Pages

Tuesday, July 31, 2018

Annapurna Expedition Day 8: ABC back to Upper Sinuwa

Annapurna Base Camp, Nepal
Friday, 08 Dec 2017


Alhamdulillah, pagi yang indah & cantik di Annapurna Base Camp.


Good Morning

Annapurna Close-up Mode

Selepas sesi night photo pagi tadi, aku tak sambung tidur balik pun. Sampai bilik terus berkemas. Kami akan bertolak awal pagi hari ini. Perjalanan akan lebih jauh & panjang dari hari sebelumnya. Apa pun yang terjadi, andai kata sampai ke malam pun lah kena trekking, kami akan bermalam di Upper Sinuwa juga, penginapan kami yang sama seperti 2 hari yang lepas. Sebab kami cuma ada 2 hari saja lagi sebelum pulang ke Kathmandu.

Pagi tu sebelum breakfast, kami sempat lagi bergambar di sekitar ABC. Awal pagi lain pulak viewnya.


The most epic adventure for 2017

Breakfast pagi tu, aku makan simple saja & hampir menu yang sama juga aku order, Garlic Soup & Gurung Bread. Sebab itu saja yang aku rasa best untuk dimakan.


Breakfast at Annapurna Base Camp

Simple Breakfast that morning at ABC

Selepas breakfast, kami bersiap-siap pula untuk berangkat & bergambar. Ambik gambar lagi, hahaha. Tapi kali ni, team photo pulak di sekitar ABC. Banyak gambar tak jadi sebab minta Raju yang ambil kan. Aduh, lupa yang Raju tak ada skill lansung ambil gambar, hahaha. Tapi ada juga a few yang ok daripada porter kami.

Kami mula bergerak turun meninggalkan ABC selepas itu. Jumpa lagi di edisi khas yang lain, InsyAllah.


Group Photo at ABC

The last moment before descending ABC

Back to Upper Sinuwa

Sampai kat signboard ABC, berhenti lagi, ambil gambar & buat video. Sudahnya pening kepala Raju layankan kami sebab dia nak kena make sure semua orang sampai awal di Upper Sinuwa hari ni tapi nampak gaya minah 3 orang ni macam tak boleh nak move on lagi. Anyway, kami aware saja pasal perjalanan hari ini tapi rugi pulak rasanya sebab cuaca pagi ni lagi cantik dari petang semalam. Nasib baiklah ada Uncle yang setia melayan kami bertiga. Team kami yang lain dah jauh meninggalkan kami. Selagi tak hilanglah Annapurna Range tu dari bayangan selagi tu lah ada saja yang kami nak abadikan. Hahaha.


Yes, see u again

Last photo session 

Gonna miss u very much

Thanks Fad & Nir for the beautiful friendship, hardship & memories

Thanks to the beautiful weather

Jalan turun from ABC

Cuaca semakin terik on the way kami turun

Hari ni aku tak rushing sangat seperti hari sebelumnya. Saja nak berjalan dengan Fad & Uncle. Pada mulanya, aku banyak berjalan dengan Ram Godha tapi sebab dia tak dapat contact Himalaya guesthouse untuk order menu lunch kami, so, dia decide nak jalan laju sikit. So, aku pun mula melambatkan perjalanan aku nk gerak bersama Fad & Uncle.


Pantang ada yang nak ambil kan gambar

Dah macam gambar kat studio guna camera Uncle ni

Kami sentiasa in Action

The same way we follow

Biar lambat tapi pasti

Entering the Avalanche Risk Area (during heavy snow)

Our Guide, Raju & Ramji

Semakin jauh meninggalkan ABC

Gonna miss this beautiful Valley otw ABC

Sampai Duerali dah

Sampai di Duerali, kami tak berhenti pun. Tapi otw tu kami akan berhenti sekejap juga kadang-kadang tu. Tengoklah kat mana langkah kami akan terhenti. Tapi aku rasa kami berhenti lama juga kat Hinku Cave sebab sambung lagi ambil gambar. Hahaha. Tapi serius, view kat sini memang cantik. Tambahan pula dengan cuaca yang cerah & terang macam hari ini.


Duerali semakin jauh ditinggalkan

Panorama View from Hinku Cave

Aku & Fad tiba agak lewat juga di Himalaya Guesthouse for Lunch. Masa kami sampai tu, team kami yang lain dah bersiap-siap nak bergerak dari Himalaya Guesthouse. Kami Solat dulu sebelum lunch sebab tahu nanti kalau dah makan kenyang lengah-lengah pulak. Si Nir pula masih stay tunggu, kami bertiga lunch. Lunch kami hari tu, sama saja seperti 2 hari yang lepas. Nasi Goreng best ala Malaysian Style. I like. Tapi kali ni tak ada ikan bilis goreng sebab kami dah sampai lambat. Makan juga tapi tak habis. Portion dia seperti biasa memang banyak. Aku rasa kalau ada ikan bilis goreng yang best tu, boleh jadi habis juga kot, hahaha. Anyway, kami tak spend lama pun. Selepas lunch, kami dah mula bersiap-siap bergerak dari Himalaya Guesthouse. Kali ini kami mula bergerak bertiga & tak berpisah lagi and of course bersama-sama Uncle yang menemani kami. Kami mula focus berjalan & no more stop nak ambil gambar. Kami dah mula bersaing dengan Kak Bad & Mat Lan sehinggalah sampai ke Upper Sinuwa.

Selepas Bamboo, hari dah semakin gelap padahal baru pukul 6pm. Biasalah, kalau kat dalam hutan ni, memang akan gelap lebih cepat. Dah lah selepas Bamboo, nak kena mengadap tangga yang tinggi. Kami semua dah bersiap-siap standby dengan headlamp & jacket masing-masing. Suhu pun dah semakin sejuk. Perjalanan kami masih jauh lagi. About 2hrs. Berjalanlah kami bersama-sama dalam kegelapan malam sehinggalah sampai di Upper Sinuwa.

About 20min sebelum kami sampai, porter & guide kami yang dah sampai di Upper Sinuwa lebih awal patah balik nak tolong kami yang masih dibelakang ni. Tolong angkat kan bagpack, so that, perjalanan kami akan jadi lebih pantas tanpa beban. Respect betu kat porter kami ni. Walaupun dah kepenatan angkut bebab bag kami tapi sanggup tu patah balik sebab kami masih dibelakang. Pada mulanya, aku agak keberatan nak kasi backpack aku sebab tak jauh lagi dah pun tapi dia orang ni berkeras juga nak angkat sebab nak suruh kami jalan lebih pantas. So, I have no choice, layankan saja. Kami tiba di Upper Sinuwa almost 8pm. Benarlah kata-kata Uncle, biar sampai ke malam trekking pun yang penting misi dah tercapai… see, memang betullah.

Malam tu rasa macam tak larat sangat dah nak bangun pi dinner. Tapi sebab Ram dah banyak kali panggil kami, aku & Fad pun gagahkan jugalah. Semua dah ada masa tu. Noodle Egg Soup kami pun dah sejuk sebab lama sangat nak tunggu sampai. Anyway, malam tu bukan setakat dinner saja tapi kami lebih kepada perkongsian pengalaman sepanjang trekking di Annapurna. Memandangkan, malam tu merupakan malam terakhir kami di Annapurna Circuit, so, masa yang masih ada kami manfaatkan untuk berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang trekking di Annapurna. Arrgghhh, rindunya moment tu. Best sangat sebab semua pun kena cerita pengalaman masing-masing. Tiada yang terkecuali.


Sesi berkongsi cerita

Malam tu aku tidur dengan hati yang tenang & happy walaupun penat masih tak hilang lagi. Tapi, syurkur Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan dari ABC sampai ke Upper Sinuwa. The longest trekking route sepanjang perjalanan kami selama 8 hari di Annapurna circuit.


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...