Pages

Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

My Umrah Journey Part 16: The journey ends

Jeddah - KLIA  
Sun & Mon, 19 & 20 Jan 2014


Perjalanan dari Hotel kami di Kota Makkah menuju Masjid Terapung mengambil masa sekitar 2 jam lebih juga nak sampai. Luckily, kami sudah menunailkan Solat Asar. Sewaktu kami sampai di Masjid Terapung Jeddah, baru sahaja masuk waktu Isya’. Kalau ikut itinerary memang kami akan berhenti solat di sini pun bagi menuanaikan solat Jamak & Qasar before sampai di Airport Jeddah. Masjid ni takdelah segah masjidil haram tetapi amat unik sebab terletak di atas air. Kami berhenti hampir satu jam di sini sebelum bertolak ke destinasi utama kami, Airport Jeddah. 

Masjid Terapung ini takdelah exactly terapung tapi kerana lokasinya yang berada di pinggir pantai menyebabkan masjid ini kelihatan seperti terapung di atas permukaan air laut, sehingga menjadi objek yang menarik untuk disinggahi. Masjid Terapung ini terletak diatas laut merah. Tapi air laut takdelah semerah namanya. Di beri nama laut merah kerana terdapat berbagai version cerita di masa lampaunya.


Masjid Terapung

Kami hanya sampai di airport Jeddah setengah jam kemudian. Airport ni takdelah besar sangat & aku rasa macam banyak sangat kekurangan. Berbanggalah dengan airport kita yang jauh lebih canggih & selesa, hehehe. Kami dikehendaki berkumpul di satu tempat bagi memudahkan proses yang seterusnya. Kebetulan masa kami sampai tu, jemaah dari Andalusia sudah berada di situ, jemaah yang sama sewaktu dari first day kami ke Tanah Suci. Masa tu jugalah aku baru jumpa balik kawan aku, Junaidah. Hairan juga, kenapa sepanjang kami berada di Makkah lansung tak terjumpa. Setelah itu, kami diberi makanan oleh staff yang bertugas... still malaysian food. Memandangkan aku tak berapa nak sihat time tu, makan ala kadar jelah.

Urusan bag kargo kami diuruskan semuanya oleh pihak agent. Kelebihan juga rasanya sebab agent lain semua kena bawa bag kargo masing-masing. Kiranya kena check-in bag sendirilah. Tapi kami still kena menunggu sehinggalah urusan bag kargo kami selesai di check-in barulah kami boleh masuk ke dalam. Lama jugalah berdiri, walaupun kami sebenarnya takde function di situ sebab semua diuruskan oleh agent kami. Maybe, sebab takut ada problem masa check-in bag that’s why kami kena tunggu juga walaupun hanya untuk tengok agent kami & staff Saudi Airline menguruskan luggage para jemaah.


Keadaan agak terkawal di Airport Jeddah

Jemaah sedang duduk menunggu arahan selanjutnya daripada agent yang bertugas

Our dinner provided by our Agent

Kami hanya selesai urusan Imigression ketika hampir pukul 11. Masa tu lama lagi nak tunggu pukul 3.05, so, kami manfaatkan masa yang ada untuk tido sebab memang dah waktu tido time ni. So, agak bersepah-sepahlah kat balai berlepas Jeddah tu dengan jemaah yang tidur. Actually, ni dah kira normal view kat airport Jeddah ni. 

Kami sepatutnya berlepas pada 3.05pagi waktu di Jeddah tapi pukul 2.30pg pun masih tidak ada apa-apa annoucement, so, memang dah boleh agak flight delay lagi. Tapi, kali ni aku tak tahu lah pukul brape, ada juga terdengar jemaah yg mengatakan kami akan tidur di hotel sebab flight cuma ada esok pagi sahaja ke kuala lumpur. Huish.

Untuk sedapkan hati aku pun bukalah saudi airlines website to check on the flight status. Memang delay tapi pukul 7.30pg. So, rasanya tak benarlah apa yang diperkatakan sesetengah jemaah tadi. Masa pukul 3pagi dah ada kekecohan juga antara saudi airlines staff dengan agent andalusia, yang aku pasti mereka cuba dapatkan status flight terkini tapi pihak saudi airlines yang masih tak dapat memberi kata putus. At least, buatlah annoucement flight delay ke apa. Yang kesiannya kamilah yang sampai 2 kali bertukar tempat nak duduk. Aku sampai 3 kali lah bertukar tempat semata-mata nak dapat cari tempat tido yang selesa. Last-last, aku balik semula ke tempat yang aku mula-mula tido tadi. Siap inform kat ustaz yang aku nak tidok kat balai berlepas yang mula-mula tadi. Penting kasi tau nanti tercari-cari pulak. Adalah dalam satu jam aku tido, ayah kejutkan bangun suruh makan. Errkkk, pukul 4 pagi tu, ada makan juga ke??? Bukan tadi kita dah dinner ke masa sampai sini. Ayah cakap ni dapat makanan sebab flight delay. Aku takdelah lapar sangat, tapi sebab dah terkejut tu & memikirkan tadi pun aku tak makan sangat, so, makan jugalah, rezeki jangan ditolak. Lagipun nak kena makan ubat ni. Makanan dia memang mcm baru keluar dari oven kot, panas lagi. Ayah sangat selera makan, siap habiskan mak punya lagi. Aku makan ayam nugget tu jer. 


Flight delay, makanan pun dapat... tapi tak pasti dinner ke supper ni

Orang tido disorong makanan... macam nilah rupanya, macam dalam mimpi pun ada
 
Selesai makan, aku sambung tido balik sehinggalah laungan azan suboh dalam pukul 5.45pg buat aku terjaga semula. Bangun lah solat dulu kat area departure hall tu. Habis jer solat, kami dapat annoucement flight dah ada. Alhamdulillah, pukul 6.15 kami terus bergerak je departure hall sebelah untuk beratur menaiki bas ke aircraft SV2052.

Dah dapat masuk flight, alhamdulillah tapi masalah besar sekarang, seat no. semua bersepah. Mak aku duduk dapat seat kat emergency door, ayah kat tengah2 & aku tercampak paling hujung sekali. Walaupun, satu agent umrah & saling kenal skalipun tapi susah kot kalau ko kena duduk dengan bukan yang famili ko selama 8jam 30min. Masa tu aku cuma risau mak aku jelah, hari tu first day flight ke madinah je dah muntah-muntah & sakit kepala, takutnya, lagi tak selesa duduk dengan orang lain. Dan aku fikir, kalau boleh tak nak menyusahkan orang lain if anything happened to mak aku.

Aku perasaan keadaan dah agak huru-hara sebab semua pun macam nak duduk dengan mahram masing-masing & sedaya upaya cuba pujuk orang tertentu. Kebetulan sebelah aku tu geng lelaki yang duduk, so, dia org mcm tak kisah sangat katanya, asalkan sampai. So, bila dengar yea citer pasal mak aku terus dia & geng tolong carikan seat so that kami dapat duduk skali. Baik sungguh dia orang ni tapi rupanya ayah dah arrange seat dengan ustaz kami, so, that kami dapat seat belakang sikit dari emergency exit. Emergency exit ni normally dia takkan kasi perempuan duduk sebab kalau anything happened, manalah tahukan, jenguh nak buka pintu nanti... hehehe.

Punyalah banyak masa sebelum flight delay tadi takde pulak nak buat arrangement siap-siap. Aku tak nak salahkan sesiapa dalam hal ni, sebab saudi airline pun salah sebab kasi seat suka-suka hati and pihak yang in-charge patutnya dah tahu hal ni memang akan berlaku, should do something. Takdelah buang masa & urusan pun akan lebih lancar. Itulah kelemaham pengurusan airline disini. Daripada check in baggage sampailah masuk dalam kapal pun, banyak masalah. Dugaan betul. 


Perjalanan meninggalkan airport Jeddah

Masa ni baru pukul 8 pagi di Jeddah

After this, I'm gonna miss this spectacular view


Flight take-off from Jeddah airport around 7.30am. Alhamdulillah, finally berlepas pun kami pulang ke Tanah air tercinta, Malaysia, selepas macam-macam dugaan yang datang menimpa. Ya Allah, hebat sungguh ujianMu. 

Banyak betul kenangan manis, suka-duka, dugaan yang mendatang sepanjang aku berada di Tanah Suci. Pengalaman berada hampir dua minggu di Tanah Suci betul-betul mendidik hati ini untuk lebih memahami setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dugaan yang datang betul-betul menguji aku untuk jadi lebih tabah walaupun hati ini tak setabah mana.

Kepulanganku ke tanahair penuh dengan rasa kesyukuran & keinsafan walaupun berbagai-bagai cara aku diuji oleh yang Maha Esa. Tak sangka, dikala hati ini tak bersedia, aku dijemput untuk menjadi tetamuNya. Walaupun diri ini masih tak sempurna & serba kekurangan, aku terpilih antara hambaMu. Itulah hikmah nya, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Sebelum pulang ke Malaysia, ayah ada kasi tahu nak buat Haji tahun depan kalau dapat quota. And ayah siap ajak aku pergi sekali. Masa tu dah terbayang macam-macam dah dalam fikiran ini. InsyaAllah ayah, memang nak sangat kalau ada rezeki. Mungkinkah, ada panggilan dari Ilahi bagi menunaikan Rukun Islam yang ke-5 itu. Ya Allah, sesungguhnya aku sangat menantikan saat itu. Biarlah di usia muda & aku masih bernafas lagi.

Ya Allah, kau bukakan lah pintu rezeki kami untuk kembali ke sini lagi & jangan jadikan ini yang terakhir. Ameen.

Alhamdulillah, kami tiba di Malaysia pukul 8.52pm (3.50pm waktu Jeddah). Dan dengan ini, berakhirlah kembara hati di Tanah Suci. Harapan aku hanya satu  pada saat itu, semoga Allah terima Ibadat Umrah kami semua.

Rasa sedih pulak nak mengakhiri my umrah journey sebab masih belum puas rasanya. Seakan terlalu banyak lagi yang ingin diluahkan & dikongsikan.

Semoga apa yang saya cuba sampaikan & kongsikan ini dapat menjadi panduan kepada sahabat semua. Maafkan lah kalau ada kekurangan & kelemahan. Sesungguhnya setiap yang baik itu datang dari Allah swt & yang tak sempurna itu dari saya.


The End...



Monday, February 3, 2014

My Umrah Journey Part 15: Tawaf Wada'

Makkah Al-Mukarramah 
Sunday, 19 Jan 2014


Hari ni genaplah 8 hari kami di Makkah. Dan hari ni juga merupakan hari terakhir kami di tanah suci Makkah. Sedih, tatkala menunaikan Solat Suboh yang terakhir di Masjdil Haram pagi ni. Terasa suasana perpisahan yang amat sangat. Rasa sedih pulak nak berpisah dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kenapa sekejap sangat pertemuan ini sehingga begitu cepat sekali perpisahan. Rasanya masih belum puas lagi aku beribadat di sini & masih banyak lagi yang aku inginkan daripadaMu. Walau apa sekalipun, itulah hakikat yang terpaksa aku terima, pertemuan & perpisahan sudah tertulis. Ya Allah, semoga kau terimalah Ibadatku & ampunkanlah dosa-dosaku.

Selesai urusan di masjid, aku perlu pulang kerana kami perlu mematuhi waktu yang telah diarahkan kami untuk menguruskan bag. Selepas selesai urusan di Hotel, final packing, kami pulang semula ke Masjdil Haram  bagi menunggu Solat Zuhor. Lepas Solat Zohor, balik Hotel lunch dulu and then, balik semula ke Masjdil Haram bagi menunaikan Tawaf wada'. Actually, kami telah diberi pilihan samada untuk melakukan tawaf wada' sejurus selepas solat Zohor ataupun selepas lunch. Tapi aku memilih untuk balik ke hotel selepas solat zohor & lunch dulu. At least, aku boleh clearkan apa yang patut dulu di bilik hotel, so that, after tawaf wada' kami hanya perlu mengambil hand carry luggage kami sahaja di bilik hotel dan terus turun menunggu di lobby. Sebab after tawaf wada', kami tidak boleh lagi stay di bilik hotel unless ada sebab-sebab tertentu yang dibenarkan.

Untuk lebih detail bolehlah refer sini.


Tawaf wada' adalah wajib. Berdosa & wajib bayar dam sekiranya meninggalkannya dengan sengaja tanpa uzur syar'ie

Wada atau wida membawa maksud perpisahan. Tawaf Wada’ ialah tawaf selamat tinggal kerana memuliakan & menghormati Baitullahil Haram di Makkah bagi mereka yang hendak meninggalakan Makkah dalam 2 Marhallah (lebih kurang 56 batu atau 91 kilometer) atau lebih, walaupun buat sementara waktu. Hukum mengerjakan tawaf wada’ adalah wajib kerana sesiapa juga yang hendak meninggalkan Makkah & bermusaffir didalam jarak yang jauh yang diharuskan Solat Qasar i.e. 2 marahalah atau lebih atau pulang ke tempat kediamannya atau ke suatu tempat yang ia akan bermukim padanya. 

Sekiranya berlaku keuzuran yang dibenarkan, maka, dikecualikan dari tawaf wada'. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai tawaf wada', Perkara yang boleh dilakukan selepas Tawaf Wada, Perkara yang tidak boleh dilakukan selepas Tawaf Wada & golongan yang dikecualikan daripada tawaf wada', boleh lah refer sini.

Selesai tawaf wada', buatlah perkara-perkara sunat selepasnya seperti selepas tawaf sunat. Dan berdoalah selepas solat sunat tawaf wada'.

Doa terakhir tawaf yang perlu dibaca, mengandungi tiga perkara iaitu:
  1. Mohon Allah SWT menerima ibadah umrah yang telah dilakukan, 
  2. Mohon Allah SWT tidak jadikan umrah ini sebagai yang terakhir, 
  3. Mohon Allah SWT sejahterakan segala urusan selepas ini.

Untuk huraian doa selepas solat sunat tawaf wada' bolehlah refer kepada buku panduan umrah & ziarah.

Alhamdulillah, selesai berdoa, kami segera bergerak pulang ke Hotel Tharwat Ajyad. Ambil our hand carry luggage and turun semula ke lobby hotel menunggu bas datang. Lama jugalah kami menunggu, sudahnya sampai masuk waktu Asar. Aku sampai tertido kepenatan lah menunggu. Makcik-makcik dalam group aku siap boleh pergi beli barang-barang kat kedai berhampiran lagi masa tu. Aku pun tak pasti samada boleh buat begitu lagi ke tidak sebab sepatutnya tak boleh dah. Tapi, barangkali ustaz benarkan memandangkan kami masih menunggu bas. Emmhh... memandangkan kami tak tahu bila agaknya bas akan sampai & perjalanan nak sampai ke masjid terapung mungkin memakan masa yang lama, so, kami minta kebenaran ustaz nak tunaikan solat Asar dulu. Sudahnya, masuk bilik hotel balik & solat Asar.

Bas kami hanya sampai sekitar hampir pukul 5 petang. Memang sangat lewat dari yang dijangkakan tapi memang dapat dijangkakan pun... hehehe. Bas hanya bertolak setengah jam kemudian setelah selesai urusan memasukkan luggage para jemaah mengikut no. bus yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah, seriously sedih pulak sewaktu melangkah naik bas. Ya Allah berilah aku kekuatan.


To be continued...


Saturday, February 1, 2014

My Umrah Journey Part 14: Free & Easy Day

Makkah Al-Mukarramah 
Saturday, 18 Jan 2014


Hari ini aktiviti kami adalah free & easy. Sedih hati ini tatkala memikirkan hari ini merupakan 2nd last day kami di Makkah. Kalau ikutkan, boleh jer nak buat Umrah tambahan lagi tapi mak & ayah nampak macam dah kepenatan kalau nak ajak lagi. Walaupun tiada dalam itinerary untuk buat umrah sunat pada hari ini, kami boleh request kepada staff yang bertugas jika perlukan transport untuk ke Miqat yang berhampiran bagi berniat Umrah. So, aku decide harini ini selepas saja breakfast aku nak ke Masjidil Haram semula nak menunaikan tawaf sunat. Ayah pun menyatakan keinginan yang sama memandangkan kami tidak ada apa-apa aktiviti pada pagi ini. Tapi, mak agak kurang sihat pada waktu itu dan bercadang untuk berehat sahaja di Hotel.


Menuju Masjidil Haram

Awal pagi kelihatan agak lengang sedikit

The other side of Masjidil Haram

Kami bertolak menuju Masjidil Haram pada pukul 9.00 pagi. Dan aku memilih untuk tawaf ditempat biasa, dibahagian bawah. Alhamdulillah, tatkala kami melangkah menuju Kaabah, jemaah agak kurang ramai, mungkin masih awal pagi. Tapi aku sangat suka sebab lagi relax, tenang & tak perlu berasak-asak sekiranya ramai. Aku lebih suka bertawaf jauh sikit dari Kaabah bagi mengelakkan kesesakan orang berkumpul di sudut Hajarul Aswad. Jangan terkejut pulak, tengah-tengah tawaf ada makhluk Allah yang offer nak cium Hajarul Aswad. Tapi tak semudah itu dia akan kasi pertolongan sebab confirm dia minta something, so, baik bertanya dulu samada ada Halal atau tidak. Kalau ya Halal, ok lah tapi normally dia akan minta sampai ratus-ratus riyal juga. Ini adalah berdasarkan pengalaman yea. Kalau ikutkan hati memang nak sangat-sangat sebab dah tahu kelebihanya tapi kalau dah kena berbayar tu macam lain lah pulak maksudnya kan. So, baik lupakan saja. Nak buat ibadat ni kena ikhlas. Cubalah cari masa yang terbaik & buat solat sunat dahulu untuk dapat peluang cium Hajarul Aswad walaupun hakikatnya tiada masa yang terbaik sebab sentiasa penuh dengan manusia yang berebut-rebut.


Dihadapan Masjdil Haram

Makan Nabi Ibrahim a.s.

Mencari peluang mencium Hajarul Aswad

I captured this at 10a.m from al-mataf

Ayahanda in front of Kaabah

Inside Masjdil Haram

Inside women prayer's area level 2

Kami selesai tawaf sunat kurang daripada satu jam, Alhamdulillah. Memandangkan orang masih tak ramai dapatlah kami mencari tempat solat yang agak selesa dibelakang Makan Nabi Ibrahim. Selain Solat sunat tawaf, manfaatkan lah untuk melakukan solat sunat yang lain & berbanyakkan lah berdoa. Bukan senang nak dapat peluang yang Allah kasi ni. InsyaAllah, ada keberkatan di setiap ibadat yang kita lakukan. Sesungguhnya, Allah maha mendengar.


Ya Allah syukur kerana terima aku menjadi TetamuMU

Selesai urusan kami, sempat jugalah aku & ayah pusing-pusing di area Masjidil Haram. Tak puas rasanya melihat keagungan Islam itu disini tapi itulah kami hanya diberi peluang seminggu sahaja disini. 


Pemandangan setiap kali selepas Solat fardhu

This is what happened everytime kami balik dari Masjid...murah-murah.

Malam ni kami sudah siap berkemas-kemas memandangkan beg kami perlu diletakkan dihadapan pintu bilik bagi memudahkan staff bertugas menguruskan kepulangan kami yang dijangkakan sebelum waktu Asar. Dan itupun bergantung kepada kecepatan bas kami sampai.


To be continued...
 


Friday, January 31, 2014

My Umrah Journey Part 13: Solat Jumaat di Masjidil Haram

Makkah Al-Mukarramah
Friday, 17 Jan 2014


Tatkala aku menaip entry untuk part 13, my Umrah journey ni, teringat peristiwa yang berlaku pada 2 minggu sebelumnya. Ya, Solat Jumaat di Masjdidil Haram & untuk pertama kalinya dalam kamus hidupku aku menunaikan Solat Jumaat & paling barakahnya ditanah Haram Makkah & di dalam Masjidil Haram, yang betul-betul hampir dengan Kaabah.

Seawal pagi, aku telah meminta Ayah menghubungi ustaz Masykur bertanyakan, bolehkah kami yang perempuan ni sama-sama Solat Jumaat. Memanglah kalau diikutkan perempuan ni tidak wajib Solat Jumaat tapi takkan lah kami nak duduk solat Zuhur di Hotel sahaja, walhal Masjidil Haram cuma 200m sahaja jaraknya dari Hotel kami. Dan aku sangat-sangat nak merasa solat Jumaat di Masjdil Haram Makkah walaupun aku sedar kehadiran kami (jemaah wanita) hanya akan menyusahkan jemaah lelaki mencari tempat nak solat kerana terpaksa berebut-rebut dengan jemaah wanita. Aku cuma risau sekiranya kami-kami wanita ini sama-sama memenuhi perkarangan masjid takut nanti tiada saf pulak untuk jemaah lelaki yang sememangnya wajib ke atas mereka. Penerangan daripada Ustaz yang membenarkan  kami (perempuan) solat Jumaat bersama-sama, betul-betul membuat hati ini sangat senang & bersyukur. Itulah kehebatan Solat Jumaat di Masjidil Haram yang membuatkannya seolah-olah menjadi kemestian kepada semua jemaah di tanah suci termasuk jemaah perempuan juga. Tapi kami diingatkan ustaz supaya keluar seawal mungkin kerana 10.30pg sudah dikira lewat kerana tempat solat bagi wanita pada ketika ini dihadkan untuk memberi ruang kepada Jemaah lelaki.


Laluan ke Masjidil Haram dari arah Hotel kami pasti akan menyaksikan ratusan merpati yang hinggap di sini

Aku, Mak & Ayah telah keluar seawal pagi. Pukul 9.00pg kami sudak bergerak dari Hotel menuju Masjidil Haram. Memandangkan masa masih awal lagi, kami telah mengambil kesempatan untuk melakukan tawaf sunat di al-Mataf, tempat tawaf bertingkat yang dikhususkan untuk golongan OKU i.e. jemaah yang berkerusi roda tapi dibenarkan juga untuk golongan yang lain. Ada dua cara untuk masuk ke Al-Mataf ni samada mengikut laluan dalam masjid ditingkat atas ataupun diluar masjid i.e. laluan untuk jemaah berkerusi roda.Tapi kami memilih laluan jemaah berkerusi roda memandangkan dari Hotel kami akan berjumpa laluan ini terlebih dahulu. Dan pada waktu jemaah masih tidak ramai lagi. Tawaf di Al-Mataf ni agak relax sikit sebab tidak seramai jemaah yang ber tawaf dibahagian bawah & laluan bun agak mudah, tidak perlu berasak-asak. Cuma, pusingan tawafnya agak besar & Kaabah pun tidak kelihatan sangat (lebih-lebih lagi mereka yang tak berapa nak tinggi). Tapi tak perlu risau sebab ada lampu hijau bagi menandakan sudut Hajarul Aswad, tempat permulaan tawaf. Honestly, aku lagi suka tawaf dibahagiah bawah tak kiralah ramainya umat Islam sekalipun sebab aku rasa lagi dekat dengan Kaabah.


Laluan ke Al-Mataf tingkat atas (pic credit to Rayhar)
 
Laluan ke Al-Mataf tingkat atas (pic credit to Rayhar)

Mataf di tingkat satu masih under construction, so, hanya tingkat 2 sahaja dibenarkan (pic credit to Rayhar)

Ribuan manusia membanjiri Masjidil Haram setiap hari & waktu

Construction yang masih rancak berjalan

Kami memulakan tawaf pada pukul 9.30am dan berakhir sekitar 10.15am. Selepas itu, kami menunaikan Solat Sunat tawaf & berdoa di kawasan al-mataf juga. Selesai sahaja urusan kami, terus bergerak keluar menuju tempat solat & kami keluar melalui laluan dalam masjid. Masyallah, masa kami keluar, ramai sudah orang kat dalam Masjid. Dan waktu tu, baru pukul 10.30pagi. Emmhhh... benarlah apa yang dipesan ustaz Masykur pagi tadi. Aku & mak terus berpisah dengan ayahanda bagi mencari saf masing-masing. Puas jugalah aku berpusing sudahnya aku sambung saf di tepi laluan orang masuk ke dalam masjid tingkat atas. Selepas tu, ramai jer follow sebab memang itulah yang akan berlaku setiap kali solat kalau dah takde tempat sangat. Alhamdulillah, dapat juga tempat & kami pun mulalah buat apa yang patut sementara menunggu Khutbah & solat Jumaat. Ya Allah, masa tu kelihatan, jemaah lelaki mahupun wanita berpusu-pusu masuk mencari tempat solat. Keadaan hanya beransur redha sebelum khutbah Jumaat bermula.

Kalau sebelum ni aku berpeluang melihat khutbah Jumaat dari Masjidil Haram di Astro Oasis sahaja. Syukur Alhamdulillah, kali ni aku berada di dalam Masjidil Haram bersama umat Islam yang lain sama-sama mendengar. Tapi itulah dengar sajalah, fahamnya tidak. Terbit rasa kejahilan tidak memahami Bahasa Arab sepenuhnya pada ketika itu. Dulu masa belajar kat UIA, memang ada belajar tapi basic sahajalah sebab untuk jurusan kejuruteraan kami diwajibkan sampai basic Arabic Language walaupun ketika itu ada keinginan nak sampai advance level. InsyaAllah, aku berharap suatu hari nanti aku dapat menguasai bahasa Al-Quran ini.

Selesai solat Jumaat, Alhamdulillah, tapi pengalaman nak keluar masjid memang betul-betul menguji kesabaran lah. Kalau ikutkan hati nak jer stay dulu dah lama sikit baru keluar tapi memandangkan kami ni duduk dilaluan tepi orang keluar masjid terpaksa jugalah keluar bersama-sama masa tu. Maybe, kalau aku sahaja bolehlah nak cepat berjalan tapi sebab dah bersama mak ni kenalah banyak bersabar & kami terpaksa berpimpin tangan sentiasa dan bergerak perlahan sikit. Keluar jer pintu masjid, MasyaAllah, ramainya orang.


MasyaAllah... Lautan manusia membanjiri Masjdil Haram selepas Solat Jumaat

Ribuan umat Islam selepas Solat Jumaat

Makcik Arab ni steady jer junjung air zam-zam dari Masjidil Haram ke rumahnya barangkali
 
Pengalaman solat Jumaat di Masjidil Haram adalah antara pengalaman paling bermakna aku di Kota suci Makkah. First time in my life and it happened in Masjidil Haram & closest to Kaabah Mu.


To be continued...


My Umrah Journey Part 12: Umrah Hudaibiyah & Ziarah Ladang Unta

Masjid Hudaibiah & Ladang Unta Hudaibiah,
Makkah Al-Mukarramah 
Thurs, 16 Jan 2014


Insyallah, hari ini kami akan ke Masjid Hudaibiyah & ziarah Ladang Unta yang juga terletak di daerah Hudaibiyah. Seperti hari yang sebelumnya, kami sudah siap-siap berpakaian Ihram memandangkan kami akan sempurnakan Ibadah Umrah sejurus sampai di Masjidil Haram nanti. Perjalanan mengambil sekitar setengah jam dari Kota Makkah menuju Masjid Hudaibiyah. Kami bertolak seawall 7.30 pagi & perjalanan kami hari ini dibimbing oleh Ustaz yang sama seperti semalam. Ustaz kami ni pun Indonesian juga, cuma bezanya dengan uztaz Masykur, telo indon nya agak pekat sedikit… nasib baiklah aku ni dah selalu bercuti di Indonesia & masih ada sahabat disana yang selalu bertanyakan khabar, so, agak faham jugalah jalan penceritaanya. Sampai siaplah boleh translate for my mom… hehehe.

Hudaibiyah yang terletak di Syumaisi, adalah satu lagi tempat miqat umrah, terletak kira-kira 24 km dari Masjidil Haram, adalah lebih jauh dari Tanaim dan Jiranah. Di sinilah, terdapat Masjid Hudaibiyah atau Masjid Bai’ah ar-Ridhwan Hudaibiyah. Kawasan ini merupakan tempat di mana Rasulallah SAW bersama 1400 para sahabat telah tertahan daripada melakukan umrah pada tahun 6 H. 


Masjid Hudaibiah

Perjanjian Hudaibiyah 

Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah.

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah". (Source)

Peristiwa ini ada disebut dalam surah al-Fath, ayat ke 10 dan ayat 18


Ada tempat tinggalan sejarah barangkali di belakang masjid ini

Di Masjid Hudaibiah ini pun rancak dengan urusan jual beli

Ada pelbagai jenis kekacang dijual disini

Insyallah, bakal menunaikan Umrah yang ke-4

Seperti biasa sesampainya kami di Masjid Hudaibiyah, kami terus menunaikan solat Tahiyyatul Masjid & Solat sunat Ihram. Selepas itu, berniat Ihram Umrah. Selesai sahaja urusan kami di Masjid, kami kembali semula ke Bas & bertolak menuju ke Ladang Unta. Tak jauh pun dari Masjid, adalah lebih kurang 5 minit sahaja... dah sampai. Dan Ladang ini betul-betul terletak di tepi jalan raya. Pada waktu kami sampai, hanyalah Jemaah dari Rayhar sahaja yang kelihatan. Barangkali, Jemaah agent lain pergi ke ladang unta lain yang terletak berhampiran juga kerana tidak mahu tertumpu pada suatu tempat sahaja. 


Tempat berteduh pengembala Unta



Inilah ladang unta yang kami singgah

Happy Mak dapat bergambar dengan Unta Padang Pasir

Jemaah pun mulalah memenuhi tempat susu unta dijual. And mostly, Jemaah lelaki lah. Ayah pun tidak ketinggalan juga membeli sebotol. Aku tak membeli pun tapi aku merasa jugalah susu yang dibeli ayah, separuh jugalah aku minum. Rasa dia maybe tak selemak susu lembu tapi boleh tahan juga lah rasanya. Maybe sebab fresh dari ladang & masih belum sempat dipasteurkan… hehehe. 

Kalau nak tahu, susu unta ni banyak sungguh khasiatnya. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu unta untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema (bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C. Macam-macam ustaz cerita pasal khasiat susu unta & part yang paling tak boleh blah pun ada juga tu. Rasanya part tu tak perlulah aku cerita kat sini. Tapi itulah hakikatnya & diakui sendiri oleh orang Arab yang meminumnya. Bukan sahaja susu, kencing unta juga ada dijual. Menurut ustaz, hanya untuk tujuan perubatan & merawat penyakit kanser. Insyallah, kalau niat kita betul untuk berubat, barangkali boleh menjadi ubat paling mujarab. Entahlah tapi itulah kehebatan yang ada pada setiap yang ada di unta yang Allah SWT jadikan.


Terbaik dari ladang... susu unta Hudaibiyah

Kami mengabdikan kenangan di Ladang Unta Hudaibiah

Unta merupakan haiwan masyarakat Arab yang paling utama. Ia merupakan alat kenderaan dan pengangkutan mereka khususnya yang tinggal di gurun &padang pasir. Susu dan dagingnya menjadi makanan dan minuman mereka. Bulu dan kulitnya juga turut menjadi pakaian dan khemah mereka. Pendek kata, unta ni dikira sumber utama kehidupan jugalah bagi penduduk disini.

Di samping itu, unta mempunyai sifat-sifat yang tidak ada pada haiwan-haiwan yang lain. Walaupun bentuk tubuh badannya kuat, besar dan gagah namun ia mudah dituntun. Ia akan mengikut dan patuh walaupun dituntun oleh kanak-kanak yang kecil. Walaupun kegunaan dan perkhidmatannya begitu besar, namun perbelanjaan memeliharanya kecil. Makanannya, senang dan belanjanya murah. Menurut Ustaz, unta adalah binatang yang paling sabar di dunia dan tahan lasak. Ia tahan lapar, dahaga, penat dan gigih menghadapi keadaan-keadaan yang macam mana sekalipun lah.


Nampak belakang Unta jelah... Unta-unta ni segan barangkali bergambar

Mama di padang Pasir Hudaibiah

Para Jemaah lelaki sedang membeli susu Unta setelah mendengar khasiatnya yang sangat hebat dari Ustaz... hehehe

Di kiri kanan ladang pasir di Hudaibiah pasti akan kelihatan Unta-unta

Perjalanan balik kami melalui padang pasir yang terbentang luas

Subhanallah... Penempatan Manusia di Padang Pasir

Selesai ziarah kami di Ladang unta Hudaibiyah, kami pun meneruskan perjalanan kami pulang semula ke Kota Makkah. Misi untuk menunaikan umrah kami yang ke-4 harus diteruskan hari ini juga & sejurus kami sampai di Hotel nanti. Kami sampai di hadapan Hotel Al-Massa sekitar pukul 10pagi. Dan selepas itu kami terus bertolak ke Masjdil Haram bagi menyempurnakan Ibadah Tawaf & Saie. Alhamdulillah, kami berjaya sempurnakan umrah kami yang ke-4 sebelum waktu Zohor. Tapi memandangkan, sewaktu kami habis saja terus berkumandang azan Zohor, maka, aku & mak bercadang nak solat ditempat kami Saie sahaja. Sebabnya, kalau sekarang lah baru nak bergerak ke tempat solat memang tak pastilah ada tempat lagi ke tidak. To be safe, solat jer lah dimana kita berada ketika itu, yang pasti, masih dalam masjidil haram, di tanah haram & masih mendapat keberkatan ganjaran 100 000 pahala yang Allah SWT janjikan... InsyaAllah.

Let say, semasa kita sedang tawaf or saie dan pada masa tu juga azan berkumandang, kita masih boleh teruskan tawaf & saie. Tapi bila dah mula Iqamah, Jemaah hendaklah berhenti dimana kita berhenti & terus mengadap kiblat bagi menunaikan solat fardu terlebih dahulu. Selesai solat fardu, Jemaah hendaklah sambung semula ibadah tawaf & saie dari mana tempat dia berhenti tadi. Untuk pengetahuan lebih lanjut, bolehlah refer kepada mereka yang lebih arif.

Alhamdulillah, sempurna sudah umrah kami yang ke-4.


To be continued… 
 

Thursday, January 30, 2014

My Umrah Journey Part 11: Umrah Taneem


Masjid Taneem, Makkah Al-Mukarramah 
Wed, 15 Jan 2014


Kalau ikut itinerary hari ini, kami akan ke Masjid Taneem, miqat for Umrah. Perjalanan dari Hotel ke Masjid Taneem dibimbing oleh Ustaz (lupa nama Ustaz ni). Seawal pukul 7.30pagi, kami sudah bertolak dari Hotel untuk ke sini & mengambil masa sekitar setengah jam jugalah bergantung kepada traffic. Seperti biasa, sampai sahaja di Masjid kami terus menunaikan Solat Tahiyatul Masjid & Solat Sunat Ihram dan seterusnya berniat Ihram Umrah. Selepas berniat, kenalah patuhi larangan Ihram yang telah diwajibkan ke atas jemaah.

Masjid Taneem juga dikenali sebagai Masjid Aisyah. Masjid Taneem merupakan tempat dimana Aisyah memulakan umrah atas perintah Rasulullah SAW. Masjid ini diriwatkan sebagai tempat dimana Aisyah berhenti & berehat sehingga suci daripada Haid. Dan dari masjid ini dia ke Kaabah bagi menyempurnakan Umrah beliau bersama Nabi Muhammed (SAW).


Masjid Taneem juga dikenali sebagai Masjid Aishah

Mak setelah selesai menunaikan Solat

Masjid Taneem adalah miqat untuk Umrah yang paling hampir dengan Masjidil Haram, lebih kurang 10km jaraknya. Kalau nak pergi bolehlah sewa kereta, van ataupun bus (kalau ramai) sahaja dari Hotel. Tapi memandangkan, it was part of our itinerary for today, so, group kami telah disediakan Bus untuk ke sana. Actually tak semua jemaah pun yang join. So, sapa-sapa yang rasa nak buat Umrah tambahan & nak dapat pahala lebih bermiqat dari tempat lain pulak, bolehlah join. Tiada paksaan, lagipun Umrah wajib cuma hari pertama kami dari Madinah ke Kota Makkah i.e. di Masjid Bir Ali (Zulhulaifah). Selepasnya, dikira Umrah Sunat. Tapi bagi aku yang muda ni, adalah satu kerugian sekiranya peluang yang kita ada disia-siakan begitu sahaja. Bukannya selalu ke sini, so, manfaatkan lah peluang yang Allah berikan sebaik mungkin. Alhamdulillah, mak & Ayah pun tak keberatan bersama-sama nak melakukan Umrah kami yang ketiga.


Masjid Taneem merupakan Miqat Umrah yang paling hampir dengan Masjidil Haram

Setelah selesai urusan kami di Masjid Taneem, kami kembali semula ke Masjidil Haram & terus melakukan Umrah kami. Sewaktu di dalam Bas, sekali lagi, Ustaz akan remind kami untuk berniat Ihram Umrah & selepas itu mulakanlah bertalbiahlah sepanjang jalan menuju Masjdil Haram. Masa kami sampai tu, masih awal lagi sekitar pukul 9.30 pagi & Alhamdulillah, kami dapat sempurnakan Umrah kami sebelum pukul 12tgh hari.

Pada pendapat aku, adalah baiknya terus melakukan Umrah apabila sudah berniat & sejurus sampai di Hotel. Jangan lengah-lengahkan. Tak perlulah tunggu sampai petang atau malam, baru nak buat. Kerana setelah berniat, kita terikat dengan larangan Ihram & bagi aku, inilah part yang paling mencabar & susah nak jaga sebabnya kalau kita lupa & terlajak melakukannya, Umrah kita masih sah tapi kena bayar dam (denda) lah jawabnya. Kalau boleh elakkan tapi memang dugaan betul kalau berada lama dalam Ihram ni sebab ada saja benda yang kita akan terlepas pandang & terlupa. Aku terpaksa mengingatkan ayah aku sentiasa sebab semalam sahaja ayah dah melanggar salah satu larangan Ihram, nasib baiklah Ustaz cakap tak perlu bayar dam sebab tak sengaja & sejurus teringat terus kembali pada situasi Ihram. Dan sebab nak elakkan perkara ini terjadilah, kalau boleh sejurus kami sampai Hotel sahaja selepas pulang daripada berniat Ihram di Miqat, kami nak terus buat Umrah.

Nota Penting: 
Meninggalkan larangan dalam masa Ihram adalah perkara wajib Umrah. Sebaik sahaja jemaah Haji atau Umrah berniat Ihram, maka, wajiblah ia menjaga segala pantang larang ihram & perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Larangan ihram ada 13 perkara & dibahagikan kepada 5 bahagian. (Source: Panduan Umrah Rayhar)

Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah baca buku panduan Umrah. 


Bagi yang telah berada di Makkah. Miqat Umrah adalah di Tan’iem, Ji’ranah ataupun Hudaibiyyah. Cerita Hudaibiyyah, Insyallah, kita sambung on the next entry. 

To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...