Pages

Showing posts with label Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Jakarta. Show all posts

Sunday, February 21, 2016

Train ride... Jakarta to Bandung

Jakarta-Bandung, Indonesia
Tue, 9 February 2016


Kami telah meminta bapak yang jaga Citi Residence carikan taxi untuk kami ke Gambir Train station pukul 4pagi. Actually tak jauh pun Citi Residence dengan train station tapi kalau nak jalan kaki boleh tahan juga lah jauhnya dengan backpack lagi. So, the best way & demi keselamatan kami semua, better amik je taxi pukul 4pagi tu. Tahu-tahu esok paginya, taxi bertukar menjadi big taxi. Kiranya MPV yang boleh memuatkan kami semua lah. Kata pakcik, lagi senang kalu naik besar macam ni, boleh bawa semua. Saya tak kisah pun pakcik, asalkan pakcik dapatkan transport ni pun saya dah cukup bersyukur. Tak sampai 15min kami dah sampai Gambir train station, Jakarta. Driver charge kami IDR50K + IDR4K parking fee.

Sampai-sampai je kami terus cari Musolla dulu sebah Suboh agak awal disini 4.45pagi, so, masih sempat lagi before nak boarding. Padahal masa tu annoucement train to Bandung akan mula bergerak pada pukul 5pagi dah kedengaran. Hahaha. Alhamdulillah, sempat je walaupun train kami pukul 5. Bergegas jugalah lepas dah habis solat subuh tu.

Kami amik train paling awal sebab perjalanan nak sampai ke Bandung 3jam. Kalau kami naik next train at 7am, lagi lambat lah sampai. Lagipun kami nak tour Bandung hari ni, so, kalau boleh gerak lagi awal lagi bagus. Awal pagi pun macet agak kurang. Kami pilih koc executive dengan price IDR100K. Actually, harga ticket less than IDR100k tapi sebab kami minta agent yang bawa kami ke Papandayan book kan, so, dia charge admin fee dalam IDR7500.

Untuk jadual train & online booking, boleh refer kat http://www.kereta-api.co.id/


Direction

Kami kena naik level yang paling atas sekali untuk train ke Bandung

Seawal pagi kami dah mula bergerak

Kondisi dalam kelas executive ni memang agak selesa. Ada aircond & seat yang agak selesa. Ada plug untuk charge battery laptop & handphone. Kalau tidur dalam train sepanjang perjalanan pun tak rasa jauhnya perjalanan. Tahu-tahu dah sampai, kan kak Fad. Punya selesa dan tak terganggu. Yang lalu lalang pun cuma, orang check ticket & pramugari or pramugara yang hantar makanan & minuman. Makanan ada disediakan diatas train ni tapi tak free ya. Cuma tak perlu ke cafe pun nak membeli sebab nanti dia akan datang tanya sorang-sorang siap bawa pilihana makanan yang ada lagi. Air order dulu & akan dihantar kemudian. Dan boleh makan dulu, bayar kemudian juga. Memandangkan aku agak lapar pagi tu dan perjalanan kami jauh lagi, terpengaruh jugalah membeli. Masa tu tak tanye pun harga makanan tu berapa. Tahu-tahu dia datang kasi tau, total 2 nasi goreng & 2 kopi susu, IDR77K. Errkk... mahal juga.


Inside Argo Parahyangan Koc Executive

Terpengaruh juga nak makan, biasa-biasa saja rasanya

Aku boleh tidur hanya setengah jam selepas train mula bergerak. Fad dah lama dibuai mimpi. Tak tahu apa cerita yang lain, tidur juga ke, tengok TV ke or melayan view di luar tingkap. Amy & Eein duduk dihadapan selang satu dari seat aku & Thirah tercampak jauh kebelakang. Tak sampai setengah jam tidur, terjaga balik dan aku perasan Eein & Thirah dah takde, ke cafe lah tu. Aku pun ajak Amy sekali ke cafe join yang lain, saja nak jalan-jalan nak tengok kondisi dalam train. Rata-rata orang kat dalam koc executive ni semua dah tidur masa kami sibuk jalan-jalan. Masa sampai kat cafe, takde orang pun, hanya kami & para pekerja yang bertugas saja. Lama juga kami duduk kat sini, sampai dah tinggal satu train station lagi nak sampai Bandung baru ingat nak balik ke tempat asal.


Sunrise

cafe dalam train

Bila dah sampai pertengahan perjalanan dari Jakarta ke Bandung tu nanti, barulah nampak view cantik kat luar. Tu yang buat kami stay lama kat cafe sebab dari cafe tingkap dia agak luas sikit nak tengok view. Kalau nak tengok view highway dari dalam train, amik side belah kanan dari Jakarta ke Bandung.


Hari tu 1st day kami dari Jakarta ke Garut nampak train dari highway tu

Awesome view

Sawah padi terbentang luas

Saujana mata memandang

Kami sampai sharp at 8.30am di Bandung Train station. Dan supir kami di Bandung sudah sedia menanti ketibaan kami. Aku masih menggunakan khidmat Hayukka Bandoeng disebabkan reputasi yang sangat memuaskan pada trip ke bandung 2 tahun lepas. Affordable price & boleh bawa kami ke mana saja di area Bandung seperti yang telah dirancang. 


Heading to North exit

Bandung Railway station

Bandung Train station dari luar

Tour Bandung kami bermula seawal 9 pagi. Jom kita ke Rumah Pesona dulu.


To be continued...


Jakarta Tour

Jakarta, Indonesia
Mon, 8 February 2016


Sepatutnya hari ni kami berada di Bogor tapi atas suggestion driver kami yang katanya nak sampai ke Bogor agak lambat sebab kami dah gerak lambat dari garut, so, dia suggest kami bermalam saja di Cikarang & keesokannya mula bergerak ke Jakarta yang katanya sudah dekat sahaja. Ohh untuk hotel di Bogor, memang kami tak buat booking awal sebab tour agent untuk trip Papandayan cakap kami boleh walk-in saja sebab banyak je budget guesthouse disana nanti. Dan dia sendiri cakap driver akan arrange untuk kami. Tapi bila plan dah bertukar ni, agak hura-hara jugalah sebab kami terpaksa cari hotel kat tempat lain pulak. Dan disebabkan Cikarang terletak di kawasan perindustrian, harga per night of cos lah lagi mahal. Kalau sebelum ni aku budget sorang dalam IDR100K per night untuk Hotel di Bogor tapi terpaksa bayar lebih sebab kami dah tukar plan & ini semua disebabkan driver kami yang sengal tu. Dan dia pulak suggest hotel kawan yang dia kenal & kami agreed. Mana tahu, bilik yang dia suggest tu cuma katil untuk sorang & dia boleh plak suggest kami tidor kat bawah. Masa tu lah baru nak angkut tilam & bantal bagai, memang angin lah. So, paksa dia cari hotel lain malam tu juga. End up kami tidur di Hotel 3 bintang, Sartika. Mahal sikit tapi berbaloi dengan harga. Settled.

Jakarta ni tak banyak pun tempat menarik tapi sebab kami nak habiskan masa untuk hari ni that’s why kami cuba jugalah cari tempat yang boleh bunuh masa kami. Yang pasti kami tak kan ke Mangga dua mahupun Tanah Abang sebab plan nak ke Bandung esoknya.

Permulaan di Jakarta hari ini, kami ke Train station Jakarta Kota dahulu sebab nak ambil train ticket yang telah di book lebih awal thru online. Tapi bukan kami yang book, minta jasa baik Pesona Indo tolong book kan sebab kami ada problem masa buat online booking. Tak tahu kenapa tapi setiap kali nak buat payment mesti failed. Tapi kalau minta agent ni book kan nanti ada admin charge dalam RM2 per tix.


 Kami ke station Jakarta dulu untuk amik ticket train ke Bandung yang telah di book lebih awal

Print ticket for tomorrow's trip to Bandung

Jakarta Train Station

Dah dapat ticket, kami terus bergerak ke Kota Tua. Tak jauh pun sebab kami ke train station yang berhampiran. Ramai giler orang masa ni, al maklum, liburan di Jakarta. Kami kecewa sebab semua muzium di Kota Tua tutup pulak hari ni. Paling tak puas hati sebab supir kami cakap dia lupa tutup hari ni. Macam mana lah kau yang bawa kami ke sini boleh tak tahu Muzium memang tutup hari ni.So, kami cari alternatif jalan-jalan sajalah disekitarnya. Panas tak hingat masa ni. Lepas jalan-jalan sekejap kami patah balik ke tempat parking sebab tak tahan sangat dah panas ditambah pula dengan orang yang terlalu ramai. Masa ni supir kami hilang entah ke mana. So, by the time kami tunggu dia, kami food hunt dulu di sekitarnya.


Welcome to Kota Tua

Ini orang betul ya

Nak pastikan yang memang takde benda kat bawah orang tu, hehehe

Street Food Hunt

Lepas saja Kota Tua, kami terus plan nak jalan-jalan cari makan saja. Kecewa sebab banyak sangat tempat yang kami nak pergi tutup hari ni. Sudahnya aku survey mana nak cari pisang cheese paling best kat Jakarta ni, hahaha. Teringin punya pasal kan. And kami berjaya ke sini dengan inisiatif kami sendiri tapi of cos lah dengan bantuan WAZE. Nak harapkan supir kami, semua tak tahu.


Santai-santai di Suwe Ora Jamu

Apa yang bestnya Suwe Ora Jamu ni selain jamunya, of cos lah side dish nya. Macam-macam ada di sini tapi kami lebih tertarik nak makan pisang cheese sahaja. Dan kami tak makan pun jamu kat sini, hahaha. Best juga, and I really like that menu pisang cheese dia.


Menu yang best disini, Pisang Goreng Krispi & Pisang Goreng Garang

Trip kami diteruskan lagi ke Monas, short form for Monumen Nasional.


Jakarta City

Jakarta ni tak banyak jauh berbeza dengan Kuala Lumpur pun. Dengan bangunan pencakar langit, shopping mall yang gah & macet yang sememangnya sinonim dengan kedua-dua bandar tersebut. Like KL, Jakarta also is the capital city of Indonesia. 


Kami sempat lalu dihadapan tempat bomb di Jakarta yang berlaku pada 14 January yang lepas. Masa ni kelihatan, keadaan sudah terkawal.

The National Monument (Indonesian: Monumen Nasional, abbreviated Monas) is a 132 m (433 ft) tower in the centre of Merdeka Square, Central Jakarta, symbolizing the fight for Indonesia. It is the national monument of the Republic of Indonesia, built to commemorate the struggle for Indonesian independence. (source)


MONAS ditutup hari ni

Kami kecewa lagi. MONAS pun ditutup juga hari ni. Sudahnya kami ke Masjid Istiqlal yang dikatakan masjid yang terbesar di Indonesia & Asia Tenggara. Cari ketenangan sikit dengan apa yang dah berlaku hari ni.


Masjid Istiqlal was built to commemorate Indonesian independence and named "Istiqlal", an Arabic word for "independence"

Selepas menunaikan solat di Masjid Istiqlal, kami terus menuju ke Guesthouse kami Citi Residence yang telah di book lebih awal. Lokasi terletak di Jalan Hayam Wuruk Gajah Mada, berhampiran dengan Gambir Train Station. Tour hari ni belum habis lagi tapi kami cuma nak check-in sahaja dulu. After check-in, kami keluar semula, nak cari makan best-best.

Berbalik kepada cerita mula-mula tadi. macam mana lah aku boleh follow supir kami tukar plan tour ke Jakarta instead of Bogor. Masa tu terfikir aku agak kurang tegas untuk trip santai kali ni. Kalau setakat macet tu, kat mana-mana kat Indonesia ni pun memang sama je macet dia. Dia guna alasan macet & kami akan sampai midnight di Bogor pun, itu bukan masalah aku sebab bukan kami yang bawa kereta pun. Yang kami tahu dah sampai tak kisah lah sampai esok pagi sekali pun sebab itu dah termasuk dalam perjanjian. Tapi bila aku check balik dengan tour agent dia cakap harga dia charge still sama sebab dia kira per day aku pakai driver, masa ni lah rasa macam rugi sebab driver banyak sangat alasan setiap kali kami nak pergi ke sesuatu attraction. Macam mana kau boleh kata semua tempat yang kami nak pergi kau tak tahu & asyik kasi alasan macet dan jauh. Padahal Jakarta tak macet sangat pun masa tu. Angin juga masa tu sebab setiap kali dia nak pergi ke sesuatu tempat tu, barulah dia mula nak guna WAZE. Kalau jauh sikit, macam-macam alasan lain lagi dia kasi. Hairan macam mana kau boleh kasi driver yang lansung tak faham selok belok jalan kat Jakarta ni. Sampai nak cari money changer & tempat makan best pun kami yang terpaksa WAZE kan untuk dia. Sebab memanjang tak tahu.

Dan apa yang aku paling tak boleh blah, bos dia Pesona Indo ni lansung tak nak bertanggunjawah selepas apa yang berlaku siap cakap itu bukan kami punya tanggungjawab sebab kakak nak hire driver saja without guide. Tapi driver kami tu, kerja dengan kau and kau juga yang suggest driver tu kat kami. Boleh pulak kau guna alasan tu. Bagi aku kenapa perlu ada guide kalau tempat-tempat yang kami pergi tu kalau boleh buat aktiviti sendiri tanpa memerlukan guide. Dan driver lansung tak familiar dengan tempat-tempat attraction kat Jakarta. Huh.

Mana tahu dapat supir pemalas & keanak-anak kan. Kemuncak kemarahan aku tak dapat dibendung bila, dia mempertikaikan setiap kali kena bayar parking fee setiap kali kami berhenti dan cari tempat makan. Dia cakap “kena bayar lagi” setiap kali tu buat aku panas jer sebab kami semua boleh dengar kot apa yang ko cakap tu. Dengan buat muka sekali pulak tu & siap melawan cakap aku lagi bila aku surah patah balik sebab ada one of us yang tertinggal sesuatu di Restoran Nasi Padang. Dan supir guna alasan bodoh lagi, macet kalau nak patah balik. Aku bayar kau untuk 12jam tu tak kiralah macet ke tidak kau kena cukupkan masa tu juga.

Bila dah habis trip for today, aku cakap kat dia berapa kena bayar parking fee tu (sebab dia asyik ulang cakap nak kena bayar tu & ini, menyampah pulak rasanya), dia macam buat-buat terkejut sebab itu sudah termasuk dalam bayaran katanya. Haaa, dah tahu tu kenapa kau bising-bising dengan kami. And I is cukup pantang. Kau dah kira cukup baik sebab aku skip tak pergi banyak tempat. Dan sebab kami tak suka dengan attitude driver tu, padan muka kau tak dapat tip. Lain kali jangan buat hal kalau nak dapat tip.

Kadang-kadang tu terfikir juga tak semua trip tu akan berakhir dengan kebahagian. Aku kecewa untuk hari ni saja. Hari lain still OK & best.

Kami pulang ke Hotel dengan sikit kecewa dengan apa yang dah terjadi hari ni. Anyway, small matter & I just can't wait for tomorrow's trip, train ride to Bandung.


To be continued...



Thursday, February 11, 2016

CNY getaway: Jakarta-Garut-Bandung

Jakarta, Indonesia
Saturday, 6 Feb 2016


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, misi kami ke Papandayan & Hutan Mati terlaksana. Trip last minute punye plan for CNY long leave. Four days leave untuk orang yang tak kena force leave macam aku lah. Nak tak nak kena paksa cuti seminggu. Tapi kes aku lain sikit, memandangkan aku tengah handle project yang agak tight schedule nya, so, project team kami telah request working during that force leave period. Approved but aku decide nak guna satu hari saja sebab hours tak banyak lagi yang tinggal untuk project sekarang. Inilah nasib company aku sekarang, keja banyak tapi hours boleh charge ciput je. Bersyukur lah at least masih survive.

Ohh, back to main story, luckily, MAS ada buat promo ke few Asean destinations. And kami telah mencapai kata sepakat, Jakarta is our destination. Inilah namanya trip nekad sesaat, hahaha. Lepas a few minutes successfully booked, dapat shocked news, Jakarta kena bomb, errkkk. Ko rasa...Fuhh, nasib baiklah kejadian 3 weeks before our trip. Dan aku terpaksa kumpulkan kekuatan a week before our trip nak kasi tau mak nak ke Jakarta. So, kami redho jelah masa tu, keep praying hopefully nothing bad happened to us during our trip on CNY leave. Apapun kami dah nekad memang takkan ke area bandaran pun & nak cover area outskirt sahaja. 

Alhamdulillah, done with the flight ticket. Next, nak kena fikir juga tour agent yang boleh arrange trip kami ke Papandayan. After a few surveys, discussions, emails & whassap, finally kami choose Pesona Indo as our travel guide to Papandayan. Reason? price for the package murah & affordable compare to other travel agent. Aku tak baca pun review or feedback pasal orang yang pernah guna package ni tapi aku yakin most of the travel agent kat Indonesia lebih kurang je service dia, cuma bezanya mahal & keselesaan. And for trip hiking Papandayan, I would say, one of the awesome experience with Pak Asep & his daughter, Neng yang menjadi guide kami. I will story further in my next post on Papandayan. 




Hari yang dinanti sudah pun tiba, kami semua depart on different time cuma hari saja yang sama, Friday 5th. Sebabnya tak boleh nak dapat same price kalo booking all 5 together. So, the best way was to book different person on different departure time. Memandangkan Eein memang half day working on Friday, so, dia berlepas dulu at 4.30pm & followed by Thirah at 6pm. Aku, Fad & Amy amik last flight ke Jakarta memandangkan fad & Amy tak nak ambil cuti. And flight kami delay 1 hour sebab cuaca tak berapa nak bagus. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai.

Driver kami, Mas Ade dari Pesona Indo sudah menunggu lebih awal. So, kami memulakan perjalanan kami immediately after semua sudah berkumpul. And bermulalah trip Jakarta-Garut-Papandayan-Bandung. Sebenarnya trip yang aku arrange ni agak giler sikit sebab kalau ikutkan nak ke Garut lagi dekat kalau turun di Bandung sebab memang dah dekat. Tapi sebab macam aku cakap, ada promo MAS bukan AA ya, so, trip perjalanan kami jadi agak jauh & lama. Dan disebabkan itu kami terpaksa mengharungi hampir 12jam macet (termasuk masa kecederaan) dari Jakarta-Bandung-Garut. Trip last minute, so, tak banyak survey yang aku sempat buat pasal tempat-tempat yang kami nak lawati. And Jakarta takde tempat wisata outdoor yang special pun.


Laluan train Jakarta-Bandung kelihatan dari highway

Simple breakfast otw to Garut

Macet

After 12hrs, kami pun berjaya sampai ke destinasi kami yang pertama, Kampung Naga.


To be continued...
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...