Pages

Showing posts with label history. Show all posts
Showing posts with label history. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Ada apa dengan Kota Tinggi

Ahad, 30 Aug 2015
Kota Tinggi, Johor


Plan asal nak mendaki Gunung Panti bertukar kepada plan lain, jalan-jalan di Kota Tinggi. Hajat di hati memang nak panjat Panti tapi apakan daya, takde cukup informasi untuk kami nak ke situ. Risau juga walaupun trek dikatakan agak leisure for beginners. So, plan has changed and we all decided nak jalan-jalan di Kota Tinggi sahaja. Apa yang menariknya Kota Tinggi ni? Jom explore...


Air terjun Kota Tinggi

Dulu selalu dengar antara daya tarikan kat Kota Tinggi ni, Air terjun nya. And finally, aku di sini. Kalau ikutkan plan asal, air terjun suppose to be our second agenda after Gunung Panti tapi memandangkan harapan tak kesampaian, makanya, kami memulakan agenda pagi Ahad kami, ke Air Terjun Kota Tinggi yang katanya sangat popular suatu ketika dahulu.

Kalau ikutkan hari ni, Johor tak cuti tapi menjadi kehairanan kerana wataerfall sangat ramai orang. So, aku assume yang ramai datang ni, mereka-mereka yang dari KL balik bercuti di Kampung halaman, hahaha. Apa taknya hampir setiap ceruk waterfall penuh dengan orang. Ingatkan dapat lah nak berjimba sakan tapi emmhhh. 


Hari sekolah kat Johor pun ramai orang

Ohh, nak ke waterfall yang paling atas kena hiking sikit lah naik tangga. Tak lama pun, kalau dari bawah lebih kurang 10-15min juga. Kami naik sampai atas tapi kat atas pun rama juga orang, adoi. Spoil lagi. Cuma yang tak ramai orang tempat waterfall yang paling atas lah, tempat yang air paling dalam. Lagipun, tempat ni dah diletak tanda amaran disebakan pernah ada kes disini dan juga halangan untuk tidak dimasuki pengunjung tapi ramai jer yang masuk. Tapi bagi aku kalau pandai berenang memang takde masalah, air tu dalam mana pun. Cuma konfiden atau tak jelah.


Kena trekking nak sampai yang paling atas

Trekking lagi untuk sampai ke waterfall paling atas

Waterfall yang paling atas & paling dalam

Sampai sini jelah waterfall nya

Kami spend tak lama pun kat sini. Adalah dalan 2 jam saja. sebab makin lama makin ramai pulak orang yang datang. Air pun macam keruh jer. I pun risau nak berenang. So, after mandi-mandi, kami pulang semula ke Felda Pasak & petangnya kami plan nak menjejak sejarah pulak. 


Menjejak sejarah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Idea nak melawat Sultan Mahmud mangkat dijulang datang sewaktu kami berada di rumah Mak Mah (mak kepada sahabat, Fad & Adeq). Masa duk tengah diskus apa nak buat sempena cuti merdeka ni, tiba-tiba datang plak idea nak gi Kampung Makam yang dikatakan tempat bersejarah yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. So, after a short trip to Kota Tinggi waterfall, petangnya kami menjejak sejarah pulak. Aku excited pun sebab aku pernah terlibat dalam pementasan drama sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Kiranya mengimbau kenangan lalu lah ni, hahaha. KLMJ sangat. 




Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah antara tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini. 


Makam Sultan Mahmud

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, al-kisah... cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II (keturunan sultan Melaka).

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawanangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Tak salah aku, nak menunjukkan yang Dang Anum mengidam disebabkan bayi dalam kandungannya, setelah perutnya dibelah, dengan kuasa Allah swt, bayi dalam tersebut sedang memegang seulas nangka & disaksikan lah seluruh yang ada disitu, wallahualam. Aku tak pasti kesahihan cerita ini tapi dulu masa zaman sekolah rendah, aku terlibat dalam pementasan drama “Sultan Mahmud mangkat dijulang”. Dan salah satunya melibatkan adegan ni lah. Masa tu aku bukanlah pelakon utama nya tapi hanya pencerita untuk keseluruhan drama sebab ini adalah pementasan pantomin.

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.(source)

Katanya, sumpahan tu dah berakhir pun. Last sumpahan, waris dikatakan muntah darah sehingga menemui ajalnya ketika berada di Kota Tinggi. Tapi kenapa mesti 7 keturunan ya. Rasanya mana-mana sejarah pun, kalau nak sumpah mesti 7 keturunan. Anyway, aku takdelah percaya pada sumpahan ni. Boleh jadi dah ajal dia kan. 


Makan ini terletak di dalam kawasan masjid Kampung Makam

Makan Sultan yang dijaga rapi

Senarai Sultan yang dimakan kan di sini, sebahagian nya tidak diketahui


Beautiful sunset di Teluk Sengat

Selepas menjejak sejarah di Kampung Makam kami bergerak ke Teluk Sengat pulak, otw jalan menuju Desaru. Katanya disini sunset sangat cantik. So, kekecewaan nak mengejar sunset di Puteri Harbour terubat sikit jugalah hari ni. Walaupun tak perfect tapi ada jugalah kan dari takde, hahaha. Anyway, sunset ni ikut nasib juga. Kalau bertuah memang dapat capture moment yang ohsem.


Sunset di Teluk Sengat


Keajaiban kelip-kelip di Tun Sri Lanang Jetty 

Next agenda after sunset, kami ke Jetty Tun Sri Lanang pulak. Jetty di sini adalah antara jetty yang dijadikan tempat untuk membawa pelancong menyaksikan keajaiban kelip-kelip. Compare to Kuala Selangor, kat sini boat ada engine. Dulu kat Kuala Selangor kami naik boat yang pakai pendayung jer. Scary juga sebab boat kecik dan penumpang pun boleh naik 5 orang sahaja including the boatman. Sungai yang ada buaya pulak tu, hahaha. But still we supplied with a life jacket. Berlainan sekali dengan Jetty Tun Sri Lanang dimana boat with engine & sangat besar yang boleh memuatkan hampir 40 orang dalam satu masa. Kiranya kehebatan kelip-kelip disini setanding juga dengan di Kuala Selangor. Bezanya cuma route nak tengok kelip-kelip di Sungai kota ni lebih panjang compare to Kuala Selangor yang lebih pendek routenya. Kelip-kelip di Kuala Selangor juga lebih banyak compare dengan kat sini. 

Trip tengok kelip-kelip ni lebih kurang 45min melalui Sungai Kota. And fee yang dikenakan RM20 per person. Macam biasalah, it's hard to capture the fireflies with camera. Maybe kena special camera kot baru boleh kan. So, enjoy tengok sajalah keajaiban Allah swt.


Jetty Tun Sri Lanang

Alhamdulillah, dalam satu hari saja kami dah sempat khatam 4 tempat yang menarik & unik di Kota Tinggi ni. Kota Tinggi waterfall, Makan Sultan Mahmud mangkat dijulang, sunset di Teluk Sengat dan kelip-kelip di Tun Sri Lanang Jetty. Tak sangka banyak juga daya tarikan Kota Tinggi. Yang aku hairan orang Kota Tinggi pun tak habis lagi explore apa yang menarik yang ada kat Kota Tinggi ni. Sanggup tu ke Kuala Selangor semata-mata nak tengok kelip-kelip padahal kat kampung sendiri yang lagi dekat tu pun ada, hahaha. Mungkin tak kerana kami yang dari KL ni datang, maybe sampai sekarang, Cik Fad & Adeq tak tau ada tempat nak tengok sunset cantik & keajaiban kelip-kelip di Tun Sri Lanang. Anyway, thanks bawa kami jalan-jalan kat Kota Tinggi ni. Terima kasih tak terhingga to Fad & Adeq kerana kesudian mengajak kami bercuti di Kota Tinggi. 


Friday, June 14, 2013

Kellie's Castle


Istana Kellie, Batu Gajah Perak
Sunday, 2 June 2013
Entrance fee: RM5

Turun saja dari Cameron, aku tak terus pulang ke KL tapi mengikut Geng GGK menyinggah sebentar ke Istana Kellie yang kata nye tak jauh dari Bandar Simpang Pulai. Yup, only 20 minutes drive.


Jom menyeselusuri Sejarah...

Bangunan tak siap pun boleh jadi daya tarikan pelancong kan. Tapi itulah keunikan Kellie's castle, gabungan Moorish, Scottish & Indian architecture yang diilhamkan dari pemilik nye, Willian kellie Smith.

Istana Kellie atau Kellie's Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak. Bangunan ini dipercayai mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia, juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Pembinaan mahligai yang unik ini bermula pada tahun 1915. Walau bagaimana pun, mahligai ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 pada usia 56thn disebabkan pneumonia.

Penduduk tempatan percaya bahawa istana ini berhantu kerana ramai perkerja telah mati sejak pembinaannye. Terdapat juga khabar angina mengatakan bahawa askar Jepun membunuh orang didalam istana ini semasa perang dunia ke-2. Ade juga yang mengatakan pernah ternampak bayang-bayang Kellie Smith berjalan-jalan di koridor. Walaupun dah meninggal dunia di Portugal, dipercayai bahawa roh nye tidak tenang kerana impian nye untuk membina istana untuk isterinya, Agnes tidak kesampaian. Macam-macam tapi normallah tu kan, mana-mana rumah peninggalan lama pasti ade cerita mistik nya yang tersendiri.

Di samping berhantu, mahligai ini dipercayai mempunyai bilik-bilik tersembunyi dan terowong-terowong rahsia di bawah tanah. Salah satu terowong ini dipercayai menghubungkan Istana Kellie dengan sebuah Kuil Hindu. 

For further story on Kellie’s Castle or Istana Kellie... 


Source: Information provided inside Kellie’s castle.


Istana Kellie... view from tha parking

Mahligai ini terletak di bahagian atas bukit yang pada asalnya adalah sebuah estet getah

Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat mudah ke Istana Kellie

Antara architecture Istana Kellie yang masih tersergam indah

Pintu Masuk ke Istana Kellie

Nice place for Arts Photography
Tangga yang menghubungkan setiap tingkat

Kellie Smith planned to make this area into a mini tennis court and a rooftop party area, if this castle were to be completed

View inside Kellie's Castle...
It is believed that all the bricks and marble were imported from India

View from top

Usaha-usaha masih giat dijalankan untuk memelihara kawasan bersejarah ini

Bangunan yang kekal dalam keadaan "sedang dibin"' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya architecture nye

Salah satu koridor di Istana kellie

This is a lift shaft for what would have been the first elevator ("Bucket lift") in Malaya. Malangnya rancangan ini tidak diteruskan setelah Willian meniggal akibat pneumonia di Lisbon, Portugal. Dipercayai beliau merancang untuk ke England selepas ke Portugal bagi mendapatkan lift

Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu
Kelihatan tangga yang masih belum siap sepenuh nya

View of Kellie's Castle from the other side
Antara usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menyelamatkan struktur yang indah & unik ini...

Masa kami sampai tu pun ade a few newly wed couples yang sedang buat photoshoot. Macam-macam aksi yang pastinye nak dapatkan angle yang cantik berlatarbelakang bangunan sejarah ni. Selain itu, Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antara yang popular, filem Anna And The King (1999) yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt. 


Bangunan lama ini juga sering menjadi pilihan pasangan pengantin baru

Awan pun dah menunjukkan tanda-tanda nak hujan... apa lagi, jomlah balik

Friday, April 27, 2012

Cape Rachado


Tanjung Tuan, Melaka
Sunday, 1st April 2012

Entrance fee: RM1 per person

Sebenarnye, plan nak ke Tanjung Tuan ni datang bila kami plan nak bermalam di Ilham Resort. Plan bermalam kat Ilham Resort asalnye nye nak menghilangkan penat lepas habis treasure hunt kat PD. Tapi dah alang-alang dekat sangat tu kan, so, panjang lah langkah nye. Memang aku tak pernah amik tahu pon pasal Tanjung Tuan ni, tau pon sebab belajar sejarah dulu. Rupanye, Tanjung Tuan ni bukan setakat rumah api jer tapi macam-macam ade kat sini. 

Let's explore it.


Welcome to Hutan Rekreasi Tanjung Tuan


Tanjung Tuan ni terletak di Negeri Sembilan, Malaysia, tetapi di bawah pemerintahan negeri Melaka. Sebab tu still orang kenal Tanjung Tuan Melaka bukan Tanjung Tuan Negeri Sembilan. Tanjung Tuan ni betul-betul menghadap Selat Melaka dan terletak kira-kira a few km from Port Dickson, Negeri Sembilan.

History of Cape Rachado a.k.a Tanjung Tuan


Asal usul...

Katanye... Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorang nelayan yang juga keramat yang menjaga dan mengawasi puncak Tanjung Tuan.

Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya melepasi pusaran ganas di tengah laut terutama sekali pada bulan mengambang. Semua nelayan yang cuba melintasi pusaran ganas tersebut akan tenggelam dan hilang begitu sahaja tetapi nelayan yang keramat ini berjaya melintasinya.



Let's start the journey



Jauh lagi rase nye nak sampai nie



Scorpio... Sempat terserempak dengan makhluk Allah yang ganas ni... the color is so unique



Can use this route for bird watching



Wahh... dah nampak apa yang dicari



We're here... tak sabar nak tengok lighthouse


Tangga menuju ke puncak


Sampai-sampai jer, kami kena naik tanggak nak ke puncak. Dah sampai depan lighthouse, tak boleh masuk pulak, tengok dari luar jer. Cheh, penat aku naik tangga tau. Maybe sebab rumah api ni full operational kot, so, dia tak nak ade orang datang sabotaj or buat bukan-bukan so dia tak open to public. Lagi pun rumah api ni tinggi, kalau masuk pon bukan boleh amik gambo sampai kat atas... still kena keluar skit nak dapat full frame. Ade logik nye juga. Tapi nak menunjukkan ketidakpuasan hati aku panjat juga lah nak dapat amek gambo depan... hopefully takde CCTV kat situ.



Tak dapat masuk kat dalam... bergambo atas pagar pun jadilah



The Lighthouse...
After Portugal conquered Malacca in 1511, the Portuguese wanted to build a lighthouse to guide its ships. Tanjung Tuan was chosen and the cape was named Cape Rachado by them. Subsequently, a lighthouse was built between 1528 and 1529. As Malacca switched hands to the Dutch and later to the British in 1641 and 1824 respectively, so too did the possession of the structure (source: wikipedia




Rentis Rumah Api... Tahap mencabar OK... maybe for beginner



Rumah Api Tanjung Tuan... sekarang dah canggih ade radar lagi kat atas tu



Wakaf Perhilitan

Wakar perhilitan ni starting point nak masuk ke hutan Tanjung Tuan.



Migration route of birds in Tanjung Tuan


Laluan Burung...

Dari segi ekologi, saintis mempercayai Tanjung Tuan merupakan jambatan bagi pengaliran baka flora dan fauna dari Tanah Besar benua Asia ke Kepulauan Indonesia. 

Kawasan ini juga dijadikan sebagai kawasan laluan yang sangat penting untuk perjalanan burung-burung berhijrah dari Benua Asia ke Kepulauan Indonesia, dari Benua Asia ke Selatan serta daripada Selatan balik ke Benua Asia.



Route to Pulau Intan



Route to Pulau Intan



Hutan Simpan yang masih kekal keindahan nye


Pelantar Pemerhati 1


After pelantar pemerhati 1, ade meja piknik untuk rehat-rehat kejap. Kami tak bawa makanan pon sebab budget nak pergi kejap je. So, rehat minum-minum je lah. Lepas tu proceed our journey back.


Meja Piknik


Rintis ke Pulau Intan


Pokok ni seakan-akan sarang burung yea... very unique


Konon-konon nak ke Pulau Intan



Pokor berduri



Pelantar Pemerhati 2


Lepas sahaja pelantar pemerhati 2, kami turun tangga lagi... sebab rupa nye jauh lagi nak ke Pulau Intan. Tapi tak lama lepas tu, kami decide nak patah balik sebab takde sorang pon antara kami yang familiar dengan tempat kat situ. Tapi kalau ikutkan route, memang terus jer ke bawah... turun track tangga yang dah ade tapi memikirkan takut ke lainpulak nanti, kami pun pakat patah balik. Cikgu pompuan yang saing kami pon patah balik. Mula2 memang dia orang dah proceed tapi bila nampak kami nak patah balik, dia orang pon follow juga. Lagi pun at that time cuma group kami jer yang ade kat situ tak nampak plak orang lain.

Frustrated juga lah sebab tak sampai ke pulau Intan. Tapi masing2 pun macam sedap kan hati konon-konon nye akan ke sini lagi sebab nye kami tak cukup korum. Ntah bila lah agak nye tu...Rupa-rupa nye, ade plan nak jalan-jalan cari makan juga lepas tu, patutlah trip kami dipendekkan masa. Baru aku tau masa on the way nak balik tu. Takpelah... aku pun takdelah teruja sangat nak explore Tanjung Tuan in one day... memikirkan kepenatan memburu harta karun semalam masih tak redha lagi. So, aku pun follow the majoriti. Tapi, Insyallah, kalau ade qudrat lagi memang akan ke sini lagi nanti.


Follow the right trail for your destination



Awesome view from top of Tanjung Tuan... tak clear sangat sebab kabus agak tebal



Monyet ni penghuni setia tempat ni



The lighthouse... view on the other side



Kami dah sampai... korang ade?


Nak cycling pun boleh


Ilham Resort... just walking distance from Tanjung Tuan Entrance


Aku rase kalau bukan sebab kami bermalam kat Ilham resort, maybe takkan ke sini lahjawab nye. Anyway, I really enjoyed this short trip hiking. Insyallah, next time kita cukup kan korum nak ke sini lagi and hopefully by that time too, Cik Gojes still with MMC... dapatlah kami menumpang kasih... hehehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...