Pages

Showing posts with label Personel. Show all posts
Showing posts with label Personel. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Buka mimpi ngeri lagi


Hari ni datang keje macam suram jer... bukan sebab jerebu masih bermaharajalela tapi bila datang kali ni, 2 meja sebelah kanan dah kosong.

Finally, perkara yang paling sukar buat staff in my company buat masa sekarang ni sudah pun terjadi. Bukan mimpi ngeri lagi dah tapi realiti pahit yang terpaksa nak kena hadapi.

Sekarang bukan yang dah kena retrench je nak kena fikir masa depan tapi yang masih stay and belum tahu lagi nasib pun nak kena fikir juga future. Adoi dalam kegawatan ekonomi sekarang ni, mana saja company yang nak hiring.

Semalam saja, 3 persons from my project team officially retrenced. Previous week, 2 orang. So, total 5 instrument people from my current project team. Project still on going and for some package still in bidding stage, tapi nak buat macam mana, percaturan sudah dibuat.

Sakitnya tuh disini bila tengok member kiri kanan packing barang. Mata still mengadap PC sebab banyak benda nak issue tapi hati & perasaan ni, hanya Allah yang tahu, berdebar. Nasib baiklah aku masih mampu nak menahan air mata ini. Kesian... sedih... marah... tak puas hati... redha... macam-macam perasaan hadir tapi apa saja yang mampu aku buat untuk member yang dah kena.


Kenangan with my Instrument project team sewaktu jamuan raya project lepas, sekarang dah minus 4

And persoalannya bila akan berakhir pun... belum tentu. Next week, ada lagi yang akan dapat surat cinta and next batch, katanya, December pulak.

Maybe akan keep continue this practice until next year if no more upcoming big project. 

Sekarang hanya berdoa sajalah supaya rezeki kami masih panjang lagi di sini. Dan masih ada sinar untuk mereka yang kena retrench masuk balik. Hope so.

KF, Hanif, Faizal & Nurul... be strong OK.

Friday, May 1, 2015

Selamat Hari Buruh


Selamat hari buruh :-)

Actually, aku nak mengimbau kenangan pahit & manis semasa mula-mula aku kerja OnG. Dulu lepas grad tak pernah terfikir pun nak masuk industri minyak & gas ni. Sapa sangka kan, aku mampu bertahan sehinggak kini. Aku tolak tawaran jadi lecturer kat UIA, tawaran keje gomen & tawaran kerja kat Celcom juga. Semua offer datang lepas aku dah mula kerja di first company. First time start keje lepas dah 2 minggu menganggur, hahaha.

Kenapa aku tolak tawaran tu semua... emmhhh biarlah menjadi rahsia.


My first job... bukan lah keje kat platform cuma bila ada design modification saja baru kena pergi  :-)

Kenangan yang aku paling tak dapat lupakan sepanjang kerja kat OnG ni, first time kena pergi offshore. First site visit... memang seriously aku rasa tercabar disebabkan aku seorang perempuan. Kami diberi tugasan 1 minggu untuk completekan checklist yang kami prepare. Masa tu aku ingat lagi, aku sajalah perempuan dikalangan 5 jejaka. Kami amik flight firefly direct dari Subang to Kerteh. Kalau ikut perancangan, the same day juga kami akan amik chopper ke Guntong platform, tapi disebabkan ada emergency (apa ntah... nak kena kasi priority kat medic person dulu), salah sorang dari kami tak boleh naik skali sebab chopper dah penuh. Bukan naik the next flight tau tapi kena naik the next day punya flight. And dalam ramai-ramai kami tu, client lelaki yang hampeh tu suruh aku tinggal and naik chopper the next day. Masa dia kasi tahu kat aku tu member aku semua dah gerak masuk ke balai berlepas. Aku tak cakap apa-apa lah masa tu sebab dia client kan, sapa lah aku ni nak bantah. Tapi yang aku jadi hairan takde sorang pun dalam group aku yang willing nak stay juga & pergi the next day. Semua berlepas dulu. Bagi aku, kita work as a group patutnya sorang tak pergi semua pun takkan pergi. Ok, aku mengalah masa tu sebab aku tak nak tunjuk aku lemah.

Di tempat yang agak asing bagi aku masa tu, sedih & geram bercampur. Terfikir juga macam nak terus jer balik KL sebab takde geng nak pergi skali esok. Aku pun pandai-pandailah call HR & PE masa tu minta book kan bilik kat mana-mana. Aku buat janji dengan driver taxi kat kerteh tu soh pickup aku awal esok sebab misi ke Guntong harus diteruskan. Itu pun berani juga tu soh pickup pukul 5 pagi. Masa tu tak terfikir pun driver taxi tu akan buat jahat ke apa kan. Yang pasti 2 hari dengan aku jer dia dah boleh dapat RM100. Hebat kan driver taxi kat kerteh ni, kayo.

Esoknya memang aku pandai-pandai sendiri lah. Tak kelihatan perempuan pun masa tu. So, terpaksalah tebal kan muka ni tanya tu & tanya ni, al-maklum tak nak kena tinggal lagi kan. Luckily, aku kenal dengan 2 orang operation yang kebetulan nak ke platform yang sama masa tu. So, aku just follow dia orang ni. Tak pasal-pasal kenal dengan orang yang takde kena mengena dengan aku kan. Dia yang ajar aku apa nak kena buat masa nak kat atas chopper tu nanti. Nasiblah ada mereka-mereka ni & dia pun rasa aku tak patut ditinggalkan macam tu saja. Dia pun cakap kalau first time patutnya kena ada orang yang dah pernah pergi bawakan. Sepanjang naik chopper tu, memang aku berjaga sepanjang 1 jam tu. Semua orang dalam tu tido except aku & pilot lah, of cos. Chopper ni akan landing kat a few platform, so, kena ingatlah platform mana nak kena turun nanti. Nasib baiklah ada 2 orang brother ni kalau tak memang kelam kabut jugalah aku masa tu.

Masa dah sampai tu aku terus masuk control room nak report. Kebetulan member-member aku yang tak boleh diharapkan semalam pun ada. Dorang tak mula pun keje lagi sebab permit to work tak approve lagi. Emmhhh, ada hikmahnya juga aku tak pergi semalam. Dan sebab aku shot one day, terpaksalah aku & designer aku ditemani client yang hampeh tu, buat keje sampai malam. Scope kami banyak compare to structural & piping, so, memang terpaksa pulun lebih sikit. Dan hanya kami bertiga saja yang buat keje malam tu. Hampir 3 jam juga lah sebab aku nak kena cross 2 bridge nak ke platform yang paling hujung. Ketaq kaki kakak ni tapi aku gagahi juga, hahaha. Giler ah... first time gi offshore dah wat OT.

Issue aku kena tinggal dengan chopper tu seakan menjadi hot topic masa aku dah masuk ofis. Sampai masuk dalam meeting dengan client. Of cos lah bukan aku yang mengamuk tapi lead engineer aku lah. And yang pasti dia memang backup aku kaw-kaw lah masa tu. Cuma yang aku agak tak terkilan kenapa bukan lelaki yang dia suruh tinggal & kenapa geng-geng aku tergamak abaikan aku sorang-sorang. Aku tak mengaharapkan belas kasihan pun masa tu cuma I really hope teamwork form my team. Tapi nak buat macam mana kan benda dah jadi pun... dan biarlah ia menjadi kenangan manis sepanjang berkerja dalam OnG ni. 

My first time offshore was really a horrible experience.


First time gi Offshore dah kena keje sampai malam ;-)

Agaknya kalau tak buat keje malam maybe tak dapat aku capture view yang cantik ni

Tapi after my first experience, aku rasa macam best juga. At least, ko akan nampak actual situation apa yang ko design. Next site visit, aku lebih ke arah sabah & sarawak offshore dan yang part paling mencabar sebab naik boat dengan laut yang bergelora & kena swing dari boat nak ke platform landing. Adoih, scary juga but I love challenge myself in everthing seems to be hard.


I miss my old job ;-)

Antara pengalaman keje in OnG yang tak mungkin dilupakan

Waiting for boat to pick up

Rindunya nak mabuk laut lagi

Apapun itu hanyalah cerita dulu-dulu, sekarang aku dah bertukar company dan maybe tak merasa dah nak ke offshore lagi. Sekarang keje pun banyak dihabiskan dihadapan PC & masuk meeting.

Entahlah keje aku sekarang ni takde lah best sangat pun. Ada suatu ketika tu, kalau dah rasa stress sangat rasa nak bawa jer diri ni mengembara, mencari kerjaya baru. Aku sendiri pun tak pasti tapi yang pasti something that makes me happy and can make everyone around me happy too. Tapi yang pasti bukan lah jadi ratu lawak ya sebab aku ni belum ada bakat lagi nak buat orang ketawa. Hahaha. Apa-apa pun I'm happy with what I'm doing now. Belum terfikir lagi nak terjun ke industri lain. Rasanya sekarang nak kumpul jer experince banyak-banyak lepas tu jadi otai. Berangan jer lebih kan. Tapi berangan tu kan gratis.


To all workers all over the world... Happy Labor Day. Jangan stress stress tau ;-)


Thursday, September 4, 2014

Hak Cipta Terpelihara


As salam...

2 days ago, aku dapat tahu from one of my GGK member pasal gambo hak milik aku dah digunakan oleh sebuah traval agent pantai timur untuk buat promosi.

What a small world kan?


Circled in red color... Gamba kami yang dah kena cilok dengan hnh Tour for promotion

Aku agak terkilan bukan sebab gambo aku takde dalam pic tu tapi sebab kau guna gamba aku untuk promosi kat public kot. Dan yang paling tak best tu sebab gamba geng gunung ada kat dalam pic tu. Clean & Clear tau... kalau tak, takkan lah orang boleh perasan kat cek mek molek dalam gambo tu. Mereka pun ada hak juga nak tentukan gambo mereka patut ke tak digunakan untuk tujuan promosi.

Mungkin kalo ko curi gambar view or Air terjun Jelawang maybe susah sikit lah nak trace tapi ni ko letak gamba kami pulak tu. Obviously without our permission. Apakah?

Salah aku maybe sebab tak letak watermark tapi aku rasa itu tak menjadi issue kat sini sebab kalau nak curi gambo orang tu macam-macam cara dah boleh buat nak buat watermark tu hilang al maklum dengan kecanggihan teknologi sekarang. Even aku pon boleh buat. Hendah seribu daya...

Sebelum ni ada juga travel agent yg pernah minta guna pic aku untuk travel blog dia org tapi until now aku masih tak approve lagi. Actually, aku tak kisah kalo nak guna untuk travel blog agent mana-mana as long as acknowlegde lah orang yang punye gambo tu kan. Penat tau akak ni travel jauh-jauh, masa, tenaga & wang semua tu... kena amek kira. At least, appreciate someone's hardwork.

Macam lah kalau aku tulis kat sini agent tu nak baca kan.

Gambo yang dicuri dalam entry blog... Jelawang Part 3 - Baha's Camp




Jangan ingat blog aku ni tak sepopular Hanis Zalika mahupun Fatin Liyana & yang sewaktu dengan nya... sapa-sapa boleh suka-suka hati take advantage. Please respect each others properties & privacy. Minta izin kalau nak.

Orang-orang yang ada dalam pic tu dah bising-bising minta pampasan sebab gamba dia org dah tersiar tanpa pengetahuan...hahaha. Kalau dari segi undang-undang, memang salah sebab takde black & white. Tahu buat bisnes ke tak? Jangan nak untung je tahu tapi benda lain anggap remeh.

Hari ni dah masuk hari ketiga tapi aku masih tak tahu nak buat apa... nak biarkan saja kah? walaupun dalam Akta Hak Cipta 1987 aku boleh dakwa dia. Kalau orang kat dalam gambar tu artis dah confirm kena saman ni. Emmhhh

Maybe, aku nak contact that person dulu... suruh dia bayar pampasan pun ok juga, kann.
 

Sunday, September 22, 2013

Hari SATU Technip


One Technip Day, 
September 19, 2013

Rajin betul company baru aku ni organize macam-macam event, terkini launching of OneTechnip Day.... hahaha dah macam One Malaysia dah. Kalau abang jib dapat tahu ni confirm dia suka lah. Ntah2 siap nak buat short visit to this france company. 


Tengah sibuk2 pon sempat juga menjengah ke photo booth untuk beramal

Sekian...

Friday, September 6, 2013

Sekadar luahan


It's been a long time... aku tak update citer yang menarik. Banyk jer citer menarik tapi kemalasan & kesibukan kerja lately, membatasi segalanye.

Apa yang menarik, aku dah dapat confirmation after 6 months berkhidmat. Confirmation meaning adelah increament skit. Alhamdulillah, tak banyak pun tapi at least dapat menampung skit Ron95 aku every month yg baru jer naik 20 sen/Liter tu and extra benda2 lain kan. Oppss... tapi macam tak berbaloi plak sebab extra money for something I shouldn't pay extra. Memanglah gaji naik tapi tax pon seiring kenaikan nye... bertambah lagi lah pengaliran duit ke gomen. Tak cukup ke 7% tax yg aku bayar every month tu... huh. Kadang-kadang every month bila dapat je payslip rasa macam geram jer tengok tang tax yang kena deduct tu. Imagine kalau gaji lagi besar lagi banyak lah tax yang kena tolak. Kerja company minyak pun... no exception OK.


My petrol usage per week ... 2.5L difference equivalent almost to RM5.30

Nak suruh aku berkerja keras??

Meaning nk kena cari extra income, so, macam aku yg keje company private sector ni confirm lah kena buat OT kalo nak buat extra. Tapi OT pun bukan dapat bersih pun, again deduct sebab dia akan total up with salary... masuk mana lagi?? 

Payment System sebeginilah kadang-kadang membuatkan aku malas nak buat OT.  Kenapa aku keje lebih masa??... Aku kena lupakan keseronokan balik awal, rehat-rehat hujung minggu & mengadap document & drawing yg perlu mengejar dateline... tapi at the end... usaha aku still nak kena tolak tax juga. Sebenar nye berkerja keras bukan untuk diri sendiri, family tapi untuk menambah pendapatan negara juga. Ingat tu.


My expression at this time 
(nak expressi guna muka sendiri buruk benar plak)

Sekarang ni memang dah malas nak buat OT, kalo boleh 4.45pm tu memang confirm dah balik. Aku rasa sekarang aku nak lebih kualiti masa untuk beriadah & bersama famili. Cukuplah hampir 10 jam sehari 5days/week aku kat ofis. And kualiti masa kat ofis akan aku cuba buat sehabis baik so that tak perlu OT.


Monday, July 15, 2013

Alhamdulillah... aku masih bernafas lagi


Alhamdulillah, di bulan yang penuh barakah ini, sekali lagi aku diberi peluang untuk terus menjalankan kewajipan sebagai khalifah mu dimuka bumi ini. Terus menjalani hidub sebagai seorang insan yang cukup bertuah, cukup segala sifat untuk terus menikmati rezeki mu di bumi ini. Masih bernafas untuk terus hidup. Kalau ikut kiraan, aku memang dilahirkan masa bulan Ramadhan. Sekali lagi aku dapat merasa nikmat menyambut kelahiran di bulan yang mulia ini. Thanks to my Mom yang terpaksa ganti puasa sebulan semata-mata nak melahirkan puteri mu yang comel ini... hehehe. Jasa mak memang tak terbalas.

Aku masih aku, mybe "age is just a number" but to me it means a lot, I must do something. Not to hide the truth but to face the reality that "age is NOT just a number". At this time, I'm OK with that... hehehe.

Me myself, there's nothing special I achieved since my last birthday. Just hoping for a very very bright future and continue with my hectic life.

Insyallah, waiting for my next family member to be born... if not mistaken, suppose to be today. Emmhhh, nanti bolah lah kasi nama Ramadhani... hehehe. Can't wait for that moment.

To all my family members, relatives, best friends, friends ...I truly appreciate all the warm wishes & doa. Thank You Very Much. It made my birthday just a little bit more special in this Holy month. May Allah bless each and everyone of you.

Akhir kata gandakan pahala di Bulan ramadhan ini. 




Wednesday, June 5, 2013

Apa itu AMS??


This morning, on the way nak ke tempat keje dengar berita kat radio yang pendaki Malaysia maut disebabkan AMS semasa menuju ke Mount Everest Base Camp. Umur muda lagi, 25thn & his working with Putrajaya Corporation. And sorang lagi member dia sedang bertarung dengan maut juga nak diselamatkan. And kedua-dua mangsa masih menunggu cuaca OK untuk dibawa pulang ke Kathmandu before sending back to Malaysia.

Al Fatihah to Allahyarham. 


Anyway... 

Apa itu AMS???

AMS is Acute mountain sickness, also known as Altitude sickness, altitude illness, hypobaropathy, "the altitude bends", or soroche is a pathological effect of high altitude on humans, caused by acute exposure to low partial pressure of oxygen at high altitude. It commonly occurs above 2,400 metres (8,000 feet).

It presents as a collection of nonspecific symptoms, acquired at high altitude or in low air pressure, resembling a case of "flu, carbon monoxide poisoning, or a hangover". It is hard to determine who will be affected by altitude sickness, as there are no specific factors that correlate with a susceptibility to altitude sickness. However, most people can ascend to 2,400 metres (8,000 ft) without difficulty.

Acute mountain sickness can progress to high altitude pulmonary edema (HAPE) or high altitude cerebral edema (HACE), which are potentially fatal. 

Or… kalau translate in Malay nye "Aku Ketinggian" or "Mabuk gunung" merupakan ketidakselesaan badan yang berlaku di ketinggian 2400 meter dari paras laut dan ke atas yang disebabkan oleh kekurangan oksigen akibat penurunan tekanan udara.

Untuk further reading boleh lah google... source


Semenjak aku dapat email gambo-gambo kat sepanjang pendakian ke Everest… tak pernah terfikir lansung yang satu hari nanti aku nak ke sana. Dulu, memang ade berangan-angan juga at least sampai ke Everest camp pun jadilah. Tapi disebabkan saya duduk di Iklim Khatulistiwa rasa nye “makan masa juga aku nak biasakan dengan suhu sejuk yang melampau pada ketinggian yang tak terjangkau dek kekuatan mental & fizikal”. Cukup lah aku tawan yang aku mampu saja… that’s it. Aku bukan nak dapat “nama” & “penghargaan” pun tapi cukuplah sekadar kepuasan sendiri & suka-suka sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Dulu masa first time naik Gunung Kinabalu yang tak cecah 0degC lagi pun aku dah hampir nak kena AMS inikan pula nak berangan nak tawan Everest yea. Aku ingat lagi bagaimana berusaha nye aku menapak seawal 2.30 pagi menuju puncak Kinabalu dengan bantuan kata kata motivasi dari Abang Baha (Airforce team from Labuan)… Alhamdulillah, aku berjaya… and dah dua kali pun aku sampai ke puncak tertinggi di Asia tenggara itu.

Rasa rindu nak bergambar disini lagi... hahaha

Antara tip yang aku belaja masa tu, jika mendapat symtom-symtom AMS... kembali semula ke altitude yang lebih rendah sehingga badan kembali normal. Kemudian agak-agak dah OK, bolehlah meneruskan kembali pendakian.

Thursday, May 23, 2013

Story of my wisdom tooth


Klinik Pergigian & Surgery Dr Aina
Prima Saujana Kajang
Wed, 22 May 2013
Time: 3pm - 4pm



Sekilas Fakta...

Gigi bongsu (or Wisdom Tooth in English) adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.

Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada bahan mentah menjadi dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bongsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah. 

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh. 

(Source: Wikipedia Malay and English)

And ade source juga mengatakan, pertumbuhan gigi bongsu juga bermakna tumbesaran juga sudah terhenti. Bukan tembesaran badan yea tapi "ketinggian".  


Impact on wisdom teeth


My Story...

Actually, aku tak pernah terfikir pun nak buang gigi bongsu aku... Dulu mula-mula doc pernah suggest buang saja tapi aku taknak sebab sayang, aku tahan jer sakit selama seminggu... lama-lama ok jer. Tapi doc cakap nanti dia sakit lagi ni sebab gusi dah block sebahagian dari gigi yg nk keluar tu. Doc suggest potong gusi, aku tak nak juga. Hahaha... nampak sangat penakut.

Aku rasa tak brape lama dari tu, sakit yg sama datang juga tapi tak brape teruk sangat, still boleh bertahan and aku cuma amalkan penjagaan gigi yang rapi sebab doc cakap penjagaan amat perlu sebab gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi. Aku masih ingat lagi... masa tu aku masih dalam regular treatment on braces/retainer. About 2 years back.

Tapi kali ni, sakit yang dulu macam melanda lagi dan kali ni agak worse sebab aku tak boleh nak berus bahagian yang sakit and makan hanye bergantung gigi sebelah kanan sahaja. Kali ni doc suggest cabut jer sebab gusi dah halang gigi tu nak keluar. Tak pun potong gusi tapi ni tak lama lah sebab akan tumbuh sel yang baru balik. And boleh jadi kesakitan yg sama akan berulang. So, lepas 3 hari aku pun decide lah nak cabut juga walaupun dengan berat hati.

Cabut gigi bongsu ni bukan macam cabut gigi geraham biasa. That's why dia consider as minor surgery and harga dia pon boleh tahan juga mahal. Alhamdulillah, my company cover.

Rawatan nak cabut jer makan masa 1 jam. And before cabut doc akan bius kawasan sekitar untuk hilangkan kesakitan semasa surgery dilakukan. Macam kes aku, makan masa 20min juga nak cabut and bila dah cabut tak semua yang keluar, mcm ade tertinggal skit... Aku rase patah sebab masa dia tunjuk kat aku gigi tu mcm tak sempurna keseluruhan nye. So, doc godek-godek still tak dapat keluarkan sebab too deep & blood was unstoppable. Macam-macam scary tools yang dia pakai tapi aku tak ade perasaan lah sebab tak rasa apa-apa kan. Kalau tak bius memang alamat menangis tak berlagu lah aku. Doc cakap dia tak dapat keluarkan yang balance tu tapi dia dah berjaya hancurkan serpihan tu dengan tools yg dia pakai tadi. Errrkkk... So, the last treatment was covering the opening part, jahit lah. Dah jahit but still darah still keluar. Aku rasa pagi ni kot baru dah betul-betul darah stop. Kalau tak dari malam tadi aku asyik meludah darah jelah. Risau juga aku.


Successfully being pulled out.
Perasan tak akar dia agak panjang compare to normal teeth

Lepas dah cabut banyak lah pulak pantang nye. Tapi yg pasti tak boleh kumur-kumur untuk the next 24hrs. Makan & minum after 2 hrs. Tapi kalo dah sakit, mana lalu nk mkn... minum & makan rasa ubat jer masuk tekak. No hot food for few days. Nak buka mulut pun limited.

Hari ni, mulut sebelah kiri dah start membengkak. Dan aku masih tak boleh berkukmur cuma masukkan air garam and biar sekejap and then keluar kan balik... untuk mempercepatkan pengecutan. Aku dapat 3 days leave dari doc. Aku saja pilih hari yang dekat dengan cuti, so that aku tak perlu cuti lama sebab doc dah kasi tahu impact nye.

Bertabah lah yea untuk a few days ni.


Do's & Dont's... manually written by the Nurse, OK

My supplements after the surgery

Thursday, May 16, 2013

Bachelorette Party @ Awanmulan


Awanmulan
Kampung Jelebu, N9
14 - 15 Dec 2012

Acara ni berlansung kira-kira 6 bulan yang lepas, tapi masa tu aku lupa yang aku dah buat draft untuk entry nie. By the time aku post entry ni, Farah dah nak masuk 3 bulan pregnant. Alhamdulillah.

Awanmulan... bunyi seindah nama tempat dia kan tapi sebenar nye nama tu diabadikan kepada seekor Anjing. Ya, Anjing peliharaan tuan empunye tempat ni yang dah dah arwah pun. Anyway aku bukan lah nak citer asal usul tempat nie tapi kalau nak tahu further detail bolehlah ke link ni. 

Tak susah pon nak ke sini tapi sebab tempat dia macam terceruk sikit, so, kami, tersasar juga lah masa nak masuk simpang ke kawasan ni. Dan jalan nak ke sini pun agak horror juga sebab dikelilingi hutan & jalan TAR yang tak berapa nak rata.

Actually, plan bachelor party & pilihan tempat ni, semua idea Nadiah. Cari kelainan sikit, kalo sebelum ni aku berkhemah sambil ber BBQ di tepi pantai & ditemani nyamuk-nyamuk tapi kali ni aku masih ber BBQ cuma kami lebih kepada nak cari kedaiman dalam keindahan alam semulajadi.

Initial plan nak hiking sambil bercamping tapi memandangkan, yang bakal nak menamatkan zaman bujang request tak nak tempat yang ade nyamok cos ade 1 month jer tempoh so, kami choose tempat ni as our event party. Haa... nampak exclusive sikit kan. Yelah bukan slalu, skali skala apa salah nye kan. Tapi tak salah aku total spend utk semua, 2D1N stay, foods & extra around less than RM200 per pax.


Entrance to Awanmulan...tengok pun dah scary ek, jangan risau masuk jer

Masa kami sampai, kami disambuat oleh owner tempat ini. He is very helpful and friendly. Have a chat with Him to find out the story behind Awanmulan. Uncle ni siap bawa kami tour satu kawasan penginapan disini lagi... huhuhu. 


Entrance to Kesidang and Teratak Bonda

Laluan menuju ke Teratak Bonda

Actually rumah Kesidang yang kami duduk ni untuk 6 pax only, memandangkan kami berlapan so, we requested additional two extra beds.


View outside the Teratak Bonda

Yeahhh... it's ladies Night

Agak jarang nak nak nampak plug macam ni dah kan

The dining room

The kitchen... kalau macam ni hari-hari pun aku tak kisah nak masak

Yang penting semua kelengkapan dapur dah disediakan. Dining and Cooking Utensils, Drinking Water, Mugs, Glasses, Microwave, Fridge, Toaster, Kettle, Rice Cooker, Induction Stove, Salt, Pepper, Sugar, Cooking Oi... all provided. Breakfast also provided as part of the package but local breakfast only. Dinner & Lunch usaha sendiri lah nak masak. Dapur kalau dah cantik macam ni, kalau malas masak juga, tak tahu lah nak cakap apa dah... hehehe.


Barbeque set is available

Other things like Barbecue equipment (tongs, prongs, skewers, coal, barbecue tray), Steamboat, Hot Plate / Grill, Mosquito Coil are also provided upon request. So, make sure lah masa book tu request lah apa yang dirasakan perlu, ok.


Tempat santai

Jom kita tengok bilik-bilik yang ada...

Tapi apa yang aku perasan most of furniture kat sini banyak dari Ikea lah... hahaha.


Laluan menghala ke one of the room

Very creative interior design

Aku suka sangat penyidai ni, kat Ikea ade tak agak-agak nye

Interior design dengan sentuhan traditional... I like

Rumah kami... view from the other side

Lorong yang menghubungkan bilik

The shower

Kalau lah dapat menikmati keindahan macam ni hari-hari


Siap ade dapur kecik kat one of the room

Ni yang aku paling suka... Infinity Pool

Tengah amek mood @ infinity pool pektis for tonight's show.
Tengoklah view kat belakang tu memang awesome

Dasyat tak dasyat party kami siap ade Deko deko lagi... huhuhu

Our main menu for tonite

Our theme for that night... Pyjamas

Hokkaido cake for Birthday Girls

Tapi part yang paling tak best, kami tidak dibenarkan membuat bising after 12am bagi mengelakkan gangguan kepada rumah-rumah yang berhampiran. Tapi rasa nye baru pukul 11 malam kami telah diberi warning rumah sebelah to slow down our voice a bit. Huish...Awal nye dia orang ni tido, tak happening lansung. Kami tak karoeke pun cuma buat aktivity yang memerlukan kami excited terlebih sikit. OK, nampak sangat loudspeaker kan. Terus aktivity malam kami terbantut. Tapi kalau ikutkan memang tempat ni untuk menenagkan fikiran pun tapi kalo dah bising tu, tak tenteram dah lah nama nye.

Part yang paling best bila kami dah switch off the light and tidur sambil mengadap langit. Fuyoo, memang sangat lah tenteram dengan pemandangan jutaan bintang di langit. Subhanallah.


One of the place for BBQ & party

View of Teratak Bonda & Kesidang House from top

I wish I could have my dream house like this. Sungguh menenangkan. 

Kepada GGK member yang nak menamatkan zaman bujang anda hujung tahun ni, aku suggest tempat macam ni lah kalau nak buat bachelor party. Hahaha... best skit. 


Wednesday, May 8, 2013

Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi


Sinonim dengan apa yang tengah terjadi di Negara kita kini... PRU13 or GE13 dah berlalu tapi masih dengan suara tidak kepuasan hati beberapa pihak yang menyangkal keputusan yang dah dibuat.

Aku cakap tidak menyebelahi mana-mana pihak... we're democracy country and we have freedom to talk. Saya cuma rakyat malaysia biasa yang inginkan keamanan dan "perubahan" ke arah yang lebih baik.

Sekarang ni buka social network jer... takde isu lain, mesti citer POLITIK and yang pasti nye HOT issues sekarang ni, PRU13... masing-masing dengan pendapat & ego masing-masing. Macam-macam andaian & teori yang dibuat... kenapa orang tu menang, kenapa orang tu kalah, Isu black-out, phantom voters, early voting, foreign voters. racism etc... betul ke tidak... logic ke tidak... emmhhh. Kalau benda yang kita “SHARE” yang memburuk-burukkan seseorang itu terbukti tidak benar bukan kah dah jatuh FITNAH nama nye. Bagus nye ade social network ni kalau kita gunakan ke arah saluran yang betul tapi kalau people are too fanatic about certain thing i.e. politic... ni lah masalah nye, semua nak disalurkan. Lepas tu banyak sangat version nyer & agak meragukan dan at the end mengundang fitnah. Nauzubillah.

Kadang-kadang tu aku agak tertarik dengan satu artikel politik tu... nak LIKE tapi fikir juga sebab pendapat dia seakan ade isu kurang menyenangkan. Ade satu tu, too racism sangat... aku nak comment kasi pendapat tapi fikir pulak... my friends dari perbilang kaum and some of us working on the same place, having the same interest and being friend for so long. Kalau aku “Like” or “Comment” bukan kah my other friends can also read and see what I read & commented. So, sebab taknak timbul kan issue sebigini lah saya lebih suka baca & berdiam diri... at least saya tahu kawan-kawan saya ni ramai juga yang berpotensi jadi ahli politik. Bagi aku tak semua kaum lain tu jahat and tak semua Malay tu baik... fikirkan.

Ade sorang kawan aku ni sampai tak suka nye dia dengan kaum ni & sebab mostly parti ni sapu bersih semua tempat... sampai isu Komunis zaman bapak dia dulu pon dia timbulkan dalam FB. Perlukah??? Have you checked your friend list? Ko antara top student kat U dulu tapi takkan lah tak boleh berfikiran secara rasional sebelum ko post kan apa-apa.

Kita bebas untuk memilih dan menyokong sapa yang kita rasa layak untuk dijadikan pemimpin. Kalah atau menang... itu adat pertandingan. Yang pasti kita dah jalankan tanggungjawab kita.

Kita nak kan perubahan tapi macam mana kalau kita sendiri yang tak nak berubah minda, masih di takuk lama... sampai bila-bila takkan berubah. Tapi, apa yang aku lihat orang bandar dah mula terbuka minda & hati... Cuma orang-orang luar bandar yang masih tak terdedah kepada dunia luar yang masih belum sepenuhnye terbuka minda... not all tapi most of them. Menilai dari apa yang mereka lihat dari TV, percaya apa yang dibaca & mudah termakan dengan janji-janji manis yang belum tentu dikotakan. Mereka merungut harga barang naik, tanah tergadai, semua benda mahal etc tapi mereka juga yang memilih pemimpin mereka.Tapi tak boleh nak salah kan mereka-mereka ini sebab mereka tak macam kita yang duduk di Bandar yang lebih terdedah kepada REALITY, teknology terkini, social network &...apa lagi, cakap je apa yang takde. Aku bukan omong kosong sebab aku alami nye sendiri bila aku pulang ke kampung. Kadang-kadang bila cakap lebih... kita pulak yang dimarahkan. Alahai susah lah macam ni. 

Ingatlah...

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ” (Ar-Ra'd:11) 


Inilah yang kita cuba nak ubah.

Cukup-cukuplah timbulkan isu perkauman...Kita ade perlembagaan. Bukan sewenang-wenang nye perlembagaan itu boleh diubah. Insyallah, takkan hilang nye hak keistimewaan melayu.

Satu lagi... kenapa Isu seks yang mesti digunakan untuk menjatuhkan kaum seagama kita sendiri walaupun tak sehaluan. Tak habis citer yang beberapa tahun lepas dulu tu timbul pulak mangsa baru. Entahlah aku pun tak pasti kesahihan cerita ini. Yang pasti tertuduh masih menjadi pilihan rakyat... kepercayaan terbukti sudah. Tapi, tempias serangan isu panas di saat akhir ni boleh jadi mampu mengubah penilaian seseorang... dah sumpah depan “Ruman Allah” takkan nak buat main-main lagi isu macam ni kan, of cos lah kita nak pemimpin yang berakhlak kan? Tapi bagi orang yang tahu rasional nye, apa yang kita nampak tak samestinye sahih dan terlajak perahu boleh ditarik... terlajak cakap tak boleh nak rewind dah. So, fikirkan.

Tahniah lah kepada mereka-mereka yang dah berjaya menggunakan isu seks & racism nak mengaburi mereka-mereka yang kabur. Are u going to do the same tactic for next coming election. Inikah yang kita ingin lihat... rakyat berpecah-belah.

Macam mana nak aman & makmur kalau tak ade perpaduan. Aku cakap bukan nak cakap aku bagus tapi aku takut "sejarah mungkin berulang" kalau kita takde perpaduan & hilang nye kerpercayaan sesama umat manusia.

Anyway...

All the best for this coming 5 years... to our beloved PM... sila jalankan tanggungjawab anda dan kotakan “Janji-Janji Manismu”.

Semoga ALLAH berikan petunjuk & hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami ini. Ameen.

Saya pun takdelah sempurna sangat, hanya manusia biasa & tak lepas dari melakukan dosa...


I love ISLAM, I love Malaysia & I want PEACE \(^_^)/



Sunday, May 5, 2013

I'm Done...


Alhamdulillah... sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, I'm done... tanggungjawab aku dalam menentukan sapa yang patut menjadi pemimpin.

Alhamdulillah juga semakin ramai orang muda yang dah ade kesedaran nak mengundi. Dan yang best nye juga, masa ni jugalah dapat berjumpa member & jiran-jiran lama yang dah lama tak pernah dengar citer... yelah tempat mengundi pon masih tak berubah walaupun masing-masing dah duduk merata-rata seluruh pelusuk tanahair. Tapi yang pasti, semua pun dengan satu tujuan & tanggungjawab... mengUNDI.


Saluran saya :-)

I'm Done

Part yang tak best... macam mana dakwat kekal yang dikatakan SPR mampu hilang dalam masa 7 hari can just faded away in just 2 minutes... with using clorox mix with normal soap. Emmhhh... apakah??

So, rumours aren't just rumours.


Fade away in just 2 minutes... Inikah yang dikatakan TELUS??


But anyhow, we have tried our best… let Allah do the rest.

May something miracle will happen.

Insyallah...

Saturday, May 4, 2013

Kali Ketiga



Insyallah tahun ni buat kali ketiga aku keluar mengundi and buat kali ketiga juga aku membuang undi di Lembah Pantai. Sebab masa ni address aku masih di Brickfield & sampai sekarang pun rekod di SPR tak berubah... maybe system masih boleh update until today. Seawal 21 tahun (umur layak mengundi) aku dah daftar mengundi & kebetulan masa umur aku cukup 21 tahun tu juga adelah tahun mengundi. Aku ingat lagi, masa tu aku baru sahaja dalam tahun ke-2 di UIA Gombak. Tapi, aku dah diajar mak & ayah aku keluar mengundi, penting ni nak tentukan sapa pemimpin kita. Boleh jadi satu undi itu yang menentukan masa depan Negara.

Mungkin betul juga masa kita student, mak ayah hantar suruh belaja kan, so, memang aku buat sehabis baik lah and tak sempat pon nak tahu perkembangan dunia luar terutama politik. So, masa hari mengundi tu aku balik umah semata-mata nak menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Aku pun tak pasti sapa yang aku pangkah masa tu. Masa aku tanye mak aku “Mak pangkah sapa”… mak aku jawab “Mana boleh kasi tahu, undi anda adalah rahsia”… hahaha. Mak & Ayah aku memang tak lansung mempengaruhi aku bila mengundi. Masa tu aku ingat lagi, Shahrizat wakil BN & bertanding dengan sapa ntah (masa ni PKR pun tak wujud lagi yea). Tapi yang pasti Shahrizat menang masa tu. Tapi tidak untuk the next season bila PKR dah mula wujud.

Aku dapat merasakan tahun ni tahun yang agak genting juga lah dalam sejarah pilhanraya... macam-macam benda yang berlaku & kadang-kadang tu sampai ade yang tak masuk akal lansung pon sanggup dipertaruhkan semata-mata nak pastikan masing-masing kembali berkuasa.

So, kawan-kawan semua, jangan lupa kewajipan kita semua pada hari Ahad ni... esok yea. Tentukan siapa pemimpin kita. Aku rasa rata-rata kita dah berfikiran matang & dah tahu mana yang terbaek.

Bagi aku nak jadi pemimpin bukan tugas yang senang nak dipikul. To me, pemimpin yang baik & bertanggungjawab adelah mereka yang seorang yang berakhlak, mampu berlaku adil & dapat mengurangkan beban rakyat.

Kalau boleh biarlah ade perubahan... peace \(-_-)/ 

Insyallah.


Saya bukan nak tunjuk saya sokong PR tapi this is what happened when I reached Gunung Nuang's peak last week... sampai sini nak berkempen... perlukah?? At the end akan jadi sampah saja... our Nature is our heritage, please stop spoiling with all this


Selamat Mengundi Semua 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...