Pages

Friday, October 27, 2017

Expedisi Mt. Raung Day 2: Camp 7 Raung

Kalibaru, Banyuwangi, Indonesia
Saturday, 23 Sept 2017


Aku sampai di Camp 7 sekitar 12.15pm. Masih awal lagi, so, masa yang ada lepak & tidur di khemah dulu sementara tunggu camp mate sampai. Uncle tak masak lunch di Camp 7 sebab dia dah prepare siap-siap dari Camp 4 suruh kami bawa siap-siap sampai Camp 7. Packed lunch kami sama macam menu breakfast pagi tadi. Nasi putih & rendang daging hitam.


Normal view at Camp 7 during peak season

Satu khemah 3 orang

Ohh, terdapat toilet semulajadi kat Camp 7 ni. Nampak proper sikit sebab tertutup cuma tak keseluruhan ditutup rapi lah, belakang dia open, hahaha. So, kalau siang tu make sure tak ada orang lalu lalang lah. Nak lebih selamat & aman masa buat projek, sila bawa geng teman dari jauh. 


Toilet semulajadi tapi ada penghadang pun dah kira ok... bau tak payah citer lah ya, buat hati kering, hahaha

Kami makan dinner agak awal juga sebelum pukul 5.30pm sebab Uncle nak make sure kami tidur awal. Esok kan nak summit attack Raung dah. Pukul 2.30am dah mula gerak, so, kena budget lah nak bangun pukul berapa buat persiapan terakhir sebelum mula bergerak. 


Menu utama... Sambal bilis berlada

Menu special kedua... sayur-sayuran
Menu special ketiga (takde gamba), serunding daging mak Wani

Chef kami yang komited dari day 1 sampai last day

Salah satu sebab aku suka join trip hiking dengan Uncle Rashid ni, dia akan make sure kami dapat hidangan yang masih panas untuk dinner. Barulah rasa lebih semangat & merasa nikmat makan ditempat yang tinggi & dingin.


Dinner time

Eating while enjoying the view

Selepas dinner, tak ada aktiviti yang menarik pun. Hari pun dah menjelang senja, kami pun mulalah berkumpul disuatu sudut hujung Campsite untuk layan sunset. Memandangkan Camp 7 punya area agak terbuka, so, memang satu nikmat jugalah nak tengok keindahan alam semulajadi dari sini. Alhamdulillah, cuaca cantik untuk kami lihat sunset hari ni. Walaupun tak dapat tengok matahari bulat terbenam disebabkan dihalang awan tebal tapi dah syukur sangat dapat tengok awan karpet dengan biasan cahaya yang indah dari Campsite kami.


Subhanallah

Tak nampak matahari pun but still MasyaAllah

Beautiful sunset at Camp 7

Selamat Malam

Hari pun dah semakin gelap, kami pun kembali ke khemah masing-masing untuk membuat persiapan yang perlu bagi summit attack keesokkan pagi nya. Better prepare siap-siap apa yang perlu dibawa esok pagi sebelum tidur, so that, esok pagi bangun tak ada lah kelam kabut. Pakaian untuk summit attack esok pun kami dah pakai siap-siap sebelum tidur. Bila semua dah ready, baru lah boleh tidur dengan aman sikit.

Malam kat Camp 7 ni memang sangat cantik sebab open space kan. So, memang cantik gila langit malam tu. Sempatlah layan sekejap sebelum tidur. Hajat dihati nak buat night shoot tapi mata ni makin lama dah makin berat. Menyesal juga tak buat malam tu sebab walaupun kami spend 2 hari kat Camp 7 tapi hakikatnya memang tak ada masa dah untuk malam kedua sebab balik dari summit attack memang tak larat sungguh dah nak buat apa-apa. Dalam fikiran nak tidur je bila dah sampai campsite nanti. Percayalah. Sebab kau dah spend energy yang banyak untuk summit attack saja.

To be continued...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...