Pages

Tuesday, July 24, 2018

Annapurna Expedition Day 7: Annapurna Base Camp

Annapurna Base Camp, Nepal
Thursday, 07 Dec 2017


Dah lama sangat meninggalkan entry Expedisi Annapurna yang lepas. Semenjak kesibukan dengan plan nak ke India & Kashmir, & dengan tuntutan kerja yang banyak, so, terpaksa lah tangguhkan dulu buat sementara waktu. Sudahnya sampai sekarang ni tak update apa-apa pun lagi. Memandangkan entry trip Incredible India dah habis, boleh lah nak spend masa sikit habis kan story Misi ke ABC yang dah lama berlalu. Banyak kenangan ni, so, nak juga cuba habiskan.


Selapas sesi airmata kegembiraan & bergambar, kami pun mula bergerak ke Annapurna Base Camp (ABC). Kena berjalan lebih kurang 15min lagi nak sampai ke sini. Tak jauh dah pun tapi sebab altitude dah semakin tinggi, tekanan oksigen semakin rendah, agak menyukarkan sebahagian daripada kami untuk bergerak lebih laju. Aku sudah mula berjalan perlahan menemani Fad dibelakang. Tak ada beban nak dibawa pun sebab dia dah pass semua barang & bag termasuk windbreaker dia kat porter sebelum sampai ABC signboard tadi. Dah lah pakai 1 layer saja. Kuat betul daya ketahanan makcik ni. Aku tak nak salahkan sesiapa pun dalam hal ni. Mungkin dalam keadaan kepenatan kadang-kadang boleh terlepas pandang benda-benda penting macam ni. Tapi kena beringat lah sebab kat ABC trek ni porter tak jalan bersama, unless, korang jalan follow pace porter. Kalau boleh at least standby benda-benda penting seperti yang aku nyatakan dalam entry yang lepas… Actually, guide dah remind banyak kali juga pasal benda-benda ni. Nasib baiklah aku ada standby extra jacket dalam bagpack aku. So, aku pakai yang agak light & pass yang agak tebal sikit kat Nir. So that, dia boleh kasi downjacket dia kat Fad yang lebih besar sikit. Gitu methodnya.

Kami tiba di ABC lebih kurang pukul 5ptg. Sampai-sampai saja, terus masuk ke dining Hall sebab dah terlalu lama kat luar. Lega sangat dah sampai. Kami rehat sementara tunggu bilik kami ready. First thing yang kami cari, Wifi, hahaha. Haruslah update status terkini. Bayaran wifi dah jadi mahal sebab dah sampai kan, NPR300. Seperti semalam, hari ni, kami berempat, aku, Fad, Nir & Kak Bad masih berkongsi bilik. Sempit dia sama jer macam kat Deurali tapi bersyukur lah sebab kami dapat bermalam kat ABC. Aku sebenarnya agak kecewa bila tengok itinerary pada mulanya sebab plan asal, kami akan bermalam di MBC & hanya akan day trip saja ke ABC. Tapi Uncle cakap itu depend juga dekat kemampuan ahli Jemaah, kita tengok macam mana nanti. Betullah, kita ni hanya mampu merancang, kesudahanya siapa yang akan jangka kan. Tapi inilah yang sudah tertulis olehNya. Alhamdulillah.


A view of Annapurna range from Annapurna Base Camp

Kami di Annapurna Basecamp
  
Hari dah semakin gelap di Annapurna Base Camp

Antara pengalaman paling best mendaki

Machapuchare Fish Tail View from Annapurna Base Camp

Bilik kami berempat

Di luar jendela

Selepas dah masuk bilik masing-masing, tunaikan kewajipan dulu, lepas tu baru kami pusing-pusing kat luar base camp menikmati indahnya Mt. Annapurna. Tak banyak snow sangat pun tapi sebab angin agak kuat yang buat lagi bertambah sejuk. Tengok jam tak sampai negative lagi tapi aku baru tahu smart watch ni kalau kat body memang tak accurate sebab affected by body temperature, at least, kena buka biar kat luar dulu sekejap baru check temperature dia semula. So, aku rasa memang dah negative masa tu. Sebab sejuk dia lain macam dah.

Uncle ajak kami jalan-jalan kat atas bahagian yang lebih tinggi mengadap Mt Annapurna tapi macam tak sanggup nak pergi situ sebab dah semakin sejuk. Aku yang pakai 3 layer ni saja dah rasa kebas satu badan. Kalau ikutkan hati memang nak pergi tapi nanti takut keras pula. Silap aku juga tak bawa down jacket. So, aku tengok gambar uncle sajalah. Most of the picture below from Uncle Rashid Samsung Phone.


Tak naik sampai sini sebab tak tahan sejuk sangat dah

Annapurna Range

Annapurna Base Camp dari atas sikit

Machapuchare & ABC from top elevation

Kami masuk semula ke dining hall sebab tak larat dah nak stay lama kat luar. Sambung bersosial. Nasib baik wifi ada line juga walaupun nak loading boleh tahan lama. Dapat jugalah berhubung dengan family & friend di KL. Lupa masing-masing yang kami masih belum lunch lagi. Hanya makan maggi sup je pagi tadi di MBC. So, malam tu, Guide kami kasi order extra sebab kejayaan kami sampai di ABC. Masa kami tengah tunggu dinner, ada satu group dari Malaysia baru sampai. And leader dia ada tegur kami & tak sempat nak berkenalan lebih lanjut. Dah balik Malaysia baru tahu, kawan Cik Thirah rupanya, Aziem.


Annapurna Base Camp Dining Hall
 
Bila masing-masing dah dapat nyawa


To be continued...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...