Pages

Sunday, March 1, 2015

Road To ABC: Thamel Day 1

Saturday, 14 Feb 2015
Thamel Kathmandu


Hari yang dinanti-nantikan telah tiba...

Alhamdulillah, kami selamat landing di lapangan Terbang Thribuvan, Kathmandu setelah mengharungi saat-saat yang mendebarkan sebelum landing tadi. Aku rasa dah banyak kali naik kapal terbang tapi kali ni jer aku rasa gegaran nya lagi hebat. Ya Allah masa tu memang Istighfar panjang lah. Aku pernah dengar airport Kathmandu antara airport yang agak susah nak landing sebab awan tebal. Teringat jeritan wanita kat depan aku sewaktu kapal bergegar kuat masa tu, memang betul-betul bikin suspen.

Penerbangan ke Kathmandu mengambil masa lebih kurang 4 jam 20 min. Waktu di Nepal cuma lewat 2.15 jam dari waktu Malaysia. Kami sampai pukul 5ptg waktu Malaysia. Thanks kepada orang yang kasi tips book seat sebelah kanan kalau dari Malaysia (left side kalau balik) sebabnya nanti boleh tengok Mount Everest and Banjaran Himalaya. Normally boleh perasan setengah jam before nak start landing. Masa pergi aku tak duduk tepi tingkap tapi masa balik Alhamdulillah dapat tengok dengan clearnya Banjaran Himalaya dari Airaisa X. Tapi tak pasti pulak mana satunya Everest, hahaha. 


Himalaya Range from Air Asia X (masa ni otw back to KL)

Ingatkan urusan Visa awal di Malaysia boleh lah cepatkan urusan lain juga tapi mana tahu pulak kan nak menunggu beg jer hampir satu jam lamanya. Sudahnya orang yang buat VOA pun boleh dapat baggage dulu. Adoi. Bertabah sajalah. Masa ni kami berkenalan dengan satu group dari Malaysia yang amik trip ke Everest Panorama. All ladies macam kami juga. Kami jumpa lagi on last day sebelum balik Malaysia masa tengah sibuk shopping kat Thamel.

Nak cari agent tunggu kat luar pun problem sebab ramai sangat orang yang standby kat luar. Aku pun tak boleh perasan agent kami dah ada standby dikalangan crowd yang agak horor. Nasib lah Ganesh boleh notice kehadiran kami. Masa tu barulah aku notice paper yang dia pegang tu "Azmin & Nurul".


Alhamdulillah safely arrived

Airport Nepal ni memang agak huru hara skit

Pickup dari airport nak ke Guesthouse

Kalungan Bunga Tahi Ayam menyambut kedatangan kami

Perjalanan dari Airport nak ke Blue Diamond Hotel adalah lebih kurang 30min. Tak jauh pun, agaknya kalau traffic lagi ok, lagi awal boleh sampai. Jalan raya dari airport nak ke Thamel memang agak huru hara juga. Lagilah dengan keadaan sekeliling yang agak berdebu. Memandangkan sekarang masih musim sejuk, so, cuaca pun agak dingin juga.

Kat Nepal ni memang selalu sangat black-out. Tak kira masa lah, siang ke... malam ke. Kadang-kadang tengah kami makan kat kedai pun tiba-tiba black out, hahaha. Same thing also happened in Pokhara. Aku ingat lagi pagi 2nd day kami nak bergerak ke Pokhara takde elektrik kat Blue Diamond Hotel, nasib lah bawa headlamp kan. Kalau tak, berkemas dalam kegelapan lah jawabnya.


Our accomodation at Thamel kathmandu

After check-in, rest dalam 1 hour macam tu kami pun mula bergerak menuju our first destination, Office Third Eye Adventure. Tak jauh pun dari hotel kami, adalah dalam 10min berjalan. Tujuannya, kami perlu membuat full payment ABC package and selain briefing by Ganesh pasal trekking kami ke ABC yang bakal bermula esok. Banyak juga lah sesi Q&A masa ni.


Our next agenda... berjalan ke ofis Ganesh dulu for briefing

Agaknya inilah punca utama black-out sokmo kat pekan Thamel ni, hehehe

Thamel Road Daytime

Briefing by Ganesh at Third Eye Adventure Office

Selepas dah settled payment and short briefing from Ganesh kami pun mula bergerak follow Ganesh & the guides ke salah sebuah kedai outdoor tak jauh dari ofis dia memandangkan kami perlu mencari beberapa kelengkapan lagi. Tujuan aku masa tu pun sebab nak cari lagi satu trekking pole, gloves tebal dan sleeping liner. Barang-barang outdoor di sini memang banyak dan boleh rambang mata dibuatnya walaupun Jenama tiruan seperti North Face, Columbia and few others. Kedai-kedai kat sini kebanyakan tutup awal, so, kalau nak beli sila pastikan shopping awal. 


Not only Outdoor shops

Thamel Road

Bargain jangan tak bargain

Memang boleh rambang matalah kalau masuk mana-mana outdoor shop kat sini

Lepas Ganesh & Rabin tinggalkan kami, kami pun bergerak sendiri ke outdoor shop lain pulak. Sempat lagi cari barang-barang lain juga. Bestnya sebab barang-barang kat sini memang jauh lagi murah dari outdoor shop kat Malaysia.

Oh... kebanyakan warga Nepal sangat kenal dengan Malaysian sebab ada dikalangan mereka pernah bekerja di negara kita. Aku rasa bangga bila ke mana saja kami pergi ada saja yang menyapa sambil bertanya kami dari mana. Lepas tu kalau dilayan mulalah citer tak sudah-sudah, hahaha. Aku ingat lagi guide ABC, Bahadur yang bawa 2 chinese ladies. Ke mana saja kami ada, berhenti ke, dia mesti amik peluang nak borak-borak dengan kami. Rindu dengan Malaysia lah tu. Tapi rata-rata mereka yang pernah datang bekerja lama di sini memang fasih berbahasa melayu.


Dah beli tu wajiblah posing kan, hahaha

Balik bilik, nak kena fikir packing lagi sebab barang dah bertambah sikit lepas shopping tadi, hehehe. Untuk mengurangkan beban yang tak perlu, kami tinggalkan saja di Hotel sebab last day kami akan duduk hotel yang sama balik. 


To be continued...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...