Pages

Showing posts with label Hill. Show all posts
Showing posts with label Hill. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Bukit Berdarah


Anyway,  aku pun tak pasti ke wujud ke tidak bukit ni. Sebenarnya, cerita aku more to apa yang aku nak ceritakan ni. 

Yang paling latest, kematian seorang lagi pendaki akibat tergelincir di Bukit Tabur, Taman Melawati, 14 Januari lalu menarik kembali perhatian ramai termasuk aku kepada bukit tabur, one of my favorite hill hiking.

Bukit Tabur adalah antara tempat mendaki yang aku paling suka dalam kategori ketinggian tahap sederhana. Selain daripada view dia sangat memukau especially when the sunrise, trekking trail dia juga sangat mencabar dan berbatu. Of course, one of the reason yang akan menyebabkan aku seronok sangat mendaki Bukit Tabur adalah kerana view nya yang hanya boleh dinikmati sekiranya di atas puncak sahaja. Precious.

Aku tak ingat dah berapa kali aku naik dah tapi yang confirm aku pernah 3 kali jadi guide untuk member-member ke sini. Haa, guide lah sangatkan tapi kalau sampai tang-tang yang curam tu, kena ada juga member yang tolong, hehehe. Aku cuma jadi guide tunjuk jalan trek & pulang jea. Tapi semua pendakian aku hanya di Tabur west sahaja. Belum pernah lagi ke tabur east & terdetik nak mencuba Tabur Extreme.

Last sekali aku panjat bukit ni, last year on 17th Februari. Membawa member-member Aker, hezrin & Steve & Cikgu Nir yang tak pernah ke sini lagi masa tu lah. Turut serta bersama, Cik Amy & Pn Huzz. And masa tu tak sempat pun nak share gambo-gambo kami pada masa tu. Tapi cabaran aku yang paling getir masa tu adalah membawa si Eein ni. Luckily, ada Steve masa tu yang bolah take care makcik ni bila tiba part-part yang curam tu. Kalau tak, alamat lagi lama lah kami kat atas tu. Bukan lambat sebab kami macam kura-kura tapi sebab nak meyakinkan Cik Eein ni “you can do it”. Tapi, cakap memang senanglah, kalau dah fear level sangat tinggi memang kau buat apa pun tak layan lah. Alhamdulillah, finally berjaya pun kami pujuk & yakinkan dia dengan bersungguh & selamat pun kami turun. And aku masih ingat lagi, itulah sejarah paling lama aku panjat Bukit Tabur. Hahaha... Last word from Hezrin, “cukuplah kali ni jer”. 

Anyway, enjoy the pics taken on Sat, 17th February 2013.


First view Klang gate dam yang korang akan nampak

I really missed hiking Bukit Tabur

The other side... you could see the stunning view of KL city

My ex-Aker Collegue... Steve & Haedzerin

Subhanallah... walaupun masa kami naik ni cuaca agak redup sikit tapi view tetap menawan

Inilah antara daya tarikan ramai hikers ke sini

Gonna miss this awesome view

Anyaway, di sebalik keindahan & keseronokan mendaki Bukit Tabur ini, ia juga tidak sunyi dengan insiden-insiden ngeri sehingga meragut nyawa beberapa orang yang pernah mendakinya.

Awal tahun ini sahaja, dua insiden berlaku di Bukit Tabur. First, on 5th Januari yang melibatkan seorang wanita yang mendaki secara berseorangan di bukit itu. Anggota Bomba dan Penyelamat serta JPA mengambil masa kira-kira 15 jam untuk membawa mangsa turun. Antara operasi menyelamat yang disifatkan paling lama diambil oleh pasukan itu.

Tak sampai 10 hari selepas insiden malang itu, seorang lagi wanita turut terjatuh di bukit yang sama akibat tergelincir. Malangnya, mangsa tidak dapat diselamatkan. Mangsa dikhabarkan jatuh ke dalam gaung setinggi 60 meter. Seramai 55 anggota polis, bomba dan JPAM terlibat dalam operasi menyelamat mangsa yang tidak sedarkan diri ketika ditemui. Operasi yang mengambil masa tiga jam itu terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian. Mangsa yang dibawa ke HKL bagaimanapun meninggal dunia setengah jam kemudian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Begitulah tragisnya insiden di Bukit Tabur, malang tak berbau. Siapa sangka aktiviti sihat boleh bertukar maut sekiranya tersilap langkah.

Berikut beberapa kronologi insiden Bukit Tabur yang dilaporkan media:
  • 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah. 
  • 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter. 
  • 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya 
  • 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa 
  • 17 Disember 2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.
  • 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.
  • 23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.
  • 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.
  • 5 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

Al-Fatihah buat sahabat pendaki Islam.

Tapi jangan lah disebabkan berita diatas jer dah patahkan semangat kita nak mendaki lagi. Bukan satu bukit tu jer boleh panjatkan. Banyak lagi tempat lain yang kita boleh explore. Tapi advisable, kalau nak buat aktiviti lasak tu biarlah berteman & salah sorang tu make sure lah familiar dengan tempat tu. So that, if anything happened, ada juga orang yang boleh diharapkan.

Walaupun aku ni bukan lah pendaki tegar tapi sebab dah banyak pengalaman bawa orang yang first time tu rasanya, boleh lah nak share something. Bagi aku, bukit tabur ni tak berapa sesuai untuk yang first time mendaki. Walaupun view nya sangat cantik, ini juga bukan tempat sebarangan kita boleh bersantai-santai macam naik Bukit Broga yea. So, kalau rasa-rasa teringin nak berjinak-jinak dengan aktivity hiking ni maybe boleh lah cuba naik Bukit Apek, Bukit gasing, Bukit Saga & bukit-bukit yang sewaktu dengan nya dahulu. Nak mention... banyak sangat pulak. Terkini yang aku dengar ada Bukit Dinding... emmhhh, boleh cuba lepas ni. Bagi aku bukit-bukit macam ni lebih santai & tak perlukan kekuatan fizikal nak mendaki tepian yang curam. Mungkin view tak berapa nak lawa tapi yang penting selamat & sihat.


Bila dah sampai sini meaning you are now entering twilight zone... hehehe

View kat sini pun cantik juga

Agak-agaknya bila lah nak sampai ke sini lagi kan

After that insiden, dengar cerita Bukit tabur telah ditutup buat sementara waktu. Dan after this kena dapatkan permit daripada Jabatan Hutan bagi melakukan aktiviti pendakian. Emmhhh...




Thursday, July 4, 2013

Bukit Ayer Hitam Forest Reserve


Bukit Ayer Hitam Forest Reserve
Puchong, Selangor
Sunday, 30 June 2013

GPS Coordinate: 3.024646,101.629822 (Starting Point)


Unplanned trip last week. So, memang tak ramai lah yang dapat join kan. Orang yang sepatutnye beria-ia & ajak pergi, last minute cancel... dah biasa pon... hehehe. Memandangkan aku tak buat apa-apa last sunday, aku rase baik aku teruskan sahaja walaupun hanye berempat. Since, this is my first time, kami telah menggunakan khidmat unofficial guide, Sham, to guide us sebab agenda kami bukan nak panjat semata-mata tapi.... nak menikmati green lagoon yang dikatakan sangat mempesonakan itu.

Maybe kalau nak sampai peak tak perlukan guide kot sebab memang dah ade available route for you to follow. Kalau weekend memang ramai oramg yang datang kat sini... so, tak perlu risau sebab sepanjang perjalanan ke peak, pasti akan terserempak dengan anyone lah. Tapi kalau ingin lebih adventure boleh lah trek up to Green Lagoon tapi trek ni agak tricky sikit, so, if you're first timer, to be safe, better let someone who has been there before to guide you.

If your ask me, trek dia tak susah mana pun... lebih kurang macam trek Bukit Apek thru Awana Cheras. However, still depending on someone's stamina too.

Let the below pics tell everything...


You can park your car around this area
Starting Point... entering the hiking trail

Beginning of the trail

Agak lapang atas ni, so, kalau datang lambat memang panas sikit lah mula-mula tu

Follow this way
Entering the Jungle trail

Well kept forest reserve

The first 1/2 an hour was fairly leisure & OK... but the balance, boleh tahan juga

The fallen trees

Ini bukan halangan... hehehe

His taking energy from the trees... Nature therapy his own way


Inilah puncak nye... I guest, but this is not our target

Macam-macam kulat yang kami jumpa otw to Green Lagoon

Parasite

Ada juga trail yang easy & leisure

Breathtaking view along the trail

Jejarum Jingga

Confusing... both will bring you to the green lagoon but we took the left side but return follow the other way

Trek down to Green Lagoon

Akan jumpa kawasan rata ni dulu, Green pool is on the right side

You will see most of the trees were properly tagged

Cantikkan view kat sini

Sampai-sampai jer pool, keterujaan mengatasi segala-gala nye... hahaha. Yang pasti nak masuk dalam pool yang air color hijau tu, so tempting. Masa kami sampai tu ade one chinese group sedang mandi-manda. So, kami tunggu & lihat dulu. After 15 minutes macam tu, they all started to leave... maybe nak kasi laluan kat kami-kami plak, hehehe. I don't know how to descibe how happy I am at that time. 

 
First spot of pool...the water is so crystal clear

REMINDER!!!
Pool kat sini dilarang keras masuk sebenarnya, aku tahu pun setahun lepas tu. Anyway, kalau nak masuk juga kena tanggung risiko sendiri lah sebab my member ada yang kena tangkap masa masuk sini. So, better not to involve. (updated a year later)


REMINDER!!! Oppss... forgotten No. 1 masa ni

Finally, we're here... the Green Lagoon 

We moved to the other side... sini lagi best cuma tak sejernih yang tadi :-)

Slow shutter caption

Feed them with food & feel the therapy... really cool
Not view from peak but... view at the beginning of the trail

Overall timing, kami megambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke Green Lagoon. Macam biasa lah take photos plus short rest in between. And return was around 1 & ½ hour.

Masa on the way nak balik semula tu, we took a different route. Yang pasti memang agak kepenatan jugalah sebab dah mandi sakan kat green lagoon tadi kan... hahaha. So, part of our energy dah consume for bersuka-suka selama 1 jam di pool tadi. Sampai lupa yang kami perlu trekking untuk kembali ke starting point, tempat kami parking.
Pekena Mee Goreng Mamak dulu before balik... hehehe

Satu pengalaman yang menarik yang aku lalui hari ini. Hiking & Picnic.

Anyway, thanks to all for a wonderful trip today. Nanti kalau ade trip-trip best especially yang melibatkan air, jangan lupakan kami, hehehe.


Friday, December 21, 2012

Day Hike @ Bukit Kutu


Date: 24 Nov 2012 (Saturday) 
Location: Kg. Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor 
Degree of Toughness: Moderate 
Duration: 7 hours (up & down) 
Elevation: 1053M or 3456ft ASL 


History… 

Bukit Kutu is located at Kubu Bharu, in the state of Selangor. At 1053m or 3,456 ft height, it was once a colonial hill station called ‘Treacherous Hill’. Bukit Kutu was used as a British administration station to overlook Kuala Kubu Bahru in the 1900's. It was destroyed during the war after bombed by the Japanese. Today, the only remaining of the bungalows on top of Bukit Kutu were the chimney, fireplace and well. 

At the top of Bukit Kutu, the rock summit nearby offers a full 360-degree of unobstructed view of the surrounding Kuala Kubu Bharu area, and the Straits of Malacca Straits or even Sumatra on a clear day. On a clear day, one can see a nice view of Genting Highland.


Bukit Kutu

On the day of event… 

Actually, this event happened last month tapi disebabkan kesibukan aku nak update blog terpaksa lah aku postpone kan citer Bukit Kutu. Anyway, It was very challenging trip sebab nye before kita orang start hiking… opps, before kita orang sampai pekan KKB lagi hujan dah start mencurah-curah turun… and takde pun tanda2 nak start berhenti. Fuhh, Kalau lah KKB ni dekat dengan Kajang or area2 KL jer memang aku postpone jer trip nie. Buat the next day. End of Story kan. 

Perjalanan dari Petronas Taman Samudera ke Pekan KKB Cuma mengambil masa 1 jam jer. Started at 5.20 a.m from Petronas Samudera thru Ulu Yam. On the way tu, kami singgah solat Suboh di Masjid yang aku tak tahu nama dia. After that, proceed back to pekan KKB. Alhamdulillah, kita orang sampai around 6.45 a.m and hujan sangat lebat time tu. Sebab dah sampai awal kan… guide plak baru call inform dia org still OTW, so, kita orang pun breakfast dulu lah. Pekena Roti canai & The Tarik... sambil2 tu buat2 sesi perkenalan dengan muka2 baru yang baru nak kenal gunung… tapi tak kena time lah pulak kan. Major Bala pun happy sangat sampai citer GGK kat Mount KK 2 years back pun jadi bahan citer dia. Major Bala ni dah di transfer kan ke KL and  his already a year here. Cuma tang nak buat activity for hiking tu saja dia takde member. Nampak nye lepas ni terpaksa lah aku ajak dia skali join aku gi hiking mana-mana. Anyway sir, you're really helpful & still strong... hehehe.

We stayed about 1 hour juga lah sebab nak tunggu hujan berhenti. Tapi, semua... harapan semata-mata... makin lebat adelah. Huish ni kalu sambung tido balik ni memang tak sedar dah ni.

Guide sampai2 jer, kita orang pun terus gerak. Hujan lagi masa ni. Tapi our guide cakap nanti kalu tunggu hujan stop lagi lambat nak naik. OK. 


Summary of our Program that day

0500: Gather at PETRONAS TAMAN SAMUDRA ( http://goo.gl/maps/TtJIw ) 
         (Next to Giant Hypermarket)
0520: Depart to Pekan Kuala Kubu Bahru (KKB) 
0640: Arrive at Pekan KKB 
0700: Breakfast at Pekan KKB 
0800: Drive to Kampung Pertak 
0830: Arrive at Pertak (parking kereta) 
        : safety briefing 
0850: Start trekking to puncak Bukit Kutu (estimated time 4 hrs) 
0200: Arrive at Peak (Rest, Lunch & taking Photos) 
0230: Start trekking downhill 
1730: Arrive at pertak (estimated time 3 hrs) 
End of Program

Items to bring along
1. Water (minimum 2L each)
2. High Energy Food (Chocolate, Energy bar etc.)
3. Breakfast + lunch
4. Good hiking shoes or Rubber shoes for the climb
5. Disposable Raincoat / Poncho
6. Personal First aid Kit (Minyak Angin, Plaster, Panadol etc.)
7. Small bag pack (for climbing)

Optional
• Hiking Stick
• Headlamp / Torchlight (standby takut turun dah gelap kan)
• Knee guard / Ankle guard
• Insect repellent (very useful)
• Camera

Reminder
* Maybe need to cross a river (so, prepare to get wet)
* Please bring change of clothes after trekking 
* Parking space is limited hence car-pooling is advisable

Our Budget
Hiking Permit (per head) = RM10
Guide (for 10 climbers) = RM200
Petrol = shared


Continue Story...

From pekan KKB, we passed thru Kuala Kubu Bharu Dam until we met a signboard showing direction to the right to Kampung Pertak. Take this route, further drive thru Kampung Orang Asli Pertak until you reach a suspension bridge. This marked your ending point. So, just park your cars at the roadside. Since the parking space is limited so, car-pooling is advisable for those come in a big group. And we’re the first to reach there. So, dapat parking dekat sikit lah. Alhamdulillah. 

After a short briefing by our guide, Uteh… we started our journey at 9.00 a.m. And that time still raining. And sangat sejuk…. Wooooo. But, we have no choice other than to proceed. And the rain stopped only 1 hour later. At this time, aku still tak dapat nak keluar kan camera aku sebab hujan still mencurah-curah… so, I missed taking photos at the very beginning trip. A bit frustrated tapi tulah takde orang pon yang berani nak amek risiko sebab hujan masih turun. Sapa suruh memanjat time hujan2 ni kan. 

Crossing the partially collapsed bridge

River crossing … water level quite high at this time

Our next River crossing

Continue walking... passing thru the fallen trees

The bamboo trees... almost everywhere

Again... another crossing

Happy faces

First Checkpoint

Follow the right direction OK

Track still relax & steady


The most obstacles along the way... bamboo trees

Cendawan Selepas Hujan

Halfway Rest.... 1 2 3 Action

Water source @ Bukit Kutu

Arrived CP4... bravo

Be careful with the sharp edge of bamboo trees

Buah apakah ini??

The giant boulders just behind of us... got water source too
The giant boulders useful of providing a shelter during raining


Arrived CP5

Continue thru the slippery & muddy track

Passing thru fallen trees

You need to bend your body to get thru it

The Well... the first thing we saw upon reaching Bukit Kutu's Peak

We reached the peak around 2.30p.m. A bit late from our estimated time. Tapi nak buat macam mana kan banyak sangat stop sebab adik aku Dayah (first timer) critical sangat. Rasa bersalah pulak ajak dia ikut. Tapi dia juga yang beria-ia nak ikut. Last2, terpaksa lah ikut rentak dia. Jalan slow & steady. Sebenarnye, memandang kan keadaan adik aku yang agak serius, asyik cramp jer... aku memang tahu yang kita orang akan sampai lagi lambat tapi sebab aku paksa juga dia jalan so, terpaksalah dia kuat semangat. Tapi another 30min mencanak nak sampai ke peak... Dayah tarik diri sebab tak larat dah. Memandangkan ramai sangat kawan Guide yang ikut, so, Uteh offer nak turun dulu bawa Dayah and the rest proceed naik sampai peak including me. Yang agak aku terkejut tu… dayah boleh turun dalam masa 2 jam saja. Hebat… naik 6 jam. Kena dera dengan guide.


Menjejak Sejarah Bukit Kutu... the Chimney

The Fire Place... one of the remaining from the past colonial

Actually, aku missed one place... part of the bungalow... the stairs etc. Macam mana aku boleh tak perasan... tapi memang aku tak nampak pun. Dah balik baru aku tahu rupa nye banyak route lagi kat atas tu kena lalu kalu nak tengok semua peninggalan Bangalow British ni. Arrgghhhh.... rugi nye. Dah turun tak guna lagi lah nak menyesal kan. The only way, plan another trip.


You must climb this ladder to get to the highest point

Fuhhh.... lega nyer

Awesome... Banjaran Titiwang from Top of Bukit Kutu

 Ni belum top lagi but the view already awesome

Kuala Kubu Dam from Bukit Kutu highest point

We're 1053M or 3456ft ASL

Finally I was here

Use this ladders to reach the highest point

Successfully conquered Bukit Kutu Peak

The hiding Well... the remaining from the past

The descending was really challenging compare to ascending

Anak sungai dah reda sikit compare to this morning

Nampak jer air Sungai memang automatically hilang rasa penat

The water level is ok at this time... boleh lah nak have fun sekejap :-)

We arrived down around 5.30 p.m. But not all of us. Still a few others at the back. So, by the time nak tunggu yang lain sampai... kami yang sampai awal ni pun amek lah peluang Solat dulu and mandi-manda... wajib ni. Fuhh... memang sangat sejuk dan terbaek lah. Rasa tak nak balik pun ade. Hehehe. 

By 6.30 pm.... semua pun dah selamat turun and kami terus proceed to the starting point. At that time, already 7pm. We moved back to pekan KKB and dropped by kat masjid dulu... mandi & solat. After that, having dinner first at Pekan KKB before back to KL.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...