Pages

Showing posts with label Himalaya. Show all posts
Showing posts with label Himalaya. Show all posts

Saturday, April 4, 2015

Road To ABC day 9: Pothana

Sunday, 22 February 2015 
Annapurna Base Camp Trek


Pejam celik pejam celik rupanya hari ni dah 7 hari kami di Annapurna trek. Dan hari ni merupakan our last day trekking. Ya Allah, tak terasa masa dah berlalu begitu pantas sekali. Rasanya macam baru saja lagi kami nak merasa keindahan luar biasa di bumi Nepal ini. Sungguh nikmat ciptaan Allah swt.

Tak seperti hari sebelumnya, today kami lebih rilex sikit. Yelah kalau sebelum ni  asyik nak fikirkan packing bag bagai, nak bangun awal, nak buat itu & ini, hari ni still kena packing juga cuma takde lah stress seperti hari sebelumnya. Kami dapat good news, kami tak perlu trekking lagi hari ni. Yahoooo. Mesti sebab semalam dah kena kaw-kaw dengan Cik Fad terus hari ni kami dapat jeep untuk direct terus ke Pokhara, hahaha. Alhamdulillah, kalau tak maybe kami kena menapak lagi 3 jam thru an offroad dari teahouse nak sampai ke tempat jeep yang sepatutnya.


Subhanallah... sunrise seen from Pothana

Lepas solat suboh ingat nak sambung tido tapi tiba-tiba Fad datang ketuk pintu bilik, katanya, view sangat cantik kat luar. Kami selak tingkap dulu. Ha'ah, memang matahari masih malu-malu nak memancarkan cahayanya. Subhanallah, memang merasa jugalah kami nak tengok sunrise. Sepanjang trekking di Annapurna trek ni takde pulak kami berpeluang menyaksikan mana-mana sunrise selepas solat Suboh. Alhamdulillah, terubat juga kekecewaan kami tak sampai ke ABC. Kenapa lah aku asyik teringat pasal kekecewaan lagi ni. Memanglah orang cakap, benda yang dah berlalu usah dikenang tapi aku memang fail sikit bab-bab macam ni. I still feel the frustrating. Malam tadi saja aku tak berapa nak lelapkan mata, bukan sebab aku selsema saja tapi sebab banyak sangat pula perkara yang bermain difikiran ini & salah satunya kekecewaan tak sampai ke Annapurna Base camp. Ya Allah kau kasi lah kekuatan pada hambuMu ini.


This is true Banana Pancake... only in Pothana, hahaha

Lepas dah puas menyaksikan sunrise moment di luar See You Lodge Pothana, kami kembali semula ke bilik. Berkemas & bersiap sedia untuk hari terakhir kami di Annapurna trek. Hari ni kami breakfast lambat sikit around 8am. Bak kata Rabin tak perlu rushing dah hari ni sebab kami akan terus balik ke Pokhara dengan jeep dari teahouse kami sekarang ni. Dan buat kali terakhir, aku breakfast dengan Gurung bread with mushroom soup lagi. Aduh, lepas ni entah boleh lagi kah aku merasa Roti Gurung lagi. Kata Rabin, cuma di Annapurna trek saja kami boleh dapat merasa. Boleh jadi kena datang sini lagi lah nak menikmati Gurung bread, hahaha.


Stunning view of Annapurna South, Himchuli & Machhapuchhre

After breakfast, kami tak terus ke jeep tapi kami menghabiskan masa kami yang ada untuk bergambar buat kali terakhir di Annapurna trek. Sambil berlatarbelakangkan Annapurna range yang awesome. Orang kata leave nothing but the footprint but I leave nothing but the sweet memory. Bukan kami saja tapi bersama-sama guides & porters kami. Tak sangka mereka ni semua sporting bila di ajak bergambar sekali & beraksi. Baru aku tahu rupanya...


Porter kami berdua yang gagah perkasa, Thakur

Mereka yang menemani kami sepanjang trekking di Annapurna cicuit trek

Live life to the fullest

Morning view dari Pothana Teahouses ni memang sangat awesome

Kami bertolak dari Pothana around 9.30am. Seperti yang dijanjikan kami naik jeep hari ni. 2 jeep yang dapat memuatkan kami semuanya, 2 drivers, porters & guides. Padat jugalah tapi sebab memikirkan tak nak jalan kaki thru an offroad biarkan sajalah lagi pun perjalanan dianggarkan 1 jam nak sampai ke TAR road. Aku ni siap bersabar duduk belakang guide kami yang tak mandi seminggu, huhuhu. Boleh tahan juga offroad route nak keluar, sengal jugalah satu badan ni. Ingat lagi macam mana horror nya bila jeep kami selisih dengan another jeep from opposite way. Nasib lah, driver kami ni hebat. Alhamdulillah, 10.25am kami dah berjaya keluar dari jalan sengsara, hahaha. 

Around 11.20am, jeep kami pun sampai United Hotel. Same hotel yang kami stay in the past 7 days. Sampa-sampai jer, first thing yang kami cari wifi, hahaha. Haruslah kan, nak update status terkini. Petangnya, kami jalan-jalan di sekitar Pokhara... shopping lah apa yang patutkan before back to Thamel tomorrow.


The future belong to those who believe in the beauty of their dreams.... InsyAllah will come back again for my dream
Tak tahu nak sambung lagi ke tidak sebab lepas ni kami akan naik bas balik ke Thamel Kathmandu. Same thing that we did in the past 8 days. Rasanya, kenangan indah kami berakhir setakat ini saja. Selepas ni terpaksa lah back to real life in Pokhara city & Kathmandu. Far far different from the enchanting Annapurna.

 

Thursday, April 2, 2015

Road To ABC day 8: Newbridge - Landruk - Tolka - Pothana

Saturday, 21 February 2015 
Annapurna Base Camp Trek


Alhamdulillah, bangun pagi hari ni kaki tak rasa sengal lagi dah. Ohh, aku rasa kalau nak compare kesejukan semua teahouse yang aku pernah bermalam, dekat newbridge ni lah antara yang paling tak berapa sangat kesejukannya. Still below 10degC tapi takde lah sampai nak nanges malam-malam sebab menahan kesejukan. As usual, aku masih mampu tidor dengan tenang & nyenyak. Al maklum bilik kami di Kalpana Guesthouse Newbridge ni memang sangat luas & selesa. 

Seawal 5 pagi aku dah bangun sebab waktu solat Suboh disini lebih awal. Tapi macam biasalah, kalau bangun pagi di Annapurna trek ni, kami bersihkan diri yang perlu sajalah, tak mandi. Kami cuma akan mandi bila sampai the next guesthouse & normally before 7pm. Bagi aku, dalam keadaan trekking dalam suhu yang sejuk di Annapurna Trek ni, takde lah melengas sangat kalau nak compare to Malaysia weather, so, kalau mandi sekali sehari pun dah cukup. At least mandi jugalah kan kalau nak compare dengan guide & porters yang bawa kami ni, seminggu tak mandi. Nasib lah bawa kami trekking seminggu je kan, kalau 2 minggu, mahu lagi lama lah agaknya. Adoi bertabah sajalah demi kepuasan yang berganda, huhuhu.


Our Breakfast that morning, as usual... Gurung Bread with Mushroom Soup

We breakfast at 7.15am. As usual, pagi tu, gurung bread juga yang menjadi pilihan hati. Memang "love at the first taste" lah. Tapi macam tak cukup pulak, sudahnya amik half new order from Kay. Kay pun tak cukup juga, hahaha. Tak sangka sungguh selera sekali aku pagi tu. 

Actually, dari Kalpana guest house ni pun dah boleh nampak view Himalayan range yang cantik. Tapi takde lah se perfect view di Pothana. Tapi bagi aku, setiap guest house yang kami sempat singgah & overnight, semuanya menjanjikan view yang berbeza & keunikan yang tersendiri.


About to leave Kalpana Guesthouse at Newbridge

Kami start trekking dari Kalpana Guesthouse Newbridge around 8.20am. Ohh, masa ni kaki Fad nampak macam dah ok sikit compare to semalam. Dan dia pun dah mampu tersenyum riang & join kami breakfast pagi tu. Alhamdulillah. 


Annapurna South seen from Newbridge

Follow this way to Landruk

Our first morning challenge... crossing the hanging bridge

Last caption before leaving Newbridge
 
Passed by guesthouse at Newbridge on the way to Landruk

Still we could see the Annapurna south from far

Route on the way to Landruk

The beautiful hidden waterfall you could see on the way to Landruk

Another hanging bridge to cross

Not moving tree but someone was carrying leaves for their animals perhaps

Short rest before proceed

Permulaan trekking kami melalui perkampungan di Newbridge, masuk hutan sikit and keluar balik thru Landruk Village. Actually, dari Landruk village ni dah ada alternative naik jeep instead of jalan kaki nak ke Pothana. Sebab lepas jer dari Landruk Village, perjalanan kami mostly akan melalui offroad yang hanya lebih sesuai untuk jeep tyre. Tapi itulah, kami tidak pulak diberitahu Rabin, our guide yang kami akan melalui jalan seperti ini. Semalam yang aku ingat, dia cuma brief yang kami akan melalui kawasan village & along the way akan menyaksikan view yang indah. Masa ni aku dah rasa yang Rabin memang tak lansung transparent nak bagi tahu kami situasi yang sebenar. 


Landruk Village
 
Passed by Landruk Village

Right now we were at 1645m heigh

Met this cute girl

Ingatkan mereka menunggu kami... rupanya tidak

Beautiful view on the way menuju Tolka

Aku agak kecewa juga sebab takde yang menarik sangat pun sepanjang jalan lebih-lebih lagi bila dah melepasi Tolka menuju Pothana. Kami terpaksa melalui jalan offroad yang sesuai untuk kenderaan 4WD. On the way tu aku ada juga bertanya kepada Roshan, our second guide yang saing jalan sekali dengan aku, kenapa kita tak ambik jeep saja nak ke Pothana kalau dah route on the way nak sampai ke sana hanya offroad. Dia cakap dah lambat sebab kalau nak naik jeep kena book lebih awal. Tapi aku macam kecewa dengan jawapan tu sebab kami sebenarnya boleh jimatkan masa sampai Pothana lebih awal kalau amik jeep dari Landruk. Tapi tak boleh juga lah nak salah kan si Roshan ni sebab katanya dia pun first time juga lalu route tu. Kalau lah aku tahu dari semalam jalan yang kami kena lalu macam ni, memang aku dah paksa si Rabin provide jeep untuk kami. Apa tak nya, memang buang masa. Aku rasa pun kami-kami jer yang amik laluan jeep route nak ke Pothana. Kami cuma noticed few hikers mat saleh masa mula-mula start hiking di newbridge saja, lepas tu takde pun. Yang ada pun hanyalah penduduk kampung yang keluar masuk dengan jeep. Emmhhh. Tak pasal-pasal aku kena marah dengan orang yang tengah sakit kaki.

Tiba-tiba masu tu dah terfikir pasal kejadian yang sama menimpa kami sewaktu di Ranupani dulu. Perjalanan boleh jadi lebih mudah & singkat kalau guide lebih transparent & honest. Tak rugi apa pun aku rasa. Dalam kedua-dua kes ni, memang guide & agent kami untung sebab kami tak sampai pun matlamat asal kami. So, aku pun tak faham kenapalah dia orang tak pilih jalan yang mudah. Ahh... malas nak fikir dah. Tapi lepas ni, kalau ada trip yang melencong macam ni memang aku kena make sure yang kami tak tertipu sudah. Barangkali juga Ganesh nak menjimatkan kos penginapan kami pulang awal ke Pokhara so, dia bawa kami melencong dulu ke tempat lain. Aku tak kisah kalau trek dia memang tak menyusahkan. I prefered hiking inside the forest rather than walking on offroad which more suitable for 4wd.


Masa ni kami dah mula start menapak atas jeep route

Walaupun jalan dia nampak flat tapi boleh tahan jauh juga perjalanan kami melalui jalan macam ni, lama-lama rasa macam bosan pulak sebab macam tak sampa-sampai

Take five

Kami sampai di Tolka guesthouse around 12pm. Cadangnya nak rehat sekejap jer nak hilangkan penat tapi sebab dah lama sangat kami rehat terus lunch sudahnya. Actually, our guide Rabin plan nak lunch di tea house yang agak ke depan lagi tapi sebab tengok semua pun macam dah lapar, so, kami decide rest & lunch dululah before proceed to Pothana. Kami rest agak lama juga kali ni, 2.5 hours. Aku rasa macam buang masa juga sebab preparation untuk lunch saja dah lama. Hampir pukul 2ptg baru kami dapat makan. Lepas makan confirmlah kena rest kejap before proceed. Sudahnya 2.30pm baru kami start trekking balik.


Tolka Guesthouse... rumah persinggahan kami untuk lunch

Owner Tolka Guesthouse

Lunch time at Tolka Guesthouse

Aku punye nasi goreng jer

Awesome view from Tolka Guesthouse

Sambil Hiking sambil buat kebajikan

Tak salah menghulur kepada yang memerlukan ilmu

From Tolka proceed to Pothana

Ada juga yang menjual souvenirs on the way tu

Perjalanan kami diteruskan tapi makin lama makin jauh pulak rasanya nak sampai sebab takde view indah menghiasi perjalanan kami sudah hanya view di atas sajalah hiburan kami, hahaha

Alhamdulillah, aku, cikgu Nisa & Thirah sampai di See You lodge Pothana at 5.40pm after about 3 hours trekking thru an offroad. Di Pothana ni kami stay di See You lodge. Hari ni pun kami dapat bilik macam semalam juga 2 x tripple & 1 double. Yang lain sampai after 6pm.


Alhamdulillah, finally after almost 3 hours journey from Tolka

See You lodge & restraunt... kat atas restraunt tu spot paling cantik nak amik gambar Annapurna range

My special dinner... Bukan tamak tapi aku memang kelaparan lagi-lagi bila mengenangkan Gurung bread my favourite, hahaha

Kaki macam dah kurang sikit sakit compare to semalam. Hopefully esok lagi ok sebab last day trekking back to jeep.


To be continued...


Thursday, March 26, 2015

Road To ABC day 7: Bamboo - Chhomrong - Jhinu - Newbridge

Friday, 20 February 2015
Annapurna Base Camp Trek



Hari ni merupakan hari ke -7 kami di Nepal & hari ke-5 pendakian kami di Annapurna Base Camp trek. Kalau ikut itinerary asal, hari ni sepatutnya kami sedang berada di Annapurna Base Camp Guesthouse sambil menikmati sunrise yang indah & layan morning view yang sangat cantik. Barangkali juga sedang menikmati our favorite Gurung Bread pada ketinggian 4130m. Boleh jadi juga, kami sedang guling-guling atas snow (sliding barangkali) sambil menghabiskan space memory card. Sesungguhnya semua itu hanya mimipi indah semata-mata sebab yang pasti, kami sedang berada di Bamboo pada ketinggian 2400m, masih menikmati Gurung bread for our breakfast & masih dapat melihat cantiknya Himalaya range dari kejauhan. Ambik gamba juga cuma tak takde snow lagi lah, sob sob sob.

Pagi tu masa breakfast di Buddha Guesthouse Bamboo, ada sorang mat salleh ni yang baru turun dari ABC semalam dengan bangganya tunjuk gambar-gambar dia kat ABC. Dari yang aku lihat masing-masing yang tengok seakan terpegun jugalah. Tapi aku seakan takde keinginan nak lihat apa yang dia capture tu. Rasanya kalau lihat lagi sarat lah kecewa. Rezeki dia dapat sampai ke ABC. Dari cerita dia memang ada saja avalanche yang berlaku masa otw nak sampai ke MBC. Kekecewaan tak dapat ke ABC hanya Allah saja yang tahu.


Capture our last moment before leaving Bamboo

Kami start trekking dari Bamboo around 8.10am. On the way tu memang banyak buang masa trekking sambil amik gambo. Kami spend agak lama juga sebab sepanjang jalan dari bamboo nak ke upper sinuwa, view memang sangat cantik, lebih-lebih lagi dengan matahari yang tengah naik. Just nice to capture awesome moment. Last 2 days masa kami dari upper sinuwa menuju bamboo takde yang menarik pun sepanjang perjalanan kami sebab kabus agal tebal menutupi view annapurna south & Macchapuchre. Masa dah balik ni baru notice cantik rupanya view on the way nak ke Bamboo. Subhanallah.


Spotted this beautiful flower on the way from Bamboo

Tangga menuju laluan bahagia ;-)

Kami yang hebat

Perjalanan kami pagi ini memang sarat dengan view yang indah

Sunrise moment

The hidden Machhapuchhre

The trail always reminds me of the beautiful Allah swt creation

Believe you can do, you're halfway there

We have fun
 
Morning trail view dari Bamboo menuju Sinuwa memang sangat memukau

Beautiful view that we're gonna miss after this

Ohh... on the way nak sampai ke upper sinuwa kami terserempak dengan 3 jejaka dari Malaysia yang juga dalam perjalanan nak ke ABC. Rupanya inilah mamat-mamat yg kami jumpa masa on the way nak ke pokhara, sewaktu bus kami stop for 30min for lunch break. Tapi kami jumpa mereka ni tak jalan bersama, katanya ikut pace masing-masing. And mereka pun bergerak sendiri without guide & porter. So, agak jauh jugalah jarak antara satu sama lain. Maybe not their first time. Sampai situ sajalah kami kenal lepas tu no news about them dah lepas tu. Dan aku memang berharap takkan jumpa mereka sampai bila-bila dah, huhuhu.


Short break at upper Sinuwa

Gembala & keldainya

Perjalanan kami menuju kawasan perkampungan pulak

Kedamaian perkampungan Sinuwa

On the way menuju Chhomrong Village kami sempat stop & main volleyball dengan village people kat sini. Kiranya menyibuk jugalah, hahaha. Agaknya kalau Rabin tak mulakan dulu takdelah kami pun mengada-ngada nak join skali kan. Jangan korang ingat duduk village area tak tahu bersukan, sekali dia serve, dasyat tuu. Hebat juga dia orang ni macam dah taraf wakil daerah, hahaha. Siap ada yang pakai kain batik jer main, anyway, ada dia orang kisah... kata Village people. Yelah kalau dah hari-hari practice main kan confirmlah boleh jadi hebat. We played almost 20mins jugalah. Yang tak tahan tu, kuat juga energy kami-kami yang tengah hiking ni join main skali. Kiranya tak mengecewakan juga lah. 


Layan main Volleyball dengan village people kat sini...

Seronok juga sekali-sekala dapat main volleyball takde rules ni, hehehe. Kami berhenti walaupun masih belum puas main. Lagipun, kami follow our guide Rabin yang dah pun siap-siap nak gerak trekking balik. Kalau ikutkan hati, memang nak sambung main lagi tapi apakan daya perjalanan kami masih jauh. Energy kami masih diperlukan untuk meneruskan perjalanan hari ni. Anyway, sporting juga orang kampung kat sini melayan kerenah kami.

We started trekking back 30mins later.


Her beautiful smile

We will cross that hanging bridge again

Antara laluan menuju Annapurna

Yaks sedang menikmati makanan favourite mereka

Route to ABC

Again... Tangga azabedah menuju Chhomrong

Welcome back to Chhomrong

Kami tiba di Elysium guesthouse chhomrong around 1.40pm. Kami berhenti untuk lunch, solat & rehat-rehat kejap before proceed turun ke Jhinu Danda. Lunch at chhomrong hari ni macam extra sedap sebab penat naik tangga nak sampai ke Chhomrong agaknya.

We started trekking back at 3.20pm. From Chhomrong village to Jhinu, will be descending all the way down.


We stopped here for lunch

Nasi Goreng & Kentang Masallah lagi... tapi macam extra best plak hari ni sebab lapor punya pasal or sebab Thakur our porter yang masak, hahaha

Nomal view kalau lalu kat sini... people carry heavy stuffs

They have no choice...
Masa ni kami otw nak turun menuju Jhinu

Turun tangga dari Chhomrong menuju Jhinu lebih kurang 1 jam perjalanan. Kalau nak naik confirmlah double 2. Turun memang nampak senang tapi menderita juga sebab masa ni lah kita banyak kasi force kat lutut. Masa tu baru terasa naik tangga is much much better than turun tangga. Kami tak banyak stop on the way menuju Jhinu, so, around 4.25pm dah sampai guesthouse yang mula-mula kami stay on our first day trekking. Kami rest about 5min & proceed back to Newbridge. Tak jauh pun lagi sebab kalau dari Jhinu, paling lambat pun, maximum 1.5hrs nak sampai ke Newbridge.

Around 4.30pm, we started trekking back to Newbridge. Actually, laluan trek nak sampai ke Newbridge sama dengan laluan kami on the first day trekking nak ke Jhinu. Kami ada passed by Newbridge ni masa otw perjalanan ke Jhinu. Lepas je kami cross sungai, tiba-tiba hujan dah mula turun renyai-renyai, kami stop kejap. Luckily, ada small teahouse untuk kami berteduh. Tiba-tiba hujan batu pulak turun, agak lebat jugalah. First time in annapurna trek, dapat lihat & rasa hujan batu. Mula-mula ingat memang batulah yang jatuh dari atas sebab bunyi dia masa jatuh atas atap zink kami berteduh tu memang agak kuat. Tapi bila dah rasa sendiri, rupanya, ais kecil yang jatuh... yang kemudianya mencair.

Subhanallah, sepanjang tujuh hari aku trekking di Annapurna trek ni boleh dikatakan semua jenis hujan aku dah rasa & alami. Hujan air, hujan salji & hujan batu. And of cos lah hujan salji yang aku paling suka. Arghh... rindunya kenangan indah di Himalaya itu.


Kami menunggu di sini while waiting for others... masa ni tiba-tiba hujan batu turun dengan lebatnya

Bila semua dah sampai, kami pun mula bergerak menuju Newbridge. Masa tu dah pukul 6pm, kiranya dah agak lambat juga tapi kami teruskan juga sebab lebih kurang 30min lagi saja nak sampai. Cuaca pun dah agak gelap masa tu. By the time kami sampai Newbridge pun dah hampir malam. Kali ni, kami tak dapat bilik double. Sebab kata owner, kalau nak bilik bawah yang available hanyalah 2 tripple & 1 double. So, memang ngam-ngam lah dengan kami. Bilik tripple dia memang sangat luas, so, memang puas hati jugalah.

Malam di Newbridge tak sesejuk di Jhinu & Bamboo. Maybe sebab dah makin kurang ketinggian kan. Kalau ikutkan Newbridge ni tak tinggi manapun, lebih kurang 1400m tapi charge guna wifi kat sini NPR200, lagi mahal dari Jhinu. Emmhhh, tapi reception ok skitlah sebab masih boleh ber telegram & whassap. And aku sempat upload satu photo buat profile picture, hehehe. Tak sabar punya pasal nak update kan. Dalam signal tak berapa nak strength, tak sangka boleh lepas juga tu. Tahu-tahu dah sampai Pokhara banyak pulak mesaage yang masuk.


Hari dah gelap semasa kami tiba di Newbridge

Dinner kami malam tu... aneka menu

Malam tu kami dinner agak lewat sikit tak seperti sebelum ni. Menu kami pun agak variety malam tu. Buat julung-julung kali ada orang order pizza. Emmhhh, not bad jugalah. Aku seperti biasa macam kelaparan nasi. Masih belum mahu mencuba menu lain. Tapi yang pasti aku nak Gurung bread for tomorrow breakfast, hahaha.

Fad tak join kami dinner malam tu. Kepenatan & kesakitan. Rasa bersalah pulak sebab kami tak berhenti di Jhinu saja untuk bermalam.


Pizza kat atas tu guna Yak Cheej agaknya, hehehe

Malam tu kami semua tidur lewat lepak di bilik Fad & Adeq. Borak-borak & sesi massage. Al maklum takde apa yang nak dikejarkan pun esok. Lagipun, trek kami selepas ni akan menurun saja. Hari ni, barulah terasa sakit sangat lutut sepanjang aku trekking kat Annapurna trek ni. Maybe sebab kesan turun dari tangga Chhomrong yang 2000+ steps tu. Memang menderita juga bila dah turun bawah tu. Hopefully semuanya akan ok for tomorrow. And kaki ini masih gagah untuk 2 hari berikutnya. InsyAllah.


To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...