Pages

Friday, September 7, 2018

Annapurna Expedition Day 9: Upper Sinuwa to Pokhara

Annapurna Base Camp, Nepal
Saturday, 09 Dec 2017


Sedih pula bila mengenangkan today is our last day trekking in Annapurna Trek. Tapi, tengok dari air muka masing-masing pun macam tak sabar nak habiskan perjuangan yang terakhir ni. Ok, let’s do it.

I’m gonna miss you very much Annapurna. Too much memories to let it go.


Morning

Breakfast at Upper Sinuwa... dah macam portion untuk 2 orang

Sebelum berangkat dari Guesthouse

Hari ini merupakana hari terkahir kami akan trekking di Annapurna Trek. And perjalanan yang agak jauh juga seperti hari semalam. Tapi hari ini, kami akan lalu different route selepas Chomrong. Route yang sama kami follow kira-kira 3 tahun yang lepas untuk permulaan trek kami ke ABC. Bila mengenangkan trek dari Jhinu nak ke Chomrong tu rasa macam tak sanggup nak repeat lagi. Trek tak susah tapi sebab tangga yang steep & tinggi tu yang buat rasa macam nak give-up pun ada kat certain point tu. Anyway, itu cerita dulu tapi kini kami hanya akan turun saja dari Chomrong nak ke Jhinu. Yeah. Kurang penderitaan sementara. Yelah, dengan kaki yang dah macam anak ketam baru nak belajar jalan ni, macam tak boleh nak imagine mengadap tangga yang tinggi kat Chomrong tu. Anyway, that was 3 years back. Syukur Alhmadulillah, trek hari ni kami akan banyak turun, turun & turun. Cuma nak masuk ke Chomrong nanti saja ada tangga yang agak tinggi & panjang yang kami kena lalu. 


Trekking back to Pokhara

Kami masih follow route yang sama untuk sampai ke Chomrong

Budak ni tengah keringkan kulit buah

Ni porter untuk angkat beban gas memasak

Mula-mula nak kesian sebab tengok mulut keldai-keldai ni ditutup tapi rupanya dia tengah makan kat dalam tu

Adik ni tengah belajar sejarah Nepal

Kali ni kami tak jumpa Sunita dah sebab orang lain dah ganti. Take turn barangkali. So, tak jadilah hasrat Fad nak pass shawl Ereka dia ke Sanjana. Sebab hari tu dia memang dah berkenan sangat kat shawl yang Fad pakai. Fad pun macam dah plan nak kasi otw kami pulang nanti. Emmhhh, nampaknya bukan rezeki kaulah Sanjana. Maybe boleh pass kat Uncle Rashid saja nanti.


Kami di kedai runcit Sunita, tapi kali ni Sunita tak ada pulak, tak dapat nak kasi shawl Ereka yang dia berkenan 3 hari yang lepas

Continue our journey to Chomrong

Thanks for being nice to all of us

Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kami trekking, so, segala snack, energy bar, biskut, chocolate, choki-choki, Cadbury & yang sewaktu dengannya kami cuba habiskan. Yelah, confirm dah turun nanti bukannya makan pun, buat berat beg saja. Lagipun ada juga yang kau sumbangkan kat anak-anak Nepal disini. Kemain happy dia orang ni bila dah dapat chocolate & biskut. Aku siap bagi sepeket besar biskut kat porter sebab aku tahu mereka lebih memerlukan energy yang banyak nak turun ke bawah compare to kami yang agak berlenggang last day ni. Uncle pun pesan bawa barang yang perlu saja. Letak semua dalam bag porter. Actually, kalau korang rasa boleh, janganlah bebankan porter sebab mereka pun manusia juga.


Kita berjumpa lagi kan after 3 years. Dah besar masing-masing.

A tough hike but worth the view

Sambil trekking sambil menikmati view yang indah menuju Chomrong

Ada saja view yang menarik hati

Heaven lah kan kalau dapat makan kat sini sambil menikmati view yang wow

Check-out

Hari ini kami berhenti lunch atas sikit daripada Jhinu Danda. Plan awal nak makan ditempat yang kami pernah duduk dulu, 3 tahun yang lepas tapi memandangkan masih jauh lagi nak sampai, so, guide decided nak makan kat mana kami paling hampir nak berhenti makan. Aku tak kisah pun tapi sebab ada orang tanya kan, so, aku kasi cadangan kalau boleh. 


Kat bawah tu accomodation kami 3 tahun lepas on 1st day trekking

Lunch Nasi Goreng kicap & telur, nasib baik ada favourite sambal hijau

After lunch, sebelum bergerak semula, Uncle Bad baik hati nak offer bawa bag Fad turun sampai bawah. Untunglah ada orang offer. Tapi bukan dia saja-saja offer sebab dia tahu kondisi Fad yang macam sekarang ni agak sukar nak berjalan pantas. So, tujuan Uncle Bad tu sebenarnya nak mempercepatkan langkah & pergerakan Fad. Thanks Uncle Bad tolong Sahabat saya. Semoga Uncle Badrul diberi kesihatan yang berpanjangan untuk terus beriadah, Amin. 


Our last meal at Annapurna Trek

3 tahun lepas kami sempat berteduh kat sini sebab hujan batu tiba-tiba turun

Alahai comotnya

Gembala & Kambing nya

3 tahun lepas, inilah accomodation terakhir kami selepas turun dari Duerali

Namaste from us

Banyak kenangan bila mula-mula trekking kat sini dulu bersama GSH

Jambatan Kayu untuk ke seberang

Yeah, we're finally here. End of ABC mission

Misi kami berakhir dengan jayanya di Siwai. Kalau 3 tahun yang lepas kat sini lah tempat kami mula-mula trekking dulu. Tapi sekarang dah reversed sebab kami naik dari Nayapul nak ke Poonhill terlebih dahulu. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan hari ini. Semua pun, macam tiba-tiba jadi laju pulak bila dah nak mengakhiri pendakian pada hari ini. Hahaha, semangat nak habiskan misi kali ini barangkali. Sementara nak tunggu bas datang, kami sempat lagi alas perut dekat kedai berhampiran. Bas kami sampai around 6pm & hari pun dah mula nak gelap masa tu. Sepanjang perjalanan menuju guesthouse di Pokhara, kami dihiburkan dengan koleksi lagu dari USB Uncle, rasanya dah nak hafal semua lagu dah dalam koleksi Uncle ni, hahaha. Next time, sila upload lagu baru Uncle, sesuai dengan jiwa kami para pendaki, hehehe.

After 2hrs, kami sampai di Pokhara. Kami check-in kejap letak semua barang dulu & berkumpul semula dibawah untuk bergererak bersama-sama untuk dinner. Kami masih memilih Lazeez untuk dinner malam tu sama seperti hari pertama kami sampai di Pokhara. Rasanya, itu saja pilihan yang ada sebab Halal & dekat dengan Hotel kami. Malam tu punya lah konon-konon nak makan puaskan sebab selama trekking asyik makan benda yang sama je, Aku, Fad & Nir siap buat side order lagi. Tiba-tiba bila tiba masa nak bayar ada orang belanja rupanya. Aduh, rasa bersalah sangat sebab tak tahu. Kami pula main order saja. Anyway, semoga orang yang belanja dinner malam tu, dimurahkan rezeki selalu hendaknya. Thanks.


Final photo with the porters & guides at Lazeez Restaurant

After dinner malam tu, bukannya boleh straight away nak tidur ya, banyak lagi benda nak kena kemas. Nak 2 jam jugalah. Agak ;ewat juga aku tidur. Esok, awal pagi kami akan berangkat ke Kathmandu. Another 8 hours journey.


The End.


1 comment:

  1. eh budak2 yg sama ke jumpa kat Chomrong 2-3 tahun lepas? terer ah ko ingt muka diorg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...