Pages

Showing posts with label Waterfall. Show all posts
Showing posts with label Waterfall. Show all posts

Saturday, December 5, 2015

Kanchanaburi Tour: Beautiful Erawan Waterfall

Erawan waterfall, Kanchanaburi
Friday, 20 Nov 2015


Seperti yang dijanjikan, sebelum pukul 8am lagi minivan yang akan membawa kami ke Erawan dah sampai. Ohh, Tara Raft Guesthouse not included breakfast, so, kami semua makan apa yang ada sajalah. Simple breakfast, milo panas & makan roti with tuna & serunding. Sekadar alas perut. Lagipun lepas ni nak kena kerah keringat juga nak hiking Erawan. Seawal 8 pagi kami mula bergerak menuju ke destinasi. Driver kami tak pandai bahasa lain, so, agak susah juga nak berkomunikasi & tanya lebih-lebih. Beberapa kali juga aku terpaksa call Dao (the lady incharge), semata-mata nak confirmkan plan kami. Sebab kami takde guide. Pandai-pandai sendiri jer. So, after aku cakap kat Dao, aku akan pass kat driver, dia pulak akan cakap, kiranya nak translate apa yang aku cakap lah. Tak kisah lah asalkan plan run smoothly.

Perjalanan menuju Erawan agak lama juga, lebih kurang 1 jam. Dah dekat-dekat nak sampai tu, cantik juga view di kiri & kanan jalan. And we reached Erawan about 1 hour later.

Kami ada lebih kurang 4 hours to cover the all 7 levels. Kami perlu ada di parking semula around 1pm sebab petangnya kami akan ke death railway. Nak ke situ pun lebih kurang 45mins juga.

Since Erawan Waterfall is a protected national Park in Thailand, so, there’s an entrance fee of 300 THB for foreigners. And additional THB50 for parking fee.


Welcome

To me, Erawan waterfall is one of a must see place if you go to Kanchanaburi province. It has been said  that these waterfalls are ranked as one of the most beautiful in Southeast Asia.

Katanya, these waterfalls received their name, Erawan, from Hindu mythology. At one time the falls had an appearance of a three-headed or three-trunk-elephant-like appearance resembling the Hindu God by the name of Erawan. In the Thai language the waterfalls are known as Namtok Erawa.


Permulaan trail...

Permulaan menuju waterfall 1 masih lagi rilex & leisure. Cuma bila dah nak masuk ke level 3 waterfall, barulah terasa macam tough sikit. Masa ni lah baru rasa the real hiking part. Tak target plak Erawan waterfall ni setinggi 2000m. Lansung tak buat research, hahaha. Normally, aku kalau panjat gunung je aku amik kisah ketinggian bagai tapi sebab pi waterfall je kan, so, jadi tak heran. Dah rasa macam panjat gunung, cumanya ada proper trail macam tangga yang menghubungkan antara satu level waterfall ke waterfall level yang lain.

Tak semua level boleh mandi-manda cuma level tertentu sahaja. Level 2, 4, 5 & 7 saja yang aku nampak mat saleh ramai mandi. Level lain hanya untuk sightseeing saja. And at certain level juga, ada tempat di mana boleh buat fish therapy. So, don't miss this oppurtunity. Feel the real fish spa in the middle of the jungle.


Waterfall Level 1 “Hlai Khuen Rung” at 500m height

Waterfall Level 1

Waterfall Level 2 “Wang Macha” at 600m

Waterfall Level 3 “Pha namtok” at 700m

Waterfall Level 3 from other angle, tengoklah tu banyak nya ikan

Waterfall level 3 hanya untuk sightseeing jer tak boleh mandi-mandi kat sini

Waterfall Level 4 “Oke Nang Peesau” at 1050m
 
Don't be surprised if you see big tree covered in sparkling dresses. 
Some people here believed that Tree nymphs are the queens of the forest, and one of the way to please them is by adorning them with beautiful clothing, emmhhh.... macam-macam

Waterfall Level 5 “Buea Mai Long” at 1,550m

Waterfall Level 5 upper level

Moving toward the 6th level is increasingly strenuous. Anyway, we kept hiking and hiking upwards and reached level number 6. Not sure level yang kami sampai ni level 6 but the water level was a little low and not so impressive. So we stayed just for a moment and continued up to the final 7th layer.

On the way nak naik ke level 7, jumpa dengan Fad, Bai & Miza nak turun dah. Pantas betul mereka ni. Yelah, tak poyo macam aku & Eein amik gamba, hehehe. Anyway, kalau nak kepuasan bergambar, to all the waterfall lovers tu, bawalah tripod. Sebab aku rasa waterfall kat sini sangat cantik bila guna slow shutter. Maybe next time kena usahakan juga menabung nak dapat kan satu carbon fiber tripod.


This waterfall after we hike down from level 7, maybe part of level 6 punye waterfall

Going further up to Level 7

Finally we're here...
Waterfall Level 7 “Phu Pha Erawan” at 2,000m

The last or 7th tier has a large pool at the bottom of the fall with beautiful turquoise color

The level 7 of Erawan Waterfall is a perfect reward for climbing all the way to the top. From the first level it takes about 45 minutest to an hour to reach the 7th level depending on your speed. Gagah juga kami semua sampai ke atas, hahaha.

Kami spend tak lama pun kat atas ni, after taking a few pics, rest kejap baru turun balik. Lagipun kat atas ni agak ramai juga yang mandi manda. Kami ada less than an hour nak kena sampai bawah ni. So, on the way nak turun tu memang speed up. Until we reached section for fish therapy. Area ni between level 4 to level 3. So, rest dulu sambil geli-geli kan kaki dengan ikan. Mula-mula tu memang geli tapi bila dah lama-lama tu rasa seronok pulak. 

Kami sampai bawah just nice sekitar pukul 1pm. Masa tu dah kelihatan Fad, Miza, Adeq & Bai tengah santai duduk menuggu aku & Eein. Dan kami saing together ke parking area.

Ingat dah turun boleh proceed terus, tiba-tiba minivan kami tak boleh start pulak. Adoi. Nasib baik ramai orang yang ada kat sekitar tu datang menolong driver kami, siap tolakkan bagai sebab nak kasi start. Alhamdulillah, berjaya juga after 1/2jam berpanas menunggu. Kami tak terus ke death railway tapi singgah lunch dulu di restoran Halal. Tak jauh pun dari Erawan ni, about 15mins drive. Lokasi betul-betul tepi jalan. Pemilik kedai ni juga sangat baik tumpangkan kami rumah dia nak solat. Yang pasti enjin minivan kami terpaksa dibiarkan on sebab takut the same thing happened macam kat Erawan tadi. Macam-macam, perkara nak jadikan, so, sabar jelah. Yang penting, plan masih berjalan seperti yang dirancang.


Restoran Halal on the way back from Erawan

Nasi Kuning Ayam jadi pilhan

To be continued...


Thursday, November 12, 2015

Bromo Trip lagi: Madakaripura

Madakaripura, Probolinggo
Saturday, 31 Oct 2015


Baru setahun setengah saja meninggalkan Madakaripura, tak sangka pulak macam-macam perubahan yang ada. Antaranya huruf merah besar "MADAKARIPURA" seperti photo di bawah. Dulu takde tau. Anyway, I really like the welcoming big letters tambahan pulak dengan my favorite color. Just nice to capture my mood.


Welcoming Madakaripura

Kalau dulu kami terpaksa turun naik, cross sungai, trekking bagai and etc. sekarang semua tu tak perlu lagi. Kami tak perlu lansung menyentuh air sungai sehinggalah kami sampai ke Madakaripura waterfall. Maybe sebab sudah ada jambatan gantung di permulaan trek ke Madakaripura yang menghubungkan antara satu sama lain, that's why kami tak perlu dah bersusah payah nak kena cross sungai bagai. Bagus juga, kalau tak nanti ada pulak yang tak puas hati kena pegang kasut sahaja, hahaha. Masih kah kau ingat.

Cuma yang tak best kali ni, too many visitors, al-maklum tengah liburan. Kalau dulu kami antara yang paling awal sampai tapi kali ni sampai-sampai jer dah penuh dengan umat manusia especially the local. Memandangkan kami visitors, nak tak nak terpaksa juga amik local guide nak bawa masuk kami ke sini. Padahal bagi aku tak perlu pun sebab bukan susah pun nak sampai ke sini. Ohh, rate nak bayar local guide ni tak termasuk dalam package & hanya akan ditentukan masa dah sampai ke sini. Each of us shared IDR25K each to pay the guide. Ok lah, tolong orang local cari makan kan. Anyway, dia memang banyak juga tolong kami especially member kami yang tak biasa nak trekking ni.

Nak tahu more about this place dan setahun yang lepas punya story boleh lah throwback kat post yang lepas.


Subhanallah

Dah kali ke-2 buat aku, fad & adeq

Macam Main hujan dah

Blend sangat dengan kakak Red tudung tu :-)

After Madakaripura, kami proceed terus ke Malang. Another 3 hours journey. On the way, kami singgah makan dulu, ohh lupa plak kan sebab dah macam brunch kat Bromo Permai tadi. Tapi sebab dah penat trekking & main air kat Madakaripura, memang seriously lapar sangat. Dan kami hanya lunch around 4pm.


Lupa kedai apa kami singgah ni tapi makanan dia memang best

Kami order manu yang sama

To be continued...


Wednesday, September 2, 2015

Ada apa dengan Kota Tinggi

Ahad, 30 Aug 2015
Kota Tinggi, Johor


Plan asal nak mendaki Gunung Panti bertukar kepada plan lain, jalan-jalan di Kota Tinggi. Hajat di hati memang nak panjat Panti tapi apakan daya, takde cukup informasi untuk kami nak ke situ. Risau juga walaupun trek dikatakan agak leisure for beginners. So, plan has changed and we all decided nak jalan-jalan di Kota Tinggi sahaja. Apa yang menariknya Kota Tinggi ni? Jom explore...


Air terjun Kota Tinggi

Dulu selalu dengar antara daya tarikan kat Kota Tinggi ni, Air terjun nya. And finally, aku di sini. Kalau ikutkan plan asal, air terjun suppose to be our second agenda after Gunung Panti tapi memandangkan harapan tak kesampaian, makanya, kami memulakan agenda pagi Ahad kami, ke Air Terjun Kota Tinggi yang katanya sangat popular suatu ketika dahulu.

Kalau ikutkan hari ni, Johor tak cuti tapi menjadi kehairanan kerana wataerfall sangat ramai orang. So, aku assume yang ramai datang ni, mereka-mereka yang dari KL balik bercuti di Kampung halaman, hahaha. Apa taknya hampir setiap ceruk waterfall penuh dengan orang. Ingatkan dapat lah nak berjimba sakan tapi emmhhh. 


Hari sekolah kat Johor pun ramai orang

Ohh, nak ke waterfall yang paling atas kena hiking sikit lah naik tangga. Tak lama pun, kalau dari bawah lebih kurang 10-15min juga. Kami naik sampai atas tapi kat atas pun rama juga orang, adoi. Spoil lagi. Cuma yang tak ramai orang tempat waterfall yang paling atas lah, tempat yang air paling dalam. Lagipun, tempat ni dah diletak tanda amaran disebakan pernah ada kes disini dan juga halangan untuk tidak dimasuki pengunjung tapi ramai jer yang masuk. Tapi bagi aku kalau pandai berenang memang takde masalah, air tu dalam mana pun. Cuma konfiden atau tak jelah.


Kena trekking nak sampai yang paling atas

Trekking lagi untuk sampai ke waterfall paling atas

Waterfall yang paling atas & paling dalam

Sampai sini jelah waterfall nya

Kami spend tak lama pun kat sini. Adalah dalan 2 jam saja. sebab makin lama makin ramai pulak orang yang datang. Air pun macam keruh jer. I pun risau nak berenang. So, after mandi-mandi, kami pulang semula ke Felda Pasak & petangnya kami plan nak menjejak sejarah pulak. 


Menjejak sejarah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Idea nak melawat Sultan Mahmud mangkat dijulang datang sewaktu kami berada di rumah Mak Mah (mak kepada sahabat, Fad & Adeq). Masa duk tengah diskus apa nak buat sempena cuti merdeka ni, tiba-tiba datang plak idea nak gi Kampung Makam yang dikatakan tempat bersejarah yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. So, after a short trip to Kota Tinggi waterfall, petangnya kami menjejak sejarah pulak. Aku excited pun sebab aku pernah terlibat dalam pementasan drama sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Kiranya mengimbau kenangan lalu lah ni, hahaha. KLMJ sangat. 




Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah antara tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini. 


Makam Sultan Mahmud

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, al-kisah... cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II (keturunan sultan Melaka).

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawanangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Tak salah aku, nak menunjukkan yang Dang Anum mengidam disebabkan bayi dalam kandungannya, setelah perutnya dibelah, dengan kuasa Allah swt, bayi dalam tersebut sedang memegang seulas nangka & disaksikan lah seluruh yang ada disitu, wallahualam. Aku tak pasti kesahihan cerita ini tapi dulu masa zaman sekolah rendah, aku terlibat dalam pementasan drama “Sultan Mahmud mangkat dijulang”. Dan salah satunya melibatkan adegan ni lah. Masa tu aku bukanlah pelakon utama nya tapi hanya pencerita untuk keseluruhan drama sebab ini adalah pementasan pantomin.

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.(source)

Katanya, sumpahan tu dah berakhir pun. Last sumpahan, waris dikatakan muntah darah sehingga menemui ajalnya ketika berada di Kota Tinggi. Tapi kenapa mesti 7 keturunan ya. Rasanya mana-mana sejarah pun, kalau nak sumpah mesti 7 keturunan. Anyway, aku takdelah percaya pada sumpahan ni. Boleh jadi dah ajal dia kan. 


Makan ini terletak di dalam kawasan masjid Kampung Makam

Makan Sultan yang dijaga rapi

Senarai Sultan yang dimakan kan di sini, sebahagian nya tidak diketahui


Beautiful sunset di Teluk Sengat

Selepas menjejak sejarah di Kampung Makam kami bergerak ke Teluk Sengat pulak, otw jalan menuju Desaru. Katanya disini sunset sangat cantik. So, kekecewaan nak mengejar sunset di Puteri Harbour terubat sikit jugalah hari ni. Walaupun tak perfect tapi ada jugalah kan dari takde, hahaha. Anyway, sunset ni ikut nasib juga. Kalau bertuah memang dapat capture moment yang ohsem.


Sunset di Teluk Sengat


Keajaiban kelip-kelip di Tun Sri Lanang Jetty 

Next agenda after sunset, kami ke Jetty Tun Sri Lanang pulak. Jetty di sini adalah antara jetty yang dijadikan tempat untuk membawa pelancong menyaksikan keajaiban kelip-kelip. Compare to Kuala Selangor, kat sini boat ada engine. Dulu kat Kuala Selangor kami naik boat yang pakai pendayung jer. Scary juga sebab boat kecik dan penumpang pun boleh naik 5 orang sahaja including the boatman. Sungai yang ada buaya pulak tu, hahaha. But still we supplied with a life jacket. Berlainan sekali dengan Jetty Tun Sri Lanang dimana boat with engine & sangat besar yang boleh memuatkan hampir 40 orang dalam satu masa. Kiranya kehebatan kelip-kelip disini setanding juga dengan di Kuala Selangor. Bezanya cuma route nak tengok kelip-kelip di Sungai kota ni lebih panjang compare to Kuala Selangor yang lebih pendek routenya. Kelip-kelip di Kuala Selangor juga lebih banyak compare dengan kat sini. 

Trip tengok kelip-kelip ni lebih kurang 45min melalui Sungai Kota. And fee yang dikenakan RM20 per person. Macam biasalah, it's hard to capture the fireflies with camera. Maybe kena special camera kot baru boleh kan. So, enjoy tengok sajalah keajaiban Allah swt.


Jetty Tun Sri Lanang

Alhamdulillah, dalam satu hari saja kami dah sempat khatam 4 tempat yang menarik & unik di Kota Tinggi ni. Kota Tinggi waterfall, Makan Sultan Mahmud mangkat dijulang, sunset di Teluk Sengat dan kelip-kelip di Tun Sri Lanang Jetty. Tak sangka banyak juga daya tarikan Kota Tinggi. Yang aku hairan orang Kota Tinggi pun tak habis lagi explore apa yang menarik yang ada kat Kota Tinggi ni. Sanggup tu ke Kuala Selangor semata-mata nak tengok kelip-kelip padahal kat kampung sendiri yang lagi dekat tu pun ada, hahaha. Mungkin tak kerana kami yang dari KL ni datang, maybe sampai sekarang, Cik Fad & Adeq tak tau ada tempat nak tengok sunset cantik & keajaiban kelip-kelip di Tun Sri Lanang. Anyway, thanks bawa kami jalan-jalan kat Kota Tinggi ni. Terima kasih tak terhingga to Fad & Adeq kerana kesudian mengajak kami bercuti di Kota Tinggi. 


Thursday, August 13, 2015

Rinjani Expedition Day 6: Sendang Gile & Tiu Kelep Waterfall

Monday, 1 June 2015   
Senaru Village, Lombok


Hari ni agenda utama pagi kami adalah trekking to Sendang Gile & Tiu Kelep Waterfall. So, after light breakfast, kami pun memulakan perjalanan seawal 6.30pg dari Pondok Indah Senaru Cottage, our guesthouse at Senaru village. Uncle Rashid tak bersama-sama kami hari ni tapi dia telah hantar sorang guide tempatan untuk mengiringi perjalanan kami ke waterfall.

Aku teringat suggestion dari beberapa orang gadis semasa yang tak nak pergi air terjun masa kami trekking down to Senaru. Mereka suggest why not kita skip waterfall and ke Gili lebih awal, so that, boleh spend lama di sana. Masa tu aku rasa macam kecewa jugalah sebab aku memang teringin sangat nak ke situ. Lagipun, Uncle Rashid dah cakap lepas turun panjat Rinjani, elok sangat kalau ke air terjun, katanya boleh massage urat kami yang dah hura hara selama 4 hari trekking. Aku tak terus buat keputusan tapi nak tunggu jer bila sampai Senaru homestay ni baru decide. Lagipun group kami bergabung dengan group TSB, let say, mereka nak pergi waterfall, kami terpaksa tunggu juga lah kalau nak ke Gili. Confirm Uncle takkan asingkan kami. Tapi cerita lain pulak yang aku dengar once dah sampai Senaru village bila semua memberi persetujuan nak pergi except Fad yang memang aku dah jangkakan takkan pergi. Barangkali semalam cakap masa tengah penat kan, so, memang tak boleh nak fikir sangat.

Indeed, aku rasa apa yang Uncle cakap tu memang betul sebab aku rasa ni lah first time hiking travel aku yang tak rasa sakit kaki lansung after balik bercuti. Kalau ikutkan dengan trek yang agak horror, boleh jadi seminggu juga nak recover kan tapi this time aku rasa macam ok sangat. Bagi aku, penat balik bercuti tu is normal tapi kaki sihat selepas trekking Rinjani memang sesuatu diluar jangkaan. Alhamdulillah, berkat rahmat Allah swt juga melindungi perjalanan kami.


From our guesthouse, kena berjalan sikit sampailah nampak Signboard hijau tu, bawahnya ada tulis "waterfall" & laluan inilah permulaan perjalanan kami menuju Tiu Kelep & Sedang  Gile waterfall

View pagi yang indah mengiringi perjalanan kami menuju waterfall

Perjalanan nak sampai ke Air Terjun Sendang Gila & Tiu Kelep tak semudah yang disangka. Kena trekking dalam 1jam jugalah nak sampai the first waterfall. Kondisi jalan nak menuju air terjun ini pun boleh tahan penat juga dimana kami perlu menyusuri jalan berbatu-batu, masuk hutan, naik turun tangga batu yang agak curam, menyeberangi sungai yang berbatu-batu licin dan agak deras arusnya.


Permulaan trek yang agak leisure

Trek melalui hutan

Kena turun tangga untuk menuju destinasi utama kami

Air Terjun Sendang Gile

Air Terjun Sendang Gile terletak di ketinggian 600 m (asl) dan memiliki ketinggian kurang lebih 31m. Air terjun ini terdiri dari dua tingkat, dimana tingkat pertama muncul dari atas tebing dan jatuh ke dasar kolam dibawahnya. Seterusnya, air akan meluncur ke bawah membentuk tingkatan kedua dan jatuh membentuk sungai yang ada di bawahnya. Dasar air sungai ini relatively agak mendatar & air dibawanya pun agak cetek, that’s why kami boleh mandi sakan di bawah air terjun ni. Oh lokasi wisata ini masih berada dalam kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani.(Source)

Al-kisah, kononnya nama Sendang Gile diambil dari cerita penduduk setempat yang secara tidak sengaja terjumpa air terjun ini ketika sedang memburu singa gila yang mengacau di sebuah kampung dan kemudian lari masuk ke hutan.


Destinasi utama kami

Sendang Gile waterfall

Ada cerita menarik yang membuat air terjun ini berbeza adalah para penduduk setempat mempercayai bahawasanya air terjun ini memiliki unsur magic yang dikatakan bisa membuat seseorang menjadi lebih muda dari usianya apabila membasuh muka atau mandi dengan air terjun tersebut. So, GSH korang ada feel something tak lepas balik dari Lombok, hehehe.


Tinggikan Air Terjun ni

Luckily, we’re the first group to reach the Sendang Gile waterfall. Tak sia-sia kami bergerak seawal pagi nak sampai ke sini. Group 20 pax hanya sampai sesudah kami enjoy sakan menikmati Air Terjun Sendang Gile. Masa tu Cha, Wan & Ash pun join group 20pax nie. Kiranya kali ni je kami tak bersama-sama nak buat aktiviti. Aku pun tak pasti kenapa Uncle tak bagi tau mereka suruh join kami sekali atau boleh jadi dia orang bangun lambat, oppsss. Kalau dah ramai sangat, what I could say, tak berapa nak enjoy lah sebab space kat air terjun ni limited, so, nak beria-ia macam kami tadi susah jugalah, hahaha. Tapi kami enjoy juga lah duduk bawah air terjun deras tu sambil menjerit-jerit macam orang gila sebab seronok sangat.

Tak jauh dari Air Terjun Sendang Gile ni, ada dua air terjun lain juga  i.e Air Terjun Tiu Kelep dan Air Terjun Batara Lejang. Posisi kedua air terjun ini dikatakan berada di atas air terjun Sendang Gila ke arah hulu.

Next destinasi kami, ke Air terjun Tiu Kelep lah pulak. About half an hour walk from Sendang Gile To Tiu Kelep waterfall. Kami pun berlalu meninggalkan group 20pax and geng TSB. Kali ni, perjalanan lebih terjal compare to Sendang Giler.


Perjalanan kami yang seterusnya

Laluan menuju Tiu Kelep waterfall... masih lagi jalan rata

Turun tangga menuju air sungai

Our first river crossing... jaga-jaga arus agak deras juga

So irresistible

Our next river crossing

Trek thru hutan juga

Air Terjun Tiu Kelep

Air Terjun Tiu Kelep memiliki ketinggian 42 meter dan bertingkat-tingkat Air terjun kat sini cukup deras dan besar dengan kolam besar yang terbentuk di bawahnya. Kolamnya tak begitu dalam, hanya separas pinggang saja. Boleh lah kalau nak berenang tapi awas jangan duduk di bawah air terjun ini. Katanya ada washing machine di situ (bukan washing machine basuh kain tu tapi air yang berputar seakan-akan air dalam washing machine tu). Ada kes pernah ada orang mati kat sini sebab tak berjaya keluar dari dalam pusaran air tu. Uncle cakap kalau let say lah dah termasuk kan, caranya cuma perlu roll body & probably air tu sendiri akan kick out mangsa. So, kalau boleh jauh kan jelah dari duduk kat bawah waterfal tu.

Dalam bahasa sasak yang merupakan bahasa seharian masyarakat Lombok, tiu bererti kolam, sedangkan kelep membawa maksud terbang. Terjemahannya lebih kurang kolam tempat buih-buih air beterbangan. Dan pada masa-masa tertentu, butiran air yang beterbangan itu dikatakan bisa menghadirkan pelangi di hujung air terjun. Mungkin sama kes macam air terjun pelangi.


Subhanallah beautiful Tiu Kelep waterfall

Nampak tak kat belakang... seriously best

Cantik untuk dilihat saja... kami tidak dibenarkan menghampiri bawah air terjun

Air terjun ini juga masih berada dalam kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani dengan sumber airnya yang dikatakan berasal dari Danau Segara Anak di puncak gunung Rinjani.

Sama seperti air terjun sendang gile, ada juga mitos penduduk setempat yang mengatakan boleh awet muda kalau mandi kat air terjun ini. Ohhhhh... patutlah rasa macam lagi muda jer lepas balik dari Lombok, hahaha.


Best sangat rasa tak nak balik jer, hahaha

After spend about an hour at Tiu Kelep waterfall, kami pun bergerak pulang semula. Honestly, kami mula berhenti bersuka ria bila group 20pax mula kacau daun, hahaha. Ingatkan mereka spend lama kat Sendang Gile rupanya tak lama lepas kami bertolak tu, mereka pun mula menyusul. Anyway, kasi chance lah pulak kat group 20 merasai nikmat di Tiu Kelep. Kalau ikutkan nafsu hantu air memang tak nak balik jer rasanya. Tak puas walaupun dah menggigil satu badan. Yang bestnya, terasa badan fresh sangat lepas dah mandi-mandi kat situ. Ada baiknya juga perancangan trip kami ni, a day after a hectic hiking trip, berjimba-jimba di air terjun pulak. Fuhh, memang terasa nikmatnya. 

Anyway, memang enjoy giler mandi kat Tiu Kelep waterfall ni. Sengal-sengal satu badan pun beransur kurang. Trekking balik kali ni kami bersama-sama geng TSB semula. Sebabnya nanti kami akan gerak sama-sama ke Gili. Dan kami follow the same route kami sampai ke sini.


Next aktiviti... slide dalam terowong macam ala-ala kat water therme park tu, air memang sangat deras tapi jangan risau sebab guide kami dah stand-by kat hujung sana nak sambut jejaka 3 org ni... tapi awas kalau terlepas alamat sambung masuk dalam terowong gelap lah... anyway memang best lah... tiba-tiba rasa menyesal plak tak join skali


Tips

Di kawasan objek wisata ini memang tak banyak kemudahan yang disediakan, yang aku perasan cuma ada satu toilet dan tempat salin pakaian serta beberapa pondok tempat berteduh. Visitors disarankan juga bawa makanan sendiri atau beli dulu siap-siap disekitar desa Senaru sebelum masuk sebab takde jualan di lokasi air terjun ya. Kalau dah trekking & main air bagai tak hingat confirm perut akan cepat lapar, so, better standby makanan. Junk food pun ok buat alas perut sebab nanti nak bergerak trekking balik ke Desa Senaru from Tiu Kelep waterfall another 1 hour trekking thru the same route.


To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...