Pages

Wednesday, July 5, 2017

Journey to the top of Sumatera: Mount Kerinci Part 3

Gunung Kerinci, Jambi
Sunday, 30 April 2017


Lama sangat dah rasanya tak update pasal Kerinci Ekspedisi. Lemau sepanjang Ramadhan sebab perut kosong, hahaha. Anyway, will try to fnish before terkubur di pertengahan jalan.

Continue from previous post.


Trek: Shelter 1 to Shelter 2 
Difficulty: Moderate to Hard
Estimated time: 2.5 - 3hrs

Kami menunggu dahulu kesemua lineup sampai ke sini untuk berehat dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke shelter 2. Hanya setelah selesai kesemuanya, barulah kami memulakan pendakian seterusnya menuju ke Shelter 2. Kami dimaklumkan anggaran pendakian sekitar 3jam untuk sampai ke Shelter 2. And another 1-2hrs from Shelter 2 to Shelter 3. So, tak boleh lah nak spend lama sangat di Shelter 1 ni.

Jalur pendakian menuju Shelter 2 semakin menaik & cuma ada certain trek yang agak mendatar tapi mostly memang menaik jelah. Pendek kata, memang tak kasi chance lansung. Barulah terasa penat sikit masa ni. Bagi aku 3jam tu memang agak lama jugalah untuk mengadap trek yang macam ni.

Jom layan trek menuju Shelter 2.


Trail from Shelter 1 to Shelter2

Trek semakin mencanak menuju Shelter 2

The mossy forest on the way heading to Shelter 2

Trail from Shelter 1 to Shelter2

For certain trek, laluan menjadi semakin sempit untuk diharungi

Trail from Shelter 1 to Shelter2

Trail from Shelter 1 to Shelter2

Ada small campsite before sampai Shelter 2

Trail from Shelter 1 to Shelter2

Trail from Shelter 1 to Shelter2

Trail from Shelter 1 to Shelter2

Aku, Bai, Thirah, Miza & Didi tiba tiba di shelter 2 lebih kurang dalam pukul 4.00 pm. Masa ni suhu dah semakin sejuk sebab kami dah berada di ketinggian lebih daripada 3000m. Kami berehat sebentar & decide nak solat dulu sebelum menuju ke final destination for today, Shelter 3. Kebetulan masa kami sampai kat Shelter 2 masih tak ramai lagi hikers, so, masih ada ruang yang selesa nak tunaikan kewajipan dulu. Bukan apa, takut tak sempat sampai di Shelter 3 before 6pm, so, dah alang-alang ada masa tu kami tunaikan lah apa yang patut dulu. Masa ni dah tak kelihatan bayangan peserta lain... wawa, Remy & Jamil. Dah selamat sampai di Shelter 3 barangkali. Enjin Turbo ++ tak boleh nak compare dengan kami yang enjin 1.3L ni. Takpelah, yang penting pelan-pelan tapi pasti.

Oh, area di campsite Shelter 2 agak terhad dan hanya mampu mendirikan beberapa biji khemah. Tapi yang bagusnya area di sini masih ada pokok-pokok yang agak tinggi dimana ada kelebihan mampu menghalang khemah daripada terkena tiupan angin kencang. Tak salah aku terdapat satu waterpoint kat Shelter 2 ni tapi aku tak pasti kat area belah mana sebab kami pun masih ada bekalan air yang mencukupi. Alhamdulillah, tak banyak sangat consume air untuk hari ni. Water bladder aku yang 2L pun mampu bertahan sampai ke Shelter 3. Itupun masih ada balance lagi. Syukur, cuaca tak panas dari mula pendakian lagi. 


Shelter 2 at 3,100 mdpl height


Trek: Shelter 2 to Shelter 3 (Campsite)
Difficulty: Very Hard
Estimated time: 1 – 2hrs

Kami tak rest lama pun di Shelter 2 sebab nanti lewat pulak nak sampai shelter 3. Selepas menunaikan perkara yang wajib & rehat sebentar, kami memulakan pendakian semula menuju Shelter 3. Kami tidak menunggu Fad, Eein & Adeq yang katanya masih dibelakang lagi bersama 3 orang porter. Beza antara kami lebih kurang 1jam lebih juga. So, kami berlima decide untuk sampai ke Shelter 3 dulu memandangkan cuaca yang dah semakin sejuk. Takut nanti AMS pulak sebab berhenti terlalu lama dalam cuaca yang sejuk. Risau juga dengan yang lain, apapun doa kami sentiasa mengiringi sahabat yang lain yang masih dibelakang.

Trek menuju Shelter 3 dari Shelter 2 memang sangat-sangat mencabar. Dari permulaan saja kami dah kena berhempas pulas menggunakan segala kudrat yang ada untuk sampai ke Shelter 3. Among other trails menuju Puncak Inderapura, aku rasa trek menuju Shelter 3 yang paling mencabar & susah. Kekuatan tangan sangat diperlukan sebab korang akan lebih banyak guna untuk trek menuju Shelter 3. Kami juga dinasihatkan untuk menyimpan siap-siap hiking stick kami sebelum memulakan pendakian menuju Shelter 3 sebab takde keperluan sangat disini. Penggunaan hiking stick hanya akan menggangu pergerakan sewaktu memanjat. Masa ni lah macam-macam aksi yang tak pernah buat pun terpamer, hahaha. Layannn.


Trail from Shelter 2 to Shelter 3


Trail from Shelter 2 to Shelter 3 banyak menggunakan kekuatan tangan

Trail from Shelter 2 to Shelter 3

Trail from Shelter 2 to Shelter 3

Trail from Shelter 2 to Shelter 3

Semakin menghampiri Shelter 3

Nasib baiklah kami mampu mengharungi trek menuju Shelter 3 dari Shelter dalam tempoh 1.5jam sahaja. Alhamdulillah, kami selamat sampai campsite di Shelter 3 sekitar 5.30pm. Sewaktu kami sampai, geng turbo dah selamat santai-santai & rehat. Jeolousnya. Khemah pun masih belum dipasang kesemuanya. Hanya sebahagian sahaja. Masa kami sampai, cuaca agak mendung sikit & gerimis.

Bila dah pasang khemah pun banyak masalah juga, zip rozak lah, khemah masuk air lah... blah blah blah. Rasanya dah komplen dari kami sampai, dah malam baru nak fix khemah aku tu, huh. Kecewa juga dengan service dia masa tu, macam mana lah boleh tak check dulu before start ekspedisi. The rest of our team, Fad, Adeq & Eein bersama-sama 2 orang porter before 8mlm. Alhamdulillah, semua dalam kondisi yang ok walaupun nampak dah pewai.


Puncak Inderapura kelihatan dari campsite kami

Campsite kami di Shelter 3

Aku tak lalu makan, bekalan yang kami bawa siap-siap dari hometsay for dinner. Actually, memang dah boleh agak dah sebab dah sampai kat shelter 3 nanti confirm dah sejuk & keras. Nasib baik ada bawa biskut & chocolate, boleh jugalah nak alas perut. Memang tak boleh nak compare service kat Kerinci dengan service yang kami dapat kat Rinjani & Semeru yang memang sangat ok especially bab makan. Masa di Rinjani & Semeru, makan malam memang special jugalah & paling penting kami tak makan makanan sejuk for dinner. Semua prepare masa dah berada di Campsite. Honestly, aku takde lah mengharapkan makanan yang mewah & layanan first class dari agent kami, tapi cukuplah sekadar sederhana & memuaskan hati semua pihak. Sepatutnya, Pak Rapani & team patut tahu kami memerlukan energy yang banyak untuk summit attack keesokkan harinya, so, dinner suppose to be something healthy to give us energy.

Esok kami dijangkakan akan bergerak 4.00am for summit attack. Bagi aku macam agak lambat juga. Sempat ke nak catch the sunrise dekat puncak nanti. Masa tu dah terfikir, don't think so. Walaupun jarak campsite kami dengan puncak lebih kurang 600m tapi perjalanan nak menuju ke puncak boleh tahan lama juga, lebih-lebih lagi dengan kondisi trek gunung berapi, berpasir & berbatu. Emmmhhhh. Compare to other trip Semeru & Rinjani, kali ni aku rasa, dapat rehat lebih lama sikit before summit attack.


To be continued...


3 comments:

  1. yg menuju shelter 3 ni ek Didi seliuh? ke masa turun?

    ok jgk la korg bergerak berlima ada jugak guider/porter ikut walaupun kena tinggal dgn geng turbo. patutnya geng turbo sampai tu dh boleh cek dulu kot khemah rosak ke apa, pastu masak-masak utk makanan. bab makan walaupun aku takde la cerewet tapi betul la kata ko, dh guna agent nak la yg fresh. yg tapau tu, korg kena bawak sendiri ke lepas diorg masak, atau diorg yg bawakkan sampai shelter 3 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms otw nk ke shelter 2.

      Mula2 mmg dia suruh kami bw sndri, kami dh bising2 baru nk bw kn itu pon dia letak dlm personal porter bag. Mmg huru hara jg lah mgmnt dia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...