Pages

Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Bandung Tour

Bandung, Indonesia
Tue, 9 February 2016


Ini bukan lah kali pertama aku ke Bandung. First time, May 2014 bersama family. Tapi kali ni nak kelainan sikit aku pilih naik train dari Jakarta nak ke Bandung. Bila lagi kan nak rasa naik train kat Indonesia ni. 

Kalau amik trip tour Bandung saja, aku boleh dapat IDR370K untuk 12hrs tour with Hayukka Bandoeng tapi sebab kami nak tour Bandung dan minta supir yang sama hantar kami semula ke Jakarta Airport, so, harga lain sikit. Total IDR1 juta untuk 12hrs tour & back to Jakarta Airport. Service sangat bagus & puas hati. 

Aku memang dah plan pun di Bandung kami akan banyak habiskan masa dengan shopping, so, aku minta supir sent kami straight away ke Jakarta Airport after pusing-pusing Bandung. Confirmlah lah kalau dah berbondong-bondong, memang taklah nak naik train sampai ke Jakarta balik. Sebab dah memang dah agak dah, tak mungkin dari Bandung hanya dengan tangan kosong kalau dah kata nak ke Rumah Pesona, Pasar Baru, Toko Tiga & Kartika Sari. Actually semua dah ada dalam kepala ni nak beli apa, hahaha.


Rumah Pesona

Bagi aku ni juga antara tempat wajib nak cari kain yang agak kualiti & cantik. Dan paling banyak pilihan. Dan sebab banyak sangat pilihanlah aku jadi tak tentu arah sekejap. Last-last rembat 3 pasang juga. Ok, done for baju raya this year, hahaha. Tapi Amy lah paling win antara kami semua. 


Rumah Pesona

Boleh rambang mata bila dah masuk dalam ni

Pilih jangan tak pilih

Pasar Baru

Memandangkan kami dah banyak shopping kain di Rumah Pesona, so, kami singgah pasar baru pun tak lama. Tujuan cuma nak beli telekung sahaja. So, dah dapat apa yang dihajati, terus balik. Kalau pusing, mahu lupa niat asal nanti. Tapi kalau first time datang Bandung, make sure round lah satu Pasar Baru ni. Macam-macam ada. Dulu first time datang sini, 2 hari ulang alik ke sini saja. Penggemar kain lace, this is the besst place nak shopping. Bagi aku cukuplah skali tu buat sebab sudahnya jadi perhiasan dalam almari saja.



Butik Eiger, Berghaus & Rei


Masa sampai Butik Eiger ni takde sale sangat pun. Kalau ada pun mesti barang-barang yang tak menepati citarasa & tak ada size. Fad & Thirah tertarik dengan dry bag Eiger sebab nak yang jenis macam aku punya juga, finally beli juga, lepas dah buat servey kat kedai outdoor lain. Harga headlamp murah juga kat sini. Nak dijadikan alasan, lens headlamp aku sekarang dah hilang. So, membeli jugalah, hahaha.

Butik Rei terletak bertentangan dengan Butik Eiger saja. Konon-konon nak pergi tengok dry bag and kalau ada nak compare price dengan Eiger tapi last-last sangkut kat benda lain pulak. Inilah masalahnya kalau masuk kedai outdoor, lepas tu ada sale pulak & paling penting ada size & color yang menarik hati. Arrghh, tertewas juga di Butik Rei. Aku memang tak patut datang ke sini.

Butik Outdoor checked!


Lunch @ Belacan

Kedai Belacan ni suggest by our driver. Tapi memang best makanan kat sini. Especially Ikan bakar dia. Price pun affordable. Dan paling penting ada live band yang hiburkan kami. Siap boleh request lagu lagi tau. Ajak nyanyi sekali juga tu, nasib baik lah, aku masih boleh bertahan. Kalau tak mahu lagi lama kami kat situ, hahahah. Anyway, lagu Judika tu memang best lah.


Lunch kami di Kedai Belacan

Balas dendam... makan best hari ni


Lunch sedap sambil layan live band yang mantap checked!


Gramedia

Ni pun salah satu tempat wajib pergi kat Bandung kalau korang adalah Ulat Buku atau lebih tepat lagi penggemar novel & karya dari seberang. Teruja jugalah bila dah masuk sini. Macam-macam jenis genre & bahan bacaan yang terdapat ke sini. Ada yang tak beli datang baca pun ada. Mula-mula ingat nak tengok jer teman kekakaks ni membeli, sudahnya membeli juga.


Kami di Gramedia juga

Gramedia checked!


Toko Tiga

Kalau nak dapat jeans yang murah & original brand datang ke Toko Tiga. Anyway, takde lah murah sangat pun tapi kiranya dibawah harga pasaranlah. Terdapat aneka jeans original terkenal seperti Levis, Lee, Lois, Wrangler etc. Selain jeans, Toko Tiga ini juga turut menjual kemeja, khakis, topi, dompet, dan aneka produk lain juga. Last time pergi aku beli 1 jean & 1 Khakis saja. Kali ni berjaya beli 3 sebab kebetulan ada 30% diskaun on top of normal price.

Tapi ada juga aku terbaca kat forum orang cakap bukan original pun. Aku pun tak pasti kesahihahnya tapi aku sangat suka dengan Jeans Lois yang aku beli 2 tahun lepas, sampai sekarang aku suka pakai lagi sebab kualiti dia. Itu saja. tak tahu lah pendapat orang lain. Dan sebab aku suka & selesa, kali ni datang aku terus rembat 2 pasang. Hajat di hati nak beli Levis tapi kaki I tak cukup slim, hehehe.


Toko Tiga

Macam-macam jeans jenama terkenal ada dijual disni

Seterusnya, kami berehat solat dulu sebelum aktiviti seterusnya di Masjid Raya Bandung. Aku rasa ni lah antara trip aku paling banyak singgah solat di Masjid. Boleh dikatakan dari first day kami sampai lagi. Alhamdulillah.


Sempat singgah solat di Masjid Raya Bandung

Selesai menunaikan solat, kami pun sambung aktiviti di Bandung lagi. Kalau ikutkan list, cuma tinggal Kartika sari saja yang belum kami pergi. And this is a must. Nasib baiklah Kartika Sari tutup pukul 8pm, so, masih sempat lagi lah sebelum ditutup. 


Kartika Sari

Cawangan Kartika Sari kat bandung ni sahaja tak terkira banyaknya. Di Bandung sahaja ada 7 cawangan, so, kalau pusing kat mana-mana area kat Bandung city ni, memang confirmlah akan jumpa Kartika Sari. Dan bagi aku adalah kemestian bagi sesiapa saja yang ke Bandung, harus mencuba brownies di Kartika Sari ni. I really recommended Chocolate cheese brownies bakar & Kek Pisang Salai Cheese dia, terbaik. Dan disebabkan kelazatan Kek Pisang Salai Cheese Kartika Sari lah, belum sempat sampai Malaysia dah habis kat Jakarta Airport, hahaha. Brownies kukus pun ada, cuma tak lama tahan compare to yang Bakar punya. Kalau yang bakar boleh bertahan sehingga 7hari tapi kalau kukus dalam 4 hari macam tu saja. Depend juga, kalau letak dalam fridge maybe boleh tahan lama lagi tapi rasa mungkin dah tak seberapa. So, kalau plan nak beli bawa balik, sila beli masa hari nak balik tu, so that, bertahan lama lah sikit.

Tapi satu je aku nak komplen kat sini, staff dia tak mesra pelanggan sangat kat cawangan yang kami pergi ni.


Salah satu outlet kartika sari di Kota Bandung

Brownies Bakar

Kalau brownies kukus, akan diletak dalam kotak seperti di atas

Pisang Salai Cheese juga adalah kemestian untuk dibeli juga

Ada tarikan lain juga di sini

Kami bertolak dari Bandung sekitar pukul 7.00pm. On the way, singgah di RnR dulu untuk dinner before proceed to Jakarta Airport. Another 3hrs to Jakarta. Dan memang sepanjang jalan, kami semua tidur tak ingat. Tahu-tahu dah sampai Airport. Dan supir kami sampai lagi awal dari yang dijangkakan. Kami sampai sebelum pukul 10pm. Alhamdulillah.

Ada sesuatu yang menarik di Jakarta Airport ni. Mula-mula kami memang ingat nak singgah Musolla solat sahaja tapi bila sampai saja Musolla kat sini siap ada tempat letak lunggage & ada orang siap jagakan. Dan kami tak perlu risau dengan beg kami yang ada kat trolley sebab kami diarahkan untuk letak trolley disatu sudut yang ada disitu. Orang yang jaga barang tu siap tanya kami flight pukul berapa. Aku pun tak pasti kenapa dia tanya, barangkali dia fikir kami nak tidur situ & takur terlajak kot. Anyway, kami dibenarkan untuk tidur disini sementara tunggu flight awal pagi. Dapat jugalah kami baring sebentar sementara tunggu 4.40am flight back to Malaysia.


The End...


Sunday, February 21, 2016

Train ride... Jakarta to Bandung

Jakarta-Bandung, Indonesia
Tue, 9 February 2016


Kami telah meminta bapak yang jaga Citi Residence carikan taxi untuk kami ke Gambir Train station pukul 4pagi. Actually tak jauh pun Citi Residence dengan train station tapi kalau nak jalan kaki boleh tahan juga lah jauhnya dengan backpack lagi. So, the best way & demi keselamatan kami semua, better amik je taxi pukul 4pagi tu. Tahu-tahu esok paginya, taxi bertukar menjadi big taxi. Kiranya MPV yang boleh memuatkan kami semua lah. Kata pakcik, lagi senang kalu naik besar macam ni, boleh bawa semua. Saya tak kisah pun pakcik, asalkan pakcik dapatkan transport ni pun saya dah cukup bersyukur. Tak sampai 15min kami dah sampai Gambir train station, Jakarta. Driver charge kami IDR50K + IDR4K parking fee.

Sampai-sampai je kami terus cari Musolla dulu sebah Suboh agak awal disini 4.45pagi, so, masih sempat lagi before nak boarding. Padahal masa tu annoucement train to Bandung akan mula bergerak pada pukul 5pagi dah kedengaran. Hahaha. Alhamdulillah, sempat je walaupun train kami pukul 5. Bergegas jugalah lepas dah habis solat subuh tu.

Kami amik train paling awal sebab perjalanan nak sampai ke Bandung 3jam. Kalau kami naik next train at 7am, lagi lambat lah sampai. Lagipun kami nak tour Bandung hari ni, so, kalau boleh gerak lagi awal lagi bagus. Awal pagi pun macet agak kurang. Kami pilih koc executive dengan price IDR100K. Actually, harga ticket less than IDR100k tapi sebab kami minta agent yang bawa kami ke Papandayan book kan, so, dia charge admin fee dalam IDR7500.

Untuk jadual train & online booking, boleh refer kat http://www.kereta-api.co.id/


Direction

Kami kena naik level yang paling atas sekali untuk train ke Bandung

Seawal pagi kami dah mula bergerak

Kondisi dalam kelas executive ni memang agak selesa. Ada aircond & seat yang agak selesa. Ada plug untuk charge battery laptop & handphone. Kalau tidur dalam train sepanjang perjalanan pun tak rasa jauhnya perjalanan. Tahu-tahu dah sampai, kan kak Fad. Punya selesa dan tak terganggu. Yang lalu lalang pun cuma, orang check ticket & pramugari or pramugara yang hantar makanan & minuman. Makanan ada disediakan diatas train ni tapi tak free ya. Cuma tak perlu ke cafe pun nak membeli sebab nanti dia akan datang tanya sorang-sorang siap bawa pilihana makanan yang ada lagi. Air order dulu & akan dihantar kemudian. Dan boleh makan dulu, bayar kemudian juga. Memandangkan aku agak lapar pagi tu dan perjalanan kami jauh lagi, terpengaruh jugalah membeli. Masa tu tak tanye pun harga makanan tu berapa. Tahu-tahu dia datang kasi tau, total 2 nasi goreng & 2 kopi susu, IDR77K. Errkk... mahal juga.


Inside Argo Parahyangan Koc Executive

Terpengaruh juga nak makan, biasa-biasa saja rasanya

Aku boleh tidur hanya setengah jam selepas train mula bergerak. Fad dah lama dibuai mimpi. Tak tahu apa cerita yang lain, tidur juga ke, tengok TV ke or melayan view di luar tingkap. Amy & Eein duduk dihadapan selang satu dari seat aku & Thirah tercampak jauh kebelakang. Tak sampai setengah jam tidur, terjaga balik dan aku perasan Eein & Thirah dah takde, ke cafe lah tu. Aku pun ajak Amy sekali ke cafe join yang lain, saja nak jalan-jalan nak tengok kondisi dalam train. Rata-rata orang kat dalam koc executive ni semua dah tidur masa kami sibuk jalan-jalan. Masa sampai kat cafe, takde orang pun, hanya kami & para pekerja yang bertugas saja. Lama juga kami duduk kat sini, sampai dah tinggal satu train station lagi nak sampai Bandung baru ingat nak balik ke tempat asal.


Sunrise

cafe dalam train

Bila dah sampai pertengahan perjalanan dari Jakarta ke Bandung tu nanti, barulah nampak view cantik kat luar. Tu yang buat kami stay lama kat cafe sebab dari cafe tingkap dia agak luas sikit nak tengok view. Kalau nak tengok view highway dari dalam train, amik side belah kanan dari Jakarta ke Bandung.


Hari tu 1st day kami dari Jakarta ke Garut nampak train dari highway tu

Awesome view

Sawah padi terbentang luas

Saujana mata memandang

Kami sampai sharp at 8.30am di Bandung Train station. Dan supir kami di Bandung sudah sedia menanti ketibaan kami. Aku masih menggunakan khidmat Hayukka Bandoeng disebabkan reputasi yang sangat memuaskan pada trip ke bandung 2 tahun lepas. Affordable price & boleh bawa kami ke mana saja di area Bandung seperti yang telah dirancang. 


Heading to North exit

Bandung Railway station

Bandung Train station dari luar

Tour Bandung kami bermula seawal 9 pagi. Jom kita ke Rumah Pesona dulu.


To be continued...


Tuesday, December 2, 2014

Family Trip Bandung Day 2: Kawah Putih & Situ Patenggang

Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Saturday, 10 May 2014


Cerita 7 bulan lepas... continue from my previous post


Kawah Putih

Kawah Putih is located at Jln Raya Soreang Ciwidey 47 km from Bandung City. There are so many ways to accesss this place, samada dengan menggunakan public transport or own tranportation (cars or motorbike). But, in our case, we rented a van yang kami dah gunakan since our first day in Bandung.

The journey from bandung city center to Kawah Putih took about 2 ½ hours. Memang sangat jauh and sempatlah sambung tidur dalam van before sampai. Tapi kalau boleh janganlah tido sepanjang jalan pulak sebab nanti bila dah dekat-dekat nak sampai view on the way tu agak menarik sebab ada ladang strawberry, vegetables farm and tea plantation. Open you car windows and feel the fresh air! Yang paling best nya buah strawberry kat sini sangatlah murah. Rasa nak borong jer, menyesal pulak memikirkan dah beli masa otw balik dari tangkuban parahu. Manalah tahu kan kat sini lagi murah & buah dia lagi besar & menarik hati. Takpe, kami dah plan balik dari kawah putih nanti kami nak ke ladang strawberry memborong buah, hahaha. Excited. Huish, masa tu dah terbayangnya nikmat strawberry with chocolate.

On arrival, we need to pay IDR30k/pax and 150k/car. Aku rasa macam agak mahal juga but what to do, we travelled all the way here, tak masuk nanti menyesal, hahaha. Anyway, aku memang dah count in budget pun. With that price, we were allowed to drive our car to the crater which is about 5km away. Boleh tahan juga jauh, jalan pun macam turun naik bukit. Tapi yang pasti our driver really expert about this route, so, no hal lah. Sila jangan cuba jalan kaki yea, hehehe, walaupun agak possible.


Sila patuh arahan OK

Pay Attention

Sila follow route yang betul untuk ke Kawah Putih

The facts...

Kawah Putih adalah sebuah tempat wisata di Jawa Barat yang terletak di kawasan Ciwidey. Kawah putih merupakan sebuah danau terbentuk hasil daripada letusan Gunung Patuha. Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawah ini berwarna putih, lalu warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan. Ada sumber yang mengatakan airnya bisa berubah warna... depending on the concentration of sulfur and the temperature or the oxidation state. Barangkali itulah uniknya kawah putih ni kan. Anyway, masa kami sampai air danau takdelah seputih namanya.

Kawah Putih site was opened to visitors in 1987. The lake is 2,430 meters above sea level, so, the temperatures are frequently around 10 degC. Kawah Putih crater lake itself represents a relatively stable volcanic system with no records of significant activity since around 1600. (source)

Ade juga sejarahnya disebalik penemuan kawah putih ni. Bolehlah google for more info.


Today is Saturday, so, what you expect?? It's Normal

Me, Tree & White crater

The water look so tempting kan but never try ok

Awesome morning view at Kawah Putih

More route to explore the beautiful of white crater

Goa Belanda... warning!! don't stand too long in fron of this Goa

Awesome view

Keindahan kawah putih

Kawah View from top

We spend about one hour around kawah putih before returned back to our van. Actually, memang tak boleh spend lama sangat pun kat sini sebab bau sulphur dia memang sangat kuat. So, advisable sangat bawalah mask or anything yang boleh cover your breathing. Kami pun beli juga mask before masuk ke sini sebab dari tempat parking jer dah boleh bau sulphur. Mama tak sampai ke bawah pun sebab kaki mama masih tak kuat nak turun naik tangga, so, kami-kami sajalah yang sampai ke bawah. Farish pun tak bersama sebab agak risky juga bawa budah-budak yang masih berumur 2 tahun turun ke bawah. Yelah mana dia tahu nak tahan nafas macam apa yang orang dewasa buatkan. Mask yang kami kasi suruh pakai pun dia tak nak. So, better don't.

Kawah Putih is less popular compare to Tangkuban Prahu crater in Lembang maybe due to long distance from Bandung city but in my opinion Kawah Putih is more beautiful. Anyway, worth coming here once (or more).



Situ Patenggang

Entrance Fee: IDR 15,000

Situ Patenggang merupakan sebuah danau yang terletak di Ciwidey, Bandung Selatan, Jawa Barat. Danau yang juga terletak berhampiran dengan Kawah Putih ini dapat dikunjungi dengan perjalanan sekitar 2 jam 30min dari kota Bandung. Biasanya pelancong akan mengunjungi kedua tempat ini sekaligus kerana berjarak hanya sekitar kurang dari 30 min dari kawah putih. Memandangkan kami dah ke Kawah putih, otw nak balik tu rasanya dah alang-alang dekat tu kan, singgah jelah. Nak juga tahu apa yang uniknya “Situ Patenggang” ni kan.


Tasek Situ Patenggang

Al kisah... Nama Situ Patenggang berasal dari bahasa Sunda i.e. ‘situ’ yang bermaksud danau dan ‘pateangan-teangan’ yang bermaksud saling mencari. Ada sebuah mitos tentang Situ Patenggang yang menceritakan tentang cinta Raden Indrajaya dan Dewi Rengganis yang terpisah begitu lama. Disebabkan cinta mereka yang sangat mendalam, mereka berdua saling mencari antara satu sama lain sehingga pada akhirnya bertemu di suatu tempat yang sekarang dikenali sebagai ‘Batu Cinta’. Setelah bertemu kembali, Dewi Rengganis meminta dibuatkan danau dan perahu supaya mereka dapat berlayar bersama.

Saat ini, perahu tersebut dianggap telah berubah menjadi sebuah pulau yang berbentuk hati bernama Pulau Asmara atau sering disebut Pulau Sasaka. Menurut cerita rakyat setempat, pasangan yang datang ke batu cinta dan pergi berkeliling pulau asmara akan mempunyai cinta yang abadi… hahaha, wallahualam. 


View kat sini memang layan juga

Selain berjalan mengelilingi danau dan menikmati keindahan alam semulajadi, ada aktiviti lain juga yang boleh dilakukan disini seperti memancing, bermain sepeda air, mengelilingi danau dengan perahu berwarna-warni, picnic di pinggir danau, berjalan-jalan di kebun teh yang berhampiran, mengunjungi batu cinta & mengelilingi Pulau Asmara. Tapi kami tak mencuba sebarang aktiviti pun, cukuplah setakat berjalan sambal menikmat keindahan alam semulajadi, hehehe. Lagipun mama pun macam dah letih berjalan di Kawah putih tadi. 


Masih boleh tersengih lepas dah campak sandal dia sebelah kat dalam tasek

Misi menyelamat Sandal Farish Haikal

A good place for relaxing

Kami tak spend lama pun di sini, about 1 1/2 hr kami pulang semula ke bandung city. Another 2 1/2 hours journey. On the way tu, kami sempat singgah makan di kedai makan area ciwidey memandangkan perjalanan masih jauh lagi & perut harus di isi. 


To be continued...


Tuesday, May 27, 2014

Family Trip Bandung Day 1

Bandung, Indonesia
Friday, 9 May 2014


Seperti yang dijanjikan kami pun menunggulah seawal pukl 7 pagi di Hotel. Tapi agak mengecewakan sebab hampir 40min menunggu barulah driver kami sampai itupun setelah kami call agent yang kami ambik tu report yang driver tak sampai lagi. Masa tu kami semua pun macam dah hangin jugalah sebab janji tak serupa bikin. Rupanya driver tukar pulak, lepas tu kasi alasan kami cakap pukul 8pagi. Serius aku tak boleh terima sebab malam tadi kami dah cakap & dah dipersetujui. Kerana tak nak merumitkan keadaan kami pun proceed sajalah. Aku bukan apa nak start awal sebab nak ke destinasi kami hari ini agak jauh juga & makan masa, so, aku plan kalo sampai awal dapatlah elak jam & orang pun tak lah ramai sangat… based on experience orang yang dah pernah pergi.

Forget about my dissatisfaction, jom kita explore our today’s journey to “A must see list” while you in Bandung, The famous... Gunung Tangkuban Parahu. 


This is my 4th volcano

Perjalanan dari Hotel kami ke sini memakan masa sekitar satu jam lebih juga but it depends on your driver’s skill too. Tapi yang pastinya otw nak sampai ke Tangkuban Perahu tu view memang agak awesome, kiri & kanan, Subhanallah. Don’t be surprised with the bad smell or ayat kurang sopan skit “bau kentut". It's normal, kalau dah makin dekat dengan kawah gunung berapi. It means, you are almost there… tak jauh dah tu. Dari main entrance nak ke Gunung Tangkuban Parahu agak jauh jugalah, dalam 15min drive thru jalan yang tak berapa nak ok & ascending. Alhamdulillah, masa kami sampai masih awal lagi & tak ramai visitors.

Let’s learn something about this place...


Tangkuban Parahu

Entrance Fee: IDR75K

Elevation: 2,084 m (6,837 ft) 
Location: Tangkuban Perahu, West Java, Indonesia 
Type: Stratovolcano 
Last eruption: February to March 2013 
Easiest route: Hike

Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di daerah Jawa Barat, Indonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbunan pokok pine dan hamparan kebun teh di sekitarnya. Mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter, bentuk gunung ini adalah Stratovolcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang manakal mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah wap belerang. Purata Suhu hariannya adalah 17degC pada siang hari dan bisa mencecah 2degC pada malam harinya. (source)


Lagenda rakyat

Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik. Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu berkait rapat dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi telah meletakkan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam masa semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang sangat marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

Emmhhh... adalah juga seakan-akan menyerupai perahu yang terbalik. 


Kawah Gunung Berapi Tangkuban Parahu

Close-up mode

Bawa mak melawat Gunung Berapi

Welcome to Gunung Tangkuban Parahu

Anyway, kami tak habis explore satu kawasan pun sebab masing-masing dah pening dek bau sulphur yang agak kuat. Bagi aku bau dia still ok eventho ko tak pakai mask. Cuma bila ada angin bayu jelah, semerbak bau dia, amek kau. To be honest, memang bau dia agak horror. To some people it may cause dizziness & hard of breathing. So, lepas setengah jam jer semua family aku dah masuk van except me. Of cos lah aku takkan berpuas hati. Dari jauh datang, lepas tu spend amek gambo kat depan kawah, that’s it. No no no, aku mengambil langkah berani berjalan sorang explore on the other side of Tangkuban Parahu area. Memang lah ada orang akan follow jer jual macam-macam, tips aku, buat tak tahu jer sebab nanti dah bosan confirm dia blah. Rupanya banyak lagi angle yang menarik kat Gunung tangkuban Parahu ni kalau kita rajin menapak sikit. Tak rugi, banyak juga ole-ole & barang-barang yang agak menarik dijual disekitar kawasan ni. 


Sila patuhi arahan yea

View disekitar area Tangkuban Parahu... full of souvenirs shops

Ade track for those yang nak explore view of Tangkuban Parahu from the other side

Still active volcano

Sila pakai masker kalau tak tahan bau sulphur

Deretan kedai sepanjang gunung Tangkuban parahu

Boleh sambung naik sampai atas kalau larat

The biggest crater, kawah ratu or Queen's crater

Kami spend tak lama pun kat sini, tak sampai satu jam pun rasanya. Aku sorang jer yang beria-ia berjalan nak explore area situ. Famili aku yang lain semua dah masuk dalam van sebab tak tahan bau busuk (sulphur), katanya. Bagi aku, bau dia agak mild, so, even tak pakai mask pun still ok kot cuma bila ada angin sajalah, boleh fening satu kepala. Tapi masa kami sampai tu cuaca agak panas & view pun agak cantik masa tu. Anyway, aku tak sempat explore sampai habis area disekitar Tangkuban Parahu ni sebab risau juga jalan sorang-sorang walaupun ramai jer orang masa tu.


Ambik masa jalan-jalan disekitar... macam-macam benda menarik & pelik ada dijual

Inilah antara hasil kreatif yang dihasilkan dari pokok batik kukun

Pokok batik kukun... original batik design

Dah habis explore... jom kita balik


Strawberry Land

Entrance Fee: Free (IDR10K kalau nak petik strawberry+free strawberry juice)

Strawberry land ni terletak otw nak ke Tangkuban perahu. So, dah alang-alang lalu tu kan kami singgah jugalah. Tujuanya nak minum air strawberry tapi adik aku pulak ajak teman dia petik strawberry. Layankan ajelah walaupun this is my first time. Kalau kat Malaysia aku tak sure kena charge berapa sebab tak pernah buat pun. Hasilnya kutipan akan dikira berdasarkan berat. Kat sini IDR70K per kg. Tapi kami tak kutip sampai 1/2 kg pun sebab tak banyak buah dia yang masak. Penat jugalah nak memilih, huh. Masa nak bayar tu aku noticed ada satu basket strawberry yang baru saja dipetik sampai. Lagi besar & nampak menarik pulak tu. Aku pun argue lah dengan cashier tu apsal size macam ni takde masa saya petik tadi. Dia punya nak pertahankan diri, cakaplah yang tu dari ladang lain. Cheh, memang sah lah sapa-sapa yang dah petik kena kelentong. Nasib baik aku tak beria-ia petik tadi. So, nak sedapkan hati aku suruh dia topup strawberry yang baru sampai tu dalam basket aku. Sapa suruh letak depan aku kan. Lepas tu ada orang yang lain baru sampai terus aku advise tak payah susah-susah petik, beli yg baru sampai ni jer sebab kami dah pusing satu ladang ni, dah takde pun yang tinggal, hahaha. Bagi aku dia orang ni macam tak jujur pulak, kalau tak berapa nak ada buah cakap lah awal-awal, kesian orang yang nak merasa nikmat petik buah strawberry tapi at the end tak ada apa sangat pun, cuma bau busuk baja jer. 


Lepas petik buah boleh tukar dengan secawan jus strawberry

Memang luas ladang strawberry tapi sebab dah tengahari tak larat nak explore semua

Ini sajalah hasil tangkapan kami, less then 1/2kg

The next day, otw nak ke kawah putih sebenarnya lagi banyak ladang strawberry. Boleh kata sepanjang perjalanan nak sampai tu lagi kiri & kanan, ada jer. And harga lagi murah tau, IDR35K per kg. Hahaha, menyesal pun tak guna. Anyway, I will story on my next entry to Kawah putih. 


Floating Market Lembang

Entrance Fee: IDR10K /person (including welcoming drink, boleh pilih hot or cold drinks) & IDR5K /mobil. 

Quick info:
  • Floating Market ini terletak di jalan Grand Hotel Lembang no. 33E
  • Dibuka setiap hari, Isnin-Khamis: 10am – 5pm & Jumat - Ahad: 9am – 8pm 
  • Transation di sini menggunakan coin. So, kalau nak beli apa-apa, please make change at the available counter.

Salah satu tempat liburan terbaru di daerah Lembang, Bandung, Jawa Barat. Pada mulanya, aku ingat floating market ni macam di Bangkok, Thailand or Sungai Mekong di Vietnam tapi ternyata I was wrong. Jauh sekali yea. Memang ada perahu-perahu yang teraapung tapi bukan jual sayur, ikan & sewaktu dengan nya tapi lebih kepada makanan khas Bandung yang siap dinikmati. Contonnya, bakso, pisang goreng, nasi ayam penyet etc. Itulah yang uniknya floating market lembang ni. Makanan boleh dinikmati berhampiran tempat jualan dimana ada tempat makan yang disediakan.


Welcome to Floating market

Lost

Dah penat berjalan bolehlah lepak rehat-rehat kat sini

View menuju Floating Market Lembang

We're almost there, Jom

Souvenirs Shop & tempat tukar Koin juga

Bertentangan dengan gerai-gerai ni adalah sawah padi yang memang hidup subur

Jom cross the bridge ke seberang... Floating Market

Inilah Floating Market nya

Kami sempat jugalah menjamu selera kat sini. Macam-macam jugalah kami beli and of cos lah benda makan saja. Ayam ala-ala ayam bob pun ada jual kat sini tau. Tapi apa yang paling best kat sini, pisang sangkuriang. Dah macam nama ala-ala legenda sangkuriang di Tangkuban Perahu, hehehe. Apa yang uniknya pisang sangkuriang ni, pisang di goreng tanpa menggunakan tepung dan kemudiannya ditabur cheese & coklat rice. Kami order dua set sahaja memandangkan portion dia untuk 1 set cukup untuk 2 orang makan. And untuk kelainan adik aku order pisang keju gula aren. Pisang ini pulak digoreng bersama tepung rangup & kemudianya ditabur gula perang & cheese. Seriuously sangat sedap. Portion pisang dia pun cukup untuk 4 orang makan walaupun pada hakikatnya, tak cukup untuk aku. Bukan apa tak nak order banyak, kami akan lunch selepas ini takut nanti dah full dengan pisang sahaja. Kalau sebelum ni aku cuma familiar dengan pisang choc cheese di Taman Simalem Medan & Cibiuk, Kajang but this is different recipe. Haa… lepas ni boleh masuk kan dalam list resipi my pisang cheese. 


Pisang Sangkuriang (IDR20K)

Pisang Cheese Gula Aren (IDR15K)

Agak busy juga inside this floating market

Kedai hidangan pisang yang pelbagai

Tips:

Aku cadangkan kalau sampai tengahari tu silalah bawa payung lipat or pakai topi, agar lebih nyaman berjalan-jalan di sekitar area floating market ni. Sebab dari main entrance kena menapak juga nak ke floating market nie. Other option boleh naik boat, hehehe. 


Kalau malas jalan kaki boleh lah naik boat nak ke seberang

Kami spend lebih kurang 2 jam disini. Lepas tu kami pun menuju ke destinasi seterusnya untuk Lunch.

Kalau korang yang jenis budget, tak perlulah ke tempat makan-makan yang landscape dia memang cantik. Sebab confirm harga pun cantik juga. Makan memang sedap tapi mahal plus with normal tax 10% & 5% service tax. So, first day tu memang ingat nak ke Kampung Daun tapi memandangkan ramai yang cakap mahal even our driver, so, kami tukar plan makan ditempat yang suggest by our driver… D seuhah da lada. Lokasi tak jauh pun dari floating market tadi & terletak kat atas bukit. Tempat pun cantik & harga pun boleh tahan. No wonderlah macam tak ramai orang masa kami datang tu. Total kami makan untuk 6 orang dalam RM100 jugalah including tax,which to me still expensive. Itupun sebab kami tak order lauk-pauk sebab mak & adik aku dayah ni tak berapa nak masuk Indonesian food. So, kami order asing-asing lah, tak nak membazir. Itupun still mak aku tak berapa nak lalu. Lepas tu aku terus kasi warning kat driver aku jangan bawa tempat mahal-mahal dah.

So, untuk dinner kami Cuma tapow di Restoran Nasi Padang yang berdekatan dengan hotel kami sahaja. Harga pun murah & puas hati.

To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...