Pages

Monday, July 16, 2018

Incredible India 2018: New Delhi Part 2

New Delhi, India
Sunday, 18 Feb 2018


Destinasi kami yang terakhir untuk hari ini 18 Feb 2018 i.e. Qutub Minar


This is our last journey

Qutub Minar adalah menara bata tertinggi di dunia, dan merupakan contoh seni bina India-Islam yang terpenting. Terletak di dalam kompleks Qutb di selatan Delhi, India, Qutub Minar dan monumen disekelilingnya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Qutub Minar berketinggian 72.5m, mempunyai 399 anak tangga menuju ke puncak. Malangnya kini telah ditutup kepada pelawat. Diameter bahagian tapak berukuran 14.3m manakala lantai teratas berdiameter 2.75m.

Diilhamkan oleh Menara Jam di Afghanistan dan mahu mengatasinya, Qutb al-Din Aibak, pemerintah Islam Delhi yang pertama, memulakan pembinaan Qutub Minar pada tahun 1193, tetapi hanya dapat menyiapkan tapaknya sahaja. Pewaris beliau, Iltutmish, menambah tiga tingkat lagi dan, pada tahun 1368, Firuz Shah Tughluq membina tingkat kelima dan terakhir. Menara tersebut dibina dengan menggunakan batu pasir merah yang dihiasi dengan ukiran-ukiran rumit dan ayat-ayat al-Quran.

Tujuan pembinaan monumen yang indah ini bertujuan memainkan peranan umum sebagai sebuah menara yang memanggil orang ramai untuk bersolat di Masjid Quwwat al-Islam, masjid terawal yang masih ada yang dibina oleh sultan-sultan Delhi. Ada sumber lain menyatakan menara ini dibina sebagai menandakan kehebatan Islam, atau sebagai menara pemerhati bagi pertahanan. (source)


Ukiran ayat Al-Quran yang terdapat di Qutub Minar

Subhanallah

Menurut Mr Kumar, ada kejadian orang bunuh diri kat Menara ni, sebab itu menara ditutup untuk pelawat naik sampai ke atas. So, hanya kawasan disekitar saja yang dibenarkan kan untuk melawat. One thing aku suka pasal tempat ni gabungan senibina Islam & India yang unik & indah. Masih boleh kelihatan bagaimana ketilitian orang terdahulu dalam membina Qutub Minar dengan ukiran ayat-ayat al-Quran yang Indah. Bangunan disekelilingnya juga melambangkan kehebatan empayar Islam pada suatu ketika dahulu.


Qutub Minar Checked
 
Ada cerita kelakar masa kami tengah jalan-jalan kat sini. Datang seorang security guard offer nak tunjuk spot menarik ambil gambar di sini. Apalagi kami pun tak fikir panjang & layankan saja sebab cara dia nampak macam ikhlas. Al maklum nak tolong pelancong kan. Semua 3 spot menarik dia tunjuk & siap tolong ambil kan gambar lagi tau. Lepas tu, dah selesai tiba-tiba dia minta upah pulak, aduh. Ingat tolong ikhlas tadi rupanya ada tujuan tertentu. So, nothing comes for free ya in India. Kami bayar jugalah tapi tak seperti yang dia harapkan. Tak minta tolong pun ok, sapa suruh pandai-pandai, hahaha.


Antara angle yang menarik nak ambil Menara

Antara angle yang menarik nak ambil Menara

Kami spend agak lama juga disini sebab destinasi terakhir & kami tunggu sehingga sunset. Bagus perancangan driver, Mr Kumar yang mencadangkan Qutb Minar merupakan destinasi kami yang terakhir. Pada mulanya, kami agak risau juga sebab kalau tengok masa macam dah terlambat. Masa tu kami hanya ada 1 jam saja lagi dari INA nak sampai ke sini sebelum Qutb Minar ditutup kepada pelawat. Tapi Mr Kumar sedaya upaya bawa kami sampai juga ke sini. Nasib baiklah massa kami sampai, orang masih ramai lagi & kami tak perlu beratur panjang nak beli ticket seperti local people sebab untuk pelancong ada lorong khas untuk beratur & guest what? kami tak perlu beratur panjang pun sebab lorong kami tak ada orang sangat. Even nak ke main entrance Qutb Minar pun ada lorong khas untuk pelancong. Yelah dah bayar mahal kan, of cos ada keistimewaan, hahaha. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Entrance fee Rp 500.

Ohh, kalau nak ke sini the best time to visit masa sunset. Sebab the true beauty of the Qutb Minar & bangunan disekelilingnya sungguh menakjubkan bila matahari hampir nak terbenam.


Antara angle yang menarik nak ambil Menara

Sebahagian architecture yang masih kukuh hingga kini

Travel bukan setakat jalan-jalan makan angin saja tapi kita belajar sesutau dari yang lepas

Qutub Minar from the other side

Kami mengakhiri tour di Qutb Minar atau destinasi kami yang terakhir sekitar pukul 7 juga. Actually, dah melangkaui masa melawat tapi sebab ramai pelawat lagi kot, sebab tu dia masih buka.

Mr Kumar dah setia menuggu kami di parking lot. Selepas ni, kami akan terus ke Delhi Airpot. Tak jauh lagi dah katanya tapi bergantung juga kepada traffic pada masa tu.

Kami tiba di Delhi International Airport around 8pm. Masih banyak lagi masa sebelum flight back to KL at 11.30pm.


The Journey ends... Thanks Mr Kumar for the enjoyable trip

Alhamdulillah, berjaya pun menamatkan entry Incredible India walaupun dah nak hampir 5 bulan. Antara salah satu wishlist yang dah tercapai nak sampai. And akan menyusul lagi another trip selepas ini, InsyAllah.

Till then, Good Bye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...