Pokhara, Nepal
Sunday, 15 Feb 2015
After short rest
di United Hotel, kami pun dibawa berjalan ke Pokhara Lakeside oleh guide
kami, Rabin. Jarak pun hanya 20min berjalan kaki. Seperti di Thamel,
Pokhara juga terdapat bermacam-macam outdoor shop. Aku pun sempat
jugalah rembat satu waterproof jacket NorthFace with gortex dengan harga
NPR1800 sebab memang dah aim pun nak beli satu. Sudahnya jacket ni saja
yang aku banyak guna sepanjang trekkking to ABC. Color pun nice, at
least takdelah tenggelam dek maskot Digi. Ternyata ok walaupun bukan
original. Bukan aku saja, follower yang lain pun beli juga, hahaha.
Teringat kata-kata Cikgu Nisa, aku follow jer apa checklist yang ko kasi
tu Nurul walaupun aku tak tahu apa guna nya, hahaha. Adoi.
|
Shoplots sekitar Pokhara |
Kami
sempat ke Money Changer dulu sebab kami masih belum buat penukaran wang
ke NPR. Semalam di Thamel kami hanya mengharapkan duit NPR10,000 yang
Rabin kasi pinjam dulu. Oppss, baru teringat hutang kat Eein tak bayar lagi beli topi Nepal. Selebihnya, aku guna USD. Rasanya lagi berbaloi
tukar di Thamel berbanding di Pokhara. Aku hanya tukar RM300 ke NPR
untuk penggunaan sepanjang trekking di ABC nanti. Tapi penggunaan aku
tak sampai pun RM100. Sebab aku banyak pakai duit hanya untuk dapatkan
Hot Shower. Charge powerbank pun adalah sekali saja kot aku guna, itupun
masa last day kami kat newbridge. Wifi pun cuma dua kali saja aku
bayar. And bayar hot water sekali di Bamboo.
|
Stunning view during sunset at Pokhara Lakeside |
|
Waiting for tourist, perhaps |
|
Nak juga caption kenangan kat sini |
|
Jumpa adik cute ni masa kami jalan-jalan di Pokhara Lakeside |
|
Wefie kenangan di Pokhara lakeside |
|
Ni pun salah sorang yang pernah kerja kat Malaysia, kemain excited dia bila kami ada kat situ, al maklum rindu cakap bahasa |
|
Ni lah sumber pendapatan mamat Nepal di atas terkini |
Pokhara Lakeside ni memang indah, saujana mata memandang. Kalau time
sunset tu memang sangat cantik lah view dia. Kami spend less than an
hour here and lepas tu terus cari kedai Halal nak dinner. Just after
dinner, kami jalan-jalan balik kat area Pokhara outdoor shop before balik ke Hotel.
Lepas dah dapat apa yang dihajati terus kami pulang sebab banyak yang
kami perlu fikirkan balik ni untuk tomorrow's journey.
|
One of the Halal Restraunt in Pokhara |
Malam ni nak kena standby siap-siap dah semua kelengkapan sebab esok nya kami bakal memulakan langkah pertama kami ke ABC. So, dah kena asing siap-siap, bag yang nak kasi kat porter and bawa sendiri. Ada barang yang rasa tak perlu tu, kami tinggalkan saja di Hotel memandangkan we will return to the same hotel before back to Kathmandu.
Tomorrow, the real journey to ABC is going to begin.
To be continued...
No comments:
Post a Comment