Pages

Showing posts with label Treasure hunt. Show all posts
Showing posts with label Treasure hunt. Show all posts

Sunday, November 16, 2014

Cuti-cuti Treasure Hunt Taman Negara

Mutiara Taman Negara
Friday, 14 Nov 2014


Sepatutnya, hari ni aku return from Taman Negara tapi memandangkan kami sempat buat a few a must do activity in Taman Negara in just half day, so, kesemua kami sepakat nak balik semalam juga memandangkan Fad planned nak masuk keje Ahad & kay pulak plan nak ke UTC sentul katanya. Anyway, both of them plan tak menjadi. Although, it was short trip to taman Negara, anyway, we’re really having fun.

Sebenarnya trip asal kami adalah cuti-cuit treasure hunt with 3D2N package at Mutiara Taman Negara. Somehow, plan bertukar & kami stay only for 1 night, so, package pun jadilah murah sikit. All managed by our organizer.

To be honest, this is my first time to Taman Negara. So, one of the main reason aku nak join treasure hunt ni pun sebab included 3D2N package at Mutiara Taman Negara. Walapun aku bukanlah treasure hunter yang tegar tapi minat nak buat activity yang agak menguji minda ni memang sentiasa ada. Kalau ikutkan dah nak hampir 2 tahun juga aku bersara tapi ajakan teman dengan package percutian yang affordable memang menarik minat aku yang sememangnya suka kan activity nature. Cumanya terpaksalah aku korban 1 day leave demi memburu harta karun, hehehe. Walaupun 3 ahli menarik diri atas sebab-sebab tertentu, perjuangan harus diteruskan walaupun hanya ber-6. Luckily, Cik Amy offer diri nak join one of the groups. So, 2 cars with 3 persons each. Cuma Cikgu Nir & Cikgu Nisa saja yang first timer. Yang lain at least ada pengalaman juga lah walaupun bukan regular.

Butiran Treasure Hunt

Perjalanan: Hotel Istana ke Mutiara Taman Negara
Jarak Perjalanan: 260km
Masa pertandingan: 7 jam (8am – 3pm)
Soalan: 30Q + 4 Treasures

Alhamdulillah, sempat sampai awal 1 jam before ending time. Submit soalan kat Kedai makan Matzenah opposite Masjid Tengku Abdullah. Lunch, solat & lepas tu kami proceed ke Jeti Kuala Tahan. About 60km dari Masjid Tengku Abdullah… lebih kurang 1 jam 30min juga drive… another long journey to Taman Negara.


Kuala Tahan Jetty

Kami naik boat dari sini menuju ke seberang... Mutiara Taman Negara Resort

Mutiara Taman Negara Resort
 
Welcome to Mutiara Taman Negara

Route heading to our room

Bilik sangat luas & selesa

Bathroom also Luas & Selesa... yang tak best nya no bath tub... baru berangan nak rilex sambil merehatkan minda yang dah penat berfikir seharian, hahaha

Clean & spacious

Malamnya. during dinner, tak sangka kami gadis semasa 1 & 2 menang, walaupun berbeza hadiah kemenangan, at least, kami menang juga dibelakang regular hunters 1-4. Total dapat juga RM700. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah... rezeki kami tempat ke-5

Malamnya kami plan nak night walk sendiri tanpa guide sebab manager Mutiara Taman Negara tu cakap kami boleh jalan sendiri. Just follow the right trail. Kami pun mulakan langkah berani kami ber-6 nak masuk hutan. Tapi baru jer sampai pintu masuk nak ke Night walk, ada yang less confident plak. Sudahnya kami decide nak patah balik & cari route yang lain pulak. Starting point yang lain pun tak jumpa juga sudahnya putus asa & kami decide nak balik saja. Mana tahu masa nak balik tu, terserempak plak dengan En Kheirul & geng yang kebetulan nak balik bilik tapi bila dia nampak je kami yang konon-kononya nak g night trekking terus dia pun ajak geng-geng dia skali. Haa, terus lega ada juga orang laki, hehehe. Nampak sangat penakut kan. So, kami pun proceed ke trail yang mula-mula kami tak jadi nak masuk tadi. Rupanya, dalam night trail tu saja ntah brapa group yang kami jumpa tapi semua dengan tour guide lah. Cuma kami yang sendiri-sendiri without guide.

Kami ke bumbu tahan dulu. Kena naik platform yang agak tinggi juga. Tujuanya nak tengok kot-kot adalah haiwan yang boleh nampak dari atas kan. Tapi hampa takde apa pon yang kami nampak. Sudahnya, kami turun & proceed with night walk. Takde apa yang menarik boleh dilihat sepanjang night walk kami sebab takde special guide yang boleh explain apa-apa. So, jalan jelah tanpa hala tuju yang pasti. We ended the tour dekat kelah aquarium.

Masa otw nak balik ke bilik, kami dikejutkan dengan kehadiran tapir dekat dengan café Mutiara. Apa lagi kami pun terus berkejaran ke objek dengan excited nya. First time kan nampak live, confirm lah jakun sekejap. Tapir ni memang besar & jinak. Suara punya lah halus. Petugas mutiara cakap, tapir ni mengigit juga kalau dia lapar, so, kena berhati-hati jugalah.


Tapir yang sangat jinak

Jiran depan bilik aku cakap, tapir ni tidur depan bilik aku malam tu…around 12am. Masa tu, aku & fad pun dah lama berlayar, tak dengar pun ada message masuk mahupun suara lunak tapir. Rugi-rugi, kalau tak confirm aku sambung selphie kat depan bilik pulak, hahaha. 



Sunday, November 4, 2012

KL FFH 2012


Day & Date: Saturday, 3 Nov 2012
Hunt Time: 10 a.m - 4 p.m
Start: Central Market, KL
Finish: Best Western Premier Dua Sentral Hotel (Level 6)
Transport: Public Transport only (LRT, KTM Komuter, Taxi, Bus, Airaisa & yang sewaktu dengan nye)


My Team

Team LOMPAT TIKAM

Our main transportation... LRT Putra


Photo Hunt

Answers can be found in & outside CM. 10Qs with 9Q food related & 1Q General.

Photo Hunt Inside Central Market

Food Challenges
  • 9 Check Points Food Challenges
  • All team members need to present at the check point before the team is allowed to do the task
  • Only one member is needed to perform the task
  • Task is given at first come first serve basis
  • Team member has to make sure that passport is stamped before leaving the check point

CP01: Restoran Annexe (Nasi Kandar Sdn Bhd)
Lokasi: Central Market

The first Check Point kita orang kena pergi. Task nye kena makan 3 keping Roti Canai yang dah sejuk dengan Teh Tarik satu gelas. Aku memang sangat suka roti canai tapi yang panasss punye, ok. Mengah juga lah nak habis kan, kalau panas maybe boleh speed up. Apa pun aku berjaya lakukan nye dalam keterpaksaan... hehehe.


Semua tengah kusyuk menikmati kesedapan Roti canai sejuk


Aksi menelan 3 Roti Canai & secawan Teh Tarik

CP07: Restoran Nasi Campur Norizan
Lokasi: Kampung Baru


This is supposed to be CP07 tapi kata penganjur tak perlu ikut turutan so, kita orang plan ke Kampung Baru dulu. Task nye kena makan Nasi campur lah. Menunye Ikan Goreng, Ulam Raja Sambal Belacan & yang paling best Jering. Tahniah Farah, berjaya habiskan walaupun sambal belacan tak cukup kata nye. Her first time too... makan Jering... sedap kan.


Restoran Nasi Campur Norizan


Cabaran @ Nasi Campur Norizan


CP04: R.A. Nasi Lemak
Lokasi: Kampung Baru

Our next location after Nasi Campur Norizan. Task kat sini kena makan... 2 portion of nasi lemak, 2 boiled eggs & 1 glass of Teh "O". This challenge was taken by Nadiah. Terpaksa lah tunggu agak lama juga sebab makcik ni tak makan pedas kata nye... sapa suruh offer diri kan... hehehe. Congrats Nadiah berjaya habis kan juga... jangan serik yea.

Task @ Nasi Lemak R.A

Aksi makan Nasi Lemak di R.A Nasi Lemak

CP03: Wahab's Restaurant
Lokasi: Taman Melati Utama


Kita orang amek LRT to Wangsa Maju & then amek Taxi to Wahab's Restaurant. Task kat sini kena makan Mee Rebus & Cendol. I suppose to take this challenge tapi memandangkan Haedzrin tak makan lagi dari pagi tadi so aku kesian kat dia, so, dia lah makan. Terkilan juga lah sebab aku nak makan cendol tu. Anyway, kagum sangat sebab dia makan memang sangat laju & berjaya kalah kan budak lelaki kat depan dia tu... hehehe.

CP03... Wahab's Restaurant

Aksi-aksi peserta... Cabaran makan Mee Rebus & minum Cendol

Cendol yang sungguh menggiurkan...


CP08: Steamboat
Lokasi: Taman Melati Utama 


From Wahab's Restaurant, kita orang amek taxi to Taman Melati Utama. Task at steamboat ni kena makan 4 cucuk steamboat. Boleh pilih ikut pilihan hati. This challenge also by Haedzrin. Hebaq perut makcik ni. Baru lepas makan cendol & mee rebus.

Tengah promote Steamboat kat belakang tu Kak ;-)

Makan Steamboat ditepi MRR2

CP02: Satay Haji Samuri
Lokasi: Taman Melati Utama 


Our next destination after steamboat. Walking distance only from steam boat. Dah nama pun Sate Kajang Haji Samuri, confirm lah task dia pun kena makan Satay. Task nye… makan 10 cucuk satay ayam. 


Kusyuk menikmati satay Haji Samuri



CP05: Kedai Makan Upin & Ipin 
Lokasi: Taman Melati Utama
Lokasi berdekatan juga dengan previous task. Kali ni aku pulak yang makan. Task nye kena makan Nasi Ayam & segelas air oren. Memang tak dinafikan nasi ayam dia memang sedap. Dan aku pun memang enjoy lah makan. Kebetulan pun memang lunch time aku ni. Tapi entah mana silap nye, lepas kluor jer dari kedai ni, perut aku tiba2 dah tak sedap plak. Perkara yang aku memang jangkakan… terkeluar juga akhirnye.

Makan Nasi Ayam @ Restoran Upin & Ipin

Peristiwa di depan restoran Upin & Ipin tak berakhir di situ saja. Babak seterus nye berlarutan masa aku kat dalam LRT Taman Melati.

Our next destination was Bangsar.


CP06: Fierce Curry House
Lokasi: Jalan Kemuja, Bangsar Utama 

Turun jer dari LRT Bangsar, kita orang tak jalan kaki pun, terus amek taxi sebab dah penat sangat & nak cepat. So, kita orang siap amek taxi yang sama untuk ke last Check Point. Task kat sini kena makan Nasi Daun Pisang & Cik Haedzrin yang makan. Pun Berjaya habiskan dengan pantas nye. 

Nasi Daun Pisang... Haedzrin cakap "sumpah aku takkan makan lagi"


CP06: Hotel Best Western Premier Dua Sentral Hotel 
Lokasi: Bangsar
Our last Check Point. Task nye sangat mudah, Cuma kena makan rojak buah yang pedas. Pelik juga apsal time makan yang pedas2 jer… orang nye mesti, Nadiah. Kesian sebab Food Hunt terpaksa yea. Tapi aku memang tak kisah pun kalu aku yang makan… hehehe. 


Menahan pedas yea Cik Nadiah...

Last Task... Makan Rojak Buah yang pedas

Treasure Challenges

T01: 

To get KLFFH 2012 coupon from 3 Nov 2012 NST


T02: 

Take team Photo (min 3 members) inside a moving train

Treasure Challenge... Photo inside a moving train

T03: 
Take team Photo (min 3 members) inside Taman Melati LRT Station. 
One of the signage must be clearly seen in the photo.

Treasure Challenge 03... Photo inside Taman Melati LRT station with signage board

We ended up the race at the 25th position. Seriously kecewa tapi memang dah boleh agak dah tak menang. So, dah tahu tak menang kami pun stay juga lah kan mana lah tau kot2 lucky mana2 lucky draw. Tapi Lompat ikam team dah balik dulu sebab tahu yang dia orang memang takkan pernah lucky. Aku stay juga lah sebab menumpang kasih Keter Huz.


The Air Batu Campur & Lompat Tikam team

The Infinity Pool @ Hotel Best Western

KL view from Level 6

Ruang Santai di Level 6 Best Western Duo Central

The Lucky winners... congratulations

I think this will be my last time joining this kind of hunting. Maybe, if I'm thinking of joining it next year, then I've to consider Man to be part of my team. And he must be strong enough to"swallowing" instead of "eating"... like what the winners did. Heheheh... Ade brani.


Tak menang Food Hunt tapi menang lucky draw ni pun jadi lah



Sunday, October 28, 2012

KL-Putrajaya Tourism Foto Race


 
Penganjur : Pej. Kem. Pelancongan WPKL/ Putrajaya 
Tarikh : 20.10.2012 
Masa : 8.00am - 3.00pm 
Lokasi : KL - Putrajaya 
MULA/TAMAT : MATiC Jalan Ampang 
Yuran Penyertaan : RM100.00/ pasukan (reduce to RM40/team on the day of event – balance RM60 return in McD Voucher) 
Pasukan : Satu pasuan terdiri daripada 4 orang peserta 
Kenderaan : Kereta 
Lokasi Cabaran Foto : 11 lokasi ( Kuala Lumpur dan Putrajaya) 
Duit Foto printing: provided with RM 25 cash (Normal-4R, Best Photo-6R)


Last week on 20th October, for the first time, aku joined KL Foto Race. This event was organized by WPKL/Putrajaya tourism. Aku tak sure lah kalu ade event seumpama ini sebelum ni. Konsep lebih kurang sama macam treasure hunt but this time you need to solve the clue based on the photo given, find the right place and ambik gambar seperti yang diarahkan. Nasib baik organizer tak suruh buat aksi yang pelik-pelik… hehehe. 

Cabaran-cabaran Foto Race…


Cabaran Foto 1 

The history of the building goes back to 1888. Towards the end of the 1970s the Malaysian Heritage Society decided to preserve the building under its heritage programme and through an allocation of RM9 million by the federal government. 

Ambil Foto 2 ahli pasukan anda besama-sama 2 orang pelancong asing dengan berlatarbelakangkan PINTU UTAMA bangunan di bawah. “I AM FOR YOU” dan itu adalah gaya yang anda perlu tunjukkan dalan foto. 

Cabaran Foto 1... Central Market

Tak sangka lagu feveret aku ade juga dalam cabaran Foto ni… hehehe. Playback kat you tube balik lah nak tahu macam mana nak buat “I AM FOR YOU” .


Cabaran Foto 2

Keratan Foto (design tiang kat masjid Mizan) adalah klu untuk anda. Ambil foto 3 ahli pasukan anda berlatar belakangkan bangunan di bawah. Pastikan juga keseluruhan papan tanda bangunan tersebut kelihatan dengan jelas.


Cabaran Foto 2... Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Nasib baik pernah amek gambo masjid ni... boleh juga lah recall design dia.


Cabaran Foto 3

Juga dikenali sebagai “Chee Cheong Kai” oleh warga tempatan...

Ambil foto 3 ahli pasukan anda berlatar belakangkan ”The Green Dragon” & dengan gaya cara kita menyambut tetamu.

 
Cabaran Foto 3... The Green Dragon @ Petaling Street


Gambar dah betul tapi cara menyambut tetamu failed pulak... tangan salah.


Cabaran Foto 4 

Foto tetingkap (yang terdapat di bangunan KTMB) adalah klu untuk anda. Ambil foto 3 ahli pasukan anda berlatar belakangkan bangunan di bawah. Pastikan sekurang-kurang nye dua kubah bangunan tersebut kelihatan dengan jelas. 


Cabaran Foto 4... Bangunan KTM Berhad

Memang takde idea lansung dah kat mana tempat ni sebab search2 takde yang matching. Nasib baik lah kita orang terlajak otw nak gi Dataran Merdeka. Dah terlajak kena lah masuk bulatan nak patah balik... kebetulan lalu depan Bangunan KTM Berhad. Finally, itulah tetingkap yang di cari.

Kat sini lah yang paling mencabar nak amek gambo sebab kena cross jalan nak kasi nampak dua kubah bangunan KTM Bhd tu. Ke group aku je yang poyo... emmhhh.


Cabaran Foto 5

No. 2 in 2004, No. 3 in 2008 & No. 4 in 2010 

Ambil Foto 2 ahli pasukan anda besama-sama 2 orang pengunjung lain dengan berlatarbelakangkan bangunan dari klu yang diberikan.

Cabaran Foto 5... Tower 1

Finally, baru aku tahu rupanye ketinggian Tower 1 & Tower 2 menara berkembar petronas tak sama rupa nye. Good to know.


Cabaran Foto 6


Ambil foto 3 ahli pasukan anda di GERBANG UTAMA bangunan di atas. Keseluruhan Struktur GERBANG UTAMA tersebut mesti kelihatan dalam foto anda dengan jelas.

Cabaran Foto 6... Astaka Morocco

Dah lama plan nak pergi dengan gojes tapi tak pergi-pergi pon, nasib baik lah ade soklan suruh pergi sini... finally sampai juga yea. Nasib baik dah tahu juga Astaka Morocco ni kat Taman Botani. Lepas ni memang aku plan nak pergi lagi kat sini amek gambo puas-puas.


Cabaran Foto 7 

Seni binanye menggunakan batu merah & marmar. Mempunyai 3 kubah & 2 menara yang mengadap ke arah timur… 

Ambil foto 3 ahli pasukan anda berlatar belakangkan bangunan ini Pastikan ketiga-tiga kubah & kedua-dua menara jelas kelihatan di dalam foto yang anda ambil nanti.

Cabaran Foto 7... Masjid Jamek KL

Thanks to akak muka ketat yang tolong amek gambo ni... hehehe. Serius ketat muka dia... macam kena paksa je. 

Cabaran Foto 8

Ambil foto 3 ahli pasukan anda berlatar belakangkan keseluruhan struktur jambatan di bawah.

Cabaran Foto 8... taken from Pusat Maritim Putrajaya

Nasib baik pernah wat Night Photoshoot kat sini... so, memang ingat sangat lah.


Cabaran Foto 9

Lokasi Cabaran Foto 9 boleh dikenalpasti dengan menghuraikan klu dari ketiga-tiga gambar diberikan (Batu bata-brick; Padang-Field).

Ambil foto 3 ahli pasukan anda berlatar belakangkan beberapa ekor “gajah“ & burung-burung “merak“ yang boleh dijumpai di lokasi tersebut.

Cabaran Foto 9... Ini lah yang di cari

Congrats Kay berjaya crack the clue. To Gojes, sila lebih peka selepas ini yea... hari2 tawaf kat sini pun tak ingat yea.

Cabaran Foto 10

Culture. Adventure. Nature

Merupakam Tagline untuk lokasi yang perlu anda cari. . Ambil Foto 2 ahli pasukan anda besama-sama 2 orang pelancong asing dengan berlatarbelakangkan  STRUKTUR BINAAN UTAMA di lokasi tersebut.

Cabaran Foto 10... Menara KL

Cabaran foto ke-10 ni yang paling awal kita orang buat sebab the nearest from starting point. Luckily the mat saleh couple are so sporting.

Cabaran Foto 11

Ambil foto 3 ahli pasukan anda pada kedudukan dimana-mana kedua-dua struktur di bawah (Clock Tower & Bendera M'sia) kelihatan dengan sepenuhnya dalan foto tersebut. Pastikan juga keenam-enam kaki anda itu berada di udara.


Cabaran ni yang aku paling suka & nanti-nantikan. Yeah.

Kita orang le tour di KL dulu and then proceed to Putrajaya. We managed to complete task at putrajaya less than an hour & return to KL before 2 pm thru Max Highway. We ended the race about 1 hour before the ending time complete with the printed photos. Alhamdulillah. 


The result...

We did not win any best photos… maybe b’cos we’re thinking more on how to end the race faster rather than thinking of shooting the right angle. Yelah Kalau lambat disqualified but you still entitled to win the best photos. So, memikirkan nak menang best photos agak tipis so kita orang decided nak kejar masa. Anyway, aku submit juga lah 7 photos for the “Best Photo”… walaupun aku tahu takde lah best mana pun photo aku. Tp memikirkan mana lah tahu kan kot2 tersangkut… tuah manusia kan sapa yang tahu. Kalau sangkut satu pun dapat RM200… fuhh. Tapi ternyata… tak menang pon. 

Alhamdulillah, we got the 6th place. Walaupun our target is top 3. Kalau ikut timing memang patut dapat 3rd place b’cos according to COC, our mistake is only we did not do the proper way of welcoming people. Salah aku juga sebab bulat2 percaya kat gambo yang ade kat google image. Memang takde rezeki kot… aku pun takde experience sambut tetamu. Sorry to GGK member kerana aku telah meranapkan impian korang nk menang. 

Insyallah, kalu ade rezeki lagi kita join next time & make sure we will win. 

Next Photo Hunt... Selangor Eco Photo Hunt on Dec.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...