Pages

Monday, December 28, 2015

Bangkok Last Day

Bangkok, Thailand
Sunday, 22 November 2015


Right away after Maeklong, kami terus kembali ke Bangkok City. Walaupun hari ni last day kami di Bangkok but still we have many time until our next day flight at 7.00am tomorrow, so, no rush. Still banyak lagi boleh explore kat Bangkok ni. Lagipun, aku memang dah target kami akan jalan-jalan shopping hari ni. So, sampai je kami di Bangkok, first thing first, cari makan dulu lah. Aku memang akui, agak susah nak cari Halal Food kat Bangkok ni. Kalau ada pun memang mahal. Rasanya kat mana-mana tempat pun kalau majority bukan Islam, memang Halal Food a bit expensive compare to negara yang memang majority nya Islam. Yelah, banyak syarat yang nak kena patuh kalau betul-betul Halalan Toiban. Dan sebab salah satu nak dapat supplier yang Halal tu kadang-kadang buat certain kedai terpaksa charge mahal untuk kes macam ni. Anyway, understood the situation. So, the best way kalau tak nak pening-pening fikir mana nak cari Halal food or spend most of you travelling money for expensive foods than buat lah perancangan terbaik sebelum ke Bangkok ni. Salah satu cara boleh bawa halal food sendiri nak melancong ke sini. Tak pun, korang boleh spend at least skali sahaja makan kat kuar. Breakfast & Dinner, stok sendiri dari Malaysia. 


Victory Monument

Victory Monument... the other side

After Victory Monument, kami terus ke MBK mall nak cari Halal Food yang boelh dimakan. Plan asal macam nak masuk ke Yana Restraunt tapi bila tengok jer harga dia. Rasa nak pitam pun ada, hahaha. Mahal sangat. Bukan tak mampu tapi budget memang ngam-ngam je ni. Lagipun kami decide nak ke Platinum & Pratunam lepas ni. So, kami decide ke food court sahaja. Mahal juga tapi takde lah semahal Yana Halal Restraunt tu. Ada dua kedai halal kat Food court MBK Mall ni, Arab food & Indian Food. But still they have choice of Thailand dish juga. Alhamdulillah, kenyang. 


Tempat Solat

Ada reserved seat juga

Next agenda, kita ke Platinum Mall & Pratunam Mall. Recommended place nak shopping murah di Bangkok. From MBK Mall, we took BTS skytrain to Ratchathewi station. From Ratchathewi station, you need to walk about 2km which is around 20mins to reach Platinum Mall. Jauh juga tapi good exercise. Rasanya nak balik nanti macam tak sanggup nak menapak balik, hahaha. Dulu pun macam tu juga, pergi je naik train, balik tu… bila dah banyak sangat benda kat tangan, rasa-rasa sanggup ke nak menapak balik ke BTS station. Anyway, dulu sebab company trip & kami ada senior citizen yang follow kami, so, kami akur naik Tuk-Tuk balik ke Hotel after dapat harga yang reasonable. 


Platinum Mall

Tak banyak pun shopping kali ni. Maybe, sebab tak tahu nak beli apa dah. Lagipun, this is not my first time. So, aku cuma banyak bawa mereka-mereka ni round satu tempat ni & cari tempat yang paling sesuai nak beli souvenirs & yang sewaktu dengan nya. Kami spend taka lama pun kat sini. Lepas dapat apa yang dicari, kami pun bergerak keluar ke next building, Pratunam Mall. Tapi agak kecewa sebab masa kami sampai tu, banyak kedai dah tutup. Tak tahu pulak yang opening hours sampai pukul 6ptg. Tapi next to this Pratunam Mall ada night market. Kami pun sambung jalan-jalan lagi. Masih sempat sebab masih ada masa lagi.

Done with night market, kami pun pulang semula ke Hotel. Masa ni, kaki Fad tak kuat dah nak jalan jauh. I can feel you babe, hehehe. Sebab aku pun memang dah malas juga nak menapak balik ke BTS skytrain station masa tu. So, kami decide nak naik Tuk-Tuk saja. Agak tegang jugalah bargain dengan driver dia tapi last-last dia akur juga dengan harga yang aku minta walaupun masih tak puas hati. Kalau ikutkan tak jauh mana pun Platinum Mall dengan hotel kami tapi macam biasa lah kalau dah nama pelancong tu, ada sajalah yang nak ambil kesempatan kan. 

Alhamdulillah, we arrived safely at Cheqinn Hotel. And memandang masih terlalu awal nak sampai ke airport, so, we decided to stay until 10pm. Luckily, aunty ni sangat baik hati kasi kami stay. We managed to get Big Taxi nak ke Dong Mueng Airport with THB800. While waiting, kami jalan-jalan ke Arab street yang berhampiran nak cari makan untuk Dinner. Sini memang boleh katakan semua tempat makan Halal tapi faham-faham lah mahal tetap mahal. Anyway, kami dinner juga kat area sini walaupun dengan tidak rela hati, hahaha. Lagipun, bath masih ada lagi sampai esok hari ni. So, utilize lah balance yang ada kan. Yang aku paling tak puas hati layanan yang kami dapat kat kedai Arab ni… lelaki arab yang amik order kami ni sangat rude. Kami ada hak kot nak pilih mana yang kami suka & brapa lama masa kami nak fikir nak makan apa pun, itu hak kami. Padahal takde orang sangat pun kat kedai ko masa tu. Takkan ko tak faham kot konsep customer is always right. Sangat kecewa & aku harap tak akan ke situ kalau ke Bangkok lagi dah. Never. 


Dengan aunty yang baik hati

Lepas dinner, back to Cheqinn Hotel. We still have 1.5 hour. Aku tak boleh ingat masa aku & eein tengah syiok-syiok makan nenas abang manis, datang aunty yang jaga Cheqinn Hotel tanya aku “Hungry ya”… aku pun senyum-senyum angguk (padahal dah makan sepinggan nasi besar, hahaha). Mungkin sebab kesian tengok kami-kami yang konon-konon kelaparan tu, dia kasi kami take shower dulu before while waiting for the Big taxi to come. Waduh, baik sungguh aunty ni, you’re the best lah. Kami pun apa lagi, memagng tak buang masa terus amik apa yang patut naik ke level Ladies Room. Haaaa, barulah rasa fresh sikit. Tak sangka ada juga orang yang baik kan. So, I really recommended sapa-sapa yang nak stay kat Bangkok ni.

Big Taxi datang lagi awal dari yang dijangkakan. Dan malam ni kami akan bermalam di Don Mueng Airport memandangkan flight kami pukul 7 pagi esok. Rugi rasanya nak stay kat Hotel. Nasib baik lah takde orang monitor surau kat airport ni, so, dapatlah kami tido dengan aman sekejap while waiting for Suboh prayer. Ohh, surau di Don Mueng Airport terletak di level 2. Kalau tak tahu, tanya je kat customer service.

End of my Bangkok Trip. Hopefully dapat sampai ke sini lagi nanti. Banyak lagi tempat nak kena explore ni. InsyAllah. 


Memang best... really recommended kalau naik FD flight

The End...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...