Pages

Wednesday, December 2, 2015

Kanchanaburi Day 1: Kisah hunting for Halal Food

Kanchanaburi, Thailand
Thursday, 19 Nov 2015


Continue from  Lopburi back to Bangkok 


Alhamdulillah, kami sampai di Tara Raft Guesthouse, Kanchanaburi around 8pm ++ after 3 hours journey from Bangkok. Maybe boleh sampai lagi awal kalau tak berapa jam di Bangkok. Apapun, dah sampai. And we noticed that jalan nak masuk ke Tara Raft ni agak scary juga. Masa tu memang tak sure betul ke jalan ni nak ke Tara Raft Guesthouse sebab driver kami ni pun tak berapa pasti. So, kami pun tolong lah guide kan driver taxi guna Waze. And it helps and finally kami sampai pun. Masa on the way nak sampai ke sini tadi, kami notice ada pasar malam kat tepi jalan. Dan memandangkan kami semua memang dah plan nak ke pasar malan juga,so, kami minta driver tunggu while we checked-in first. Nak minta driver taxi tu drop kan kami. Dah alang-alang kan sebab nanti balik pun aku rasa dia akan lalu the same way. And his agreed. Masa tu tak fikir pulak kan, balik nanti macam mana.


Pasar malam yang tak berapa nak pasar malam

Kami round pasar malam tu tak sampai pun 1 jam and masa tu dah pukul 9 lebih, waktu Kanchanaburi. Takde apa yang special pun and aku rasa sedikit kecewa. Halal food pun takde. Emmhhh, aku fikirkan mungkin kami dah salah tempat or could be somewhere else. So, kami pun tanye lah a few peniaga kat situ pasal Halal food. Susah juga nak bertanya sebab rata-rata tak faham English. Luckily, ada sorang kakak ni really willing to help us sampai semua member, dia tanye pasal tempat yang kami nak cari tu. Tapi yang tak best nya, the only option yang kami ada masa tu naik motor yang dia offer. KIranya akan naik orang lain bawa. Katanya no taxi or Tuk Tuk at this time, already very late. Kalau ikutkan belum pukul 10 pun lagi. Kami decline and decide nak balik ke Guesthouse & sambil berharap adalah mana-mana kedai Halal yang kami jumpa. Susah juga takde transport masa tu. Dengan bantuan waze, kami pun mula bergerak balik ke Tara Raft dengan berani nya. Kalau berjalan maybe dalam 20-30mins jugalah jauhnya... eh, ke pace aku ni, hahaha.

On the way nak balik tu memang tak nampak lansung pun harapan ada kedai yang mungkin kami yakini boleh masuk. Ohh, lagipun Kanchanaburi ni tak seperti Bangkok, banyak kedai dah tutup waktu-waktu begini. Al maklum away from city. Kami balik dalam keadaan kecewa & risau. Risau sebab dah malam & jalan memang sunyi nak balik ke Tara Raft. Boleh kira kot kenderaan yang lalu lalang.

Nak dijadikan cerita, masa kami nak masuk lorong menghala ke guesthouse kami tu. Ada pulak guard tak diundang. Cut short, Anjing garang yang tengah standby nak panggil geng-geng dia kalau kami berani masuk jalan tu. Kami-kami confirm lah takde sorang pun akan buat kerja pandai nak lawan tokei kan. Adoi, dugaan apakah ini ditengah malam-malam ditempat yang asing bagi kami. Kami pasrah dan hanya tunggu di tepi main road berharap adalah mana-mana kenderaan yang boleh kami tumpang nak masuk ke dalam. Aku hanya mampu berdoa dalam hati jelah masa tu berharap yang baik-baik saja berlaku. 

Tak sampai 20min kami menonggok kat tepi jalan tu, perasan ada satu tuk-tuk yang lalu di jalan bertentangan kami bagi "Assalammualaikum", Eh! orang Islam ke? Kami pun apa lagi terus menjerit-jerit panggil dia suruh patah balik. Alhamdulillah, dia macam faham kami dalam kesusahan and patah balik. Masa tu, ada sorang penumpang chinese (singaporean yang berkhidmat as national service kat situ). Driver tuk-tuk tu sangat ramah walaupun not so fluent in English. Yang pasti dia sangat bangga cakap dengan kami "I'm also Islam" and nama nya Mat saja yang aku tahu. Kami pun ceritakan lah kesusahan kami. Luckily, ada that Singaporean guy yang tolong translate kan apa yang kami cakap. Memandangkan, he needs to send that Singaporean guy to somewhere else, so, memang dia tak dapat nak tumpangkan kami tapi dia call another tuk-tuk suruh pick-up kami. Bagus betul Mat ni, dah lah carikan tuk-tuk untuk kami, lepas tu siap tunggu sampai tut-tut datang baru dia gerak balik. Yang kelakarnya dalam tengah emergency tu pun boleh plak ada diantara kami yang suruh check dengan Mat brapa kos penghantara, hahaha. Tapi kalau aku dalam keadaan macam tu, aku memang tak fikir dah kos, yang penting aku selamat sampai Guesthouse. Dan dah alang-alang tu kami tanya juga, if possible, Mat bawa kami tempat Halal Food. Dia pun cakap ok after that Singaporean guy tu tolong translate kan. Huh, lega sangat masa tu. Hati kami berbunga riang. Hilang rasa takut & kecewa.

Yang dinantikan pun tiba, rupa-rupanya wife kepada Mat yang bawa tuk-tuk tu. First time tengok pompuan yang bawa Tuk Tuk, lawo pulak tu. Tengok condition tuk-tuk Mat's wife tu, memang agak kecik dari Mat punye tapi demi penderitaan sementara nak cari makan, aku rela tersepit, hahaha. Memang horror jugalah. Nasib tak jauh dari guesthouse kami. Lebih kurang 15-20mins juga dari Tara Raft. Aku minta contact no. Mat sebelum dia berlalu, in case, kami perlukan pertolongan dia lagi. Seperti yang dijanjikan, wife kepada Mat bawa kami ke Halal food berdekatan stesen bus.

Tapi bukan rezeki kami, kedai yang menjual nasi ayam dah habis masa ni. Maybe sebab dah lewat sangat kan. So, apa yang ada sajalah kami beli. Rupanya Mat ni ada kaitan dengan peniaga Halal Food kat sini. Kakak bertudung yang jual ayam goreng kat tepi jalan ni, adik kepada Mat rupanya. Dan ayam goreng dia memang best. Dan kami diberitahu Mat's wife, cuma ada 2 kedai Halal food saja di area sini. Kedai ayam goreng & juga nasi ayam. 


Kedai Halal 1... Ayam Goreng, lokasi betul-betul tepi jalan

Antara Gerai Halal yang ada di area sini

Kedai Halal no. 2... Nasi Ayam, ada menu lain juga, depan gerai ni ada gerai  jual mee celop

Kami tak plan pun makan di situ, so, after dah beli apa yang patut, kami pun pulang ke Tara Raft Guesthouse. Tapi kali ni, Mat yang hantar kami sebab Tuk-Tuk dia lagi besar dari wife dia punya. Sungguh memahami. So, selesa sikit lah. tak sampai 15mins kami dah sampai Tara Raft Guesthouse.


On the way nak balik ke Tara raft Guest house, masa ni barulah boleh bernafas sikit
 
Tapi cerita kami tak berakhir di situ saja tau, aku pun minta pertolongan Mat kot-kot dia kenal mana-mana orang yang boleh bawa pergi Erawan waterfall esok. Masa tu juga dia terus contact someone and handover dia punye phone ke aku untuk action seterusnya. Huh, nasib baiklah lady on the phone fluent English (Dao namanya), so, mudah lah keje aku nak organize trip untuk esok. And kami setuju sewa minivan from that lady with THB1800 for Erawan & Death Railway trip. Settled. Tak perlu amik package yang mahal pun.

Kos kami ke gerai makan dekat station bas & return to Tara Guesthouse about THB120. Kiranya one way dia amik THB60 sahaja. Murah dah tu bila dah divide by 6.  

Syukur Alhamdulillah sangat-sangat, hari ni saja kami dah jumpa dengan ramai orang baik yang nak tolong kami.


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...