Pages

Saturday, December 12, 2015

Bangkok Day 3: Chatucak Weekend Market

Bangkok, Thailand
Saturday, 21 Nov 2015


Kami sampai agak awal di Hotel CheqInn. Memang awal giler tapi plan hanya nak tumpang bagpack saja sebelum time check-in yang sepatutnya, 2pm. Tapi tak sangka pulak, aunty yang jaga masa tu sangat baik hati nak kasi kami masuk bilik lagi awal. Agaknya, bila dah tengok kondisi kami yang macam agak penat, tak sampai hati barangkali, hahaha. Anyway, we have booked private 6-bed room with RM245.55 for one night stay only.


Private 6 bedroom

So, lepas dah letak beg & buat apa yang patut around 8.30am macam tu kami muka bergerak semula ke destinasi yang dirancang untuk hari ini. And untuk aktiviti hari ni, kami telah menggunakan khidmat BTS skytrain untuk ke semua destinasi hari ni. Cuma nak ke Wat Arun saja kami menggunakan Chao Phraya Express. Memandangkan kami akan menggunakan khidmat BTS skytrain untuk one whole day, so, agak berbaloi beli one day pass with THB140. 




Actually, untuk permulaan, aku dah rancang yang kami akan ke The Grand Palace tapi sebab ada misunderstanding dalam informasi yang aku dapat, so, plan has changed & kami ke Chatucak market. Cadangnya nak ke Grand Palace selepasnya tapi sudahnya memang tak jadi. Aku takde lah rasa terkilan sangat tak dapat pergi Grand Palace tu because this is not my first time tapi agak kesian plak untuk ahli Jemaah lain yang first time ke sini. Tapi since semua pun macam dah decide tak nak ke situ, so, redho jelah.

Getting there from our Cheqinn Hotel / Sukhumvit
  • Nana Station (nearest BTS skytrain) --> Mochit station N8 (sukhumvit line) --> exit 1 
  • Then jalan kaki about 100m - chatuchak market on the right side. Just follow the crowd yang nak ke situ.


Chatucak Market

First thing kami cari kat Chatucak bila dah sampai was Halal Food. Perut memang dah lapar sangat masa tu. Melilau jugalah pada mulanya, keluar masuk kami mencari, finally jumpa pun after minta direction from few locals and ternampak few Malaysian yang tengah makan eskrem di hadapan kedai Halal tu.


Halal Food in Chatucak Weekend Market

Depan kedai Halal ni, ada kedai jual coconut ice cream. Inilah rupanya coconut ice cream yang digembar-gemburkan tu. Emmhhh, first time juga rasa eventho dah kali ke-2 sampai ke sini. Mungkin sebab dulu masa mula-mula pergi kira-kira 2 tahun lepas, kami banyak shopping daripada focus cari benda makan, so, memang tak aware lah benda-benda macam ni.


Inilah kedai coconut ice cream yang best tu

Kalau tak fikir diet nak je tambah order lagi, hahaha

After lunch, kami mula mengorak langkah explore chatucak market ni. Memandangkan market ni sangat besar & kalau explore satu hari pun belum tentu habis, so, target ahli jemaah cuma nak cari souvenirs saja, so, kami focus di bahagian luar sahaja. Itupun rasanya pusing-pusing macam tak habis jer rasa.


Shopping souvenirs

Gila panas masa ni. Menyesal pulak tak pergi awal pagi. So, next time make sure, kalau nak ke sini, please make it in the morning or else suffer lah kepanasan yang melampau di tengahari macam kami ni. Huh. 


Sambung makan Manggo sticky rice pulak… terbaik & best

After Chatucak market, kami pulang ke Hotel. Plan nak ke Wat Arun.. petang nanti sajalah.


To be continued...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...