Pages

Showing posts with label Sokcho. Show all posts
Showing posts with label Sokcho. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Sokcho Day 3: Seoraksan lagi

Seoraksan National Park, Sokcho
Wednesday, 22 Oct 2014


Today, again, kami ke Seoraksan National Park. Mengubat kedukaan semalam... disebabkan hujan yang turun tak berhenti, semua plan tak menjadi. Awal-awal pagi, bangun tinjau keluar tingkap, Alhamdulillah, nampak gaya macam tak hujan.

Semalam kami keluar awal-awal pagi sebab plan nak hiking. Tapi, memandangkan hari ni plan hanya lah untuk naik cable car sahaja, so, kami pun keluar lah lambat sikit... around 7.00 a.m. Cuaca maybe tak seindah yang diharapkan tapi kira ok lah sebab tak hujan. Cuma, gerimis mengundang sekejap. Dan seperti semalam juga, kami naik bas menuju Seoraksan National Park.

Kami sampai pun agak awal juga masa tu tapi dah nampak ramai juga visitors yang ada. Hari ni barulah aku ada kekuatan nak keluar kan camera. Kalau tak, memang tak dapat lah aku nak abadikan view yang indah di Seoraksan ni. Same procedure as yesterday, bayar entrance fee 3,500 won dulu and for cable car, kena bayar kat cable car station inside. Cost for cable car 9,000won return. Alhamdulillah, kami tak perlu beratur panjang pun sebab masih awal lagi & orang pun masih tak ramai.


Main Entrance to Mount Seorak

Seoraksan Admission Ticket Office

Next to above entrance was Information Counter

Masuk-masuk jer akan nampak beruang yang gagah ni

Follow this way to cable car station

Autumn @ Seoraksan

Cable car Station

After passing the ticket booth and paying the entrance fee, you will see a park where you can get on the cable car. About 5-minute ride will take you near the top, followed by a 30 minutes hike thru available route which will take you to Gwongeumseong Fortress at an altitude of 1,200 meters. This location will give you a bird's eye view of the Seoraksan Mountains.


About 5minutes ride will take you near the top

Turun je dari Cable car akan terus ke sini... naik untuk menunjuk puncak

Autumn foliage seen from top of cable car station

Nice & breathtaking view along the trail heading to peak

More stairways to go
 
Almost there

Gwongeumseong Fortress from below

Wefie

Tak sampai puncak pun sebab baru lepas hujan & trek agak licin

View dari atas Mount Seorak

View dari atas gunung memang sangat cantik. Tak dapat aku gambarkan kalau masa ni cahaya matahari ada, confirm lagi menawan. Tapi, kira bersyukur jugalah sebab at least sampai juga kami ke sini walaupun plan asal nya kami sepatutnya hiking. Cuaca mendung macam ni pun boleh tahan ramai juga orang kat atas ni. Kiranya kalau nak amik gamba sorang-sorang pun susah juga sebab ada je yang inter frame nanti.


Subhanallah...

Seoraksan view from top

Symbolic stones

View around on top seriously cool & ohsem

We follow the same trail back to cable car station

Beautiful view captured otw trail heading to peak

Inside the cable car

The beautiful red

Autumn at Seoraksan

I love autumn colors

Subhanallah



We ended the tour around 10am & back to Hankang Park Hotel. Actually, kami dah check-out pun tapi sebab tak nak menanggung beban ke Seoraksan, kami tumpang tinggalkan bag sementara. So, sampai jer Hotel, just pickup the backpack, touch-up skit & naik bas semula menuju Sokcho Bus terminal. Hari ni juga kami akan back to Seoul.


Bye Bye Sokcho


To be continued...



Tuesday, November 18, 2014

Sokcho Day 2: Soeraksan

Mount Soerak, Sokcho
Tuesday, 21 Oct 2014


Hari ni hari kedua kami di Sokcho. And of cos agenda kami yang utama hari ni, hiking to Mt soerak.

Seawal 6.30pagi kami dah bergerak keluar dari hotel hankang park menuju soeraksan. Tapi agak kecewa sebab hujan pagi tu. Masa tu, aku berharap sangat biarlah hujan beransur setibanya kami di sana nanti. Tapi apakan daya, kuasa yg maha esa menentukan segala-galanya. Hujan tak lansung menunjukkan tanda-tanda nak berhenti... tapi kami teruskan juga menuju soraksan national park. Just hoping miracle to happen. 


Dari Hankang Park, kena cross jalan tunggu bas kat seberang kalau nak ke Mt Soerak

Station bus berhampiran Hankang park

Bus to Mt Soerak

Ingatkn jauh sangatlah soraksan dari hotel kami. Adalah dlm 5min jer dah sampai... The last stop. Dari Hangkang Park Motel, kami boleh naik samada bas no 7 or 7-1, kalo tak yakin, boleh jer tnye driver bas tu. Bus fare 1200 won to any destination. Please make sure prepare duit kecik or cukup-cukup tapi tak perlu risau sebab kalau terlebih the driver will return your balance. Apa yang aku respect sangat driver bas kat sini, walaupun tak reti speaking, korang cakap jer nama tempat tu & they will stop the bus and kasi tau korang dah sampai, hehehe. So, no worries. Aku masih ingat lagi last day kami kat Sokcho, dari hotel kami amik bas no. 7 tapi tak sure pon nak berhenti kat mana sebab first day kami dari terminal bas sokcho naik taxi nak ke Hankang Park. So, masa naik tu kami cakap jelah nak ke terminal bas & dia angguk jer... kami punyalah fokus dalam bas nak tahu berhenti kat mana kan, tahu-tahu driver bas tu berhenti & inform us in korea dah sampai terminal bas... hahaha. Bagus kan.

And the best part, aku & fad dapat special gift "umbrella" dari uncle driver yang bawa kami on the first day to Mt Seorak. Terharu sungguh masa tu... Mungkin sebab dia nampak aku & fad takde payung & raincoat masa tu. Kamsahamnida uncle, I wish to meet u again. Your kindness really touched my heart. And Cik Fad masih simpan lagi payung pemberian uncle tu.


Beginilah keadaan masa kami sampai... hujan masih tak berhenti walaupun visitors semakin ramai

View from entrance to Mt Soerak National Park... masih hujan lagi

Entrance fee to Soeraksan National park is 3500won. Kalau nak naik cable car kena bayar kat station dia kat dalam. Fee 9000won return. If u choose hiking, no need to pay extra, only entrance fee. Lepas tu, boleh lah pilih any route you prefer to go. Hiking route dia memang banyak sangat. And every route promised different expectation. 

Information counter kat sini ada tapi the korean guy was not so fluent in english. Susah juga nak tanya detail. Anyway, bolehlah dapatkan information about the hiking route kat sini. Free map is provided. Get some advise & info from them first.

Macam kes kami ni. Dia tak suggest kami naik mana-mana route pun masa tu sebab hujan masih belum berhenti. Lebih lebih lagi route yang aku memang nak follow, Ulsanbawi. So, kami akur, safety comes first. Lagipun, aku pun tak prefer hike during rainy day without proper hiking gear. Kami pun cuma jalan-jalan jelah sekitar national park yang berhampiran. Nak keluar camera pun tak berani sebab tak nak amik risiko.

Cable car beroperasi walaupun masih hujan. Bagi aku agak risky tapi nak buat macam mana kan jumlah visitors semakin ramai walaupun hujan... Emmhhh. Tapi aku perasan ada juga geng-geng hiking ahjuma & ahjusi yang dah patah balik, maybe sebab hujan. 


Pengunjung semakin ramai walaupun hujan masih tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti

Lama sangat nak menunggu hujan berhenti, kita makan dulu... Brahim Nasi Goreng Kampung + Korean instant rice, actually aku simpan ni untuk makan masa kami hike nanti, konon-kononnya lah tapi nampak gaya memang taklah dengan keadaan cuaca yang masih hujan masa tu

After waited for almost 2 hours, finally kami decided nak pulang ke hotel & tido, hahaha. Apa aktivity yang lagi best dari tido hujan-hujan sejuk begini... Kann. Kami tinggalkan kay & the geng masa tu sebab fikirkan mereka-mereka naik cable car. Tapi kami berazam untuk datang balik ke sini on the next day. Sebab we still have one more day before return to seoul.

Petangnya, kami plan nak ke Abai Village & jalan-jalan di pekan sokcho. Plan ke Abai Village pun tak jadi sebab masih hujan lagi. Sudahnya kami berjalan-jalan di pekan Sokcho sahaja. Sambil-sambil shopping barangan outdoor. Macam-macam brand barangan outdoor kat sini. And price pun boleh tahan juga mahal... hahaha. Baru ingat nak shopping high cut boot kat sini for my next year ABC trekking tapi nampaknya kena fikir beli kat Pokhara sajalah nampak nya nanti.


Antara outdoor shop di Pekan Sokcho

Pekan Sokcho

Sempat jugalah rembat waterproof + windproof gloves kat sini

We returned to Hankang Park after 2 hours jalan-jalan di Pekan Sokcho. Nampaknya, itu sajalah aktiviti kami yang menarik hari ni. Susah juga kalau hujan-hujan macam ni nak buat sebarang outdoor aktiviti. Mungkin bukan rezeki kami hari ni... atau mungkin ada hikmah nya kan.

Apa pun kami berazam nak ke Soeraksan lagi... keesokannya. Just pray for a nice weather.


To be continued...


Sokcho Day 1: Jeju to Sokcho

Seoul - Sokcho, South Korea
Monday, 20 Oct 2014


Continue from previous post

We arrived at Gimpo airport at 1.30pm. No immigration procedure, terus pickup baggage jer. So simple. From Gimpo airport, we took Subway to get to Dong Seoul bus terminal.


Getting to Dong Seoul Bus station from Gimpo Airport

A'REX (Airport Railroad, Line A) --> Hongik University (Interchange to Line 2) --> Gangbyeon (Line 2)
Train ride approximately 1 hour

From Gangbyeon Station exit, cross road on your left (if follow the Dong Seoul Bus station exit). Station bus Dong Seoul betul-betul seberang jalan tu but on the other side. About 10-15 mins walk.


From Gimpo Airport, naik escalator panjang ni nak ke A'REX

Inside A'REX

We arrived at Gapyeong station around 3.15pm. Nak ke station bus Dong Seoul, just follow the sign heading to Dong Seoul bus terminal. keluar exit 4, lintas jalan sebab terminal bas tu betul-betul dekat dengan bangunan seberang jalan, just opposite the Gapyeong Subway station. 

Bila masuk bangunan tu, kami agak lost sikit tapi ternyata korean people were so helpful without u asking first. Aku cakap jer nak ke sokcho, terus dia bawa kami ke bus tiket counter, tolong beli kan kami semua ticket & siap hantar kami ke tempat menunggu bas lagi.

Kami tak perlu menunggu lama pun sebab bas sentiasa ada disini tapi kena ikut schedule kat ticket lah. Kekerapan bas ke Sokcho adalah tinggi, so, tak perlu risau. Our bus to Sokcho was at 4pm. And perjalanan dianggarkan 2 & 1/2hr to reach Sokcho from Dong Seoul terminal bus. Tido jelah jawabnya. Otw, bus akan stop di RnR lebih kurang 15-20min. Hari ni perjalanan kami banyak dihabiskan dengan travel dari Ilchulbong drive ke jeju airport, Jeju airport fly to gimpo airport, subway ke seoul & finally naik bus ke sokcho. Penat tapi pengalaman travel sendiri dengan backpacking skali skala, rasa fun, sengsara & I learnt a lot of things. Lebih lebih lagi bersama gadis-gadis semasa yang memahami & sekepala dalam travel. 


Ticket to Sokcho

Kami tunggu bas betul-betul kat depan bus ni but our bus is at 1600

Seat inside our bus to Sokcho... luas & selesa for 2.5 hours journey

Alhamdulillah, kami sampai di Sokcho before 6.30pm. Sejuk sangat masa ni di terminal bus Sokcho. Suhu dianggarkn 10degC. Memandangkn hari dah gelap kami dah sepakat nak amik taxi je ke Hangkang Park hotel. Lagi pun masing-masing pun dah penat. Memandangkan kami 9 org, terpaksalah amik 3 taxi. Just show the address at agoda booking & driver tahu nak bawa ke mana.

Masa otw nak ke hotel, driver taxi sempat lagi tanye kami dari mana. Cakap jer dari malaysia, terus dia buka citer honeymoon dia 10 thn yg lepas kt m'sia. Dasyat kau, driver taxi pun boleh pergi honeymoon sampai kat Malaysia. 


Sokcho Bus Terminal

Kalau naik taxi kena tunggu depan ni

Ada peristiwa kelakar masa kami sampai kat hotel ni, ni semua sebab Agoda. Kat agoda booking stated "Hangang park" tapi bila kami sampai tulis "Hankang Park" pulak, berbeza kot. Terus aku tahan taxi tu balik cakap yang hotel ni bukan (sambil tunjuk kertas booking agoda) Tapi dia berkeras yakin kan kami, inilah hotel nya. Last-last, driver taxi tu yang keluar and tanye kan sendiri. Alhamdulillah, confirm betul sebab owner tu siap keluar & panggil kami. Kagum dengan kebaikan driver taxi tu, thank u so much. It took us less than 1/2hr to reach Hankang park. Taxi fare 11,000 won, ok lah share 3 persons.


Our Hotel at Sokcho for 3D2N

We booked 2 famili ondol room, 4pax each room. Ondol meaning "warm stone" in Korea. Ondol room ni macam ala-ala korean traditional room style which comes with underfloor heating. So, boleh lah feel warm malam-malam, takde lah rasa sejuk sangat. Memandangkan kami 9 org, terpaksa lah satu bilik lagi extra one person. Mana tau ahjuma noticed yg kami 9 org terus dia add on tilam, selimut & bantal. Kami pun terpaksalah add money to that add on, hahaha. Cuma agak sempit skitlah untuk 5 org sebenarnya. Lagi-lagi, penghuninya godang-godang belaka. 


Ondol Room

Aku nak citer pasal owner hankang park ni. Laki bini memang sangat baik lagi-lagi ahjuma... Memang sangat mementingkn kebajikan customer. Aku ingat lagi layanan dia masa aku, fad & fida nak tumpang panaskan makanan for dinner. Dari A to Z, dia terang kan & prepare semuanya. Walaupun kami tak faham apa yg dia cakap tapi kami ya kan aja sebab dia cakap sambil demo, so, no problem at all. Rasa kelakar pun ada. Ahjuma, you are so cute lah. Anyway, Komunikasi bukan lah penghalang kepada mengeratkan silaturrahim disini. 


Barang-barang kami berlima jer dah memenuhi 1/4 ruang, hahahah

Dining Room on the first floor

Ada small dining hall kat hotel ni. Dekat sinilah kami panaskan makanan & having our dinner for 2 nights. I miss those sweet moments here. Bila balik malaysia terkenang-kenang itu & ini, lebih lebih lagi telatah ahjuma yang sangat mencuit hati. 


View from the bus station to Seoraksan

Malam tu kami tido awal sebab esoknya kami plan nak hiking to mount seorak seawal pagi. Semoga Allah permudahkan semuanya, InsyAllah.


To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...