Pages

Showing posts with label Malang. Show all posts
Showing posts with label Malang. Show all posts

Monday, November 16, 2015

Malang Tour: Sebentar di Ladang Epal Malang

Ladang Epal Malang
Sunday, 1 Nov 2015


Kalau ke Malang ni rasanya tak sah kalau tak ke Ladang Epal nya. Dan rasanya ni memang aktiviti wajib lah kalau ke Malang. Dan untuk kali ke-2 juga aku ke Ladang Epal ni. Tapi kali ni, ladang yang kami pergi lain dari yang tahun lepas punya. Kalau dulu pokok epal nya agak tinggi sampai kami pun kena panjat nak petik epal tapi kali ni berlainan sikit sebab pokok epalnya boleh dikatakan semua rendang belaka. So, tak pelru effort sangat pun sampai nak panjat pokok nak petik epal. Just dari bawah jer dah boleh capai semua. Cumanya aku rasa tak berapa nak banyak pilihan compare yang dulu sebab sini buah yang elok macam dah banyak takde. Mungkin juga masa kami sampai ni dah ramai penduduk setempat juga yang datang ke ladang epal. Barangkali tinggal kualiti yang so so sajalah. Boleh jadi juga bukan musim buah epal masa ni.

Kalau ikutkan guide kami, takde musim pun buah epal ni berbuah. Sepanjang tahun pun ada jer buah. Boleh jadi juga cuaca mempengaruhi baka buah yang dihasilkan di sini. Sebab masa kami sampai ni, cuaca memang seriously sangat panas di sini.


View Panderman Hill seen from Ladang Epal Malang

Seperti lawatan ke ladang epal yang lepas, kali ni kami diberi juga jus epal malang percuma sorang satu. Kalau suka, boleh beli lagi. Kat luar pintu masuk ke ladang epal ni saja ada macam-macam produk buah epal yang dijual. Aku rasa harga dia lebih kurang sama je macam jual kat kedai luar. 

Kali ni aku petik buah epal agak banyak juga dapat jugalah 3kg. Tak nak menyesal macam dulu dah sebab bawa balik 1kg saja. Bagi aku buah epal malang ni ada keistimewaanya tersendiri. Size buah dia pun kebanyakkannya kecil & sederhana besar. Dan seperti lawatan yang lepas juga, kami diberi peluang makan buah epal sebanyak mana yang suka. Tapi macam biasalah kalau nak bawa balik, kena bayar lah. Dan harga 1kg = IDR20,000.


Nak tahu epal yang elok dipetik... yang kulit dah kekuning-kuningan

Kami tak spend lama pun kat sini sebab lepas ni kami akan ke Muzium Angkut. Dan kami nak make sure yang kami nak sampai awal disana sebelum opening time. Tak tahu apa yang best kat Muzium Angkut ni sebab tak pernah tahu pun pasal attraction ni. Anyway, lets hope for the fun.


To be continued...


Sunday, November 15, 2015

Malang Tour: Labirin di Coban Rondo

Coban Rondo, Malang
Sunday, 1 Nov 2015


Last trip aku and the geng ke Malang, Coban Ronda adalah antara salah satu tempat yang kami sempat singgah. Itupun sebab banyak masa yang kami ada disebabkan main agenda kami tergendala. So, one of the alternative plan, kami telah dibawa oleh guide kami jalan-jalan disekitar Malang and Batu. 

Takde yang special pun about this waterfall tapi Coban Ronda mempunyai sejarah uniknya yang tersendiri. 

Nak tahu lebih detail boleh refer throwback story.


Sempat singgah jap nak teman Mira & Diana

Actually, our main agenda nak ke Coban Ronda ni nak ke Labirin or more precisely the Maze. Tapi sebab dah sehala kan and paling penting kami ada geng yang tak pernah sampai ke Coban Rondo, so, kami ikutkan saja plan Abdul. Apa yang menariknya the maze ni, alah macam game yang kena cari jalan keluar. Cuma tak challenging macam dalam The Maze Runner tu lah. Boleh gerak-gerak bagai kan dia punya path tu kan. Anyway, memang terhibur juga dan paling penting kami berjaya cari jalan keluar dengan pantas. Dulu masa kat Jeju Island, tak sempat nak include attraction ni as part of our itinerary.


Jom kita cuba ini tricky game

Nampak macam simple tapi boleh tahan juga lah

Masa ni guide kami tengah tunggu kat menara kat atas, where, they could see us from top and the full picture of the maze. Apapun mereka memang tak membantu kami lansung, hahaha.


Aci tak pakai Gopro nak tahu jalan keluar, hahaha

Inilah keseluruhan Labirin captured from top


Jom kita ke ladang epal Malang pula.


Friday, November 13, 2015

Malang Tour: Batu Night Spectacular & Bakso Malang

Batu - Malang, Indonesia
Saturday, 31 Oct 2015


Tak sangka pulak, BNS termasuk antara salah satu tempat Myo & Wak Doyok pergi dalam siri Ke Indonesia kita. Tapi masa kami pergi dulu belum kuar lagi kat mana-mana rancangan TV Malaysia pun rasanya pasal trip ke BNS ni. Kalau tak confirm lah kami tak excited nak pergi macam dulu, hahaha. Kiranya antara tempat yang wajib pergi lah kalau ke area Batu ni.

Apa yang menarik tempat ni.... emmhhh, boleh lah baca review kat sini. Maybe kalau nak tahu kemeriahan BNS ni, boleh tengok siri Ke Indonesia Kita. Aku pun tak pasti kenapa Adeq include skali BNS ni dalam itineray geng dia. Mungkin sebab kami takde aktiviti malam & since this is first time for Cik Mira & Diana. Opps, lupa plak, this is not your trip Nurul.

Yang pasti, kalau ada rezeki ke Malang lagi memang sudah cukup sudah lah, hahaha.


BNS... aku kembali lagi

Nak tak nak... main juga lah gravity game... kami je pon

After BNS, hati masing-masing berbelah bagi samada nak ke Bakso Arief atau tidak. Nak... tak nak... nak... tak nak... dah-dah, lansung pergi jelah ke bakso Arief. Konon-kononnya, semua pun masih kenyang tapi bila memikirkan malam masih awal lagi & esok kami akan ke Surabaya semula, confirm lah takkan merasa Bakso malang yang popular tu, so, kami pun ON jer ke Bakso Arief. Aku sebenarnya memang teringin sangat pun tapi bila memikirkan yang lain macam tarik tali je nak pergi makan, so, I follow jer. Tapi mana tau last-last semua pun agreed nak pergi. Dah sampai tu, semua pun makan. Ada sorang tu siap tapow lagi, hahaha.


Bakso Komplit... memang recommended

Lepas dah kenyang kami pun mula bergerak ke Hotel Dedaunan. Rupa-rupanya, Bakso Arief ni terletak betul-betul walking distance dari Hotel kami. No wonder lah si Abdul, bersungguh nak bawa kami makan ke sini juga.  

Such a tiring day today. Lets get a good night sleep. Esok nak tour Malang.



Friday, July 4, 2014

Candi Singosari

Malang, Jawa Timur, Indonesia
Monday, 9 June 2014
 

Our last destination at Malang before back to Surabaya Airport. Anyway, aku tak tahu pun kami akan ke sini sebab last 3 nights discussion, tour guide never mentioned about visiting this place. Tapi memandangkan dah sehala, so, tak salah pun walaupun takde apa yang specialnya pun Candi ni. To me, sama jer macam candi yang kami pergi sewaktu di Trans East Jave trip kami ke Yogja dulu. Anyway, candi di Singosari ini mahupun di Yogja, Bali & yang sewaktu dengannya... setiapnya ada sejarah tersendiri sebab kewujudannya.


Candi Singosari... our last destination

Sekilas Fakta...

Singhasari atau Singosari adalah salah satu candi yang berada di daerah Malang. Candi Singhasari adalah candi bersejarah peninggalan kerajaan Singhasari dan merupakan candi Hindu Budha. Candi yang memiliki tinggi 15 Meter ini terletak di Desa Candirenggo, kecamatan Singosari. Candi ini dipercayai ditemui oleh orang Belanda pada abad ke-18 ( 1800-1850 ), saat itu namanya adalah candi menara kerana bentuknya yang menyerupai menara. Ternyata banyak nama lain dari candi Singosari ini, ada juga nama candi cella yang di berikan oleh orang Eropa yang mengunjungi candi ini pada tahun 1856, kenapa di beri nama cella sebab ada 4 buah celah yang menghiasi candi ini, ada juga orang menyebut dengan candi cungkup, ada juga nama candi Renggo sebab letaknya di desa Candirenggo dan akhirnya nama yang kekal hingga kini, candi Singosari sebab candi ini terletak di singosari. Candi Singosari Malang ini didirikan dengan cara mengumpul batu Andesit yang kemudian di ukir dari Atas ke bawah, batu andesit adalah Batuan beku volcanic yang biasanya di gunakan untuk membuat nisan kuburan orang Thionghoa, arca-arca untuk hiasan dan banyak lagi. (source)


Candi Singhasari adalah candi bersejarah peninggalan kerajaan Singhasari

Biar panas terik sekalipun gaya tetap maintain

Layan juga bergambar walaupun panas terik masa ni

View from other angle

Limau Bali katanya tapi tak macam pun... 
oppss... ni version yang dah busuk tapi sebab nak tunjuk kondisi kat dalamnya

After a short visit at Candi Singosari, we proceeded to nearest restraunt for lunch.
 

Wednesday, July 2, 2014

Apple Malang

Ladang Epal, Malang 
Monday, 9th January 2014


Malang memang terkenal dengan ladang epalnya. Barangkali disebabkan suhu semulajadinya menyebabkan buah yang sinonim dengan Iphone itu mampu hidup dengan suburnya di bumi Malang ini. Mungkin buah epalnya agak jauh berbeza dengan imported epal yang kita biasa makan kat Malaysia ni tapi epal Malang ternyata mempunyai keistimewaannya tersendiri. Mungkin to certain people, epal dia macam biasa-biasa saja by looking at the condition outside tapi rasa dulu lah baru rasa kelainannya. Yang intimewanya, epal kat sini kita akan petik sendiri & no chemical coating to maintain the durability. Petik, timbang, packing & bawa balik sendiri. Memang tak tahan lama sikitlah nanti tapi aku dah sampai Malaysia sekejap jer dah habis. Macam kes aku, hari-hari pun aku makan masa lunch kat ofis. Tapi aku beli tak banyak pun dalam 1kg sahaja. Risau borong banyak sangat nanti over weight pulak.


Keunikan Apple Malang terletak pada...?

Luasnya ladang epal Malang ni, seolah-olah tiada penghujung

Masa kami sampai, ada welcoming drink, apple malang juice. Memang best juice ni. Kalau tak, takkan lah ada orang borong sampai sekotak sorang bawa balik Malaysia kan, hehehe… tambah beban lagi 24kg. Lepas tu, kami akan diberi plastic bag untuk buah epal yang bakal kami petik nanti. Ladang kat sini memang sangat luas. So, take your time, enjoy picking the apple & have fun. Satu pengalaman menarik kat kami gadis-gadis semasa ni. 


Welcoming drink... Apple juice Malang

Kita minum dulu... lepas ni nak kena berhempas pulas petik epal

Apple Malang ni memang agak unik sikit compare to Apple yang aku pernah makan especially the taste

Dah puas minum apple juice, jom kita mulakan operasi.


Samaada petik apple dari bawah jer (macam model di atas)

Panjat pokok apple... kalau nak lebih kepuasan

Suruh tour guide panjatkan pun bisa, bilang saja yang mana mahu

Or pakai galah tolong jolokkan... hehehe
Sebab buah dia memang sangat senang nak jatuh, trust me

Sambil petik apple... sambil makan juga

Jangan risau kalau buah yang dipetik rosak or less quality, buang jer and petik lagi, hehehe. Takde orang marah pun sebab banyak sangat buahnya. Bukan nak membazir tapi sebab nak bawa balik Malaysia kan, so, quality must be the best. One more, kalau korang nak makan banyak mana pun apple kat ladang ni pun, makanlah, tak kisah tapi kalau nak bawa keluar kena timbang dulu & bayar lah. Tapi, confirm lah tak boleh nak makan banyak kan. Aku rasa makan 2 biji pun dah kenyang.

So, after dah puas, buah yang dipetik akan ditimbang. 1kg equal to IDR20K, murah kan? dalam RM5.50 macam tu. Dahlah kenyang makan buah free, beli buah pun murah. Alhamdulillah.


Hasil petikan akan ditimbang, 1kg = IDR20K

Susu segar kat luar ladang epal pun jadikan, hahaha... aku rasa kalau lagi banyak berhenti, macam-macam lagi lah kami akan beli... haish

Bagi aku, ladang epal Malang ni patut termasuk dalam "10 tempat wajib di Malang" yang kena pergi.

After Ladang Apple Malang, kami ke agenda kami yang seterusnya ke Oleh-Oleh Batu Malang nak shopping souvenirs sikit. Kat tempat oleh-oleh ni memang macam-macam product apple yang dijual e.g. kerepek epal, Apple juice, Apple pie, Cokelat Epal & product from other fruits as well. Cuma takde Iphone, Ipad & yang sewaktu denganya lah, hehehe. Anyway, apple pie dia memang best. Oh, buah apple yang kami borong tadi akan di packing proper sikit dalam kotak, so that, senang nak masuk dalam kargo nanti & lebih terjamin kondisinya. So, shopping dulu di oleh-oleh batu & then just combine everything in one box. Charge packing IDR6K per box.


View Gunung Panderman dari Batu Malang

Dah puas shopping, ingat dah habis, rupanya kami ada satu lagi, last destination before balik ke Surabaya Airport…. Singosari. 


To be continued…



Friday, June 27, 2014

Coban Rondo

Coban Rondo Waterfall, 
Kecamatan Pujon, Kabupaten Malang, Jawa Timur
Sunday, 8 June 2014


Continue from previous post...

After lunch yang agak meriah otw back from kelud & short break for solat Jamak, kami meneruskan perjalanan ke our next destination to Coban Rondo. Kalau ikutkan revised itinerary, tour guide kami proposed this waterfall to be our last day agenda tapi maybe sebab takut tak sempat, he changed the plan, I guest. Lagipun, kami masih banyak masa lagi kan after Kelud.


Singgah solat disini sebelum agenda kami yang seterusnya

Coban Rondo

Coban Rondo merupakan air terjun yang terletak di Kecamatan Pujon, Kabupaten Malang, Jawa Timur. Terletak pada ketinggian 1135 m di atas permukaan laut, air terjun ini memiliki ketinggian 84 meter. Coban Rondo sebenarnya merupakan bahagian dari kelompok air terjun bertingkat, dimulai dengan air terjun kembar bernama Coban Manten, yang bergabung menjadi satu dinamakan Coban Dudo dan kemudian mengalir ke bawah dengan nama Coban Rondo. (source)


Jom kita lihat apa yang bestnya Coban Rondo ni

Lagenda Coban Rondo...


Asal usul Coban Rondo dikatakan berasal daripada sepasang pengantin baru yang baru saja melansungkan pernikahan. Mempelai wanita yang bernama Dewi Anjarwati dari Gunung Kawi yang menikahi dengan Raden Baron Kusuma dari Gunung Anjasmoro. Setelah usia pernikahan mencapai 36 hari (selapan) Dewi Anjarnawati mengajak suaminya berkunjung ke Gunung Anjasmoro, yang merupakan tempat asal si suami. Namun orang tua Anjarwati melarang kedua mempelai pergi karena usia pernikahan mereka baru berusia 36 hari atau disebut selapan. Namun kedua mempelai tersebut berkeras juga nak pergi tanpa memikirkan risiko yang bakal terjadi di perjalanan.

Ketika dipertengahan jalan, keduanya dikejutkan dengan kehadiran Joko Lelono, yang tidak jelas asal-usulnya. Joko Lelono terpikat dengan kecantikan Dewi Anjarwati, dan berusaha merebutnya. Akibatnya, berlakulah perkelahian antara Joko Lelono dengan Raden Baron Kusumo. Raden Baron Kusumo berpesan kepada pembantunya puno kawan yang menyertai kedua mempelai tersebut, agar Dewi Anjarwati disembunyikan di suatu tempat yang terdapat di Coban atau air terjun. Perkelahian antara Raden Baron Kusumo dengan Joko Lelono berlarutan dan akhirnya, keduanya mati. Disebabkan itu, Dewi Anjarwati menjadi seorang janda yang dalam bahasa jawa disebut "Rondo". Sejak saat itulah Coban atau air terjun tempat bersembunyi Dewi Anjarwati dikenali dengan Coban Rondo. Kononnya, di bawah air terjun ini terdapat gua tempat tinggal persembunyian Dewi Anjarwati dan batu besar di bawah air terjun merupakan tempat duduk sang putri yang mengenangkan nasibnya. (extracted from the below pic)

Al kisahnya...


The legend... got signboard for visitors info

Coban Rondo waterfall

Jangan sekali-sekali ya

Cik Eein nak kenalkan ahli rombongan kat belakang tu

Best moment captured in Coban Rondo

Kecik jer ruang kat bawah air terjun ni, no wonder dia tak kasi berendam

Bagi aku waterfall ni biasa-biasa saja... cuma daya tarikannya adalah view nya sahaja & lagenda rondo nya. Anyway, air terjun kat Jawa Timur ni semua ada keistimewaanya yang tersendiri. Tapi tulah yang aku perasan air terjun dia semua macam ada satu persamaan, baik Munduk waterfall di Bali, Madakaripura di Probolinggo mahupun Coban rondo.

Before nak balik tu, aku & Eein sempat singgah beli jagung bakar kat area kedai depan parking kami. Ingatkan jagung bakar biasa saja rupanya special sikit. Apa yang special nya, instead of option salty & spicy, jagung akan dipotong dan dimasukkan dalam polysterene. Lepas tu akan dimasukkan chocolate milk & finally grated cheese. Wow, terkasima sekejap. New resipi. Rasanya baru ajer kami cakap-cakap pasal craving of pisang cheese tiba-tiba jagung cheese pulak yang muncul kan. Mula-mula tu aku Cuma order 5 jer tapi bila dah nampak dia sagat cheese depan aku terus top-up lagi satu, boleh tak. Hahaha, tamak kan. Biasalah, aku bukan boleh nampak resipi yang berasaskan cheese & chocolate. Lagi satu nanti takut menyesal pulak beli tak cukup. Anyway, memang sedap bagi aku lah... Cuma cheese dia kena letak extra baru lagi sedap... sebab macam tak cukup rasanya. Bila dah balik Malaysia ni terkenang-kenanglah pulak kann. Adoi. 


This is not ordinary grilled corn

Grilled Corn with Choc Milk & Cheese... memang terbaek

After Coban Rondo, we straight away back to hotel, malam ni kami akan bermalam di De Daunan Boutique Guest House, batu, Malang. Nice place.


To be Contniued...


Wednesday, June 25, 2014

Malang tak bearti Malang

Malang, Jawa Timur Indonesia
Saturday, 7 June 2014


Kalau dalam Bahasa melayu “Malang” ni membawa maksud nasib tak baik or bad luck. Contoh ayat paling sinonim dengan masyarakat Melayu kini “Malang tak berbau” which is normally used to describe road accident. Tapi dalam masyarakat Jawa, malang is totally different meaning. Not only it was name of one of the city in east Java but it has other meaning. One of the theory said that the name Malang is derived from the words Malangkucecwara which means "God has destroyed the false and enforced the right". The words was taken from an ancient stele which mention a legendary temple called Malangkucecwara supposedly located near the city Malang. The word Malangkucecwara was applied as the motto of the city of Malang.(source)


Motto: Malang Kucecwara


Kota Malang

Kota Malang adalah sebuah kota di provinsi Jawa Timur, Indonesia. Terletak di lingkup Kabupaten Malang, di sebelah selatan Jawa Timur, kota ini merupakan kota terbesar ke-2 di Jawa Timur setelah Surabaya. Ia terletak di tengah wilayah pegunungan di ketinggian 400 m di atas permukaan air laut. 


Puncak Arjuno kelihatan dari kejauhan
 
Actually, aku bukan lah nak citer sejarah atau asal usul kota malang ni tapi dah alang-alang kami ke sini kan, nak tahu jugalah apa yang malang nya kota ini sehingga diberi nama sedemikian rupa. Tapi yang pasti kami ke sini bukan sebab nasib kami yang malang sebab tak dapat ke ranu Kumbolo, Tanjakan Cinta mahupun ke puncak semeru tapi sebab agenda kami for tomorrow to Mount kelud telah memaksa kami melalui kota malang untuk ke Kendiri. Al kisahnya. Tapi Malang tu nama tempat jer bukan nya tempat bawa malang yea.

Perjalanan dari Ranu Pane ke Kendiri mengambil masa sekitar 5 jam juga (normal). Tapi tengok juga, kalau macet maybe extra hours lah nampaknya. Yang pasti memang lama perjalanan kami hari ni sebab hari pun dah malam masa kami check-in di Lotus Garden Hotel, Kendiri.

Takde story yang menarik pun hari ni sebab banyak masa habis dalam van, tidur compare to jalan-jalan. Tapi yang best kami dapat makan bakso yang terbaik di Batu Malang ni. Maybe not the famous bakso malang tapi bagi aku memang sedap, kalau tak, takde lah kedai dia penuh dengan customer kan. Recommended by Pak Jan, our driver. Anyway, thanks to kak Thiroh belanja kami semua yea. No wonder kelazatan nya berbeda sekali, hahaha. 


Bakso Komplit

Kalau ke Batu Malang jangan lupa singgah ke sini



To be continued...


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...