Pages

Thursday, December 31, 2015

Selamat Tinggal 2015


Pejam celik pejam celik, hampir nak berlalu sudah 2015. Pantas betul masa berlalu kann. Tak terasa pun, tahu-tahu, eh! dah nak masuk new year, 2016.

Banyak juga benda yang aku nak buat, tak tercapai tahun ni. InsyAllah, will try to work hard for next year. Fighting.

Trip paling best tahun ni, of cos lah trip Rinjani + Lombok. The most memorable trip for this year. Banyak betul kenangan manis sepanjang trip ni. All GSH except sorang berjaya menawan Puncak Rinajani. Alhamdulillah. What a sweet moment with all GSH, kak Syu & TSB. Kami dapat kawan baru. Dan sampai sekarang kita orang masih still keep in touch thru Telegram group. And the next hiking trip pun InsyAllah, kami akan bergabung lagi. Hopefully, ada chance nak repeat Rinjani lagi. Really miss Rinjani very much. Kalau tanye aku, no regret & I love it. 




Trip paling kecewa tahun ni trip ke Nepal sebab tak dapat sampai dengan jayanya di ABC. Tapi aku malas dah nak explain apa yang terjadi sebab rasanya nanti lagi ramai yang tak setuju dari nak support statement aku. Anyway, still in the process improving to learn the concept of redha & tabah. Ya, aku memang tak kuat bab-bab macam ni. And aku tahu ada jer yang macam aku juga, tak puas hati tapi... biarlah masa menentukan segala-galanya.




Trip Bangkok jatuh trip ke-2 paling best sebab barulah rasa kepuasan buat trip backpackers sendiri pergi Thailand. Kalau sebelum ni aku follow company trip pakai package, banyak sangat yang tak puas hati. Dan trip kali ni banyak betul unexpected things happened during our journey. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Wish could repeat again sometime.




Trip ke Cameron dengan famili tahun ni yang paling ngeri yang pernah aku alami. Boleh kata sepanjang perjalanan kami turun dari Ringlet, ada tanah runtuh. And Alhmadulillah, we survived.

Perkara paling tak best tahun ni, economy O&G semakin tak tentu hala. Dan akibatnya, banyak company yang terpaksa let go some of their staffs sebab nak terus survive. And it did happened to my company too. And next year also will be tougher if no more project coming in sebab dengar nya Mac akan ada lagi yang kena buang, aduh.

Buang orang satu hal, economy kat Malaysia ni pun aku rasa makin kritikal. Semenjak pengenalan GST last April, aku rasa semua harga barang dah makin naik. Yang terkini isu kenaikan tambang public transport. Eventho, aku bukanlah pengguna tegar public transport but still aku masih terasa juga keluhan para sahabat yang masih menggunakan khidmatnya. Kau encourage orang naik public transport bila harga minyak & tol naik tapi tak lama lepas tu, ko naik kan tambang public transport pulak. Huh.... I JUST DONT UNDERSTAND.

Harga tol naik mendadak. Paling aku tak boleh blah, tol sungai Balak yang naik 80% tu macam tak patut jer. Itu bukan tempat hot spot pun kau nak naik kan harga tol. Tak boleh fikir ke, huh. Marah sangat bunyi je kan tapi sapalah aku nak argue benda ni kan. Tapi yang penting Malaysia masih aman, whatever.

Banyak betul kenangan suka duka silih berganti, chewah, ayat tak boleh blah.

Hopefully, semuanya baik-baik saja untuk tahun mencabar 2016. No Bonus, No Increment... tapi harga barang makin naik... eh silap, semua pun naik lah.

Semoga Allah SWT beri hidayah kepada pemimpin-pemimpin kat Malaysia.

Semoga ekonomi O&G kembali pulih seperti sedia kala.

Thank you very much kepada yang sudi membaca story of my life... life thru my beautiful journey.

Take good care of yourself & family and wish you all the best and success in the next Year.


Bye Bye Bye 2015


Selamat Tahun Baru / Feliz Ano Novo / Happy New Year! 


Wednesday, December 30, 2015

Bangkok-Lopburi-Kanchanaburi: Total Expenses

Bangkok-Lopburi-Kanchanaburi
19 - 22 Nov 2015


Aku rasa kali ni banyak betul masa amik nak habiskan cerita Bangkok trip aku ni. Kemalasan satu hal, kerisauan sebab dah overweight pun pening juga & tapi yang paling win, idea nak buat karangan yang best tu, tak sampai-sampai. Tapi aku cuba jugalah nak habiskan before year end. And below total expenses will be my last post for travelling this year. Bromo-Malang-Surabaya trip yang tak habis-habis cerita lagi tu pun, nanti backdated jelah nampaknya. Sebab banyak juga tempat baru yang aku pergi masa kat Surabaya hari tu tapi macam biasa lah, no cool idea nak start karangan yang best.


Below total expenses for 5H4M Bangkok-Lopburi-Kanchanaburi trip.


Flight
AA Flight (KLIA2 – Don Mueng Airport) = RM149 (All-in)
AA Flight (Don Mueng Airport – KLIA2) = THB2107 RM 259 (All-in)

Total = RM408

Accomodation
CheqInn – Bangkok Chic Hostel, private 6-bed room = RM245.55
Tara Raft Kanchanaburi Guest House
Superior river view double bed (2 rooms) = RM413.92
Superior river view twin bed (1 room) = RM206.96

Total = RM866.43/6 = RM144.40 each

Lopburi
Bus fare (Don Mueng Airport – Bangkok Railway station) = thb8  
Train to Lopburi = thb28 (3rd class)
Mineral water, thb10 x2 = thb20
Return trip sunflower field = thb150
Train Lopburi to Bangkok = thb154 (2nd class) - ada air cond
Makan nasilauk n teh o peng = thb60

Total = THB 420

Kanchanaburi
Big taxi = thb500pp
Mee celop = thb35
Ayam goreng n pulut = thb15
Tuk Tut (return trip to night market) = thb120 / 6 = thb20
Minivan to Erawan & Death Railway = thb1800 / 6 = thb300
Entrance Fee Erawan - thb300
Parking Minivan - thb50
Train ticket (Tham Kra Sae – River Kwai) = thb100 (1 hr journey)
Lunch nasi ayam kuning - thb45
Dinner Nasi ayam - thb40
Dinner Ayam goreng - thb10 x 2 = thb20
Tuk Tuk (night market – guesthosue) = thb60 / 6 = thb10
Private minivan to bangkok = thn2000 / 6 = thb333

Total = THB 1768

Bangkok
BTS one day pass = thb140
Mo chit - Nana = thb40 (beli sebab dah lost one day pass)
Nana - Saphan taksin = thb42 (beli sebab dah lost one day pass)
Chao Phraya Boat ride = thb40 x 2 = thb80
Tomyam kung = thb100/2 = thb50
Pad Thai = thb60
Air kelapa = thn40
Air mineral = thb10
Jus limau manis = thb20

Total = THB 482

Floating market
BTS one day pass - thb140
Minivan to Damnoen - thb90
Minvan from maeklong to bangkok - thb70
Minivan pickup tepi jln from saduak to maeklong - thb40
Boat - thb2000/6 = thb333.33pp
Coconut ice cream - thb60
Ice coffee - thb20

Total = THB 753

Miscellenaous
Simcard truemove - thb199 (7days Unlimited Internet Access)
Nasi kosong & tomyam (Makan MBK mall) = thb75
Dinner Nasi ayam kosong + lemon tea - thb260
Seluar gobos - thb150x2
Souvenirs - thb390
Big Taxi to airport - thb800/6 = thb133
Buah nenas - thb20x3 = thb60

Total = THB 1417

Total Expenses in Bangkok – Lopburi – Kanchanaburi = THB4840 RM594

Total Expenses RM1150             (Rate masa ni THB100 = RM12.26)


Alhamdulillah, not so over budget. Al maklum dah second time, so, budget souvenirs tu boleh tolak ke tepi. Beli pun sebab untuk orang tertentu sahaja, Untung juga masuk comp baru & slalu pindah randah ikut project yang kita buat ni. At least, save budget nak peruntukkan untuk member-member yang berhampiran, hahaha. Aku rasa tahun ni berjalan jer memang save banyak sebab tak beli souvenirs sangat. Dan aku rasa, ada yang trip lepas aku beli pun tak luak lagi, hahaha. 


2015 Best nine on Instagram 
Thank You For you likes, hahaha



This will be my last travel post for this year. Will be more interesting story coming up next year, InsyAllah. 


Monday, December 28, 2015

Bangkok Last Day

Bangkok, Thailand
Sunday, 22 November 2015


Right away after Maeklong, kami terus kembali ke Bangkok City. Walaupun hari ni last day kami di Bangkok but still we have many time until our next day flight at 7.00am tomorrow, so, no rush. Still banyak lagi boleh explore kat Bangkok ni. Lagipun, aku memang dah target kami akan jalan-jalan shopping hari ni. So, sampai je kami di Bangkok, first thing first, cari makan dulu lah. Aku memang akui, agak susah nak cari Halal Food kat Bangkok ni. Kalau ada pun memang mahal. Rasanya kat mana-mana tempat pun kalau majority bukan Islam, memang Halal Food a bit expensive compare to negara yang memang majority nya Islam. Yelah, banyak syarat yang nak kena patuh kalau betul-betul Halalan Toiban. Dan sebab salah satu nak dapat supplier yang Halal tu kadang-kadang buat certain kedai terpaksa charge mahal untuk kes macam ni. Anyway, understood the situation. So, the best way kalau tak nak pening-pening fikir mana nak cari Halal food or spend most of you travelling money for expensive foods than buat lah perancangan terbaik sebelum ke Bangkok ni. Salah satu cara boleh bawa halal food sendiri nak melancong ke sini. Tak pun, korang boleh spend at least skali sahaja makan kat kuar. Breakfast & Dinner, stok sendiri dari Malaysia. 


Victory Monument

Victory Monument... the other side

After Victory Monument, kami terus ke MBK mall nak cari Halal Food yang boelh dimakan. Plan asal macam nak masuk ke Yana Restraunt tapi bila tengok jer harga dia. Rasa nak pitam pun ada, hahaha. Mahal sangat. Bukan tak mampu tapi budget memang ngam-ngam je ni. Lagipun kami decide nak ke Platinum & Pratunam lepas ni. So, kami decide ke food court sahaja. Mahal juga tapi takde lah semahal Yana Halal Restraunt tu. Ada dua kedai halal kat Food court MBK Mall ni, Arab food & Indian Food. But still they have choice of Thailand dish juga. Alhamdulillah, kenyang. 


Tempat Solat

Ada reserved seat juga

Next agenda, kita ke Platinum Mall & Pratunam Mall. Recommended place nak shopping murah di Bangkok. From MBK Mall, we took BTS skytrain to Ratchathewi station. From Ratchathewi station, you need to walk about 2km which is around 20mins to reach Platinum Mall. Jauh juga tapi good exercise. Rasanya nak balik nanti macam tak sanggup nak menapak balik, hahaha. Dulu pun macam tu juga, pergi je naik train, balik tu… bila dah banyak sangat benda kat tangan, rasa-rasa sanggup ke nak menapak balik ke BTS station. Anyway, dulu sebab company trip & kami ada senior citizen yang follow kami, so, kami akur naik Tuk-Tuk balik ke Hotel after dapat harga yang reasonable. 


Platinum Mall

Tak banyak pun shopping kali ni. Maybe, sebab tak tahu nak beli apa dah. Lagipun, this is not my first time. So, aku cuma banyak bawa mereka-mereka ni round satu tempat ni & cari tempat yang paling sesuai nak beli souvenirs & yang sewaktu dengan nya. Kami spend taka lama pun kat sini. Lepas dapat apa yang dicari, kami pun bergerak keluar ke next building, Pratunam Mall. Tapi agak kecewa sebab masa kami sampai tu, banyak kedai dah tutup. Tak tahu pulak yang opening hours sampai pukul 6ptg. Tapi next to this Pratunam Mall ada night market. Kami pun sambung jalan-jalan lagi. Masih sempat sebab masih ada masa lagi.

Done with night market, kami pun pulang semula ke Hotel. Masa ni, kaki Fad tak kuat dah nak jalan jauh. I can feel you babe, hehehe. Sebab aku pun memang dah malas juga nak menapak balik ke BTS skytrain station masa tu. So, kami decide nak naik Tuk-Tuk saja. Agak tegang jugalah bargain dengan driver dia tapi last-last dia akur juga dengan harga yang aku minta walaupun masih tak puas hati. Kalau ikutkan tak jauh mana pun Platinum Mall dengan hotel kami tapi macam biasa lah kalau dah nama pelancong tu, ada sajalah yang nak ambil kesempatan kan. 

Alhamdulillah, we arrived safely at Cheqinn Hotel. And memandang masih terlalu awal nak sampai ke airport, so, we decided to stay until 10pm. Luckily, aunty ni sangat baik hati kasi kami stay. We managed to get Big Taxi nak ke Dong Mueng Airport with THB800. While waiting, kami jalan-jalan ke Arab street yang berhampiran nak cari makan untuk Dinner. Sini memang boleh katakan semua tempat makan Halal tapi faham-faham lah mahal tetap mahal. Anyway, kami dinner juga kat area sini walaupun dengan tidak rela hati, hahaha. Lagipun, bath masih ada lagi sampai esok hari ni. So, utilize lah balance yang ada kan. Yang aku paling tak puas hati layanan yang kami dapat kat kedai Arab ni… lelaki arab yang amik order kami ni sangat rude. Kami ada hak kot nak pilih mana yang kami suka & brapa lama masa kami nak fikir nak makan apa pun, itu hak kami. Padahal takde orang sangat pun kat kedai ko masa tu. Takkan ko tak faham kot konsep customer is always right. Sangat kecewa & aku harap tak akan ke situ kalau ke Bangkok lagi dah. Never. 


Dengan aunty yang baik hati

Lepas dinner, back to Cheqinn Hotel. We still have 1.5 hour. Aku tak boleh ingat masa aku & eein tengah syiok-syiok makan nenas abang manis, datang aunty yang jaga Cheqinn Hotel tanya aku “Hungry ya”… aku pun senyum-senyum angguk (padahal dah makan sepinggan nasi besar, hahaha). Mungkin sebab kesian tengok kami-kami yang konon-konon kelaparan tu, dia kasi kami take shower dulu before while waiting for the Big taxi to come. Waduh, baik sungguh aunty ni, you’re the best lah. Kami pun apa lagi, memagng tak buang masa terus amik apa yang patut naik ke level Ladies Room. Haaaa, barulah rasa fresh sikit. Tak sangka ada juga orang yang baik kan. So, I really recommended sapa-sapa yang nak stay kat Bangkok ni.

Big Taxi datang lagi awal dari yang dijangkakan. Dan malam ni kami akan bermalam di Don Mueng Airport memandangkan flight kami pukul 7 pagi esok. Rugi rasanya nak stay kat Hotel. Nasib baik lah takde orang monitor surau kat airport ni, so, dapatlah kami tido dengan aman sekejap while waiting for Suboh prayer. Ohh, surau di Don Mueng Airport terletak di level 2. Kalau tak tahu, tanya je kat customer service.

End of my Bangkok Trip. Hopefully dapat sampai ke sini lagi nanti. Banyak lagi tempat nak kena explore ni. InsyAllah. 


Memang best... really recommended kalau naik FD flight

The End...


Thursday, December 24, 2015

Bangkok Day 4: Maeklong Railway Market

Maeklong Railway Market, Thailand 
Sunday, 22 Nov 2015


Kalau ikutkan, kebanyakan market kat Thailand ni lebih kurang sama je kat mana-mana pun. Tapi ada sesuatu yang menarik perhatiaan kami nak ke Maeklong Railway Market. Why? Because it has a train running through the middle of it several times a day. Right down the middle and close enough to touch. And it happens only in Thailand.

Maeklong Railway Market is our next destination after Damnoen Saduak floating market. About 30mins from Damnoen Saduak Floating market by minivan.


Maeklong station

The Maeklong Railway (also known as the Mae Klong Railway) is a 1,000 mm (3 ft 3-3⁄8 in) (Metre gauge) railway that runs for nearly 67 kilometres between Wongwian Yai, Bangkok, and Samut Songkhram in central Thailand. The Maeklong railway became famous for its route through the Maeklong Railway Market. Also known as Talat Rom Hup which means the "umbrella pulldown market". It is one of the largest fresh seafood markets in Thailand and is centred on the Maeklong Railway's track. Whenever a train approaches, the awnings and shop fronts are moved back from the rails, to be replaced once the train has passed. (source)


Kami masuk market ni dulu nak sampai ke tengah railway market

Inilah maeklong railway market... ada railway track in the middle

Macam-macam ada dijual di sini

Di sinilah tempat laluan train nak ke last station, maeklong... during train passes through, all left & right side business need to put aside to give way to the train

Bukan rezeki kami nak saksikan train lalu hari ni sebab railway track Ban Laem-Maeklong still under maintenance. Kalau ikutkan schedule yang diberitahu a few websites, "Ban Laem-Maeklong section closed for renovations in May 2015 and scheduled to re-open in 8 November 2015". Hampa sungguh. Kalau tahu awal-awal lagi memang aku takkan ke sini. Masa tu nak tukar plan ke another nearest floating market, Amphawa pun rasanya macam dah tak cukup masa. Sebab nanti kami terpaksa cari transport sendiri lagi nak ke situ. And aku dah plan after Maeklong, kami akan jalan-jalan di Bangkok Platinum & Pratunam Mall. Nampaknya nak kena pergi lagi lah ni nampaknya, emmhhh.


Kami tak cukup lucky nak witness this moment... train passes through market
(pic source)



Sampai dah last station... seberang jalan railway market jer

No train at this time because railway track still under maintainance up to new year

Dah sampai main station baru tahu yang railway track still under maintenance and hence, no train will pass thru maeklong railway market at this period of time

The railway became famous for its route through the Maeklong Railway Market

Ada sungai dihadapan station Maeklong

View around this area

Nice view seen from end of Maeklong train station

Memandangkan takde train yang kami perlu tunggu, so, masa yag ada kami spend jalan-jalan di sekitar area Maeklong railway station ni. Dah rasa bosan sangat & tak tahu nak buat apa dah, kami berjalan ke minivan station yang berhampiran, balik ke Bangkok. Another 2 hrs journey. 


Back to Bangkok City... ada minivan station tak jauh dari maek long market ni

To be continued...


Friday, December 18, 2015

Bangkok Day 4: Damnoen Saduak Floating Market

Ratchaburi, Thailand
Sunday, 22 Nov 2015

Opening Hours: Everyday from 7.00am to 12.00pm
Most suitable time to be there: 8.00 – 10.00 AM


Dulu first time ke Bangkok, aku tak berpeluang nak sampai ke Floating market Bangkok yang dikatakan famous tu. Aku ke floating Bangkok juga, cumanya, floating Bangkok Pattaya. Masa tu rasa macam tertipu juga dengan agent yang bawa company trip kami sebab dalam itinerary yang kami dapat, floating market di Bangkok. Sebab floating market Pattaya memang far far different daripada yang aku & geng harapkan. Tapi masa tu nak minta agent change trip to floating market Bangkok pun memang takde harapan dah sebab kami tak cukup masa dah. So, kali ni punya trip with Gadis Semasa, aku memang make sure akan sampai ke real Bangkok floating market. 

Actually, there are many floating markets in Bangkok and neighbour provinces, but the most popular one & normally recommended is Damnoen Saduak Floating Market, a market in Ratchaburi province.

To me, Damnoen Saduak Floating Market is one of the must-see places. If you visit Bangkok or Thailand, do not forget to plan to visit this floating market. Agreed that the market quite pricey but the experince worth it.


Floating market kat sini memang sangat besar & luas


How to get there: 

From Bangkok, we took BTS skytrain (sukhumvit line) to Victory Monument station. Then, take a van at Victory Monument. Fare THB90. About 2hrs from Bangkok. 


Victory Monument Minivan station

Kami keluar seawal 6 pagi from Cheqinn Hotel just to make sure yang kami akan sampai awal di Damnoen Saduak Floating Market. Lagipun, hari ni banyak tempat juga kami nak cover jalan-jalan.

Minivan yang kami naik dari Victory Monument dropped kan kami kat salah satu tempat untuk naik boat ke floting market. Masa tu aku ada terfikir juga, betul ke tempat ni sebabnya macam tak berapa nak ramai orang. Dan kami pulak dihampiri oleh a few people yang try nak ajak kami naik boat mereka. Memandangkan macam tak jumpa jalan lain dah nak amik boat ke floating market, so, kami akur jugalah amik salah satu boat dengan harga THB2000 for 2hrs. Kiranya sorang THB334, mahal. And on the way nak sampai ke floating market tu rupanya banyak jer boat pick-up yang mana aku rasa boleh dapat lagi murah sebab hanya boat biasa yang takde bumbung macam boat kami. Tapi tulah, masa tak tahu kat mana pulak nak ke area situ. Dah balik baru tau, hahaha.


Dah sampai pun... Inilah tempat minivan drop kan kami

Naik boat nak ke real floating market

On the way nak sampai floating market banyak jer boat pick-up point

Oh, masa 2hrs trip to floating market tu sebenarnya termasuk masa kami membeli belah kat floating market tapi disebabkan kami tak membeli apa-apa, so, trip jadi pendek & kami pulang sebelum sempat 2jam. Aku rasa macam tak patut jer sebab kau beli ke tak, itu hak masing-masing tapi timing kena lah follow juga. Kami dah bayar kot. Boleh jer dia nak bawa kami pusing satu round lagi ke... kan. Huh, tak puas hati betul.

Apapun, kami dah sampai di floating market Damnoen Saduak yang dikatakan popular tu tapi harga barang takde lah seperti yang diharapkan. Macam biasa lah kalau dah nama tempat tarikan pelancong, confirm herge melambung tinggi. Padahal price yang lebih murah for souvenirs boleh dapat di Platinum mall & Chatucak market, perhaps. Actually, target aku nak sampai sini & tengok real floating market, takde rasa nak beli apa-apa sangat pun. Sebab dah tahu harga memang mahal.


Jom kita explore apa yang best sangat

Welcome

Let's enjoy the boat ride to floating market.


Baru pukul 9 tapi dah ramai dengan pelancong

Real floating market

Jual beli sedang berlansung

Happy makcik ni dapat ramai customer hari ni

Busy potong buah barangkali

Kami cuma sempat beli & makan coconut ice cream jelah. Mahal juga, THB60. Rasanya itu je yang menarik, hahaha. Ice cream kelapa lagi... at least ada jugalah membeli kan. Tapi ternyata coconut ice cream di Chatucak juga yang terbaik & best... harga pun lagi murah, THB40. Apapun, yang penting nak tengok real feel of floating market dah tercapai. 


Ini juga yang menarik hati, hahaha

We're in the middle of the floating market

Special sikit dengan sabut kelapa skali, hahaha
 
Punca Rezeki mereka

Snake show pun ada

Bersimpang siur floating market ni

Plan nak ke floating market pun dah terlaksana, so, jom ke next destinasi... Maek Long.

Dari floating market tempat kami naik boat tu takde transport direct nak ke Maek Long Railway market. So, kena menapak sikit ke main road. Yang aku pernah baca, boleh jer naik Tuk Tuk dari situ, itupun kalau ada lah. Sebab jarak dari Damnoen Saduak Floating Market nak ke Maeklong Railway Market tak jauh pun sebenarnya. Adalah dalam 15km to 20km. Kami memang ada jumpa Tuk Tuk pun tapi sebab kami ramai, tak jadi lah Uncle tu tumpangkan. Tapi dia suggest kami naik bas tepi main road sebab ada bus yang akan direct ke Maeklong Railway Market. So, kami pun bergerak lah ke Main Road. Dari main road ada satu simpang nak ke area boat jetty nak ke floating market. Kiranya salah satu boat pick-up point for tourist lah. Tempat tak proper macam tempat yang kami naik boat tadi tapi banyak bus & taxi berhentikan pelancong di sini. Barangkali ni lah tempat yang dikatakan lebih murah sebab boat biasa saja. Patutnya minivan kami pagi tadi drop kan kami kat sini.

Dekat sini pun takde public transport yang akan direct ke Maeklong Railway Market, so, kami jalan balik ke main road dengan harapan adalah bus nanti. Tunggu punya tunggu, adalah setengah jam juga, barulah ada minivan yang stop untuk kami. Minivan ni function dia macam taxi jugalah. And Minivan ni ada palang kuning kat depan dia (tak ingat palang ke banner). Cumanya kami naik dengan penumpang lain juga. Tak sampai setengah jam, sampai pun di Maeklong Railway Market. 


To be continued...

Saturday, December 12, 2015

Bangkok day 3: Chao Phraya River Cruise tengok sunset

Bangkok, Thailand
Saturday, 21 Nov 2015


Plan nak ke wat Arun supposedly plan kami after Chatucak market tapi kami balik hotel dulu. Rehat-rehat dulu tido, petangnya baru plan ke Wat Arun. Padahal masa tu rasanya agak lambat dah nak sampai situ sebab kalau ikutkan closing time 5.30pm. Tapi misi aku pun cuma nak tengok sunrise on the way nak ke situ sebab katanya view sunset lawa di situ. So, takde hal pun tak ke wat Arun tu.


Getting there from our Hotel or Sukhumvit 
  • BTS skytrain (nearest station) --> change at siam station,take a silom line --> Saphan Taksin Tier
  • From Saphan Taksin Tier to Tha Tien Tier (N8) by boat (chao phraya express) - Fare: 40bht (peak hrs) 

Saphan taksin... Central Pier for Chao Phraya boat

Kena queue juga nak naik boat

Dalam kes kami ni, since kami dah sampai agak lambat & boleh jadi kalau ada masa lagi pun macam tak berbaloi, so, kami hanya stay di Tha Tien Tier untuk melihat sunset sahaja. Actually, station sebelum tu, memang dah ada satu spot special untuk enjoy the sunset tapi sebab kami dah beli tix nak ke Tha Tien Tier, so, kami abaikan saja. Rasanya sama saja kot kalau view dari mana pun. Tapi maybe ada kelebihan kalau tengok dari sunset viewpoint ni. Mungkin akan kelihatan Wat Arun dengan lebih jelas disebalik beautiful sunset. 


Chao Phraya cruise to Tha Tien Pier

Bangkok city from Choa Phraya Express

Tak sure tempat apakah ini

Alhamdulillah, kami sempat sampai di Tha Tien Pier untuk menyaksikan sunset yang indah disini.


Sunset seen from where we stay

Subhanallah... nice sunset

Wat Arun on the left side dari kejauhan

Happy kekakaks semua

Kami lepak di area sini sambil tunggu sunset

Before balik ke Hotel, kami singgah makan di one Halal Food yang terdapat di area jetty sini. So, kami semua try lah menu yang masih available lagi masa tu. Agak kecewa sebab nasi dah habis masa tu walaupun Tomyam Kung ada. So, nak tak nak kami order sajalah Pad Thai & Tomyam Kung. Boleh tahan juga harga kat sini. Mahal. Tomyam Kung semangkuk besar je THB100 & Pad Thai THB60. Anyway, tomyam kung dia tak berapa nak memenuhi citarasa aku.

After that heavy dinner, kami pulang semula ke Cheqinn Hotel. Tak plan ke mana-mana pulak selepas tu. Rasanya nak tido awal saja sebab esok kami nak gerak awal ke floating market.


First time beli dah jatuh cinta…dengan nenas manis si dia



To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...