Pages

Thursday, October 12, 2017

My 1st Half Marathon


Mungkin to certain people, aku ni buat kerja gila juga sebab baru balik panjat 3 gunung dah join half marathon 2 hari kemudian. Gila tak gila sebab aku sendiri pun lupa aku register HM tu. Tahu pun sebab dapat email notification collect race kit. Sebab target aku register pun sebab nak accumulate steps sempena Walk to Give event organized by my company. 

Mula-mula tu fikir malas juga sebab penat pun tak hilang lagi tapi sebab fikir recovery after hike tu, akak gagahi juga. At least, aku exercise jugalah, kalau tak, memang layan mata jelah duduk kat rumah. Makan tido makan tido... blah blah blah. 

Alhamdulillah, berjaya tamatkan larian walaupun takde target apa pun untuk first HM ni selain nak kurang berat badan. Less than 3hrs pun dah bersyukur sangat walaupun pace 8min/km. 




Dan berjaya kumpulkan 45K steps untuk hari ni saja. Terus melonjak balik ranking group & individual. Bak kata Cik Yam, kau dah balik dari cuti ni, terus naik ranking group kita, hahaha. Poyonya. 

InsyAllah, nak cuba yang terbaik for next coming HM bulan Nov nanti pulak. 

Ada juga orang cakap, apa yang kau cuba buktikan tiba-tiba masuk larian tu & ni...? Buat aktiviti sihat pun macam nampak salah juga. Takde nak buktikan apa-apa pun, aku rasa sekarang macam semangat nak join balik marathon ni semenjak berat badan dah naik ni, hahaha. Kalau tak join larian ni memang malas kot kalau saja-saja nak lari. At least ada peransang tu yang buat semangat nak berlari. Walaupun orang cakap nampak dah susut tapi hakikatnya, berat maintain takat tu saja... emmhhh. 


1 comment:

  1. takyah buktikan apa pun, bukti ko mmg cergas dan cerdas... aku tumpang semangat je...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...