yang melanda seluruh Malaysia kini. Even lari malam pun, tepi pantai lagi tu tapi panasnya hanya Allah yang tahu. Memang dah hampir nak give up juga. Tapi nasib baik lah water station yang disediakan banyak. Aku rasa sepanjang aku lari tu, ada 4 water station juga lah.

Goodie bag tak meriah tahun ni walaupun running fees mahal, emmhhh. Tak puas hati juga, 4km terakhir tu, lampu jalan takde, aku tak pasti samada rosak atau sebab lain tapi memang kami lari dalam gelap lah. Nasib baik running t-shirt color oren. Tahulah Night Run tapi jangan lah sampai betul-betul gelap tak nampak jalan. Next time, sila provide head lamp kalau tak nak perkara sama berulang sebab bagi aku agak bahaya juga lari dalam gelap. And takde committee yang standby pun nak monitor runners kat area gelap tu. 


Nice Medal

Rasa macam puas sangat dapat habis kan 12km. Lepas habis running macam excited pulak nak join the next night run kat Putrajaya & JB, hahaha. Gian nak marathon datang balik. Hopefully dapat istiqomah.




Can't wait for next running event, KL Towerthon, acara wajib tiap-tiap tahun ni. Kalau boleh nak cuba buat less than 30mins. Poyo. Nampaknya nak kena keje keras lah practice hari-hari naik tangga kat Menara Technip, hehehe.


Wednesday, August 12, 2015

My journey across farmland

Sunday, 09 August 2015
Venue: Copthorne Hotel, Brinchang, Cameron Highlands
Starting time: 7.30am


Last week, aku & other GSH telah bersama-sama ke Cameron Highland bagi menyertai Copthorne Run 2015 "The Journey Across Farmland”. And for the first time kami dapat berkumpul bersama-sama ke Cameron Highland, kiranya cukup korum lah walaupun tak semua yang join this running event.

This Copthorne Run is a 7km non-competitive fun run at the vicinity of Kea Farm where Copthorne Hotel (previoulsy Equatorial Hotel) Cameron Highlands is located. Of the 7km, 3.5km will be tarmac road and the remaining 3.5km will be trail through vegetable garden plots that Kea Farm and Cameron Highlands are famous for. The route also takes you through the location of the local movie “The Journey”. 


Trail run map

Before the journey across the farmland... still fresh & cute ;-)

For this run, we received one race t-Shirt, food coupon, run guide booklet and finisher medal. Cuma yang tak best nya, all the runners received finisher medal together with the race kit. First time masuk lari-lari kot received finisher medal before the race starts. Bagi aku, walaupun is just a fun run, finisher medal should be given after the race finish. Bukan apa, kalau dah bagi awal ni nanti akan demotivate runners yang nak join lari. Yelah, belum start lari lagi dah dapat finisher medal. Bukan masalah unfair kat sini tapi macam tak best. Sebab orang yang tak lari pun dapat, adoi.


At the starting point before the run

Kali ni runners tak seramai yang aku selalu lihat dalam most of running event yang aku pernah join. Maybe sebab non-competitive run and plus lokasi yang agak jauh dari KL. And after Hari Raya pulak tu, maybe runners will think thrice before nak join. Al maklum, nak kena fikir pasal accomodation, transport etc. And most important budget. Maybe to some of the runners agak tak berbaloi. Tapi bagi aku, anggap sajalah percutian sambil beriadah.

Although, only a fun run but still runners are provided with two (2) water stations during 7km run. The first drink station will be at the 3.5km check point (before entering the farm) and the other will be at the 5.6km check point. After the run, boleh claim food coupon for sandwich with chicken slice, pisang & mineral water. 


The beginning... 3km run descending tar road

Fun Run pun ada option kan, hahaha

Entering the farmland

Inilah kebanggaan kami

Another 4km to complete

Tak sangka pulak ada route yang kena lalu air, tak pasal-pasal basah running shoes aku... nyesal tak bawa la sportiva, huhuhu
 
Route thru the vege farm

My first run inside vege farm

Sporting brader ni bila suruh smile

Land Rover mampu milik pun jadi kan

Passed by Flower farm

Run & having fun, no rush

Lihatlah dunia... kebun ku luas terbentang
 
Passed by strawberry farm

Copthorne Hotel from far... tak rasa pun nak cepat sampai, hahaha

Take this route
 
Last route before ending run... Kea Farm... lari sambil shopping kt pasar

Lari pun belum habis tapi sempat lagi tu... nasib baik aku tak bawa duit, hahaha... ni lah masalahnya kalu lari lalu Kea farm

Finally, semua berjaya complete 7km
 
Pic with the tallest thermometer replica recorded in Malaysia Book of Records

Apapun, really enjoyed with the run. Eventhough only a fun run. Yang pasti timing memang out lah, but still less than 2 hrs. Normally 7km kalau tar road boleh buat 40min... emmhhh. Dah kata fun run kan, so, memang running with fun lah along the way, hahaha. I think, Copthorne Hotel should organize this race Across Farmland more often. Boleh lah kami ke Cameron lagi. Hahaha, alasan sangat kan nak gi berjalan sambil makan jagung bakar, makan strawberry + chocolate, borong ubi madu, fresh vege & jagung, makan scone kt YZ Agrofarm, jalan-jalan kat ladang teh, ish, macam-macam lagilah. Rasanya dah pergi banyak kali pun, the same routine I will repeat, hahaha. And it’s a must.

Anyway, thank you so much to Bungolale yang sudi menumpangkan kami seramai 10pax di teratak beliau di Ringlet. We really appreciate it very much Cikgu. Tak sangka perkenalan 3 tahun lepas hiking di Bukit Kutu membawa persahabaan yang erat hingga kini (ni kalau ayat cik Bungolale ya, hahaha). Next time kami datang lagi ya, alang-alang dah kasi green light ni kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...