Pages

Sunday, July 16, 2017

Journey to the top of Sumatera: Last Part

Gunung Kerinci, Jambi, Sumatra
Monday, 1 May 2017


Untuk entry yang terakhir ni, actually, aku dah cerita dalam first entry “Journey to the top of Sumatera” apa yang berlaku. Lebih kurang setengah jam selepas kami turun dari puncak, kejadian yang tak diduga menimpa sahabat kami, Fad. Kebetulan masa turun tu, aku, Fad, Bai, Thirah, Adeq jalan bersama tanpa pengawasan guide mahupun porter. Tony masih dibelakang bersama Eein manakala guide, Chimel jauh dihadapan bersama Miza & Didi. Nak buat macam mana, sudah ditakdirkan Fad tidak bernasib baik. Kecelakaan menimpa sahabat kami.

Untuk cerita lebih lanjut --> Journey to the Top of Sumatera: Gunung Kerinci

Dan disebakan kecelakaan yang menimpa Fad, kami semua sampai di Shelter 3 agak lambat. Nak bersiap-siap lagi, makan lagi, menunggu orang yang cedera turun lagi... semua pun makan masa 2 jam lebih jugalah. Kami mula bergerak 1.45pm dari shelter 3 menuju Pintu Rimba. Masa tu memang dah boleh agak, malam juga sampai ni dengan keadaan sahabat kami yang cedera lagi, ditambah pulak dengan cuaca yang masih hujan sewaktu mula bergerak turun. Nak tak nak, perjalanan harus diteruskan. Bertabah sajalah. 


View on the way turun dari Puncak

View yang indah mengiringi perjalanan turun kami

Saat-saat akhir sebelum kecelakaan menimpa Fad

Panaroma Kerinci descending from peak

Trek Kerinci yang kami lalu pagi tadi

Trail to the peak

Trail to the peak

Trail to the peak

Trail to the peak

Bagi aku agak tough pendakian untuk 2H1M walaupun possible. Barangkali, kalau tak disebabkan kecelakaan yang menimpa sahabat kami, boleh jadi, perjalanan nak sampai ke Pintu Rimba takdelah selewat yang dijangkakan. Tapi kita hanya merancang, selebihnya semua ketentuan Allah. Aku redha. Mungkin ini ujian dari Allah swt untuk kami.

Tapi kalau ada masa, aku advsie spend 3D2N for more enjoyable hike & experience. Takdelah rushing macam kami ni. Nasib baiklah semua masih ada energy yang cukup & mental yang kuat nak sampai ke Pintu Rimba dengan trek yang lecak & horror, ditambah pulak dengan hujan yang tak henti-henti turun. Actually, this is not my first time. Dulu pun pernah merasai pengalaman yang sama (masa cuti CNY yang lepas kot) sewaktu mendaki Mount Pulag Philipines (tak sempat nak story lagi), dimana kami tiada pilihan lain selain terpaksa turun dari puncak on the same day sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan untuk kami bermalam di Saddle camp. Bayangkan lah terpaksa trekking hampir 10jam dalam cuaca yang sejuk amat ditambah pula dengan ribut. Tapi kalau nak compare trek, Kerinci is the worst. 


Trail turun dari Shelter 3 to Shelter 2

Sempat lagi jual minyak, hahaha

Trail turun dari Shelter 3 to Shelter 2

Trail turun dari Shelter 3 to Shelter 2

Trail turun dari Shelter 3 to Shelter 2

Trail turun dari Shelter 3 to Shelter 2

Trail turun dari Shelter 3 to Shelter 2

Trail turun dari Shelter 3 to Shelter 2

Subhanallah, awesome view menuju Shelter 1

Aku, Fad , Thirah, Chimel (guide), Andes (porter) sampai di Pintu Rimba dalam 10.30pm. Miza, Bai & Nisah dah sampai lebih awal. Wawa, Remy & Jamil dah tak kelihatan, dah selamat sampai di Homestay barangkali. Aku rasa ni lah first time trip yang ahli lain tak berapa nak hirau ahli group kau yang lain walaupun dalam group yang sama. Emmhhh, aku rasa trip leader kami pun tak pernah nak tanya keadaan ahli group kami. Memang lah aku agak emotional di Shelter 3 tadi tapi tak bermakna kau selaku wakil kami dari KL boleh abaikan kami begitu saja. Aku memang seriously kecewa sebab trip leader yang kami harapkan dapat membantu keperluan kami disini mengaku dia hanya participant saja bila dah jadi kecelakaan yang menimpa sahabat kami. Kalau macam tu baik aku arrange everything . Lepas tu, kau nak join sekali pun boleh. Aku takkan pertikaikan pun kau nak buat apa dah lepas tu. Habis cerita.

Memandangkan, Adeq & Eein masih jauh dibelakang, kami decide nak gerak dulu balik ke Homestay. At least boleh lah bersiap-siap dulu & settle keperluan lain while waiting for them. About 30min juga nak sampai ke homestay dari Pintu Rimba & kami semua memang tak banyak berbicara sebab masing-masing pun dah pewai. Tak sabar rasanya nak sampai ke homestay walaupun pada hakikatnya kami tahu tak sempat nak rehat pun sebab kami perlu bergerak seawal 4pagi menuju Padang yang dianggarkan 7-8jam perjalanan dari Homestay. Apa yang ada dalam fikiran aku masa tu cuma nak bersihkan diri yang dah tak terurus ni.

Kami sampai di homestay dalam pukul 11.30pm. Kepulangan kami disambut dengan kerisauan ahli keluarga Pak Rapani. Syukurlah masih ada yang nak ambil berat keadaan kami masa tu. Ahli group sendiri entah ke mana. Hanya keluar ketika kami sudah bersiap-sedia nak bergerak ke Padang saja. Sampai saja kat homestay, cari air paip dulu nak bersihkan kasut yang dah takde rupa dah. Memang tak sanggup rasanya nak tengok kasut tu dah tapi sebab fikirkan dah banyak berjasa kan, aku bawa juga lah balik Malaysia, hahaha. La Sportiva Fad & Columbia Thirah dah selamat jadi penghuni homestay Rapani. Alhamdulillah, lepas balik Malaysia, 1 hari juga aku rendam dengan Vanish & Dynamo nak hilang kan lumpur yang degil & bau. Setengah jam saja sental kasi hilang semua kotor, fuh. Tak pernah aku basuh kasut sedegil ni, hahaha. Alhamdulillah, semalam dah selamat beraksi semula di Bukit Saga.

Adeq & Eein sampai di Homestay dalam pukul 1pagi lebih juga. Masa tu, kami semua dah siap mandi & masih berkemas keperluan masing-masing untuk pulang. Kami hanya sempat makan dinner pun dah dekat pukul 2pagi. Kami mula bergerak ke Padang dalam pukul 4am lebih. Aditya seperti biasa bawa van laju gila tapi no komen sebab kami memang dah lewat. Dan kami sempat sampai di Padang lebih awal dari yang dijangkakan. Sempat lah nak beli ole-ole Padang nak pulang ke Malaysia juga walaupun hanya ada masa yang terhad. Alhamdulillah.

This entry marked the end of my Kerinci Story.

Until the next mountain.

Akhir kata, Gunung Kerinci bukan biasa-biasa.


2 comments:

  1. bukan pengalaman biasa. Dilalui oleh mereka yg luar biasa.

    ku ingtkan ko sekali beli kasut baru dgn diorang... kot kaler merah pulak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...