Pages

Tuesday, October 17, 2017

Cerita Raung

KL-Surabaya-Kalibaru
Thursday, 21 Sept 2017

Aku rasa trip ke Surabaya ni semacam dah menjadi tradisi bagi trip aku every year. Mana tak nya, kalau ikutkan ni dah kali ke-5 kot aku ke Surabaya. Tapi yang pasti trip kali ni bukan for Bromo version 5.0 ya tapi hanya sebagai tempat nak berlabuh sebentar sebelum memulakan layar keesokkan harinya.

Trip ke Raung ni aku dah plan sejak setahun yang lepas lagi. Macam biasa lah, masa ada AA promo seat. Dan aku biasanya akan pilih trip yang boleh combine dengan public holiday sebab nak save cuti. Al maklum, kerja makan gaji, so, perancangan untuk cuti berjalan tu adalah amat penting untuk kelancaran kedua-dua belah pihak. Dan masa tu salah satu yang menjadi tarikan aku adalah trip ke Gunung Raung. Actually, aku pun sudah dimaklumkan beberapa kali oleh Uncle Rashid yang trip next year for Raung-Ijen-Batur. Aku rasa tiap kali pi kedai Uncle pun, dia asyik duk highlight trip raung dia kat aku. Sudahnya, terpengaruh juga nak join, hahaha. Nasib baik dapat respon yang positif juga dari ahli GSH yang lain. So, kami book tiket one way ke Surabaya dulu & return from Bali kemudiannya. And finally, we’re here for Raung. 

Jom share gambar kejayaan dulu... sebab nak tunggu habis entry Raung ni memang lama lagi, hahaha. InsyAllah, will try to finish before the next hiking trip.


Tak sangka sampai juga kat sini

Achievement unlocked
Tahniah semua

Back to main story...

Sebenarnya, trip kami hanya akan bermula esok tapi sebab aku amik sehari lebih awal sebab nak grab zero fare. Lagipun aku dah survey, kalau overnight pun boleh dapat budget hotel serendah RM30/pax/night included breakfast. So, still murah compare ambil the next day flight. Kami telah memilih hotel Walan Syariah untuk overnight. Hotel ni takde lah syariah compliance sangat pun tapi sebab nama dia unik, so, mesti ramai yang akan fikir sesuatu. Hotel dia bagi aku, biasa saja sepadan lah dengan harga budget. Since kami sampai sehari lebih awal, masa yang ada kami gunakan untuk packing siap-siap untuk barang-barang yang nak pass ke porter di Raung nanti. Nanti dah sampai Kalibaru takde lah kelam kabut sangat & ada masa nak rehat lebih sikit.


Untuk harga serendah RM32/pax dapat breakfast macam ni pun dah kira ok sangat.
Keropok ikan tu sedap sangat, rasanya kami habiskan hampir setengah balang kot, hahaha.

Uncle Rashid yang baru sampai dari Bali after first trip Raung check-in di Hotel yang sama juga. Sebab dah alang-alang katanya, baik sama hotel je senang sikit nanti. Non-stop trip Uncle tapi dia cool jer. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Keesokkan harinya, baru dapat tahu ada sorang lagi yang akan join trip Raung-Ijen-Batur kali ni selain dari group Faiz yang aku dah kenal terlebih dahulu masa training rock climbing yang lepas. So, for the first time juga aku kenal Wani yang kebetelulan akan join trip kami bersama-sama kali ni. Kecik molek je Wani ni tapi hebat orang nya. Seorang climber & kerjaya dia pun ada sangkut paut jugalah dengan apa aktiviti yang dia buat ni. Kagum. 


Ready nak berangkat

Pagi tu next agenda kami nak ke Airport pick-up group Faiz & geng. Dulu mula-mula book trip dengan uncle line-up kami sepatutnya 17 orang included 7 from group kami. Tapi bila dah dekat-dekat makin jadi kurang & akhirnya, hanya 4 orang saja dari group Faiz, Wani alone & 6 orang saja dari group kami. Kiranya, GSH juga yang masih mendominasi trip kali ni, hahaha. Kami kalau tidak, 7 orang juga tapi sebab Nir baru balik dari Gunung Elbrus, so, agak mustahil dia dapat cuti untuk trip lain lagi. Tapi apalah sangat nak compare Elbrus dengan Raung kan, which is much more better.

Sementara menunggu group Faiz sampai, kami dikejutkan dengan kehadiran Puteri & Muhe, yang kebetulan datang menghantar bekalan makanan untuk trip kami. Dia orang pun terkejut juga tengok kami yang rupanya datang untuk second trip Raung ni. Tak caya agaknya kami nak ke Raung, hahaha. Ohh, Puteri & Muhe ni merupakan guide laki bini untuk trip Semeru kami yang lepas. And antara the best guide yang aku pernah jumpa sebab sangat tabah melayan kerenah kami dahulu. Dan antara ayat dia yang aku tak boleh lupa saat mengimbau trip yang lepas, yang “nyanyi-nyanyi” dulu, errkkk, hahaha. Itu juga yang dia ingat dalam banyak-banyak memori indah trip Semeru yang lepas. Agaknya itu first time dia tengok Malaysian yang buat video klip di Ranu Kumbolo. Hahaha. Apapun nice to meet both of you. 


With guide Semeru yang lepas, Puteri

Transport kami ni memang ngam-ngam untuk ahli trip kali

Happy sungguh Puteri jumpa kami, macam lama tak jumpa sangat lah tapi memang dah lama pun. Puteri & Muhe siap boleh buat statement, kalau tahu kami yang nak ke Raung, memang dia orang siap nak ikut. Tapi memang nampak kecewa sangat muka Puteri sebab tak dapat follow trip kami. Uncle pun tak inform mereka yang kami merupakan group ke-2 ke Raung. Aku rasa uncle pun tak ingat yang Puteri & Muhe pernah guide kami dulu sebab Aunty yang in charge everything untuk trip Semeru yang lepas.

Selepas dah cukup semua peserta, kami pun mula bergerak menuju ke destinasi seterusnya. Makan dulu lah sebab memang dah lunch time pun masa tu. Masa ni, kami dah mula bergerak bersama-sama guide kami yang akan ke Raung juga, Totok & Soleiman. Soleiman pun masih serius & pendiam lagi masa ni. Hanya totok saja yang sudah memulakan perbualan dengan kami.

Perjalanan dianggarkan 7-8jam nak sampai ke Kalibaru tapi aku rasa driver kami made it less than 7hrs termasuk waktu berhenti solat, shopping di Indomaret, minum petang & dinner. 


Hotel kami bermalam sebelum the real trip tomorrow

Alhamdulillah, kami sampai sekitar pukul 8pm lebih juga di Raung View Hotel Kalibaru. Malam tu juga persiapan untuk ke Raung the next day sudah dimulakan. Kelengkapan pendakian seperti harness & safety helmet juga sudah diagihkan kepada sebilangan peserta. Aku pulak sambung kemas lagi sebab nak try minimize barang nak pass to porter sebab kami perlu memasukkan safety harness & helmet ke dalam personal porter bag or else bawa sendiri. Aku bawa safety helmet sendiri. Try nak minimize pun berat juga sebab kali ni trip kami yang paling banyak kena bawa bekalan air dari bawah memandangkan tiada water source kat Campsite Raung nanti. Personal backpack saja aku bawa 3L. Dan hanya 1L saja aku tumpang ke Porter bag. Walaupun kami sudah diberitahu porter akan bawa bekalan air untuk group kami juga tapi rasanya lagi elok bawa extra untuk penggunaan personal. Porter pun manusia juga. Kami juga sudah diberitahu untuk membawa bekalan air masing-masing selain yang dibawa porter.

Ohh, hari ni 21hb Sept merupakan Awal Muharram di Indonesia. So, kiranya, kami sambut sehari lebih awal tahun baru Islam 1439H. Selama Tahun Baru. 

To be continued...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...