Pages

Saturday, March 14, 2015

Road To ABC day 5: Himalaya - Deurali

Wednesday, 18 February 2015
Annapurna Base Camp Trek

Bamboo to Deurali (3230m/10,595ft)
Estimated Hours: Himalaya - Deurali (2 hrs)


Continue from previous post

We started trekking from Himalaya guesthouse at 2.45pm after snow fall is getting ok. Masa kami dah gerak tu, hujan salji masih lagi turun cuma tak heavy macam masa kami tengah lunch di Himalaya guesthouse tadi. Anyway, just enjoy the snow fall sebab bukan selalu pun dapat trekking dalam hujan salji ni kan. Who knows could be once in a lifetime.

Trek from Himalaya Guesthouse to Deurali will take approximately 2 hours. Tapi macam biasalah kalau dah hiking sambil ambik gambo & berehat boleh jadi more that 2 hours. Tapi bagi aku tak perlu rushing sebab rugi rasanya sebab view sepanjang trek memang cantik & ohsem lebih-lebih lagi dengan salji yang hampir memenuhi setiap ruang trek perjalanan kami. So, take your time & enjoy the view.


From Himalaya Guest House menuju Deurali, trek laluan kami memang dah penuh dengan snow

Although trek mostly covered with snow the view somehow still attractive

Walaupun trek menuju Deurali sejuk tapi aku tetap tabah... excited nak main snow punye pasal kan

Porters are protecting their bags from getting wet
 
Cikgu Nisa yang sentiasa bertenaga

About half an hour lagi nak sampai ke Deurali, kami stop rehat dulu di Hinku cave while waiting for others. Masa ni tak jauh dah. Deurali pun dah boleh kelihatan dari sini. Masa kami sampai tu pun ada a few hikers from China also rest before heading off to Deurali. Masa tengah rehat ni, tiba-tiba kabus tebal datang dengan pantas sekali, trek yang baru saja aku, Thirah & Cikgu Nisa lalu hilang dari pandangan. Risau juga masa tu dengan nasib member yang lain sebab jarak antara kami agak jauh. Alhamdulillah, mereka semua sampai tak lama selepas itu.

Masa kami tengah rehat while waiting for others to come, aku perasan ada seorang guide yang baru sampai dari arah Deurali berbual-bual dengan guide kami Rabin. Bunyi dia cakap tu macam serius walaupun kami tak berapa nak faham. Lepas dia cakap saja dengan Rabin, dia terus nak bergerak jalan tapi masih sempat cerita kat aku apa yang dah berlaku kat atas tadi tu. Pasal avalanche yang baru berlaku from Deurali nak ke MBC. Menurut cerita dia, ada 9 orang chinese Hikers yang terperangkap dalam salji & yang paling tak boleh blah tu, dia cakap semua mati & sekarang semua kawan-kawan dia yang selamat sedang menangis kat Deurali, errkkk. Biar betul dia cakap ni. Sepanjang aku jumpa orang yang lalu lalang tadi takde pulak yang cerita pasal 9 chinese hikers died because of the avalanche. Memang aku ada dengar pasal avalanche tu tapi takde lah se detail yang diceritakan guide ni. Dia sempat pesan kat aku tak payah pergi, dangerous. Masa tu bukan aku saja yang risau, even chinese hikers yang bersama kami masa tu pun dah cuak juga.

Lepas guide tu blah, Rabin cakap kat aku jangan percaya sangat citer guide tadi. Rabin suruh kami tunggu sampai kat Deurali dulu. We will know the truth once we arrived there, katanya. Lega aku dengar Rabin cakap macam tu sebab gaya guide nepal tadi tu memang menakutkan aku & yang lain kat situ. Mungkin ada kebenaran avalanche tu terjadi but the truth about the 9 hikers still mystery. Masa tu rasanya tak sabar nak sampai cepat ke Deurali. Aku dapat merasakan harapan kami nak ke ABC esok macam tipis jer kalau betullah cerita avalanche & that 9 hikers tu.


View trek menuju Deurali from Hinku cave
 
Kami meneruskan langkah menuju Deurali

Trek bersalji sepanjang perjalanan kami

View putih saja meliputi trek kami menuju deurali
 
Walaupun macam dah nampak dekat tapi boleh tahan juga jauh nya nak sampai sebab trek dah penuh dengan snow & agak licin

Semakin kami menghampiri Deurali semakin tebal snow sepanjang trek kami

Subhanallah, uniknya ciptaan Allah SWT

Alhamdulillah, aku. Cikgu & Thirah arrived Deurali at 5.15pm

View from Panorama Guest House Deurali

Antara perkara yang paling mencabar kat sini nak guna toilet at negative temperature, anyway, terpaksa gagahi juga

Aku, Thirah & Nisa arrived Deurali at 5.15pm. Our guide Rabin & porters dah sampai lagi awal sebab mereka perlu uruskan bilik kami di Guesthouse. The rest masih belum sampai lagi masa tu. Masa kami dah sampai di Shangrila, Rabin kasi tahu kami terpaksa berkongsi bilik 4 orang sebab rooms are fully occupied. Actually we were supposed to get double room tapi disebabkan avalanche yang baru berlaku saja tadi, all the hikers returned back to Deurali. So, kami terpaksalah terima saja apa yang available masa tu. Agak terkilan juga tapi at that time mungkin kena lupakan sekejap keselesaan sementara itu. Mungkin mangsa avalanche lebih memerlukan bilik at that time.

Berbalik pada cerita pasal 9 hikers tadi tu, memang betul mereka dah tertimbus pun dengan snow tapi Alhamdulillah all of them berjaya diselamatkan oleh few hikers yang kebetulan berada ditempat kejadian & bantuan dari porters & guides. Masa kami sampai, perasan ada ramai chinese hikers sedang berada dekat dining area Shangrila Guesthouse & certain of them tengah menangis. Kami diberitahu itulah mangsa kejadian avalanche. Ohhhh.

Lepas dah settle urusan bilik, kami pun terus keluar semula nak lihat area sekitar Deurali. Sekejap lagi dah nak gelap, so, kenalah gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Before 6pm, kesemua kami dah selamat sampai di Deurali, Alhamdulillah.


Kami akan bermalam disini before next day to ABC

Snow dah hampir mengelilingi keseluruhan area di deurali ni

View Tea House & lodges at Deurali

Akak sempat buat part time lagi kat Shangrila guesthouse ni... apakan daya

My roommate

Himalaya saksi kami hiking buddies yang happening

Malam tu di Shangrila Guesthouse Deurali memang sangat pack. Those chinese hikers yang patah balik tu terpaksa lah tidur di dining Hall Shangrila. They had no choice because all rooms already fully occupied. Malam tu kami dinner agak awal juga at 6.30pm. Menu kami malam tu nasi goreng vege lagi. Tapi kali ni berasa sikit lah compare yang sebelum ni. Anyway, menu kami tak lengkap kalau tak kena dengan serunding bilis & daging dari Malaysia. Alhamdulillah, kenyang walaupun dalam kesejukan yang teramat sangat. Again, kami berjumpa lagi dengan Bahadur yang aku pernah cerita dalam entry sebelum ni. Masa tu dia pun join kami dinner juga, hahaha. Kemain excited dia jumpa kami lagi.


Dinner kami malam tu... Nasi Goreng Vege tapi kali ni berasa sikit cuma portion dia agak banyak

After dinner, macam biasa lah akan ada briefing for tomorrow's trekking by Rabin, our guide. Rabin said, by looking at today's condition, he cannot guaranteed that we can make it to ABC. Aku tak pasti samada dia refer to weather only or some of us condition. Tapi apa pun, he said that he will decide tomorrow. Gaya memang macam tak nak proceed jer bawa kami ke ABC. 

Kami tido awal malam tu. Rasanya pukul 8.30pm masing-masing dah start tido. Keinginan hati nak shoot milky way di luar tapi memikirkan aku sorang saja yang beria-ia terus aku lupakan niat tu. Masih kedengaran suara-suara di ruang dewan makan. Maybe too early for them to sleep at this hour. Tengok jendela di bilik kami, sarat dengan salji. Bolehkah kami proceed untuk ke ABC esok ni. Itu saja yang bermain difikiran aku di kala orang lain sibuk dibuai mimpi. Aku tido agak lewat around 9.30pm macam tu. Suhu malam tu di Deurali dianggarkan between -2 to -5 degC. Fuhh, bertabah jelah demi matlamat utama kami.

Malam tu berdoa semoga Allah swt permudahkan urusan kami untuk esok. Semoga ada perkhabaran gembira. InsyAllah.


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...