Pages

Thursday, December 10, 2015

Kanchanaburi Tour: Death Railway & Train ride to River Kwai Bridge

Death Railway, Kanchanaburi
Friday, 20 Nov 2015


Perjalanan ke Death Railway dari Erawan waterfall dianggarkan dalam 45min. Depending on driver punya speed juga. Alhamdulillah, minivan kami sempat sampai awal sebelum pukul 4pm. Kiranya masih sempatlah kami nak berjalan-jalan di sekitar stesen Thamkra Sae sebelum the next train sampai.

Pada mulanya plan kami nak sampai ke stesen Thakilen saja as suggested by our driver. And from there, driver kami akan menunggu and pick up kami untuk ke destinasi seterusnya ke River Kwai Bridge. But, plan has changed after aku tanya pendapat Dao what if kami direct terus ke bridge over the River Kwai saja, yelah dah alang-alang kan. So, Instead of going there by minivan, we took train direct from Thamkra Sae to River kwai bridge. Sebabnya nanti kami akan ke situ juga. Dao cakap boleh saja & she immediately inform driver kami tukar plan. Tapi masa tu tak terfikir pulak jarak nak sampai ke River Kwai bridge tu agak lama dari Thamkra Sae. Ingatkan dekat jer boleh save time kan naik train, rupanya nak 1 jam lebih juga termasuk train stop agak lama di stesen tertentu. Macam mana kami tahu 1 jam pun sebab one of the tour guide dalam koc yang cakap. And dia siap convince kan kami, masih sempat sampai by 6pm and catch the sunset. 


Thamkra Sae station



History...

The Burma Railway, also known as the Death Railway, the Burma–Siam Railway, the Thailand–Burma Railway and similar names, was a 415-kilometre (258 mi) railway between Ban Pong, Thailand, and Thanbyuzayat, Burma, built by the Empire of Japan in 1943 to support its forces in the Burma campaign of World War II. This railway completed the railroad link between Bangkok, Thailand and Rangoon, Burma (now Yangon). The line was closed in 1947, but the section between Nong Pla Duk and Nam Tok was reopened ten years later in 1957.

Forced labour was used in its construction. More than 180,000, possibly many more Asian civilian labourers (Romusha) and 60,000 Allied prisoners of war (POWs) worked on the railway. Of these, estimates of Romusha deaths are little more than guesses, but probably about 90,000 died. 12,621 Allied POWs died during the construction. The dead POWs included 6,904British personnel, 2,802 Australians, 2,782 Dutch, and 133 Americans. (source)


Hampir 72 tahun tapi masih kukuh

Menjejak sejarah

Death Railway... peninggalan sejarah yang masih kekal sehingga kini

There is a small cave located next to Tham Kra Sae train station. The Death Railway is passing this cave and one of the most beautiful parts of the section is the railway is in between mountain and river. Anyway, kami tak masuk pun Kra Sae cave ni ni. Bergambar dia atas death railway lagi menarik. 


We were allowed to walk on this rail when there is no train

View river kwai from Thamkra Sae railway

Semua dah berkumpul menunggu ketibaan train

Ohh tiket tak perlu beli di kaunter, just naik jer train & bayar kat dalam train. Masa ni lah baru cakap destinasi ke mana. Train sampai ke bridge over the River Kwai harga THB100. Masa ni kami follow jer pelancong mat salleh & their tour guide naik koc mana sebab rasanya koc terakhir saja yang agak kosong. Ada tips juga kalau nak naik train ni. Memandangkan train kami dari Wang Pho, so, kena pilih seat belah kanan lah kalau nak tengok view sungai & amik gamba dari angle yang cantik. Berebut-rebut juga lah kami dengan pelancong mat salleh yang ramai masa tu. Anyway, dapat juga right side seat walaupun kami terpaksa shared. 


Yang dinanti sudah tiba... ayuh

Excited kekakak semua

Aku rasa dari kami mula naik, dah jadi huru hara jugalah koc kami tu. Apa tak nya sekejap ke kanan... sekejap ke kiri, ambik gamba. Macam orang first time naik train pun ada. Anyway, view sepanjang perjalanan kami memang sangat menarik & indah. Tak rugi rasanya amik train ride from Thamkra Sae to River Kwai Bridge.


View seen from the train

Matahari sudah hampir melabuhkan tirainya

Sepi... Penumpang semakin beransur kurang selepas station berikutnya

Selepas station yang ketiga & seterusnya... aku rasa train tu dah macam kami yang punya, hahaha (ketawa jahat). Ke hulu ke hilir... ke depan ke belakang... ke kiri ke kanan... nampak sangat dah macam tak tau nak buat apa. Sempat juga tu menyanyi menghiburkan hati... apa kisah, koc terakhir tu kami yang punya. Nasib baiklah mat salleh pelancong semua dah turun, kalau tak, memang kami jadi bahan ketawa mereka saja. Apa tak nya, macam orang jakun, first time naik train pun ada. Huru hara pun satu, mana tak mereka pelik dengan kami. Bukan jakun tau tapi over excited, hehehe.


Subhanallah view yang indah menghiasi perjalanan kami on the way to river kwai bridge

One more station sebelum sampai river kwai, tiba-tiba train kami berhenti agak lama juga. Huish, risau sangat dah masa ni. Kalau ikutkan timing, kami sepatutnya sempat sampai before 6pm di River Kwai bridge seperti yang diberitahu oleh one of the guide yang membawa pelancong mat saleh tadi. Tapi bila dah lama sangat ni, aku rasa harapan hanya tinggal kenangan. Padahal masa tu, kami boleh jer enjoy sunset dari train saja lagi lah dengan view yang ohsem. Tapi mungkin nasib menyebelahi kami, matahari dah tenggelam di balik awan yang tebal sebelum sempat kami nak menikmati sunset yang sempurna di Kanchanaburi. So, takde lah rasa terkilan sangat sampai lambat pun di river kwai bridge station (ayat nak sedapkan hati yang lara).


Sometime on the way to the dream, you get lost and find a better one

Tak tahu nak buat apa dah dalam train masa ni

Banyak sangat masa terluang sampai tak tau nak buat apa dah, hahaha

By time train kami lalu di atas river kwai bridge, kiri & kanan train kelihatan pelancong sedang berkumpul di suatu sudut untuk memberi laluan kepada train kami. Mereka ni berada di atas landasan sewaktu train kami lalu, so, nak patah balik ke darat, agak jauh, so, ada space di kiri & kanan landasan untuk pelancong stay safe while train passes by. Masa ni terasa kehadiran kami seolah-olah dialu-alukan sebab kami saja yang tinggal kat koc belakang tu....hahaha, perasan.  Alhamdulillah, finally sampai juga walaupun dah agak lambat. Still boleh nampak cahaya sunset lagi. Masa kami sampai ni pun tengah ramai sangat orang kat atas landasan.


Hari pun dah makin nak senja dah by time we arrived River Kwai Bridge

Hari ni matahari dah tenggelam lebih awal dibalik awan yang tebal

While busy taking photos, received call from Dao, katanya minivan sudah bertukar & dia sendiri yang pick up kami di River Kwai station. Finally, berjumpa pun dengan gadis muda ni. Rupanya Dao ni, adik kepada Mat. Kiranya famili business lah ni. So, kalau ada yang berminat nak dapatkan service daripada Dao & Mat, boleh contact below business card.




We ended the trip for today with so many feeling. Penat tapi sangat puas hati & happy. Before balik ke guesthosue, kami minta Dao send kami ke kedai halal makan semalam. Malam ni kami semua dinner makan nasi Ayam. 

Keesokan nya kami masih menggunaakan khidmat Minivan dari Dao untuk send kami back to Bangkok. Kos yang dikenakan agak berbaloi untuk kami ber-6. THB2000 for minivan seawal 5.00pagi from Tara Raft Gueshouse direct to Cheqinn Hotel, Bangkok. About 2.5hrs journey.

To be continued...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...