Pages

Tuesday, July 10, 2018

Incredible India 2018: The Old Delhi

Delhi, India
Sunday, 18 Feb 2018


Hari ini, kami check-out hotel awal sebab nak mulakan trip seawal mungkin. Banyak tempat nak cover untuk hari terakhir di India ni. Semalam dah kecewa tak dapat pergi mana-mana. So, time management is very important. Hari ini kami dapat driver baru, Mr Kumar.

Driver kami ni saling tak tumpah macam Farouk Hussein. Dari segi perwatakan, cara cakap, suara & rupa pun dah seakan-akan. Hobi dia suka menyanyi. Aku rasa dari mula kami masuk sampai ke setiap destinasi, ada saja yang diperkatakan & nak diceritakan. Kalau tak bercakap pula nanti dia pula yang akan nyanyi. Kira macam Happy go lucky person lah. Mr Kumar is very informative & percakapan dia juga agak senang difahami. Dan boleh tahan juga kelakar orangnya. Agaknya semalam aku complain kat Mr Noor jangan kasi driver yang ada masalah rumahtangga terus dia tukar driver yang jauh gila berbeza daripada sebelum ni. Tapi apakan daya kami hanya mampu bersama dengan Mr Kumar hanya untuk satu hari saja.

So, next time kalau korang plan nak ke Delhi or Golden Triangle, boleh lah contact direct dengan
Mr Kumar
Email: s.kumar110015@gmail.com
Contact No: +919560801351

Dekat Delhi kami Cuma ada satu hari saja untuk tour tempat-tempat yang kami dah senaraikan kepada driver. Tapi tak semua pun kami dapat pergi. Konsep kat Delhi ni pula, let say, kau sewa kereta or tour with agent, sedaya upaya dia akan avoid tempat-tempat yang sesak dengan orang & traffic jam. Dia orang pun pandai tak nak bersesak juga. Plan asal nak naik Public Transport tapi bila memikirkan banyak tempat kami nak cover dalam masa sehari, risau pula dah buang banyak masa sebab nak naik train, autorickshaw bagai. Itu belum count kena scam lagi. So, kami stick to Highland Travel untuk arrange driver. Since kami berempat, so, save budget sikit.

Tourist attraction kat Delhi ni terbahagi kepada 2 bahagian, Old delhi & New Delhi. Kalau Old Delhi ni, tourist attraction akan merangkumi area Red Fort, Mahatma Gandhi memorial park, Jama’ Masjid Delhi, Connaught Place and Main Bazaar, Chandi Chowk etc. Dekat Chadni Chowk ni ramai muslim dan terdapat banyak kedai makanan halal & salah satu yang recommended by most Malaysian is Restoran Karim. Kami tak pergi Red Fort sebab sebahagian Fort is under maintenance tapi dia still allow tourist to visit. Luckily dapat info sehari lebih awal dari Bos aku yang dah sampai sana 2 hari lebih awal. Katanya rugi masuk. Plannya nak lunch di Restoran Karim tapi sebab masih banyak masa sebab tak ke Red Fort, so, plan changed dan kami terus ke New Delhi. Dan kalau dah ke New Delhi, driver tak akan patah balik ke Old Delhi sebab perjalanan yang agak jauh & of course traffic jam. Tapi kami tengok Main Bazaar tu dari dalam kereta pun rasanya macam tak sanggup nak masuk. Hahaha, horror wei.

New Delhi pula merangkumi area selain daripada yang aku nyatakan dalam Old Delhi i.e. Humayun’s Tomb, India Gate, Prime Minister Office, Parliament House, Lotus Temple, Sarojini Market, Qutub Minar etc. And kami berjaya cover semua area di New Delhi seperti dalam perancangan walaupun ada certain tempat tu kami masuk tour tak sampai 10min.

Jom explore the Old Delhi terlebih dahulu...

Memandangkan masih awal lagi & banyak tempat attraction yang masih belum dibuka. Mr Kumar suggest kami melawat Raj Ghat, memorial of Mahatma Gandhi. Kalau ikutkan tak ada dalam planning kami pun tapi sebab nak kill time kan, so, kami pun follow saja.


Mahatma Gandhi Memorial

Raj Ghat adalah memorial yang dibina khas untuk memperingati Mahatma Gandhi. Pada asalnya ia adalah nama pusat bersejarah Old Delhi (Shahjahanabad) di tebing sungai Yamuna, Kemudian kawasan memorial ini dipanggil Raj ghat. Tempat ini merupakan platform marmar hitam yang menandakan tempat pembakaran Mahatma Gandhi, Antyeshti (Antim Sanskar) pada 30 Januari 1948, satu hari selepas pembunuhannya. Ia dibiarkan terbuka ke langit sementara api kekal terbakar pada satu sudut di hujung. Ia terletak di tebing sungai Yamuna di Delhi di India di Ring Road dikenali secara rasmi sebagai Mahatma Gandhi Road. Semua pelawat wajib membuka kasut sebelum boleh memasuki dinding Raj Ghat. 


The memorial park

Sekilas Fakta

Antara kata-kata hikmah Mahatma Gandhi yang diabadikan di Makam ni

Rasanya aku tak perlu kasi tahu lah sapa Mahatma Gandhi ni. Dalam buku teks sejarah sekolah pun ada juga terselit nama aktivis yang memperjuangkan hak orang India & juga pejuang kemerdekaan India.

Kami tak masuk pun sampai ke dalam Raj Ghat. Malas lah nak kena buka kasut. So, kami jalan-jalan kat luar sambil menikmati taman di Raj Ghat ni. Selain menjadi memorial khas untuk memperingati Mahatma Gandhi, kawasan disekelilingnya juga digunakan untuk beriadah i.e. jogging etc.


Tengok dari jauh saja

After about 1 hour, kami call Mr Kumar suruh ambil kami ditempat yang dah dijanjikan. Selepas ni, kami akan ke Jama’ Masjid Delhi. Terletak tak jauh daripada Raj Ghat.


Jama Masjid, Delhi

Bangunan masjid yang bersejarah ini terletak di central Old Delhi, bertentangan dengan sebuah lagi daya tarikan yang popular i.e. Red Fort. Masjid i-Jahan-Numa ini lebih dikenali sebagai Jamia Mosque dibina pada era pemerintahan Shah Jahan bermula dari tahun 1644 dan siap sepenuhnya 12 tahun kemudian pada tahun 1656. Masjid ini merupakan masjid yang terbesar dan terbilang di seluruh India pada ketika itu.


Entrance to Jama Masjid Delhi

Masjid ini mempunyai 3 pintu gerbang, 4 menara dan 2 Menara 40m tinggi yang dibina dengan jalur batu pasir merah dan marmar putih. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 25,000 orang dalam satu masa. Terdapat 3 kubah yang dikelilingi oleh 2 menara 40m tinggi. Masjid ini dibina dengan menggunakan lebih daripada 5000 pekerja. Pada asalnya dikenali sebagai Masjid-i-Jahan Numa, yang bermaksud “mosque commanding view of the world”.

Kami masuk melalui gate 3. Kasut tak boleh bawa masuk ya, kena tinggalkan di luar. Jangan risau, ada yang jaga tapi kena bagi tips sikitlah. Biasalah dah jadi budaya kat sini. Nak bawa masuk kamera (smartphone pun consider camera) pun perlu kena bayar juga, Rs300. Mahal kan. So, kalau datang ramai-ramai tu, rasa nak save budget, share sajalah. Tapi kami bayar je masing-masing sebab memang dah masuk dalam budget nak ke sini. Anggap sajalah buat sedekah jariah kat Masjid.

Anyway, masjid Jama ini memang cantik & gah sangat.


Subhanallah

The main door 

Prayer area

Inside the Jama Masjid

Beautiful Architecture

One of the entrance to Jama Masjid Delhi

The Incredible of Mughal Architecture

For more info on Jama Masjid Delhi

Kami spend about 1 hour juga di Masjid ni. Bagi aku, Jama masjid ni adalah tempat wajib pergi kalau melawat Delhi. Sebab Mughal architecture dia sungguh mengagumkan.

Sepatutnya selepas Jama Masjid kami akan melawat Red Fort tapi sebab aku dapat info lebih awal from Boss aku yang dah sampai ke sana terlebih dahulu, Red Fort under maintenance, so, kami cancel the plan. Boleh masuk tapi rugi melawat sebab banyak area under maintenance. Ok, kami jimat masa tak dapat pergi ke Red Fort. So, kami proceed next plan to New Delhi. No more turning back to Old Delhi.

Alhamdulillah, Old Delhi attraction checked.


Serabut pulak tengok area kat Chandni Chowk Road ni


On the way menuju New Delhi, kami ada juga lalu area Chandni Chowk & Main Bazaar. Mr Kumar bawa juga kami lalu kawasan tu sebab nak tunjuk berapa horornya area Chandni Chowk & Main Bazaar ni. Hahaha. Memang rasa macam tak sanggup je nak masuk.

To be continued...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...