Thursday, 19 February 2015
Annapurna Base Camp Trek
Seawal 7pagi kami dapat ketukan pintu dari guide kami Roshan. Bunyi macam serius, bila buka je pintu, semua orang seakan berlari menuju ke hadapan Shangrila guesthouse. Ohh rupanya ada avalanche yang sedang berlaku betul-betul berhadapan dengan guesthouse kami. Masa aku baru sampai nak tengok, runtuhan salji nampak macam minor jer. Masa pandang je Rabin, muka dia macam tak happy sambil cakap, I think it's hard for us. Masa tu aku tak cakap apa-apalah sebab aku fikirkan yang lain maybe dah setuju dengan decision made by Rabin. Lagipun malam tadi masa kami borak-borak di bilik, Eein memang dah cakap dia takkan naik kalau kami proceed nak ke ABC juga & dia lebih rela tunggu di Deurali saja. Adeq & Fad pun tak nampak tanda-tanda nak proceed juga. Aku pula masih mengharapkan ada petunjuk yang baik. Tapi kejadian pagi ni dihadapan guesthouse kami, lagi kuat mengatakan yang takde siapa pun antara kami yang willing nak proceed.
Pagi tu masa breakfast, aku notice one chinese group & lelaki Kuwait yang sama-sama naik dengan kami dari Bamboo ke Deurali sedang berdiskusi samada mahu meneruskan misi mereka ataupun tidak. And their guide give them chance to decide. And half of them nak proceed & half masih tak pasti. And aku tak sure apa yang berlaku kepada mereka selepas itu. Tapi yang pasti that Kuwait guy memang sampai pun. Tapi guide kami takde cakap apa-apa pun selain cuma maklumkan kepada aku yang it's hard to proceed. Pada fikiran masa tu maybe takde apalah yang nak dibincangkan lagi. At least guide patut tanye kami the same thing yang macam another group buat. Tanye pendapat semua. Aku agak kecewa masa tu tapi nak buat macam mana kan sebab masa tu kalau aku cakap nak proceed pun maybe aku saja yang beria-ia but not others. Tapi bila aku dengar another group under same tour agent dapat naik the next day sebab guide mereka kasi pilihan terasa jugalah guide kami memang purposely tak nak bawa kami naik. Actually based on cerita yang aku dengar dari member yang dapat naik tu, ada laluan yang dibuka selepas that avalanche yang menimpa 9 chinese hikers tu. Kira ada second option lah & they decided to proceed sebab guide mereka yakin nak bawa mereka.
Kalau betullah dia memang nak bawa kami, mesti dia kasi kami option stay another night & proceed on the next day or proceed bila weather dah ok. Macam group Bahadur, aku ada tanya juga samada dia nak proceed juga ke tidak and dia cakap dia akan stay dulu tengok macam mana. At least dia kasi option kat client dia. Ohh, Bahadur ni adalah antara guide yang tolong selamatkan hikers yang terperangkap dalam salji tu. Bahadur ni sepatutnya kasi contact dia kat aku sebab dia cakap next time kalau nak datang ambik dengan agent dia. Tapi sebab masa kami tengah breakfast pagi tu kebetulan Rabin ada depan aku terus dia cancel niat dia. Katanya nak kasi selepas tu tapi bila dah habis breakfast, aku pun lupa dah pasal tu.
Based yang aku baca avalanche ni normally happened bila matahari dah start naik & masa tu snow dari atas gunung akan start mencair dan slide ke bawah. And salah satu cara nak elak (bukan lah 100% sure) maybe boleh start seawal pagi. Tapi itupun dikira nasib jugalah kalau nak jadi tu jadi juga lah kan. Kita ni hanya merancang. At least guide kami suggest something yang buat we feel that we have option.
|
Beautiful Morning at Deurali |
|
Mana mungkin nak melupakan saat-saat indah di sini |
|
Breakfast time at Deurali |
|
Makan lempeng 2 keping pagi nie |
|
Tapi roti gururng with telur mata ni lagi menarik selera aku pagi tu |
|
Bukti sejuk nya malan tadi sampai jadi ais lah |
|
Last pose before leaving Deurali |
|
Nampak happy tapi dalam hati sapa tahu mana mungkin nak patah balik |
|
Bye Bye Deurali, MBC, ABC & Himalaya |
Selepas kekecewaan tak dapat naik ABC, aku pun turun dengan hati yang agak hampa juga. Kami start trekking down around 9am. Agak lambat sikit tapi apa heran kami banyak masa sebab tak jadi ke ABC pun. Ingatkan kalau sampai MBC pun dah kira cukup tapi nak buat macam mana kami tiada pilihan. Aku memang meletakkan harapan yang tinggi nak sampai tapi agak susah juga kalau kami tak mendapat sokongan sepenuhnya dari guide kami. Aku ingat lagi masa kami tanya one of our porter, Nitesh dalam nada bergurau masa kami dah nak start gerak dari Deurali, "we should go to ABC right..." then dia cakap "If I go, I died" boleh dia cakap macam tu. Nampak sangat porter pun memang tak nak naik ke ABC juga. Huh, malas nak fikir dah masa tu.
|
Deurali Daytime... wish that I could stay another night here |
Masa kami nak turun dari Deurali, tiba-tiba ada small avalanche berlaku betul-betul depan mata kami. I could see clearly it happened. Masa tu a few of us belum betul-betul sampai bawah lagi, masih on the way nak turun ke bawah. Aku sempat lah panggil, mereka-mereka yang dah terlepas untuk patah balik. Luckily, aavalance cuma happened dari atas sahaja. Belum nak menunjukkan tanda-tanda nak slide sampai ke bawah. Tapi aku budget kalau matahari dah naik lagi tinggi ni boleh jadi slide ke bawah juga. Roshan suruh kami tunggu dulu until that avalanche stop. Berdebar juga masa tu. Ya Allah masa tu berdoa sajalah harap nothing bad happened to us. Aku tak nampak dah bayang Rabin & all the porters. Mungkin mereka dah laju ke hadapan tapi yang aku hairan apasal pulak si Rabin tu saing dengan porters. Kau patut take care of us not the porters. Huh, ini memang dah mendatangkan marah. Masa tu kami cuma bergantung pada si Roshan sajalah. Kami bergerak semula selepas mendapat green light from Roshan. On the way nak sampai ke Hinku cave memang kami tak stop pun terus kan saja berjalan sambil-sambil tu sempat menjeling ke arah tempat small avalanche tadi. Risau juga.
Aku, Thirah & Cikgu sampai agak cepat di Hinku Cave. Aku sebab geram punya pasal kan. Sampai-sampai jer terus aku marahkan si Rabin ni. Masa tu boleh pulak dia tersengih sambil cakap, "I'm watching you all from here"... masa tu memang aku rasa nak tang je pakcik ni. Aku pun balas balik sampai dia tak berani nak jawab dah. Nak buat dialog memang panjang nanti. Sabar jelah. Terpaksa lah aku lepaskan geram kalau tak memang dia tak endah kan kami lagi lepas ni. Actually, already happened a few times tapi aku boleh sabar lagi sebab aku rasa kami masih boleh bawa diri lagi tapi bila dah berlaku perkara macam tadi aku rasa memang tak boleh sabar dah.
Selepas dah kena marah baru nak dengar cakap, so, sepanjang kami nak sampai ke Bamboo memang dia akan jalan tak jauh dari kami. Aku tak tahu apa difikiran guide kami yang sorang ni, apa yang ko nak kejarkan pun aku tak pasti. As a guide even ko punye client lambat macam kura-kura sekali pun ko kena tunggu and monitor kami, that's the purpose of hiring a guide. Apalah gunanya ko jadi guide duduk kat depan tapi orang kat belakang ko abaikan. Maybe kami dah biasa hiking tapi kami masih tak tahu apa kemungkinan yang bakal kami hadapi bila berada di tempat yang kami sendiri pun first time. Macam small avalanche yang baru berlaku pada kami tadi, what if the major one happened & ko dah terlepas kat depan dengan selamatnya. Adoi, memang temperature aku agak naik sikit masa tu. Takkan nak bergantung pada guide kami Rosyan yang jaga dibelakang.
Masa tu macam baru terfikir mungkin ada hikmah nya juga kami tak sampai ke ABC. Allah nak tunjukkan yang guide kami sorang ni memang tak boleh diharapkan.
|
Awesome sunrise from Hinku Cave |
|
Mereka juga melambatkan langkah mereka demi snow yang bakal ditinggalkan |
Lepas jer dah melepasi Deurali, kami pun turun menuju laluan yang sama kami naik semalam. Waktu turun tu, aku saja melambatkan langkah sebab lepas ni kami akan melepasi Himalaya, snow barangkali dah takde lagi. So, sisa masa yang masih ada, kami abadikan untuk main snow & amik gamba sepuas yang mungkin. Sempat lagi lah aku buat video khas untuk rakaman Aidilfitri tahun ni, hehehe. Aku rasa masa tu yang tinggal jauh ke belakang cuma aku, Fad, Adeq & Nir. So, banyak lah aksi-aksi poyo yang kami abadikan untuk moment terakhir yang bakal kami tinggalkan nanti. Aduhai, rasa macam berat kaki nak melangkah meninggalkan bumi yang bersalji di Himalaya ni.
|
Masa ni tengah shoot video We love Himalaya, hahaha |
Anyaway thanks to our guide Roshan yang banyak melayan kerenah kami dibelakang ni. And siap bagi suggestion lagi tu apa yang kami patut buat untuk dapatkan effect yang lebih menarik, hahaha. Anyway aku masih tak faham kaitan nama aku Nurul with Noodle. Tapi yang pasti, nama aku dengan panggilan Noodle sentiasa menjadi bahan ketawa kepada guide kami si Roshan ni. Entah apa kelakar pun aku tak tahu. Mungkin cara mereka bergurau di sini lain sikit.
|
With my Guide Roshan |
|
Laluan ke Deurali yang bakal menjadi kenangan saja selepas ni |
|
Semalam laluan ini lah yang membawa kami ke Deurali, siang hari view sangat cantik di sini |
|
Best juga dapat baring atas snow ni |
|
Ais kepal... best ni kalau ada jagung & air gula enau |
|
Semakin menghampiri Himalaya Guesthouse |
|
Selepas ni view yang cantik ni hanya jadi kenangan terindah sajalah |
|
Masih sempat kami abadikan snowman kami bersama |
|
Amacam cute tak saya |
Lepas turun jer dari Himalaya, snow pun semakin kurang. Terpaksa lah terima hakikat, kenagan indah dah pun berlalu. Now, its time to get back to reality. Misi nak balik ke pangkal jalan pulak, hahaha.
On the way selepas kami masuk mossy forest, kami terserempak dengan minah mat saleh, Jenny. Later dia punya guide pun sampai dengan t-shirt group dari Malaysia. Masa tu Rabin cakap yang guide ni under same agent juga & bawa group dari Malaysia. And Jenny ni join sekali group dari Malaysia ni, ooohhh. 5 minutes later baru lah kami nampak group yang diberi nama "Santai tapi nakal" or shot form nya Santana. Mereka ni jalan macam tak saing skali. Ada 3 perempuan & 2 lelaki. Rupanya inilah group yang Ganesh ada mentioned thru email datang date sama dengan kami cuma awal sehari. This group start from Poon Hill & tak guna porter. Wah, kagum sungguh especially their ladies hiker. No wonder lah dia orang boleh buat sampai ABC dengan jayanya.
Kami sempat lah berbual mesra & provide info apa yang dah jadi kat atas tu. Dia orang ni siap ajak kami patah balik pergi sekali dengan mereka. Memang tak lah masa tu. Tapi kami sempat lah kasi kata-kata semangat kat mereka. Kalau tengok gaya mereka ni bukan lah pendaki runcitan macam kami ni. Walaupun size mereka ada yang lebih kecil dari kami tapi stamina mereka memang tak dapat diragui.
|
Met with Jenny from Aussie... Rupanya dia ni solo traveller & join group dari Malaysia, Santana |
|
Jumpa group dari Malaysia "Santai Tapi Nakal" or Santana. Mereka juga under the same agent macam kami, Third Eye Adventure |
Kami sampai di Dovan Guest House around 2pm untuk stop lunch & solat before proceed to Bamboo. Toilet dekat Dovan Guest House antara yang terbersih compare to other guesthouse yang aku dah pernah guna toilet dia. Tapi aku tak sure pulak setiap kali aku guna, owner baru lepas cuci, hahaha. Anyway, memang enjoy view dari sini kalau kabus tak tebal.
|
Lunch kami di Dovan... Nasi Goreng Vege & Kentang Masalla lagi |
Kami sambung semula trekking to Bamboo at 3.15pm. Sebenarnya tak jauh dah nak sampai Bamboo, dalah dalam 1 jam lagi. Kali ni tak banyak gambar yang aku ambik sebab cuaca agak mendung masa kami dah start turun tu & takde yang menarik sangat pun untuk diabadikan sebabnya kami dah lalu the same trek
2 days ago. So, masa tu memang fikir nak sampai awal saja di Bamboo & mandi hot shower, hahaha. Ohh itulah antara rutin kami hari-hari sepanjang trekking di Himalaya ni, berebut nak mandi. So, sapa yang sampai paling awal di guesthouse, orang tu yang akan cop dulu. Tapi kalau kami sampai serentak, terpaksa lah beralah, so, sapa-sapa yang offer diri dia dulu, yang setuju tu kira next person and so on.
|
Malam ni kami akan overnight di Bamboo Guest House |
Alhamdulillah, kami sampai di Buddha Guesthouse Bamboo around 4.15pm. Dinner kami malam tu Roti feveret kami, Gurung Bread. Kami juga menghabiskan sisa stok makanan yang masih ada sebab nak mengurangkan beban porters kami. Cuma serunding jer kami simpan sikit sebab we still have 2 days before back to Pokhara. Lepas dinner malam tu, ada hiburan dari guides & porters kami, hiburan untuk suntali dari Malaysia yang tak sampai ke ABC. Huish, kisah tragis sungguh. Bukan saja menyanyi siap menari lagi tu yang tak boleh blah. Adoi si Roshan guide kami ni banyak betul bakat terpendam dia, hahaha. Tak sangka mereka semua ni berbakat sungguh especially Thakur, my porter.
|
Dinner pilihan kami malam tu... Roti Gurung, rindu nak makan punya pasal kan, hahaha |
Lepas short briefing for tomorrow's trekking, kami terus masuk tido. Masa tu kira-kira dalam pukul 8 lebih juga. Kat sini pukul 8 malam tu dah kira masa nak masuk tido. Sebab tu dinner kami selalunya dalam pukul 7pm macam tu. Sebab aku pernah request nak dinner lambat sikit tapi guide kami Roshan cakap kat sini lepas pukul 7pm dah kira lewat.
To be continued...
Salam. Hee pengembaraan yg hebatts. Keep it up.
ReplyDeleteNurulll menarekknyeeeee salute dah jejak kaki ke himalaya.
ReplyDeleteNHA,
ReplyDeletenak ty la...mane u beli windbreaker2 yg u pakai ni? cantik ...especially yg pakai mase hike KK tu..nk try carila...nk hike Kinabalu ;D
Beau_SoulChillax15,
ReplyDeleteYg I pakai kat ABC ni beli kat Pokhara,Kathmandu
Yang I pakai g KK tu, bli kat parkson winter section, masa ada sale 70% off ;-)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteo, ok, thanks..parkson akan diterjah lepas ni..pokhara, dalam mimpi lagi..hahaha ;D
ReplyDeleteNEPAL PLANET TREKS - YOUR TRIP PLANNER
ReplyDeleteHoliday in Nepal, Tibet & Bhutan
Nepal Planet Treks and Expeditions focuses on exceptional customer support and service at value-for-money costs.
We offer personally customized itineraries and activities tailored to the requirements of the client.
Specializing in organizing tours, trekking, mountain expeditions, peak climbing, rafting, paragliding, bungee jumping, cycling and sightseeing in Nepal, we are your best choice for your trip to this wonderful country
The friendly team members of Nepal Planet Treks and Expeditions consist of highly experienced adventure travel and mountain experts with high levels of practical knowledge about all that Nepal has to offer the visitor.
Contact us with your requirements and we will have pleasure in sending you an ideal itinerary with costing.
We make sure that you will get the most wonderful time of your life when you travel with Nepal Planet Treks…we promise you.